About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Wednesday, December 19, 2012

Pesenan buat diri sendiri...

Assalamualaikum, (En3 ni dah lama aku karang pas tu stuck kat draft... sekarang baru dapat peluang untuk publish!)

Beberapa hari lepas, ada lah aku terbaca dalam fb kisah seorang isteri yang memohon keredhaan si suami, demi untuk syurga. Dan dengan suka-suka aku pun tanya lah pada En.Suami.. adakah dia redha ngan aku selama aku menjadi isterinya. Memula dia macam tak senang ngan soklan tetiba aku tu, dia tanya balik kenapa aku kena tanya macam tu.. so aku bg tau la dia apa yang aku dh baca tu... pas tu dia kata

"Selagi awak tak buat apa2 yang abang larang dibelakang abang.. abang sentiasa redha dengan awak!... " (well ayat dia tak la sediplomatik cenggitu! aku ubah la sikit2... nak wat sedap huuuhuuu..)
Ayat dia sedikit sebanyak buat aku terfikir begitu besar hak suami pada si isteri sebab ayat sebegitu tak laku kalau yang suarakan adalah perempuan. huhuhuuu.... kerana isteri tak akan terjejas pahalanya bilamana suami melakukan kesalahan.. tapi suami akan terlibat sama kalau isteri yang buat dosa.


Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Tiada yang indah

Tiada yang indah bagi ibu bapa selain mendapat anak yang soleh dan solehah dan yang mendoakan kebahagiaannya so, Jadilah anak yang soleh dan solehah.

Tiada yang indah bagi guru selain melihat kejayaan anak muridnya dan ilmu yang diajar dimanfaatkan oleh anak muridnya jadi Usahalah sehingga berjaya.

Tiada yang indah bagi pejuang selain meraih kemenangan dan gugur syahid Jadilah syuhada' fisabilillah

Tiada yang indah bagi kekasih selain kasihnya tidak dikhianati dan kesetiaan dari pasangannya Hindari diri dari mengkhianati so jadilah kekasih yang setia

Tiada yang indah bagi suami / isteri selain mendapat suami / isteri yang soleh dan solehah serta hidup bahagia maka akan Wujudkanlah keluarga bahag
ia

Tiada yang indah bagi kawan selain mempunyai kawan yang bersama saat susah dan senang dalam merempuh ranjau perjuangan maka Jadilah kawan yang baik

Tiada yang indah bagi pelajar selain memperolehi kejayaan dan mendapat ilmu yang berkat justeru itu Carilah ilmu yang berkat


Ingatlah

Andai tercapai apa yang diingini bersyukurlah pada Illahi kerana semua nikmat daripadaNya. Kita tiada kuasa untuk mengadakannya cuma kita perlu berusaha hingga berjaya.
Dan andai tidak berjaya janganlah berputus asa. Usaha semula selagi daya dan jangan menyalahkanNya. Cuma kita lihat diri kita mungkin ada yang tak kena. Yang pasti tuntutan Yang Esa itu yang utama.

UDT = Usaha Doa Tawakal...

Semoga ALLAH merahmati dan menyayangi aku, suamiku, kedua-dua ibu bapa & mertuaku, adik-beradikku, teman-temanku serta seluruh ahli keluarga dan umat islam seantero dunia...









My Dream beside Qaeid...

Assalamualaikum...

Hohoho... Lamanya laman ni sunyi. Kesian MDQ...
Well, bukan sebab bzzz pun, cuma kekangan kerajinan yang membuat aku rasa aku tak dapat nk meng-update-kan diri..

Chamm... Hari ni nak berkongsi something.. pasal sebuah impian a.k.a DREAMS..

I have a dream
A song to sing...

Sebagai manusia kita kena ada impian dan aku punya impian yang sangat berbagai sebenarnya.. huhuhuu.. So, Insya'ALLAH andai ada rezeki dan rahmat dari ILAHI akan tercapailah impian aku yang satu ni.. Tunggu....

P/S : Aku doakan impian semua yang membaca en3 ni akan tercapai...dan semoga impian aku jadi kenyataan.. Amin.