About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Thursday, August 30, 2012

Teman Pengganti...

Sejak Adik Hensome aku suh dengar lagu ni aku selalu gak lah dengar dari radio... pas tu g keje aku carik dan upload lagu tu ke pc... sekarang ni hari-hari aku dengar lagu ni... best plak.. cuma pada aku kalau lagu tu x ada "rap" lagi best... so aku suka tang verse si Black je.. tang verse Malique tue aku suka lirik dia cuma rap macam tak boleh blah sebab lagu ni ala-ala sayu skit... heeee.....

Lagu ni aku tujukan khas untuk kawan yang dah jumpa Teman Pengganti...

Kalau dulu rasa cam nak kawan sampai mati... sekarang rasanya macam dah tak mo kawan lagi... Dah la.. Tak po pun.. yang penting

"Aku Maafkan kamu!! Tak perlu kita bertemu cukup kau tahu...
Yang aku Maafkan kamu!! Tolong teruskan hidup jangan sebut namaku..."

Walau sekarang ni lagu Ombak Rindu tu pun tersenarai dalam lagu-lagu yang harusss aku putar hari-hari, tapi itu tak mampu nak ubah pape oke...

***

Satu lagi lagu best yang baru je aku jumpa is...."Muara Hati" - by Dato CT n Hafis ...
Best gak la stok lagu slow... mcm lagu OR tu jugak... Punya nilai cinyu yang tersendiri.. I Loike !!

Okeh la tu je nak share hari ni... dan mungkin untuk esok lusa dan sampai bila aku leh share cite lain la kan....

Sekian

Wasalam

Are Ku r

Tuesday, August 7, 2012

Seminggu Je Lagi...

Assalamualaikum...

Well sebenarnya tak sampai seminggu pun... Abhi akan berlepas on 11 Aug - this coming saturday!!...ke Amsterdam sekali lagi, adoyy... sedih tambah sayu tambah pilu bila time2 pose gini bakal berjauhan dengan En. Suami. Isshhkk la, susah sungguh hati ni nak terima keadaan tu!.
Mesti aku akan rindu Abhi
Mesti aku akan selalu teringatkan Abhi
Mesti aku akan sentiasa sedih dan nangis sensorang
Mesti aku akan kerap kali kira bila Abhi akan balik
Mesti aku akan semua-semua lah...

Huaaaaa!!!... Bulan pose kot.. Sian Abhi kena puasa di perantauan. Dah la nak makan payah sket kat sana tuh. huhuhu...

Abhi,
Keje bebaik yea. Makan jangan skip tau. Jaga diri, Jangan suka2 je g dekat bila tengok orang berkumpul ramai2 tau... (tu memang sifat dia - curious memanjang). Dah jauh ni rajin2 lah buka blog ni... Baca apa yang ingin Sayang sampaikan coz kadang2 suara tak sampai nak cakap benda2 nieh.. adeh... sebak plak. Oke.. tak lama kan seminggu je pas tu jumpa balik untuk Raya kan. huhuhuu... tapi pas tu Abhi kena fly balik ke sana... huhuuu... Kesian Geng Ketat Abhi sorang tu, Masa hari besar dia Abhi tak ada sekali untuk meraikan dia. Hehehe tapi tak apa, Sayang kan ada, Sayang akan wakil kan Abhi yeak.

Waaaa!!!
Cepat balik yea.

Sekian
Wasalam

Are Ku r

Wednesday, August 1, 2012

Ogos....

Assalamualaikum

Hari ni 1haribulan 8.

Apa yang ada pada 1hb 8?

Semua ada kat situ...

Selamat datang Ogos.

Tahun ni datang bersama semua yang baik-baik dan terbaik yea

kerana Ogos merupakan bulan istimewa

sekian
Wasalam

Are Ku r