About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Friday, October 21, 2011

Update ker?

Assalamualaikum....




Rasa rindu nak update blog tapi tandus idea nak menulis... tentang apakah?... isu semasa?.. atau luahan rasa?.. hhmmm apa yea yang menarik untuk di suarakan?.. atau sekadar ayat-ayat basi yang dah selalu sangat di paparkan kat laman nie?.. well... (sambil senyum)


hhmmm... Semalam kami adik beradik g Alamanda Aku, Abhi, adik2, adik3, Ns, adik5, Ej & Bd yang datang agak lewat skit kerana kerja... Dah lama betul aku tak window shopping sesekali gitu seronok jugak..... tambah Abhi memang tengah dalam mood ceria.. habis semua orang kena usik... semua orang jadi tak kering gusi dibuatnya.. ada jer yang boleh dibuat lawak... memang ceria. Adik-adik jadi happy... hhhmmm aku tumpang happy tu.. dalam hati berdoa agar bahagia ini untuk selamanya... amin.


Tujuan asal adalah mencari barang-barang untuk hantaran si adik5 yang akan melansungkan pertunangannya hujung bulan November nanti... wah... tak lama lagi... Aku tumpang kegembiraan dia... sesungguhnya dia telah bersedia untuk diikat.. dan telah sedikit sebanyak bersiap untuk menjadi hak dan amanah Ej... teringat pada keindahan serupa beberapa tahun sudah... aku juga punya kesempatan yang sama... keluar mencari barang untuk persiapan majlis ... indah masa tu... maklum saja semua yang ada di hati hanya ada 1... khas dan eksklusif.. bahagia yang hanya ALLAH saja yang tahu..kenangan yang akan aku simpan baik-baik.


.......


Selesai mencari barang yang diperlukan kami ber"happy hour"... release tension sekejap kan bila dah reramai mcm tu memang seronok... malam baru kami keluar dari Alamanda... rugi rasa tak bawa kamera... memang dah agak lama aku mengidam amik gambar kat situ tapi setiap kali keluar ke sana sokmo lupa nak bawa kawan kecik tu hehehe.....


itu jer lah yang dapat aku update kat sini... well sebagai diari untuk aku buka semula nanti.. i guess... hehehe.....




Annyo blog


No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...