About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Wednesday, June 27, 2012

Cerita Pagi Ini

Assalamualaikum

Menaruh Harapan yang terlalu tinggi untuk sesuatu yang belum pasti
Akan hanya membuat kita terduduk kecewa!
Bila apa yang kita harapkan tidak menjadi

Pagi ni aku menaip dengan iringan Ombak Rindu
Lama rasanya tak dengar lagu ni..
Pernah dulu satu ketika lagu ni jadi peneman..
Menjadi sahabat baik aku dan telinga!

Kini walau ia bukan lagi lagu tema peneman hati
Tapi ia tetap segar menjadi halwa telinga
Kerana ada ingatan dan kisah di setiap lenggok liriknya
Ada harapan dan semangat dalam setiap alunan lagunya

Well sekarang ni pulak
Lagu pandangan pertama -Nirina ft. Slank
Pun membuat aku seperti di masa yang itu!

Okeh
Tak nak la mengimbau perkara yang bakal
merosakkan mood dan ketenangan pagi..
Hari ni aku nak sudahkan dengan semua perkara yang baik dan menarik
Bukan mencela atau meratap hiba

Baiklah
sampai jumpa next post...

Sekian
Wasalam

Are Ku r


Tuesday, June 26, 2012

Sakit Itu Rahmat ALLAH....

Assalamualaikum...

Dah nak abih dah setengah tahun 2012... Well, yang pastinya hari ni aku nak kongsi perihal sakit... kalau nak di hitung tang beberapa bulan yang lepas memang ahli family Zuana ni, lepas sorang-sorang kena memacam jenis sakit...
Aku lak memang la jenis payah gak nak kena demam... demam memain tu selalu lah kan (hhehehe mampuih kok tau dek boss!!) heheheeee tapi kali ni start sabtu minggu lepas, masa tu baru sampai dari kampung...aku ni boleh menggigil kesejukan tapi badan macam baru keluar oven halogen... ( Yang baru sekali Pakai tuh!!...) Abhi pun terkejut rasa suhu badan yang mendadak naik macam tu sekali, langkah keselamatan yang di buat makan ubat pas tu terus mabuk dan lena sampai pagi. Pagi ahad tu Abhi keje pagi, dia bangun dan siap sendiri (tak de minum pagi sebb chef tak larat bangun!) Seharian ahad tu aku bangun dan tidor... bangun balik pas tu tidor balik... sampai lah time Abhi balik kije... Masa Abhi balik tu rasa segar skit walaupun masih panas.... Esok nya Isnin aku boleh bangun macam biasa... G keje macam biasa... cuma sakit kepala la sikit kan... Malam nya... demam semula badan jadi panas dan berapi gitu... tapi sabar lagi  makan ubat beli jer... Selasa pun macam tu jugak pagi ok tapi malam tu, demam datang lagi...So melihat keadaan yang tak stabil begitu buat Abhi paksa aku untuk g ke Klinik. Bila dah jumpa doktor, dia suruh aku datang semula next morning untuk ambik darah... Alhamdulillah ujian darah tak de masalah cuma mungkin demam virus jer... virus apa? virus cinta kot!! huhuuhuu.. dan aku begitu selama seminggu!!... seminggu oke... !! Akhirnya next sabtu tu... badan aku di naiki tanda2 merah.... dan inilah kesimpulan kenapa aku demam lama ari tu... Sah lah dah berjangkit demam campak Adik2 dan Adik5... huhuhuuuu.... kisahnya.. Tapi yealah kan apapun Alhamdulillah kerana aku sakit, sebab masa sakit kita akan sedar diri... baru tahu langit tinggi rendah yea?!... Alhamdulillah kerana ALLAH sayangkan aku dan beri aku sakit ni untuk muhasabah diri. Biarlah kita diingatkan atau diuji dengan kesakitan daripada kita diuji atau diingatkan dengan kesenangan dan kelapangan... coz kalau diberi ganjanran takut lupa diri terussss...!!! hehehee... Rentetan nya semua dah rasa demam tahun ni... Adik2 pas tu Adik5, Adik3pas tu Adik ku yang paling kacak a.k.a Adik6 (Atas permintaan dia sendiri aku gelar dia cenggitu!!) then Adik4 dan Aku... huhuuhu rekod kan! Macam tu la kami... nampak tak sehati nye macam tu?.. Walaupun sakit masing2 tanggung.... kami tetap rasa apa yang lain rasa... heheheee....
Oke lah tu je yang nak share tentang aku mereka dan sakit.... Untuk Adik4 yang belum berapa nak sembuh tu... sabar oke... tak lupa jugak buat adik5 yang sakit jemari tu.... sabar jugak oke... aku ni masih boleh di kategorikan dalam golongan oke gak lah cuma batuk n selsema baru je tengah ketuk pintu nak masuk... kih kih kih... apalagi silalah masuk jangan malu-malu nanti aku makan ubat so u olls leh balik ke tempat asal balik yeah...
Tu je la yea...

Sekian
Wasalam

Are Ku r

Thursday, June 21, 2012

Rindu ker?!..

Assalamualaikum...

Rindu ker bila asyik nak mendengar suara seseorang tu?... Rindu ker bila asyik terkenang saat dan masa bersamanya?... Rindu ker macam tu?.. Aku pernah dengar dari seseorang
"Rindu tak semestinya Cinta atau Sayang!!"
Betul ker? Rindu memang banyak jenis rindu... dengan kengkawan sekerja pun kalau dah lama tak jumpa akan ada rindu nak pandang muka dia atau rindu nak dengar celoteh dia... tu pun rindu jugak kan... Betul ker?.. Aku pun tak tahu motif sebenar pertanyaan demi pertanyaan... maybe sebab aku sendiri tak punya jawapan dan masih mencari apa jawapan yang sesuai untuk aku lengkapkan soal jawap tu. 
Sedari pagi tadi sesak di fikiran nama seseorang.. Rindunya nak berbual mesra dengan dia... rindunya nak dengar suara dia bercakap dalam senyum. Tapi yealah kan siapalah kita nak menentukan masa seseorang.. Kalaupun kita punya sepanjang tahun untuk hanya berbual kosong... namun kita tak boleh samakan masa kita dengan insan lain... kerana setiap insan punya gaya masa yang berbeza. Mungkin akan ada hari yang sama seperti satu hari dulu... dimana kita boleh berbual... tersenyum dan ketawa bersama... akan Aku tunggu hari dan masa itu. Dengan sabarnya.
Kadang terlintas difikiran, sedang kita bergelumang dalam rindu pada sidia, apakah disana juga ada rindu buat kita?.. Tentu bangga dan membanggakan bila ada yang utarakan hajat dan niat untuk jumpa kita kerana rindu kan?.. mesti teringat2 kat kepala betul ke dia rindu?.. pantaskah aku dirindukan?.. bla bla bla....
Ok lah itu je yang nak aku kongsikan.... Ingat tak aku pernah post ayat ni tak lama dulu... dan ayat ni juga aku msg ke talian peribadi somebody....
" Want to talk to somebody but that somebody is busy! huhuhuuu"
Tak lama lepas aku post... dan text msg tu aku dapat miss call... untuk mengubat miss di hati... kueng kueng kueng... itu je lah dah abih dah....

Sekian
Wasalam

Are Ku r

Thursday, June 14, 2012

Janji Jujur Sepi

Assalamualaikum,

Semalam berkesempatan mengikat janji ngan satu lagi telemovie lakonan BetoKu. Gandingan BetoKu, Neelofa n Izreen. Jalan citenye sempoi jer pasal seorang lelaki yang kena tunaikan janji untuk jaga awek kawan baiknya... Pelakon ... pada aku (pendapat aku la yea..) BetoKu - memang yang sangat terbaik tak yah nak komen sangatlah tentang tatacara lakonan dia. Walau dengan renungannya je pun dia dah boleh sempurnakan watak tu... adoyai!! dia memang seorang PELAKON. Izreen - Ok lah sebagai sorang pompuan yang "saiko" hanya kerana lelaki. bagus gak lah. Neelofa - tengok dia berlakon kita tahu apa yang kita tengok tu adalah drama. Sedikit kecewa la sebab dia dah digandingkan dengan BetoKu tapi berlakon agak kayu. Sedih gak lah kan. And satu yang paling aku tak suka tentang telefilem tu... scene ending dia tu... Perlukan scene tu?!! Serius aku tak boleh terima scene tu. Dengan selamba lembunye si Neelofa tu g peluk BetoKu tu wat pe? Apa motif scene peluk tu?. Kok yea pun nak jadikan cita tu menarik tak yah la tambah scene mengarut macam tu, tak sesuai kot...Dan ketidak puasan hati aku tengok scene tu aku kongsi ngan adik-adik aku.. ternyata mereka pun sama tak setuju. Entah apa-apa tah.
Okay lah tu je nak kongsi ari ni. aku suka BetoKu okeh... dari mula dia muncul (masa tu nya kelakar sarawak - dlm rosli dhobi) dan sampai sekarang tau.. dan semestinya esok2 pun.

Sekian
Wasalam

Are Ku r

Wednesday, June 13, 2012

Cinta Setengah Mati

Assalamualaikum

Dan ditengah keasyikan are Ku melayan satu rentetan kisah ciptaan hidup beberapa insan... aku disagakkan dengan lagu ni... Sungguh-sungguh aku jatuh cinta dengan lagu ni pertama kali dengar... aku rasa terbuai je dek perasaan. kalau benar Idayu wujud... Lagu ini memang sangat sesuai untuk dia... well lagu ni pun sebenarnya sangat sesuai untuk are Ku... kerana are Ku pun macam lagu tu... "seribu kali ku mati ku rela untuk dirimu... SEKALI PUN KU TAKUT KEHILANGAN MU...." sungguh, kerana cinta ini sangat besar.
Well nak share lagu tu so sesama tekan play button kat Box are Ku tepi tuh!!.. nak baca lirik je pun boleh lah... ni dia lirik yang bisa membelah jiwa... lagu ni kalau di dengar pada are Ku akan buat are Ku rasa sayu dan dalam masa yang sama membuat cinta bertambah kuat. Lagu ni seolah-olah memuja semangat tapi dalam masa yang sama buat jiwa are Ku terperosok ke sudut syahdu.... amboi... tak pe lah cuma are Ku yang tahu apa maknyanya yang sebenar.Okeh.. dah layan je bait-bait lagu ni....

setiap hari ku bayangkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku lakukan
demi kamu (demi kamu)

setiap hari ku harapkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku berikan
demi kamu demi kamu
sya la la la lai la la la la lai
seribu kali ku mati ku rela tuk dirimu
sya la la la lai la la la la lai
sekali pun ku takut kan kehilanganmu
setiap hari ku bayangkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku lakukan
demi kamu demi kamu

setiap hari ku bayangkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku lakukan
demi kamu (demi kamu)

Sepanjang hari, lagu ni menghiasi ruang pejabat are Ku. 

Sekian,
Wasalam

Are Ku r 

Monday, June 4, 2012

dot dot dot

Pintu tu dah ditutup dengan agak kuat dan boleh tahan kasarnya, kenapa masih lagi kau nak buka walaupun dengan sangat perlahan. kau tahu kan cara kalau dia kata pintu tu dah ditutup jadi jangan hambakan diri sendiri dan jangan cuba nak malukan maruah yang tinggal ciput je lagi tu. simpan baik-baik kerana bila nanti kau jumpa dia pada pandangan dia tempat kau bukan lagi tinggi untuk dipuji tapi sangat rendah hingga layak dimaki. Hidup sebagai engkau harus kenal dan sedar diri, walau sungguh pada kau dia pembuka dan penutup tapi pada dia kau mungkin pernah berbuat onar yang sama dengan yang lain. sungguh kau sepatutnya hentikan semua yang kau fikir kau nak kongsikan dengan dia kerana dia bukan lagi orang yang sama yang kau kenal berbulan dahulu. tak ada apa yang boleh kau megahkan sekarang. tak ada lagi yang boleh kau jadikan kayu ukur untuk bezakan dia dengan engkau sekarang. layaknya walau bukan engkau yang memulakan dosa dan kotor tu,tapi kau ada disitu kau tahu bila datangnya kau ke situ dosa itu milik kau selamanya. kalau pun dapat kau suarakan maaf tapi dapatkah dimaafkan?.. dia bukan punyakan dosa sebesar yang kau punyai. semoga kau sentiasa ingat dan sedar diri..sedar lah sebelum ALLAH aturkan pembalasan untuk menyedarkan engkau!!

Nervous... giler

Assalamualaikum

Alhamdulillah, selesai sudah ujian untuk Are Ku d pagi indah ni. Nervous giler doew... Dah lama kot aku tak g ngadap orang.. (interview) hehehe tapi apapun keputusannya Alhamdulillah... Are Ku dapat rasakan yang Are Ku sangat bersedia kali ni walaupun apa yang Are Ku tahu pasal unit tu agak terhad, tapi Are Ku  manage to understand what its all about gitu... huhuhuuu.... Dan soalan yang ditanya pun Are Ku dapat jawap walaupun dengan suara yang ada sikit2 tersekat (sebab nervous punya pasal) tapi Are Ku berjaya menjawapnya dengan betul..(i guess) hahaha....
Terima Kasih buat semua yang bagi kata semangat specially dari Abhi Suami tercinta, kedua Omak dan Ayah...(dapat ciuman semangat pepagi lagi memang rasa yakin sungguh...) juga dari Mak yang jauh dimata... adik2 tersayang dan teman2 seperjuangan yang sentiasa beri kekuatan untuk menggilap kembali azam Are ku yang dah berkarat ni. huhuuuu...  Insya'ALLAH kalau ada rezeki tak kemana macam yang Abhi selalu kata...
Sekarang hanya tinggal menunggu masa untuk membuat keputusan. So buat masa ni kena lupakan dulu pasal Unit itu dan concentrate on my own Unit right now. Hhehee Sebab kalau melayang sangat memikirkan pasal Unit tu karang jap g tak dapat ke sana kan ke merana hati dan diri?...  :-)
Ok itu je lah buat masa ni. Are Ku nak mem-busy-kan diri untuk buat kerja Are Ku yang terbengkalai ni dulu yea. Sebab rasanya ada lagi yang nak Are Ku nak salin dan publish kat wall Are ku yang cantik nie. so sampai jumpa jap lagi karang.

Sekian,
Wasalam

Are ku r