About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Friday, November 18, 2011

Terima Kasih sebab Sudi Singgah

Salam...

Terima kasih sebab sudi singgah...
walaupun seketika cuma
tapi tetap akan ku ucap
terima kasih sebab sudi singgah

singgah di sini singgah di hati
mengukir senyum meniti hari
membuat lupa tentang sakit diri
mengubah pandangan dan persepsi

Terima kasih sebab sudi singgah
mengisi hariku dengan madah indah
melorek senyum mesti hati ada kelat
menebarkan tenang sedang jiwa berkocak

Terima kasih sebab sudi singgah
semoga apa yang kita tahu
adalah untuk sesama kita sahaja
semoga apa yang kita kongsi
adalah untuk antara kita sahaja
semoga apa yang kita capai
adalah untuk tatapan kita sahaja
semoga apa yang kita mahu
hanya kita sahaja yang tahu....
terima kasih sebab sudi singgah

rahsiakan jika ia adalah perlu
sembunyikan jika ia adalah mampu

terima kasih sebab sudi singgah
aku harap dia tahu
aku harap dia juga akan singgah
aku harap sangat dia akhiri persinggahan ini
semoga dia hentikan semua
persinggahan yang tak lama
tapi penghujung buat kita
terima kasih sebab sudi singgah....

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...