About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Friday, July 20, 2012

Ramadhan datang lagi...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... bertemu lagi dengan Ramadhan, ***Setahun sudah berlalu*** Sekejap je masa pergi meninggalkan kita kan?!.. Itulah yang dinamakan kehidupan. Apapun yang dah berlaku dan berlalu just let it be!!... yang sedang kita jalani ni nak kena ambil pusing dan beri perhatian. Macam lagu Tok TiTu...
"Tuhan Menguji Tak Kan Berhenti..." - So sebagai yang bernama manusia dugaan itu harussssss!! dirasai dan dilalui biar payah macamana sekalipun...
Dikesempatan ini nak la convey ucapan untuk semua yang membaca MDQ ni...

SeLamaT MenYamBUt BulaN RamaDHan Yang MUliA... SeMogA AmAlan kiTA DiTErima ...
DibErI KeBAikaN dan KeLApaNGan DaLAm MenJAlaNi IbAdaH PuASa nAnTI...
DiamPUnkAN SeGAla DosA dan DiLimPAHkan SegALA PaHAla

Oke nanti kita jumpa lagi insya'ALLAH di bulan puasa nanti. Jangan bosan baca MDQ yea.. hehehee

Sekian

Wasalam

Are Ku r

Thursday, July 12, 2012

Siapa Lebih Bagus?!!

Assalamualaikum,
Wa'alaikumusalam

Saya nak tanya ni... Sapa lebih bagus? Saya ke Dia?
What??... "Serius aku tak sangka soklan tu leh keluar what the heck?!!"

Saya tanya siapa lagi bagus saya ke dia?
Errr... Dari segi apa yea tanya macam tu?

Semua segi la... "Selamba je soklan tu melintas depan mata aku"
Tak ada jawapan untuk soalan tu.."Jujurnya aku tak boleh nilaikan pun..."

Mesti saya lebih jahat kan?... "than U know its OKE!!"
Sorry lah memang saya tak pernah bandingkan pun.. "kelat nye muka aku skung nie..."

Well... Well... Well...
Baca sini untuk jawapan soklan awak yang tak masuk dek akal tu yea..
Tak pernah terlintas di kepala @ hati @ mana-mana bahagian tubuh saya yang boleh menerbitkan
thought a.k.a buah fikiran @ perasaan
untuk membuat perbandingan
Tak kira lah..
Secara Sihat @ Tak Sihat @ ^&$@)#(
Antara Kau dan Dia!!

TAK PERNAH
oke...

Janganlah anggap apa yang kita share selama ni sama dengan apa yang aku share ngan dia
dia tu walau jahat macamana pun
Dia tetap Dia
walau hodoh macamana pun
Dia tetap Dia
walau TAK istimewa macamana pun
Dia tetap Dia
kenapa?!!

SEBAB DIA BUKAN AWAK
SEBAB DIA BAGAI DEWA DAN AWAK PLAK MACAM BIAWAK

ngerti??!!

Sekian
Wasalam

Are Ku r




Tuesday, July 10, 2012

Spoil my Mood!!

Urrfffgggghhhh!!!
Really Spoil My Beauty Mood!!

Semoga ALLAH ampunkan dosa Are Ku
dan
Semua umat islam di dunia ini

Amin..

Sekian
Are Ku r

Friday, July 6, 2012

Me Adik n "Umang Aiihhh....."

Assalamualaikum...

Petang semalam Adik5 datang umah.
Balik tu singgahlah kejap kat kedai
Sementara menunggu giliran nak bayar tu..

Adik5 memang dah perasan
seorang kanak2 cumel genit je.. memiliki rambur ala-ala johan / hafiz
tapi dia simpan dalam hati

Tiba yang aku ni...
(masa tu tah macamana terpandang dia- yang ada dibelakang)
dengan ekspresi wajah
"Umangggg Aiiihhhhh....!!!!"
tapi takat tu je la coz bapak budak tu ada kat situ
lepas bayar aku tengok si Adik5 cepat-cepat jalan ke kereta
Aku pun confius apasal minah nie laju semacam

Bila ditanya rupanya dia simpan gelak
dalam kereta terhambur gelak berdekah-dekah kami 2 beradik
5 minit x gerak2 lagi sebab gelak punya pasal...

Adik5 kata
Bukan kelakar tengok budak tu..
Tapi tengok aku'nye ekspresi muka
Memang tak boleh blah...

Kih Kih Kih... Sampai rumah

***

Malam tu time g jemput Abhi balik keje
Sekali lagi terkekeh-kekeh 2 beradik 
pasal teringat insident tu.

adeh...
Sian budak tu.
Tapi betul Dik,
Ikhlas,
Kami tak gelakkan keistimewaan adik tu..
Kami gelak kerana keterujaan aku jer...

Hahahahaa!!!

Sekian.
Wasalam

Are Ku r

Thursday, July 5, 2012

Selamat Sambut Nisfu Sya'aban...

Assalamualaikum,

Hari ni 15 Sya'aban!.. Malam tadi selepas Maghrib disunatkan buat solat sunat nisfu Sya'aban dan baca Yaasin 3X.... Sabda Rasulullah SAW: Apabila tiba pada malam Nisfu Sya'aban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”                                    (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Semoga ALLAH ampunkan semua dosa aku, suami dan ahli keluargaku yang lepas dan akan datang. Semoga ALLAH limpahkan rezeki dan keberkatan dalam kehidupan aku kini dan masa depan. Amin.....

Selamat berpuasa untuk yang berpuasa hari ni... Semoga ALLAH terima keihklasan kita beribadat kepadaNYA sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”
(Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)

 
Sekian

Wasalam

Are Ku r

Wednesday, July 4, 2012

Are Ku dan dot dot dot...

Asal ada tajuk kena ada cerita yea?.. Tak payah... kali ni let the tajuk speak! huhuhuuu... thrill gitu kan.. dot dot dot ....

Sekian

Wasalam

Are ku r

Tuesday, July 3, 2012

Assalamualaikum..... What are we supposed to do?

Bila hati ini tiba-tiba mengecil?
Bila tiba-tiba rasa asing?
Bila tiba-tiba rasa terbuang?
Bila tiba-tiba rasa tak diendahkan?

Baru je usai kelaka
Rasa macam terpaksa jak dilayan
Rasa macam terpaksa je jawap soklan2 terke-udara
Rasa macam itulah...

Rasa sik nyaman nyawa tiba-tiba
Rasa cam hina jak dipolah kedak ya
adoi..
Mainan bahasa,
Well

Dah la wat pe nak menambah
penat di hati
resah di jiwa
sakit di kepala
apa apa je lah

Tapi tak pe sekejap je nih

ok chow...

Sekian

Wasalam

Are Ku r