About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam
Showing posts with label Kehidupan.... Show all posts
Showing posts with label Kehidupan.... Show all posts

Tuesday, December 1, 2015

Areku for New

Assalamualaikum...

Dengan senyum di bibir dan lafas Bismillah..

Areku karangkan post ini...

Dengan rasa yg tak mampu areku huraikan dengan kata-kata... I guest it can only be feel by me... Hahaha

Areku tahu kalau ada yang akan binggung dgn Areku... Tahu kalau ada yang kata sejauh itu kemampuan areku... Tapi terus terang.. Areku tak akan ada apa-apa lagi untuk areku runggutkan... Opso!..

Yang Areku punya saat ini... Kepasrahan dan ketenangan selepas apa yang Areku dah putuskan...

Selepas ini... Sememangnya Areku akan hanya ingin tersenyum dan tenang. Kerana apa yang Areku punya tak akan kurang... Areku tahu itu. Jadi Areku bukan yang akan rasa kekesalan itu... Bukan Areku!..

Lalu sedang Areku layan tv... Areku tengok persembahan acong dalam gegar vaganza minggu suku akhir...Areku temukan di perdengarkan dengan Lagu ini.

"Matilah kau... Di dalam hatiku... Bawa pergi sahaja dirimu... Sampai ke dasar lautan... Matilah kau... Bersama cintaku... Banyak berharaplah dirimu... Semoga dapat bahagia... Berharaplah..."

Dua tiga kali Areku baca lirik lagu ni... Dalam dan tajam sebenarnya... Maksud lagu ni... Sumpahan nya kedengaran tepat... Sampaikan areku fikir... Kalau tak mati jugak tak tahulah... Hehehe

Dan yang paling Areku suka... "Banyak berharaplah dirimu semoga dapat bahagia... Berharaplah!..  ðŸ˜ƒðŸ˜ƒðŸ˜ƒ

Jadi sekian...

Tulisan Areku dari bumi UAE...

Setelah hati putus apa itu keputusan...
Setelah hati pasti apa itu kepastian...
Setelah hati pasrah pada sebuah kepasrahan...
Setelah hati rela pada sebuah kerelaan...
Setelah hati yakin pada satu keyakinan...
Setelah hati Areku pada satu ke'Areku'an...

Assalamualaikum...







Sunday, October 11, 2015

Terima Kasih

Areku tahu dgn niat sahaja areku dh pun menempah dosaku sendiri....
Sungguh kewarasan ni telah menyimpang jauh dari yang sepatutnya...
Justeru areku harus berterima kasih kepadamu...
Teman yang sudi menolak dosa untuk ku...
Teman yang sudi menyombongkan diri semata untuk selamatkan areku
Teman yang hanya pandai bicara tp X pernah terlintas melebihi hadnya...
Kau teman yang baik...
Akan ku simpan kebaikan ini sampai bilapun..

Simpankan ia sebagai rahsia kenangan Kita...
Jangan letakkan areku di depan kutukan dan hinaan manusia...

Biarpun areku selalu mengharapkan kau Ada disini...
Terima kasih kerana tidak datang......

Tuesday, September 9, 2014

Sentap Mak....

Heeee Heee Heee....

Entah kenapa nak emosi sangat hari ni.

Mungkin hati ada sunyi...

Mungkin sebab kejauhan Aabhi...

Mungkin.... Mungkin....

Ya' ALLAH berilah areku peluang untuk jadi yang terbaik buat semua insan di sekelilingku...

Friday, May 25, 2012

Apakah sebabnya

Hati terasa
Seperti ada yang disembunyikan
Hati terasa
Seperti ada yang dirahsiakan
Hati terasa
Seperti ada yang tak kena
Hati terasa
Seperti ada apa-apa

Apakah sebabnya?
Mengapa rasa ini begini?
Apakah sebabnya?
Mengapa dijerut rasa semacam ini?
Apakah sebabnya?
Mengapa masih merasakannya?
Apakah sebabnya?
..............

Assalamualaikum

Bila hati tak pernah ingat pada ILAHI, tentu sekali ALLAH akan lupakan hati itu.
Bila diri tak pernah tahu asal dan paksi, tentu menyimpang pembawakan alami.

Itu pasti kerana janji.
Bukan sekadar janji diatas kertas, tapi janji berikat darah,
Emosi bungkam
Nilai diketepikan demi hanya untuk mencari damai
Yang tak kunjung ditemui.

Permasalahan diri
Pergolakan hati
Pembebasan jiwa
Penderitaan raga

Semua ada jalan untuk pulih asal engkau tahu memilih....

Percayalah

Sekian
Are Ku r

Friday, May 18, 2012

Sesaat kau datang....

Assalamualaikum...

"Sesaat kau datang sesaat kau hilang...."
Samalah cam lagu tu... aku ngan Blog aku ni macam tu lah... time nak datang aku datang time nak blah aku blah.. tak jenguk sikit pun... puihh!!... apa la. nama je ak berblogg tompi tak reti!. kunun nak cari ramai followerssssss tapi update cam taik ayam.. sekejap je panas pas tu sejuk... pas tu terus hilang. huih huih huih.

Sekarang adalah masa untuk aku update benda yang aku tak update lagik. Well hilangnya ku bebaru ni kerana balik ke kampung yang dah kira2 setengah tahun gak la aku tinggalkan. (Last balik pun lepas raya pas tu g berjalan sampai ke Eropah tanpa sempat jengah kampung pastu terus tersangkut kat Sini sebab Abhi sibuk sangat X dpt cuti... boleh kan?!) So selepas mendapat kelulusan cuti yang memang "surprisingly" (sebab boleh lepas kan!! huhuuu) kami pun cabutlah... But then bukan lah terus terusan cabut jerk... disebabkan Kondisi Bhg masih belum memuaskan hati Abhi maka ia perlu menjalani bebrapa proses sebelum boleh kami gerakkan untuk bawa kami sampai ke Terengganu Darul Iman.
Tunggu punya tunggu pukul 12 lalu baru ler boleh start bergerak. Sampai KL singgah jap kat Tesco cari PAMOGA... pas tu singgah jap umah adik Mak Cik E, untuk jemput bekal yang Mak dah siap beli untuk bawak balik. ehehee... pas tu baru la meneruskan perjalan jarak jauh kami. hehehe seronok pulak rasa coz dah lama tak balik kan. Hari tu, hujan lebat mengiringgi perjalanan kami paling lebat masa di Karak. Lepas pada tu ok tak berapa lebat dah. Sampai kampung biasa je lah rutin nye. Cuma yang istimewa skit kali ni kami kena keluar rumah jam 00.05 tgh mlm untuk g buang sampah coz peti sejuk Mak ditimpa musibah. Adeh.. Kesian habis busuk satu peti sejuk lepas 5 hari pun bau tak hilang. Macam2 kami letak dalam peti tu untuk buang bau tapi tak berjaya jugak... memula Abhi letak Arang...pas tu aku letak air sabun... pas tu sembur febrez.. pas tu Mak letak limau... pas tu mak letak bunga pulak. Entahlah macamana keadaan peti tu le ni.

Sepanjang cuti tu kami ada gak la keluar g cari barang untuk persiapan sekiranya dipanggil untuk kerjakan Haji tahun ni. Insya'ALLAH, Aku doakan agar Mak berpeluang untuk ke Mekah tahun ni. Dari tahun lepas dia menunggu jemputan menjadi tetamu ALLAH di tanah suci Mekah. Semangat Mak masa g tengok-tengok barang tu. Tak beli banyak pun adalah satu dua barang yang tak dibeli lagi. Lepas tu g merayap sekejap ke Saleem Aziz textiles... cari kain wat baju untuk kenduri kendara yang dah semakin dekat tiba ni. Hehehe... Cantik gak kain yang aku beli tu. Siap snap gambar lagi tapi tak leh nak upload okeh sebab... nanti takut basi... kalau dah basi.. nanti tak suprisess... oke.

Itu je la yang dapat aku nak taip sekarang masa untuk mengundurkan diri so... mintak diri duluk ya...

Sekian
Wasalam

Are Ku r

Thursday, May 3, 2012

Jumpa Lagi?!!

Assalamualaikum...

Hehehehe...(sengih-sengih sendiri dulu...)
La.. kisahnya, macamana pulak boleh jumpa lagi ni?..
Skrip :
"Tak sangka dapat jumpa balik... tapi yealah dah jadi hak orang dah..."
Hehehehe... (sengih-sengih sendiri lagi..)
Macam itulah sepertimana yang DikehendakiNYA... ALLAH mengatur semua yang terjadi di muka bumi ni dengan sebaik-baiknya. Semua dengan sebab dan alasan yang hanya ALLAH mengetahuinya.

Are Ku ok jer.. tak salah kan sekadar bertegur sapa sebagai kenalan.. Asal tahu batasan dan kenal diri juga peranan!...
Harapnye Ok jugak lah dengan niat yang sama, tak ada penambahan perisa ok..

Dah la sampai ni je nak kongsi... Nanti cerita ceriti lagi yeak...

Sekian
Wasalam

Are Ku r

Tuesday, April 24, 2012

Belajar....

Assalamualaikum,

Hari ni sebagai pembukaan aku nak bercerita tentang BELAJAR.
Kenapa yeah?!... Kerana bersempena dengan keluarnya Memo dari pihak HR tentang Program untuk sambung Eksekutif Diploma, terbuka kepada semua warga kerja yang dah confirm dan dah keje lebih dari 3 tahun dan keputusan KPI untuk 3 tahun berturut2 lebih dari 80%. Huurrmmm kalau ikut syarat yang di senaraikan tu memang aku ni dah layak sangat dah, tapi mungkin sebab sebelum ni aku pernah menolak (lepas dapat offer utk ikuti pengajian terpaksa tarik diri sebab nak balik Kuala Lumpur) huhuhu so sebab tu lah kot aku tak dapat dah peluang tu tahun lepas (Tiap2 tahun cuba.. boleh tahan tebal muka aku nieh kan?) Tapi yea lah, tahun lepas ramai gilos yang cuba masa diorang buat ujian penempatan tu. Tahun nie adakah aku akan mencuba lagi?.. Haa.. tu yang kita tak tahu tu.. bukan apa aku pun tak boleh nak fikir samada nak cuba lagi atau tak kan. Kang kalau tak cuba tak tahu plak nasib, kot lah boleh dapat pas tu dalam hati fikir pulak kot la dapat kang terikat lah kaki dan tangan selama 1 tahun bermula June... macam payah jugak coz tahun nie kenduri berjadual jer dah 3, dan yang paling motan (bak kata orang N9) adalah majlis penutup tu nanti. Maklum saja Terengganu akan ambil tempat sebagai penutup so tentu tentu cuti yang agak panjang kena ambil, sebab kalau ikut perancangan Abhi nak terus shoot ke Kuala untuk balik kampung terus. Ada gak la hajat nak bawa Ayah n Omak untuk join, tapi bergantung kepada keadaan. Semua tu buat aku berfikir panjang... nak cuba ke tak?.. so aku hold dulu benda tu sebab otak sendat nak fikir bebanyak.

Sebenarnya BELAJAR itu perlu, aku pun sebagai manusia tak berenti2 belajar, setiap hari ada je benda baru yang aku belajar. tak kisah lah tentang pelajaran apa tapi yang penting belajar. Cara hidup kita tak sama setiap orang. Cara pengendalian hidup kita pun berbeza. So, untuk yang tak faham apa itu dan ini kenalah belajar. Samalah kalau kita nak kenal seseorang, Sebelum kita dapat kenal dia dengan lebih dekat, kita kena belajar untuk faham sifat dan sikapnya. Ada orang hanya ikut tata cara dia jer tanpa peduli tentang cara orang lain. Orang macam tu yang kadang senang je nak BERmasalah dengan orang lain. Kalau macam kat pejabat aku ni adalah orang yang macam tu, fikir apa yang dia buat betul selalu dan cara atau cakap orang lain salah. Pas tu selalu cakap ikut sedap mulut tanpa peduli apa yang orang sekeliling rasa. Well sebenarnya tak de penyakit yang tak boleh di ubati, so penyakit tak faham orang ni pun ada jalan penyelesaiannya... macamana?!... ha itu lah kena BELAJAR, kalau malu belajar dari yang lebih muda, minta lah bantuan mereka yang seusia atau lebih matang. Pada aku hal berkaitan "Orang" ni hanya boleh dibaiki dengan "Orang" juga. Banyakkan bergaul dan meneliti cara orang lain, dan belajar dari situ macamana nak sesuaikan diri. Bukan apa kesian lah pada kengkawan yang selalu makan hati dan terasa ngan ayat yang kononnya nak bergurau tapi orang lain rasa tersindir. Ikhlaskan diri dan BELAJAR boleh jer kot!.. Even masa kita kecik2 dulu pun mak ayah selalu ajar begitu begini tatacara hidup dan bercakap dengan orang kan.

Ishk... apa yang aku dah merepek yeak?.. huk huk huk ini pandangan peribadi aku jer. tak tahulah kalau orang lain, mungkin ada cara lain yang lebih berkesan kot. Terpulang lah kepada masing2 dalam menemukan segala sesuatu. Belajar pada aku sampai bebila pun memang tak pernah habis. dari kecik sampai ke tua semedang ada benda yang kita kena dan harus belajar. hehehee... zaman bila dah bergerak kita pun kena ikut bergerak sama kalau tak jauh kita terpinggir di tinggalkan di belakang.

Okeh nak berenti dah, Esok dalam hati ada gak hajat nak menaip, tapi esok aku rasa nak kongsi soal emosi. siapa yang emosi... pasal apa yang nak emosi sangat?.. itu pun kalau aku ada kerajinan dan kelapangan aku akan taipkan. jadi aku "tow" keyboard aku ketepi dulu buat seketika sehingga datang semula gian menaip tu.

Selesai

Wasalam,
Are Ku r....

Monday, April 23, 2012

Entry minggu nie...

Assalamualaikum,

Pertama sekali hari ni bila log in MDQ ada perubahan pada front page untuk blog.. menarik coz aku suka!!
Sesaja untuk hari pertama dalam minggu nie aku ada banyak nak kongsi cuma rasa cam tak cukup tangan nak menaip semua yang nak aku kongsikan... Tapi.. serius aku suka blog nye setting baru nie. Cumanya Font aku je yang tak banyak pilihan... tak pe pas ni aku cari yang banyak pilihan font sebab aku suka bila tulisan aku jadi cakar ayam... hahahaha....
Setelah kira-kira 23 hari aku pulang ke tanah air aku masih belum berpeluang nak tonton Running Man (macam yang hari2 aku buat kat Schipol dulu) coz tv kesayangan yang aku jaga dengan baik tetiba skung pandai nak rosak (tak bley On) tension tak yah cakap la sebab kena bayar percuma kat Astro!! Masa sebelum pergi dulu aku ada call Astro untuk terminate sekejap akunye akaun tu tapi... malangnya diorang cakap tak boleh, (kaut keuntungan dengan cara macam tu!!! hahahaha sendiri mau jawap lah nanti!). So secara totalnya masuk 4 bulan la aku bayar Astro w'pun aku tak tengok!.. Kesian kat Abhi yang balik keje penat2 nak tengok ball tak dapat. hehehehe....
Hujung minggu kira ok la pasal ada teman, adik-adik datang meriuhkan suasana, kalau tak... hey bapak punya bosan. Skung ni aku jadi pendengar setia THR huhuhuu... oklah aku suka gak r dengar THR kalau aku balik kampung terengganu. Yang paling aku suka bila Abang Nas yang bertugas hahahaa... kenapa?.. adalah sejarahnya kih kih kih
Adoi... rindu doeh nak tengok Monday Couple...
Sekarang ni Zuana family akan mula sibuk semula, Maklum ada rancangan untuk adakan majlis untuk 2 orang serentak. wah.. dari sekarang dah kena mula cari design untuk hantaran hehehe kali ni lagi banyak plak tu Seorang 7 dulang sorang lagi 9 dulang. Tapi tak pe aku dah minta kerjasama semua orang untuk turun padang bila aku dah mula operasi nanti..
Well takat ni jer yang aku rasa aku boleh taip untuk tatapan semua yang baca! kih kih kih macam ramai la kunun.

Sekian,
Are-Ku

Tuesday, November 22, 2011

Berenggang

Seketika berenggang...
Akan mampu cipta rindu
Menambah dendam cinta dan sayang
Menambah mekar ingatan
Menambah kuat ikatan

Bila masih berenggang...
Menambah cemburu yang bertandang
Mengukir curiga bahaya
Memaut resah di dada
Membuat jiwa tak ketentuan hala

Dan akibat terlalu lama berenggang...
Akan mampu menganti hati
Akan mampu mengubah arah
Akan mampu mencipta duka
Akan mampu merasuk parah
Akan mampu melupakan diri
Akan mampu menjadi semuanya.....

Friday, November 4, 2011

Mr. Wang


Lamanya aku tinggalkan blog nieh... Apa yang dah jadi? owh sepanjang 2 minggu nei banyak weh yang jadi tp tak yah la nak sebut sesatu dalam ni huhuhuuu... jenuh kot aku nak menaip pas tu yang dok baca pun mesti juling punya nak tahu apa cite aku...

Sekarang nie tengah dok pening kepala mencari Mr. Wang huhuhuuuuu... agak kelam kabut gak la 2 bulan nie... ujian sebelum dapat yang betul2 mencukupi kot... Insya'ALLAH. Kalau betul macam tu aku terima sanggup aku bersusah sekarang nieh... hehehee winq...
Tapi tu la kesian tengok Abhi... masalahnya susah nak fahamkan insan2 disekeliling... semua yang tahu pun sukar untuk faham kendisi kami nieh... tak tahulah kalau sengaja wat tak faham... atau kerana yang lain aku tak tahu..
Well apapun apa yang berlaku pasti ada hikmahnye kan ... aku tahu ALLAH tak pernah kejam cuma sekadar menguji tahap kemampuan dan kesabaran manusia dalam menghadapi permaslahan yang diberi... Alhamdulillah....
Okay la dah tak de ide nak menulis nie... ide wat yang len plak datang nie... well.... hingga jumpa lagi next time ok,....

Tuesday, September 20, 2011

Post oh.. Post....

Assalamualaikum....
Blog, lama nye ku tinggalkan kau sepi... Seminggu nie aku kira minggu untuk aku pulihkan semangat... cari semula apa yang pernah aku hilang.... walaupun kadang aku rasa apa yang aku kehilangan tak mungkin aku temukan tapi kerana dengan izin Pencipta aku masih mampu lagi tersenyum dibawah sinaran kasih dan sayang.
Aku sekarang lebih yakin sekiranya kita bersandar pada bahu seseorang, sukar untuk kita teka apakah kita mampu terus bersandar di situ... dan kita sememangnya tak tahu berapa lama dinding hati insan itu mampu menahan bebanan kita...
Tapi
Sekiranya kita bersandar pada Cinta ILAHI... Insya'ALLAH tak kira seberat mana pun bebanan kita dinding cinta itu tak mungkin tumbang... Berpaut pada Kasih sayang ALLAH akan sentiasa membuat kita yakin dan kenal siapa kita siapa DIA.....

Perjalanan ini aku rasakan bertambah baik semakin tenang... semangat semakin pulih walau kadang ada jugak derita menjenguk rasa... namun kerana yakin pada ketentuan ILAHI aku tahu aku tak akan kecewa...

Friday, September 9, 2011

Padamu Ku Bersujud...

Assalamualaikum...
Blog..


Setelah berhari-hari menghabiskan masa bercuti... Melepaskan kerinduan untuk bersama yang tersayang, kini aku kembali ke arena nie... bakal melihat kembali ruang-ruang sepi yang menanti selama aku bercuti... Rumah yang penuh catatan duka sepanjang Ramadhan dulu kini kembali aku huni... arrrggghhh... betapa sukarnya menjenguk ke dalam bilik komputer tempat semuanya bermula... betapa sayu hati melihat ke bilik hujung tempat aku melepas perasaan... dan rasanya seperti tak mampu melangkah ke bilik depan... disana ada segala-galanya... janji dan sumpah, mungkir dan khianat... semuanya.... Aku pernah bahagia di sini... dan sebagai sejarah aku pernah kecewa di sini juga....


Aku tahu aku hanya manusia yang sering lupa diri...


Aku sering mencari di mana salah semua yang berlaku, sedangkan sepatutnya aku mengambil apa yang berlaku sebagai sempadan untuk mengenal ALLAH... (itu pesan Ustaz FK).


Apa yang teringin aku lakukan sekarang adalah keluarkan hati dari dada nie... kemudian rendam dengan cloroc pas tu cuci bersih2 sampai tak ada lagi kekotoran yang tinggal...


Aku tersentuh sangat masa tonton Halaqah sentuhan qalbu lalu... bukan isunya yang buat aku sedih tapi masa muhasabah diri tu... Bila dalam doanya disebut


"Ya ALLAH aku ampunkan dia yang berbuat salah padaku.... Muliakanlah dia Ya ALLAH...Aku cintakan dia.... "


Menitik juga air mataku...


Dan aku tak tahu sekiranya mampu untuk aku berdoa begitu. Aku tahu aku mesti ikhlas cuma kadang aku terpandang sesuatu yang membuat aku rasa sakit. Dan saat itu aku lupa tentang kemaafan yang ku berikan sebelumnya... Berdosakah aku?..


Ikut hati ingin sekali aku ke pondok2 pengajian... yang boleh aku belajar pengisian jiwa. untuk lebih kuat dan kental. untuk melupakan segala permasalahan dunia. dan lebih dekat dengan PenciptaKU.


Dan lagu ini aku ulang dan ulang.... Aku yang sering melupakan DIA yang sentiasa ada untukku.. Ampuniku Ya ALLAH......

Friday, August 26, 2011

Terkenang ker?...

Assalamualaikum...


Dear Blog..

Hari nie aku lupa sikit tentang apa yang menganggu jiwa.. kenapa? sebab aku terimbau dek kenangan lama...

entah aku pun tak tahu kenapa.. tapi hari nie hanya mata pelajaran sejarah je yang aku belajar... senyum sendiri aku dibuatnya...

Sebelum tu, terima kasih buat yang sudi mengenang cerita dolu-dolu... tak sangka dah lama rupanya kita tinggalkan kenangan tu, tapi masih ada lagi ingatan tu. Terima kasih jugak sebab masih ingat... walaupun ada ketikanya ku rasakan sedikit lewat mengingatkan dan diingatkan tentang cerita-cerita itu tapi aku rasa ia tentu ada sebab kenapa....

Berkongsi sesuatu yang tak pernah kita bicarakan pun... memang agak pelik... tapi itulah yang benar.... sekurang-kurangnya kita ada pengalaman ni.

Dewasa mengajar aku banyak tentang hidup... kalau lah mampu aku kongsikan akan aku ceritakan kepada dunia setiap inci pengalaman yang dah aku lalui... biar dunia tahu dan boleh menilai harga diriku sekarang... hahahaa... ada hargakah?.... berapakah?....

Aku tak punya harga untuk diri atau hatiku... yang aku ada hanyalah harapan agar aku tak perlu nak menentukan harganya!... (tak faham? fahamkanlah)

ok blog....

p/s : Buat teman yang bakal menyusuri lembaran diari kehidupan milik tuan punya MydereamQaeid .... Selamat datang... terima kasih kerana sudi melawat... dan satu lagi... ingat janji yea!...

well... ingat ni tak?.... kah kah kah... berkurun sudeh.....



cuma quote yang pasal mail box tu tak ada attachment lah hehehehe... :-)







Thursday, August 11, 2011

Kenapa dengan Aku nie?

Assalamualaikum....



Entah apa yang menganggu aku rasa sungguh tak aman hari nie....




Walaupun aku dah mampu tersenyum 2 ke 3 hari ni namun hari ini aku rasakan beban ini semakin menekan... tambah pulak dengan masalah di office... arrrggghhhh... memang menjerut rasa... aku tahu ini dugaan dari Ilahi, namun aku juga tak nafikan kemampuan aku untuk bertahan semakin berkurangan... tenaga aku semakin habis... kesabaran aku semakin menipis...




Ya ALLAH,


Syukur diatas segala Nikmat dan RahmatMU...Hanya padaMu aku memohon segala sesuatu... Dugaan ini amat berat bagi aku Ya ALLAH, janganlah ditambah lagi permasalahan ini... Sesungguhnya Kau tahu apa yang tinggal padaku sekarang hanyalah sekelumit sabar... maka tambahkan kesabaranku agar dapat aku bertahan menempuh ujianMu ini.....




Acapkali aku memohon itu dan ini walau kadang aku rasa aku tak layak begitu... tapi sebagai manusia yang sentiasa dalam kealpaan dan kesesatan .... aku pasrah memohon selagi ada nyawa ini bersamaku... Semoga ALLAH mengampunkan dosaku dan memakbulkan doa-doa ku....




Buat insan yang amat aku cintai kasihi sayangi tanpa sedikit pun BELAH BAHAGI nya... ketahuilah saat ini aku rasakan teruji sudah rasaku selama ini... dan kini aku berserah pada ILAHI... mohon di tunjukan jalan kebenaran.... Andai ada bahagia itu akan ku tunggu biar sampai akhir waktu... dan aku tak akan mengalah demi untuk yang tidak berhak.... kerana aku tahu dan kau juga tahu.... HAK itu milik aku......


Monday, July 25, 2011

Ek Life Ki Kahani

Assalamualaikum



Well kita memang tak boleh nak harapkan orang akan faham dan boleh terima setiap apa yang kita buat atau kata...


Kengkadang terfikir, bukankah dah di suarakan tentang kehendak dan kemahuan, phir bi... masih belum ada tanda faham apa yang diinginkan... terpaksalah mendiamkan diri.. kyiu ki agar cakap semula perkara yang sama, pasti tak boleh diterima... agle chahati khon he? bila tak tau nak buat apa...just chup chap chale jaha se... dur rehena dari masalah ni.. persoalan ni.. kekacauan ni.. tapi? kitne dur?...


Apapun itulah salah satu cabaran yang perlu dihadapi... Bukan semua orang mampu faham tentang perasaan kita.. ada yang tak ambil kisah pun apa yang sedang kita harungi... tak mahu pun tahu bagaimana sesaknya meranduk resah menongkah kecewa... tapi saat diperlukan, akan humko hamisha vaha uske liye..


Simpan rajuk dan sedih.. berlagak seolah-olah tak ada kekecewaan tak ada keperitan tak ada apa-apa yang menganggu... stand still... as if u're concrete statue... can't be blown by the wind.... hahahaaaa.... boleh ker? boleh sangat tapi hati kena kering... semua kena langgar.. tak payah ambil pusing... yang dah sakit kalau di fikir akan bertambah pedih... Ini soal hati, bukan macam luka kat jari yang boleh dirawat dengan "detol" atau "antiseptik" yang ini hanya boleh dirawat dengan kaedah rawatan jiwa... pengisian yang betul akan memudahkan luka hati sembuh... rohani yang dijaga sentiasa bersih akan memudahkan pengisian yang betul untuk memenuhi ruang jiwa...




Kesimpulan: Merasa kecewa itu perlu untuk pengalaman yang akan membawa ke arah dewasa dalam hidup....


Apapun yang mampu mematangkan minda dan jiwa perlu ditempuhi demi untuk memenuhkan pengisian hidup.... Pengisian yang betul hanya boleh diterima oleh rohani yang betul beserta niat dan kaedah YANG BETUL...




Annyo blog....


Saturday, July 23, 2011

Bicara Kongsi?,,,,


Isteri : Abang ingat tak pada kawan saya Kathy...

Suami : Ingat yang putih-putih tu kan, suami dia pun kerja sama ngan u all kan.

Isteri : Hmmm...

Suami : Kenapa sayang tanya?

Isteri : Saja... tadi Zai cerita dengan saya, Kesian Kathy....

Suami : Kenapa nak kesian pulak?

Isteri : Yealah, kesian la, coz suami dia tu... dulu mungkin la sebab tak ade anak dia macam tak layan jer dengan si Kathy tu sekarang dah ada anak pun macam tu jugak... malah lagi teruk pulak...

Suami : Kenapa laki dia macam tu?

Isteri : Entah... dia memang macam tu kot... benggong!... abang tau dia siap flirting lagi dengan budak praktikal pulak tu.. ishkkk.... Kesian Kathy..

Suami : HHmmm... dugaan masing-masing biasalah tu...
Kalau betul nak kenapa tak buat elok-elok?

Isteri : Entah... tapi kalau abang macamana?

Suami : Aik.. kenapa abang pulak?

Isteri : Ala... tanya jer... kalau nanti satu hari abang jumpa dan suka seseorang, abang bagi tau saya tak?

Suami : Mana abang nak tahu.... entah... benda tak jadi mana nak tahu...

Isteri : Hmm Apapun kalau jadi abang kena bagi tahu saya... saya kena tahu... jangan rahsia... Apapun jawapan saya itu nombor 2. 1st abang kena bagi tahu saya... biar saya sedia...

Suami : Suami diberi kelebihan tu bersebab... Kenapa ALLAH kata lelaki boleh kawin sampai 4? semua ada sebab....

Isteri : Saya tak pernah tolak hukum poligami tu.. ikhlas, tapi apa yang pernah saya tgk selama nie... poligami lebih banyak susah dari senang... sepatutnya poligami menyenangkan... aman dan membahagiakan... itu tuntutan... ni tak ada suami yang guna kelebihan tu untuk saja tempah neraka... tak adil... nafkah kehulu kehilir tapi kawin kerana nafsu.... lepas tu yang susah... anak... isteri... keluarga...

Suami : Sebagai lelaki bohonglah kalau abang kata tak pernah terfikir untuk semua tu tapi abang tak layan perasaan tu....

Isteri : Manalah tahu... andai tersurat nanti, di masa abang mampu, dan berkehendak, bagi tau saya yea... janjilah...

Suami : Isshhkkk... yang kita bincang pasal ni kenapa? pasal kawan awak kita plak yang bincang pasal nie...

Isteri : hehehe... Okay la tu, mana tau nanti kalau kita betul-betul ada masalah macam tu, kita tak akan ada peluang untuk cakap pasal benda nie... percayalah cakap saya...

Suami : Awak nak ke benda nie jadi kat awak?

Isteri : isshhkk... Nauzubillah.... tapi selagi yang di namakan hidup kita tak tau apa yang dah tertulis untuk kita.... kita manusia tak tau apa perancangan Yang Maha Mengatur...

Suami : Yealah kita tak tahu apa akan jadi esok...

Isteri : Kalau lah boleh saya nak jadi macam Khatijah r.a. isteri Rasulullah... sepanjang perkahwinan dia dan Rasulullah, dia tak pernah dimadukan... hingga dia wafat

Suami : Tapi awak tahu siapa isteri kesayangan Rasulullah?

Isteri : Tau... Siti Aishah r.a. ..... tapi saya tak akan mampu jadi seperti Aishah (bila dimadukan) saya hanya akan mengundang dosa dan membawa abang ke neraka....
sebab itu saya perlu tahu dulu.. kalau hati abang berubah....

Well mungkin ada orang kata "saya" itu gila kerana membicarakan tentang semua ini dengan suaminya yang belum pernah menunjukan tanda-tanda berubah hati secara kasar... tapi dalam diri "saya" itu dia mencuba untuk menyampaikan kepada suaminya, betapa dia ingin hidup bersama tanpa dikongsi cintanya dengan sesiapa.... perkongsian pada "saya" itu hanya akan membuahkan permasalahan... kerana "saya" itu amat mengenali dirinya yang sangat ego dalam soal memiliki... rasanya "saya" itu telah melakukan sesuatu yang sangat baik, kerana sekurang-kurangnya dia memberi peluang kepada si suami untuk memilih... dan dia juga memberi pilihan untuk dirinya sendiri.... sekiranya suaminya orang budiman... dia pasti akan memenuhi harapan "saya" itu, memberi tahu sekiranya dia bersedia untuk membahagikan kasih dan sayangnya yang selama ini menjadi milik mutlak "saya" itu seorang.

Pandangan Areku pulak... memang tak dinafikan, Hak itu ada untuk kaum lelaki, tapi mampukah mereka membawa diri melepasi sekalian wanita yang diikat atas nama nikah itu untuk bersamanya ke syurga?.... well aku pernah terbaca ..

tentang kisah seorang lelaki yang setelah perhitungannya layak mendapat ganjaran syurga, namun selangkah dari pintu syurga dia ditahan oleh wanita yang merupakan amanahnya.... wanita itu mendapat hukum neraka, kerana dosa yang dilakukannya di dunia, tapi wanita itu telah sabitkan kesalahan itu kepada lelaki tadi, dan wanita itu mengheret lelaki itu bersama ke neraka....

Andai semua wanita yang dinikahi nanti tak akan menjadi beban atau penghalang dia untuk masuk syurga boleh saja kalau nak menikah... tapi awas jika tak satu pun mampu mengejar solehah itu.... Sesungguhnya wanita sangat mudah dan hampir dengan syurga tapi... golongan wanita adalah yang paling ramai... PALING RAMAI menjadi penghuni neraka..... Kalau aku sendiri bagaimana?.... aku tak pun tak boleh tolak hukum... tapi macam yang di nyanyikan ini.... apa yang ada dalam lagu tu macam tu lah aku buat masa nie... esok lusa aku tak tahu... okay lah blog... hari ni isu berat sikit tapi agak menarik... mungkin saja bisa buat orang sihat jadi sakit, tapi ini adalah salah satu dari kenyataan hidup.... yang perlu di lalui insan.... terima kasih buat suami isteri yang sudi kongsi dialog tu.... lain kali kongsi lagi yea....


Monday, June 6, 2011

Aku kembali

Blog...


Lamanya aku tinggalkan kau hehehee... sendirian tak bertuan huhuuuhu... sekarang nie aku busy la blog memacam keje aku kena buat... hhmmm orang penting la kunun!...





Blog...


This weekend ada kenduri besar lagi dalam family aku... adik3 akan tamatkan zaman bujang pulak... hehehee... so macam aku cakap sebelum nie lah kan, aku adalah orang yang bertanggungjawap dalam soal hantaran. Bukan la teror mana pun cuma adalah skit kreativiti aku tambah plak ngan idea2 bernas En. Abhi yang sentiasa meletops.... well nanti la sikit hari lagi, bila hantaran tu da diserahkan kepada yang hak, akan aku kongsikan di sini buat tatapan kalian cheewah.... bunyi cam gempak la kunun...





well blog, bila cerita pasal perkahwinan kan aku nak share la, aku sendiri ngan En. Abhi dah berkongsi hidup selama 6 tahun... macam-macam suka duka perit bahagia kecewa indah manis pahit masam payau semualah... semua dah kami lalui... perjalanan kami ke sini bukan lah jalan senang... kerana kami percaya kami adalah antara pasangan yang mendapat kasih sayang ALLAH.. sentiasa diberi ujian, dan Alhamdulillah setakat ini kami masih mampu mengharungi semua ujian ALLAH...





"dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan" - Surah Al-Anbiyaa' 35





"ALLAH tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya" - Surah Al-Baqarah 286





dan ujian akan selalu mengingatkan kita, tentang asal usul diri... Aku redha dengan segala ujian dan ketentuan ALLAH. Apa yang kami ada apa yang kami belum punya apa yang kami tak ada... semuanya aku terima. Moga ALLAH tambahkan erat kasih sayang dan cinta dalam hubungan kami, semoga ALLAH sentiasa kasihkan kami dan sentiasa kasihankan kami.





Sebenarnya dalam perkahwinan ini aku hanya harapkan agar cinta kami padu dan kekal hingga ke akhir hayat biarpun ia tak sehebat cinta Rasulullah dan Siti Khadijah ataupun cinta Nabi Sulaiman dan ratu Balqis.....






Aku tak pernah nak membeza tentang kelebihan dan kesenangan orang lain dengan apa yang aku kata kurang pada aku... kerana sesungguhnya aku tahu ALLAH punya perancangan yang lebih baik untuk aku... mungkin dengan memberi segala kepayahan dan dugaan, mana tau dosa aku sedikit sebanyak diampunkan NYA... kita tak tahu... biarlah aku sakit sekarang, dan semoga nanti DISANA aku tak lagi rasa kesakitan.... Aku mahu bahagia DISANA...




Okaylah blog lama nye menceceh kan.. huhuhuu... sampai sini dulu, hingga aku update ko lagi blog... annyo...

Sunday, May 1, 2011

Imam Muda Musim ke 2...




Blog,

Hari ni aku nak kongsi satu kisah, pagi tadi.. aku tetiba jadi emosi bila tengok Imam Muda kat astro.. aku tak tahu kenapa... air mata macam hujan, tak mampu di tahan, sebak jiwa dan raga aku blog...

Sedih dan syahdu sehinggakan adik5 kluar statement.. "dah-dah jangan tengok...!" mungkin dia juga terusik melihat aku tiba-tiba bersedih dan menangis...

Well sedih sangat, Kenapa aku boleh ter "emosi" sangat?

hhhmmm kisah yang dipaparkan dalam episode yang aku tengok tu sangat menyentuh...

Tema minggu ni ialah, kelahiran.... jadi sebagai tugasan 10 orang bakal Imam Muda nie dikehendaki pergi ke PUSRAWI untuk azankan dan iqamatkan bayi... entah macamana, tetiba mereka dapat berita tentang penemuan mayat seorang bayi dalam longkang...(dibuang), so Mudhir telah menukarkan tugasan mereka, so tak jadi ke Pusrawi mereka akan ke KEWAJA untuk menemui dan menyelami permasalahan yang berlaku kepada penghuni di sana.



Abih kat situ... ada lah satu scene yang aku sangat tak boleh tahan untuk terus memandang ke kaca tv.... dalam scene tu, sepasang suami isteri yang telah berkahwin selama 10thn dan masih belum dikurniakan anak datang untuk mengambil salah seorang bayi yang dilahirkan oleh warga KEWAJA tu, memula macam happy je aku tengok bila pasangan tu Xcited sangat nak amik anak dari situ, tapi bila tengok saat-saat si ibu menyerahkan anaknya yang kecil molek tu ke tangan orang lain untuk di jaga dan di besarkan... dengan tak semena-mena air mata aku turun... ishkk... aku tak mampu tengok aku bawak air mata aku kedapur, walaupun hati ni meruntun sangat nak tengok... nak tengok tapi kerana sedih aku tak boleh g keluar, bila dah ok sikit baru aku ke depan.... dengan sisa air mata... aku teruskan juga tonton Imam Muda sampai abih... huhuhu... pagi lagi aku dah tersentuh...



Besar Kuasa Mu Ya ALLAH, aku bersyukur punya rasa sebegini, ini rahmat Mu Ya ALLAH... aku terima, walaupun bukan aku orang itu, yang diberi kesempatan tersenyum menerima amanah dari Mu... aku akan tetap sabar, menunggu menanti hingga nanti akan datang suatu hari dimana aku akan menadah tangan bersujud syukur berterima kasih padaMu kerana memberi aku pula rezeki dan juga amanah bernama ANAK dalam kehidupan singkatku ini untuk aku dan Abhi letak kan harapan dan cita-cita kepada dia nanti untuk membela agama, menjaga dunianya, dan berusaha untuk akhiratnya..... Moga aku diberi kesempatan. Amin....



Baiklah itu saja yang aku nak kongsikan, tak sangka masih terkesan sedih dan sayu itu... arrrggghhh nipisnya emosi nieh... sabar...sabar... (sambil tahan nafas untuk tahan empangan yang dah mula bocor dari mula menulis N3 nie.....)

Wednesday, March 30, 2011

Pergi dah si Jeremy....






Hai Blog... sedihnye pagi nie aku tengok Jeremy tenat... sian dia Blog.... balik keje aku tengok Jeremy dah mati... waaaa.... sedihnya aku blog... dah la dia yang paling aktif... paling kuat makan... semua dia yang paling... nape dia mati ye blog? mungkin sebab dia da tua ker? macamana aku nak tau dia dah tua?... ke dia mati sebab kena infection masa aku tinggalkan that day... air dia kotor? ishk... apa pun sebabnya jeremy dah mati... skung A& Jel aku tinggal 3 ekor jerk... sian yang lain hilang kawan baik macam jeremy....



Selamat jalan buat Jeremy... well untuk u olls semua kenali and meet my jeremy... walaupun dia dah tak de di dunia nie....



Sian Jeremy.. rugi plak tak snap saat-saat dia aktif mengejar makanan dan kawan2... dia ni makan bersuap dalam A&Jel... dia sekor jer yang suka makan bersuap... sayang Jeremy.... aku akan ingat ngan dia nieh.... ishhkk... at least aku ada gambar dia nie... yang len aku rasa skung dah masanya untuk aku amik / rakam aksi nya sebelum ada yang menyusul Jeremy...



Okaylah blog... cukuplah untuk Jeremy.... aku harap aku tak hutang apa-apa ngan dia... semoga ALLAH ampunkan dosa kami kiranya kami punca Jeremy mati... aku sayang dia blog... bye Jeremy....



huhuhuhuhu ^_^ sedihnya...











Thursday, January 27, 2011

INI KEHIDUPAN



Bersenggang dengan bermacam situasi dan emosi minggu nie arrghh.. tired been running with this kind of heart beat! ... and yet... still have to live a life!!!...

    Yeekkk.... hidup nie macam berlakon drama korea yang aku suka tengok tu... ada masa there will be a unstopable laugh scene... some other time... there will be unexplained crying scene..... some other time tu pulak.... there will be unthinkable thought scene.... there will always been in the scene!.... if only we could see the director..... tapi sesungguhnya... perancangan ALLAH itu adalah yang terbaik..... aku sangat suka firman nie :

"Bila ALLAH makbulkan doa kita - ALLAH menyayangi kita..
Bila ALLAH lambat makbulkan doa kita - ALLAH sedang menguji kita..
Bila ALLAH tak makbulkan doa kita - ALLAH punya perancangan yang lebih baik untuk kita...  
Jangan sesekali bersangka buruk dengan ALLAH kerana sesungguhnya kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya....."

    Dan ayat ini aku buat pegangan dalam menempuh situasi2 yang menyesakkan dada memekakkan telinga menyakitkan nyawa.... adoiii.... sesekali terkeliru, mohon agar ada rahmat Ilahi buat kami sekeluarga... Mohon pada ALLAH agar ditetapkan iman setiap insan-insan dalam keluarga ni... diberikan perlindungan dari azab neraka...mudah-mudahan kesakitan ini dapat menghapuskan dosa silam yang ada...
Buat saudara-saudara ku yang bakal dihadapkan dengan dunia yang tak pernah tahu apa sebenarnya... bersabarlah dan teruslah berdoa kerana doa mereka yang dizalimi adalah sangat makbul. Terkadang aku terfikir mampukan perkataan "sabar yea!.." memberikan erti sebenar sabar itu kepada mereka... tapi sekurang-kurangnya ia adalah doa yang ikhlas sebagai peneman mereka..insya'ALLAH.
Apapun yang berlaku itu adalah untuk kebaikan... well memang sekarang / semasa kejadian kebaikan tu masih belum menampakan diri... tapi percayalah lambat laun akan ada juga masa dan ketika kita akan menarik nafas lega... dan Alhamdulillah....

   Persoalan demi persoalan... aku pun tak tahu apa salahnya... penantian ini rasa lebih jauh bila khabar itu aku terima.....tak pe... sabar... dan usahalah untuk tahu apa masalah sebenarnya... aku bimbang kiranya ada yang kecewa penantian tak berkesudahan,

hhhmmmm blog hari nie aku menulis tanpa ada nama... tanpa ada pengesahan dan cerita yang terang.. cuma ada perenggan yang membezakan siapa... cuma tulisan tentang perasaan, harapan, doa, dan kasih sayang.... kami tak ramai setakat ini sahaja yang ada... setakat orang2 ini saja kami berkasih sayang... bertolong bantu setakat yang mampu... tapi jauh di sudut hati doa melimpah ruah tanpa peluang untuk berhenti berharap agar akan datang kebaikan di dunia dan kebahgiaan di Akhirat.......

dah la blog... sampai sini je hari ni....
Senyumlah... tika masih boleh tersenyum.....