About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Friday, February 17, 2012

Selagi.....

Selagi tak lepaskan rasa marah dan kecewa...
Kesan dari peristiwa lama...
Selagi itu hidup akan sentiasa dibelenggu resah....

Selagi hati tak terbuka menerima...
Segala apa yang disuratkan...
Selagi itu tak akan ada rasa tenang...

Selagi asyik diri menyalahkan....
Insan-insan yang silap dan berdosa...
Selagi itu payah akan temu bahagia...

Selagi fikiran sentiasa mengenang...
Sejarah hitam dan kemelut luka...
Selagi itu susah untuk mencipta sejarah gembira..

Selagi hanya bibir menyuarakan pasrah...
Sedang hati masih mengingkari...
Selagi itu akan rasa dikhianati...

Selagi masih belum dapat meredhai
Segala sesuatu ketentuan ILAHI
Selagi itu kita masih belum temui apa itu IMAN dalam diri....

Belajar untuk menerima kesilapan dan sejarah hitam dalam kehidupan sebagai asas untuk mengenali punca diri dan ILAHI....

Berusaha untuk memaafkan dan mendoakan agar di beri kemuliaan akan dapat membentuk hati menjadi pengikut NABI...


Friday, February 3, 2012

Khabar Gembira... tapi kenapa?...

Assalamualaikum....

Hari nie... 3 Feb 2012... dah berlalu 6 bulan kisah yang penuh tragis dan ujian unlimited buat aku... Buat masa ini... sejujurnya setiap apa yang dibualkan sepanjang tempoh itu masih lekat dengan kuat di kotak ingatan aku... Sungguh aku tak mampu nak delete... walau berbagai cara aku lakukan... eroniknya manusia tak suka pada perkara yang mengundang sakit di hati tapi fikiran masih tak mahu melepaskan... pelik aku....
Well sekarang aku tahu ia perkhabaran gembira buat aku... tapi kenapa setiap kali aku nak senyum gembira dan puas hati... aku rasa seolah-olah aku masih berhutang!!... sedang pada aku... bukan aku yang sepatutnya rasa begitu... Kenapa aku rasa perasaan nie? aku sendiri tak pasti... setiap kali solatku aku bermohon agar semua ini akan hilang setiap kali aku bangun dari tidurku... tapi macam semalam ia tetap datang... berbaur semua rasa...
Biar berapa kalipun aku tatap gambar senyuman itu... di hatiku masih ada rasa ini... Ya ALLAH, semoga apa yang aku rasa ni hilang!.. aku tak mahu rasa sakit begini... Demi MU Ya ALLAH.. hatiku ini inginkan ketenangan...