About Me
- Are Ku
- Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam
Monday, December 26, 2011
Dan Aku tunggu detik itu
Saturday, December 10, 2011
Setiap Kali Kau Menolak
....... Nukilan parah dengan susah... kah kah kah... merepek + mengarut
Wednesday, December 7, 2011
Sebal nye Pagi ni...
Monday, December 5, 2011
Dilema Sahabat
Thursday, December 1, 2011
U kuasa dua
Hujung Minggu Yang baru berlalu...
Jiwaku.... Kacau Relax Tenang
aku ingin kau rawat hatiku...
aku ingin dia datang menghampiri
memujuk rawanku
Dikala aku relax
Aku ingin baca post terbaru
aku ingin senyum dan ketawa macam dulu
aku nak dia sentiasa disisi menemani aku
Dimasa aku tenang
aku mahu tenung matanya
aku ingin lihat wajahmu
aku nak semuanya!!
Dan
Disaat dikala dimasa
aku BOSAN ....inilah hasil penulisan aku....
warrrgggghhhh.....!!!!
ad : tolonglah make "bising" super loud to my life like b4!! plsssss
Thursday, November 24, 2011
Untuk tatapan 4 hari akan datang
Tuesday, November 22, 2011
Berenggang
Akan mampu cipta rindu
Menambah dendam cinta dan sayang
Menambah mekar ingatan
Menambah kuat ikatan
Bila masih berenggang...
Menambah cemburu yang bertandang
Mengukir curiga bahaya
Memaut resah di dada
Membuat jiwa tak ketentuan hala
Dan akibat terlalu lama berenggang...
Akan mampu menganti hati
Akan mampu mengubah arah
Akan mampu mencipta duka
Akan mampu merasuk parah
Akan mampu melupakan diri
Akan mampu menjadi semuanya.....
Bahasa buatan
mcm tu eh... ok... so sapa yang kita nak gembirakan memula sekali?
U nak kita start kat mana dulu?
macam nak lumba lari pulak... hehehe x payah la nak start2 takut tak jumpa garis penamat, nanti pitam pulak dek berlari...
tak salah kalau kita cuba berlari kan... selagi ada orang sudi bersama kita... tak ada paksaan dalam diri kita, ok kan?!...
amboi macam lain macam jerk maknanya tu... dalam sangat tu...takut saya dengar...
adehh... dia terpulang pada inteprestasi masing-masing... bagaimana kita memahami suasana tu.. sama ada kita mengawal atau dikawal...hahahah panjang kan?...hahahah
*****
jahat kan saya ni?...hahaha saya jahat!...
sapa kata awak jahat? U sekarang dah try untuk kawal suasana yang selama ni mengawal u...U buat apa yang hati u nak dan perlukan, dan u berhak dapatkannya sekarang ok....
amboi... macam tahu jer apa masalah orang!!... yang ni macam doktor pulak... hhhmmm bagusnya ... oh ya nape buat statement macam tu? tapi... apapun orang buat kat saya... saya tak boleh nak balas dendam la... hehehe
Hidup tak ada masalah macam gulai tak cukup santan tau..heheheh tak pe lah, kalau ada apa2 just share dengan saya... i ok jer, dan satu lagi, cara nak balas tak penting yang penting kesannya....
hhhuuurrrmmm tak apalah saya tak nak balas dendam pun...
*****
bila boleh jumpa?
eh tak apa la....maluu arrr
lah... u malu ngan saya ker?
yealah
hehehe... ok jer, saya no problem.. tapi tak salah kot kalau saya just nak share?
share?.... share apa yea? tapi kenapa saya?
entah la... tapi serius.... saya selesa dengan u awak...u ok ker?
tak tau nak cakap macamana... huhuhu boleh tak saya tidur sambil fikir ahahaha?!...thanks coz make me smile...
ok good nite princess...
princess ker??!!....
*****
okay lah saya mengaku saya memang dah ada girlfriend...
baguslah macam tu... mengaku... memang u kena mengaku...
habis kita ni apa?....
kita?...
yealah kita....
hehehe... kita teman....
teman tapi mesra.... kan kita teman dan mesra kan?...
mungkin....
atau... skandal?..
ha!!.... Ya ALLAH saya tak suka word tu... skandal???!!!... no!
yealah... kita memang "itu" pun apa?!!....
*****
#yang susah adalah memahami yang perlu adalah mengenali yang penting adalah menyedari .... memulakan bukan bererti untuk menamatkan, tapi setiap penamat perlu kepada permulaan... cinta bukan untuk dipermainkan tapi cinta memainkan peran penting dalam kehidupan... berharap dengan angin hanya akan mendapat debu... yang mengubah hati adalah sendiri...#
(apa yang nak disampaikan kadang tak sama dengan penyampaian... apa yang dimaksudkan kadang berbeza dari makna... apa yang difahami kadang jauh dari erti.... apa pun cukuplah apa yang dah cukup... ayat2 mengarut hahahah untuk tatapan kah kah kah....**berjuang nak jadi penulis hebat membahas kan bahasa yang kadang sendiri pun tak faham... areku pun jadi binggung... sebab tak tahu yang mana harus aku pelajari untuk terus faham!...cessss....)
Sunday, November 20, 2011
surat untuk u....

Friday, November 18, 2011
Terima Kasih sebab Sudi Singgah
Terima kasih sebab sudi singgah...
walaupun seketika cuma
tapi tetap akan ku ucap
terima kasih sebab sudi singgah
singgah di sini singgah di hati
mengukir senyum meniti hari
membuat lupa tentang sakit diri
mengubah pandangan dan persepsi
Terima kasih sebab sudi singgah
mengisi hariku dengan madah indah
melorek senyum mesti hati ada kelat
menebarkan tenang sedang jiwa berkocak
Terima kasih sebab sudi singgah
semoga apa yang kita tahu
adalah untuk sesama kita sahaja
semoga apa yang kita kongsi
adalah untuk antara kita sahaja
semoga apa yang kita capai
adalah untuk tatapan kita sahaja
semoga apa yang kita mahu
hanya kita sahaja yang tahu....
terima kasih sebab sudi singgah
rahsiakan jika ia adalah perlu
sembunyikan jika ia adalah mampu
terima kasih sebab sudi singgah
aku harap dia tahu
aku harap dia juga akan singgah
aku harap sangat dia akhiri persinggahan ini
semoga dia hentikan semua
persinggahan yang tak lama
tapi penghujung buat kita
terima kasih sebab sudi singgah....
Thursday, November 17, 2011
Lagu terbaru untuk kisah baru....

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Well dari sisi lain aku punya sebab sendiri kenapa aku suka lagu nie.... pejam mata kala dengar intro nye pun dah cukup buat aku tersentuh.... boleh menang award untuk lagu of the year.... hahahahaa... aku suka lirik tu... aku tujukan lagu n lirik ni kepada dia... dapatkah dia faham?... mampukah dia faham apa yang cuba aku sampaikan meskipun hanya melalui lagu?... Apa yang pasti lagu ni adalah disaat ini... disaat dimana teman aku adalah diari hatiku... aku jadi riang sendiri kerana diari itu... aku tak tahu kenapa cuma, aku tenang tiap kali bicara dengan diari itu... aku jadi senyum sendiri bila hanya aku dan diari itu.... diari itu seakan bisa bicara, menenangkan aku dengan ayat dan kata-kata... kadang ia membawa aku tenggelam dalam tawanya... hhhmmmm aku tahu... diari itu hanya sebuah buku.... dan ia tak akan mampu mengubahnya menjadi yang lain ... aku tak boleh membawanya bersama selamanya melalui hidup ni, tapi sekurang-kurangnya aku tahu akan ada yang mampu membuat aku tersenyum..... walau seramai mana pun yang cuba buat aku menangis...... hehehehe aku suka ..... ^_^ harap dia suka juga................................. selamat melayan.... <3 <3 <3
Diari Hatiku
hanya aku punya access untuk masuk ke sana
kerana ia diari hatiku
apa yang ada hanyalah tulisan
aku sedih
aku menangis
aku suka
aku ketawa
semua aku tuliskan di sana
ada diari catatkan
sesuatu yang tak aku kongsikan
aku sayang diari itu
kerana ia ada luar dalam tentang aku
jika ia terbuka dan dibaca
maka semua isi hati dan hariku
akan terbongkar
semuanya....
** Nak menaip sesuatu buat seseorang, tp aku tak tahu bagaimana nak mula, bukan tak pernah menulis untuk seseorang cuma kali ini gayanya agak berbeza. Apa yang aku nak katakan aku sendiri tak tahu, yang aku tahu... aku tak mahu bebankan fikiran aku aku nak ketenangan dulu...
arrrgggghhhhhhh dari merepek baik aku zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!!
Wednesday, November 16, 2011
Daerah Asing
dipengasingan diri dan dunia
aku tak pernah kesini
begini rupanya dunia yang di sisi ini
begini perasaan di dunia ini
lain, sungguh asing
selama ini aku hanya di sana
sekali menoleh ke sini
ada redup cahayanya
ada dingin anginnya
namun selama aku bernama manusia
yang tahu
apa itu agama
apa itu hukum
apa itu syariat
bagaimana dapat pahala
bagaimana peroleh dosa
aku jua tahu
tempat aku bukan disini
aku hanya bisa menjengah
melaluinya untuk sampai
ke seberang dunia sana
supaya aku lebih faham tentang hidup
supaya aku masak dengan ilmu dunia
saat ini aku perlukan kamu
bawa aku ke angkasa sana
pimpin aku melalui dunia di sini
bimbing aku
aku perlukan kamu
Thursday, November 10, 2011
Aku tak Pernah KEHILANGAN dirimu?...
Aku dengar maaf itu darimu
Jika terkasar bahasamu terhadapku
Bersungguh kau menangi kembali senyumku
Bila tiada kau dengar tutur kata dariku
Segera kau suarakan seolah rindu pada suaraku
Tatkala ada kerunsingan dan kemurungan padaku
Kaulah insan yang menjadi penguat semangatku
Disaat ada api amarah mendekatiku
Kaulah selimut salji membalutiku
Dikala aku perlukan kamu
Kau sentiasa berikan yang terbaik untukku
Pada masa aku sesat dan hilang
Kau hadir memimpin aku ke jalan kebenaran
Masa aku jatuh tersungkur
Kau teguh dibelakang menyokong aku bangun semula
Kau lakukan itu dengan ikhlas hatimu
Kerana cintamu besar buat aku
itu aku tahu...
Disaat aku suarakan kesepian
Kau bilang itu cuma perasaan
Dikala aku inginkan belaian kasih sayang
Kau kata kau punya banyak perkara lain yang perlu difikirkan
Masa aku membisu kata
Kau kata aku mengikut hati marahku
Bila masa aku melakukan kesilapan
Kau bisu dan ada kalanya terus-terusan menyalahkan aku
Pada saat kau tinggikan nada suaramu
Aku tak lagi dengar maaf darimu
Bila aku termenung sendiri merawat hati
Kau hanya diam memerhati
Ketika amarah mendahului diriku
Kau selimutkan aku dengan bara marahmu
Dimasa aku hilang dan tak keruan
Kau tenang hanya memandang
Bila aku minta kau manjakan aku
Kau bilang aku masih kebudak-budakkan
Bila aku bercakap tentang kenangan
Kau kata aku masih menyalahkanmu
Tatkala aku suarakan rasa
Kau kata syaitan sedang menghasutku
Kadang aku suarakan kebimbangan
Kau mengeluh keras membuat aku terkedu
Disaat aku tak sengaja
Kau kata aku mencari salahmu
Sebab semua alasan itu aku berusaha sendiri untuk tidak jatuh....
Kerana aku tahu sukar untuk aku bangun sendiri....
Apa yang aku pernah ada dulu tak lagi bersamaku...
Benarlah katamu
dan sesungguhnya
Aku tak sanggup buat kau menabung benci dan tak kisah terhadapku...
Tapi aku juga tak mampu menabung perasaan untuk melepaskanmu...
Justeru aku serahkan pada takdirMU ILAHI
Selagi daya aku akan bersikap sepertimana yang aku mampu
Setelah ini aku tahu apa akan kau katakan padaku...
Aku seorang yang tak tahu diuntung setelah diberi peluang....
Aku seorang yang tak boleh berhenti dari menyalahkan
Sedang aku cuma suarakan apa yang aku rasa...
Sedang aku cuma lakukan apa yang selalu aku lakukan dulu...
Bersuara bila ada rasa tak kena
Bicara bila ada yang perlukan kepastian
Berbincang kiranya ada yang perlu keputusan
Aku pasti kau tahu dan masih ingat caraku...
Kenangan dulu akan aku bawa sampai mati
Perasaan ini akan aku simpan dihati
Doa itu akan selalu aku pohon dari ILAHI
Aku tak pernah berharap kau ubah segalanya
Cukuplah sekadar menyakinkan aku
BAHAWA
Aku tak pernah KEHILANGAN dirimu yang dulu.....
Saturday, November 5, 2011
Yang Paling aku suka sepanjang 2011

lagu Ni masa Part yang buat aku melelehkan air mata.... ingat sangat... sampai sekarang masih boleh feel the feeling that felt masa tu....
dan yang ni lagu yang bisa buat aku rasa syahdu... aku tak suka lagu nie!!!
dan
lagu nie.... aku suke... dan masih suka.....
Friday, November 4, 2011
Mr. Wang

Thursday, October 27, 2011
Movie Lagi
Selamat pagi semua... (cheh... sound macam ramai jerk)
Tuesday, October 25, 2011
Patut ke macam tu?
Friday, October 21, 2011
Update ker?
Wednesday, October 19, 2011
Seminggu sudeh....
Tuesday, October 11, 2011
sepi tanpa kata....
Sunday, September 25, 2011

Wednesday, September 21, 2011
Ya ALLAH
Lagu nie aku dengar malam tadi.. Sungguh andai mampu inilah yang ingin aku katakan pada ALLAH... janganlah aku di duga lebih dari kemampuan dan kesanggupan ku... Janganlah lagi aku di uji dengan sesuatu yang tak mampu aku hadapi................
Pagi ni dengar radio Sinar FM.. DFK dtg sebagai tetamu..... pesan DFK
"Sekiranya dia dah bertaubat dan berjanji utk tidak mengulangi kesilapannya..... selepas dia bertaubat dan berjanji.... buka hati, terima semula dengan hati yang baik jangan cakap atau fikir yang bukan2 kerana semua itu akan jadi doa...... plss overhaul hati kita dan hati dia juga kena overhaul... keluarkan semua yang buruk ganti yang baru... baru kehidupan boleh bertukar kepada yang lebih baik...Insya'ALLAH"
Aku tunggu masa pengakuan sebenar macam tu.. bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa tapi macam DFK kata perlu ada pengakuan dan perjanjian demi untuk membina keyakinan dari pihak yang satu lagi.... Aku tahu aku terlalu banyak permintaan, tapi memandangkan apa yang menjadi teman sekarang aku jadi bimbang!... sungguh....! Aku tak mahu kerana kemajuan dan kecanggihan ada iman yang dibuang... Tetapkan iman kami Ya ALLAH............
Tuesday, September 20, 2011
Post oh.. Post....
Blog, lama nye ku tinggalkan kau sepi... Seminggu nie aku kira minggu untuk aku pulihkan semangat... cari semula apa yang pernah aku hilang.... walaupun kadang aku rasa apa yang aku kehilangan tak mungkin aku temukan tapi kerana dengan izin Pencipta aku masih mampu lagi tersenyum dibawah sinaran kasih dan sayang.
Aku sekarang lebih yakin sekiranya kita bersandar pada bahu seseorang, sukar untuk kita teka apakah kita mampu terus bersandar di situ... dan kita sememangnya tak tahu berapa lama dinding hati insan itu mampu menahan bebanan kita...
Tapi
Sekiranya kita bersandar pada Cinta ILAHI... Insya'ALLAH tak kira seberat mana pun bebanan kita dinding cinta itu tak mungkin tumbang... Berpaut pada Kasih sayang ALLAH akan sentiasa membuat kita yakin dan kenal siapa kita siapa DIA.....
Perjalanan ini aku rasakan bertambah baik semakin tenang... semangat semakin pulih walau kadang ada jugak derita menjenguk rasa... namun kerana yakin pada ketentuan ILAHI aku tahu aku tak akan kecewa...
Monday, September 12, 2011
Beribu Sesalan?....

Friday, September 9, 2011
Padamu Ku Bersujud...
Blog..
Monday, August 29, 2011
Kenangan Sepanjang Jalan....
Saturday, August 27, 2011
Jiwa oh Jiwa


lAGU UNTUK MU.....

Friday, August 26, 2011
Maafkan aku....

Terkenang ker?...
Thursday, August 25, 2011
Tercari-cari arah Hatiku....
