About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Wednesday, November 14, 2012

SENTAP!!

Walaupun dengan tiba2 dan tak semena2 aku jadi sentap pulak. tiba2 rasa luluh hati, memang hakikatnya berbeza dari yang disampaikan namun secara halus aku jadi sentap. kerana pada aku penyampaian sebegitu buat pandangan serong orang lain sedang yang sebenarnya tidak sebegitu... malah tak pernah begitu pun.. selama hidup aku tahu diri. tapi terus terang aku sentap!! Maaf sebab tak punya alasan pun kenapa..  cuma nk ku beritahu aku sentap tiba2!!

Yang Paling lama....

Rasanya inilah masa yang paling lama aku ambil untuk update blog aku yang sunyi nieh!!...

Assalamualaikum,
Bukan sebab sibuk sangat pun, cuma kerana terlalu banyak yang nak aku kongsikan makanya semua jadi terbantut dan at last post duk dalam draft atau pun memang tak terluah kat memana pun sekadar penuh kat benak aku sorang je sampai lupa.
Itu adalah salah satu sebab kenapa aku tak layak dan tak boleh menulis!.. definitely cant be a writers.. not even dream of it. Oke..

Well hari ni empat belas sebelas dua belas... ada yang setahun ada yang dah sampai lima enam tahun.. semua tu kisah yang dah jadi sejarah. Hari ni walaupun ada yang dah agak lama ditinggalkan rasanya macam baru je aku lalui kan kan kan... dan ada pulak tu baru je aku tempuh dah rasa macam dah bertahun-tahun lamanya. Uniknya perkara yang dinamakan kehidupan. Diam tak diam dah tinggal empat puluh tujuh hari sahaja untuk tamatkan tahun masihi 2012 ni. Tapi tak sampai beberapa jam je lagi kita akan tinggalkan tahun 1433 di kalendar Hijrah. Akan bermula satu lagi tahun baru dalam kalendar islam. Apa kah hijrah kita untuk tahun yang bakal datang lewat petang ni nanti? bersediakah meninggalkan azam semalam untuk membina azam baru?. Banyak kekhilafan aku untuk tahun 1433 nieh sebenarnya. Makanya untuk tahun yang baru aku panjatkan doa pada yang Maha Kuasa agar aku punya kekuatan untuk terus membersihkan iman yang telah banyak rosak sebelum ni.

Ada niat dalam hati untuk menamatkan segala dosa yang secara lansung atau tak lansung aku lakukan sebelum ni. Semoga ALLAH merahmati aku dan keluargaku.

Dikesempatan Hijrah ini, aku sebagai insan yang penuh kejahilan dan dosa ni, mohon seribu keampunan dan kemaafkan kepada semua yang pernah aku sakiti dalam sedar mahupun diluar sedar. 

Sekian
Wassalam

Are Ku r