About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Thursday, September 6, 2012

Sedih lagi....

Assalamualaikum...

Dan pagi ini dikhabarkan kepada kami semua... Adik2 kehilangan untuk kesekian kalinya.
Kali ni ada suara hampa dari semua orang, dan yang paling aku terkejut bila Abhi pun macam sentap gile bila dapat berita tu... hhuurrmmm mungkin belum punya rezeki. ALLAH lebih tahu apa yang Dirancang untuk kita kan... siapa lah kita untuk menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Semoga Adik2 tabah dan sentiasa Istighfar atas apa yang berlaku. Kita hanya mampu merancang tapi Perancangan DIA adalah lebih baik.
Biar macamana berat kami rasa dia yang menanggung lagi berat. Tapi ingat janji ALLAH diberi ujian sesuai dengan kemampuan masing2... Mungkin tabahnya Adik2 lebih dari segi ini... Semoga ALLAH sentiasa melindunginya dan tetapkan imannya sentiasa....

p/s : Macam dah terngiang2 gelaran itu di suarakan secara nyata!!... Astagrfirullah...

Sekian

Wasalam

Are Ku r

Saturday, September 1, 2012

Belajarlah Hargai Peluang dan Ruang!!

Assalamualaikum...

Walau apa keadaan sekalipun SEHARUSNYA kita bersyukur dan belajar menghargai apa yang ada di depan mata...
Apa yang kita ada hari ni mungkin tak boleh dapat kalau kita tak DIBERI peluang dan ruang itu!!
So apa kata hayati apa yang dah berlaku sebelum ni dan hargai sikit apa yang pernah orang lain beri pada kita.. Jangan lah nak tunding jari orang itu salah orang ini betul... sampai bila pun tak habis cerita. Di tika dan saat ada lagi yang sudi nak menghulur tangan membantu janganlah dibantutkan niat mereka tu. Sedar-sedarlah diri. Bersyukur dengan apa yang ada kerana ALLAH dah bagi banyak kelapangan. Apa salahnya gunakan apa yang ada berkorban sedikit untuk bagi peluang dan ruang untuk orang lain merasa pulak..
Janganlah asyik minta orang lain berkorban untuk kita sedang kita tak buat satupun pengorbanan yang berbaloi.

Berfikir selagi masih mampu. Bukan fikir diri sendiri je susah, mungkin tanpa sedar orang lain lagi susah.

Sekian

Wassalam

Are Ku r