About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Thursday, May 31, 2012

Eksperimentasi Mencabar Diri??

Assalamualaikum...

Tak kira la apa pun yang Are Ku rasa sekarang yang penting benda yang dah terjadi tak lagi dapat  untuk aku undurkan atau nak berpatah balik. Are Ku tahu ada yang ingin ALLAH tunjukan pada Are Ku yang buta, ada yang ingin ALLAH perdengarkan pada Are Ku yang tuli, ada yang ingin ALLAH ajarkan pada Are Ku yang bodoh. Tak kira berapa susah pun ujian yang ALLAH datangkan pada umatnya, pasti ada hikmah disebalik setiap satu kejadian tu. Are Ku percaya itu.

Are Ku tak tahu kenapa dengan hari ni, pagi lagi kepala rasa berat sangat sampai ke saat aku menaip ni memang sangat berat rasa bagai di 'compress' dalam kebuk asap. adoi.. adakah kerana semalam? entah no komen! kerana Are Ku dah delete semua tu. jadi sebagian dari mimpi ngeri. hehehe...dan dengan kepala yang masih pusing.... hari ni jugak, entah datang angin dari mana tetiba Are Ku kena panggil ngan one of the bosses yang ada kat opis ni, tujuannye nak have a chit chat (kata Exec.nye pada Are Ku la) pas tu once sampai kat opis dia, dia cakap pasal scope job officer = kisahnya dulu are Ku ada mohon untuk penuhkan jawatan tu tapi since Are Ku ni tak berkelayakan so nama tak disenarai pendekan untuk hadir interview.= dan tetiba Are Ku terkasima, well apa ni? bukan ke interview dah lepas... and yet nape sekarang dia macam sedang meng 'interview' Are Ku?
So selepas tu dia bagi tahu aku yang sebenarnya masa interview hari tu memang dia panggil untuk mereka yang ada kelayakan akedemik tapi  menurut dema tak ada yang menarik hati mereka untuk jawat jawatan tu.. well so u olls rasa Are Ku yang hanya base on pengalaman ni boleh ke memenuhi kehendak u olls?.. Are Ku tak tahu apa yang Are Ku harus rasa sekarang nie. Bersyukur kerana diberi peluang untuk di kesan oleh mereka tentang minat dan azam Are Ku untuk terus berkhidmat pada syarikat yang dah masuk 14thn dah Are Ku kerja. hehehee... Alhamdulillah kalau betul Are Ku di beri peluang untuk explore lebih lagi pasal diri dan kerjaya Are Ku. Insya'ALLAH kalau ada rezeki adalah tu. Mr. C kata Are ku hanya perlu tunggu surat dan akan masuk unit dia pada bila-bila masa. So, i guess kalau betul Are Ku yang dapat post tu memang rezeki terpijak lah kan hehehe... Insya'ALLAH, bak kata Abhi kalau dah rezeki tak kemana. Cuma kena Challenge my self coz this is totally new and difference from my world. Got to be more reactive and productive. hehehehehe... Insya'ALLAH.

Well bukan setakat kerja jer yang aku tawarkan untuk mencabar diri aku. My own life pun ada decision yang i've made in term to challenge myself. Ok lah yang past is past. tak mo dah nak ruin my future for that stupit and disgusting memory...kueng kueng kueng... Ok lah masa untuk meneruskan kerja yang terbengkalai sekejap kerana post ni (huhuhuhuuu... ia hanya makan masa beberapa minit oke... sekejap jer..).

Sekian
Wasalam

Are Ku r


Wednesday, May 30, 2012

Serius... kata kau??!!

Lama jugak gagang tu kat telinga ni, ucap kau tak ada lain
"please I serius ni... boleh tak kalau U serius sikit...." bunyi macam merayu mujur aku tak layu...
"Nak serius macamana yea? I serius la ni..." tolak
"U kata U selesa dengan I, so tak boleh ker kalau U serius sikit. Kita bukan main-main..." Sekali lagi macam merayu ... dan aku masih...
"U dah la tu... kita bukan kenal pun.." menolak
"Sapa kata I tak kenal U?.. I kenal lah selalu tengok" Opss aku pulak yang sentap. 'selalu tengok?'
"Tengok kat mana? masa bila?" tone down
"Adalah buat apa nak cakap... I tau sendiri sudah..." pandai pancing!!
"Ala... jangan lah macam tu bagi tau la...." merayu?? - adalah sikit
"Tak pe la tak yah tahu lah itu semua adalah...rahsia..." pancing lagi...
"ala...ala... ala... cakap lah please..." merayu. service bertukar tangan. - dalam hati kau mesti ada bunga masa ni kan tadi kau yang kena merayu sekarang aku pulak merayu dengan kau.
"jangan lah buat macam tu... bahaya..." ok aku kena berhenti sebelum puntung jadi unggun.
"Tak busy ke hari ni, tak de orang kacau pulak..." usaha tangga jaya - ubah tajuk bicara.
"Tak de la, eh U bila kita boleh jumpa?.. U tak sudi ke jumpa dengan I?" Adoi.. boleh tak tolong jangan kecikkan suara sampai tahap macam tu?
"tak pe la macam ni pun ok..." tolak lagi
"I ok jer U la jom lah jumpa... sekali jer, memula memang U rasa takut tapi lepas tu ok..." tak guna pancing dah... try pakai jala pulak...
"Nape?.. U nak ke tak nak?... U bagi tahu I, U nak kan tapi U takut dalam nak... betul tak?" besar jala tu...
"Tak pe la... macam I cakap dulu 60/40" tolak tapi ada cover
"Ala U ni I tahu sekarang ni dah tinggal 80/20 dah kan?.. betul tak 80 nak 20 lagi takut tapi nak?" tebak... tebak jangan tak tebak
"Hahahaha....." Gelak - dapat ke nak elak diri?
"Entahlah biarlah masa yang menentukannya..." lari lagi
"Bukan apa pun jumpa je... sekejap pun jadilah..." melobi lagi nampak...
dan sampai ke sudah kau tak dapat kata putus dari aku yang memang jujur tak ada kata putus tu.
ada ayat kau yang aku ingat sangat... bila kau kata....
"Tak Salah berlari selagi ada orang sudi bersama kita..." kau ingat tak kau pernah paculkan ayat tu dari bibir comel muka cute kau tu?.. ingat tak?.
aku ingat sangat sebab masa tu aku agak terkesan ngan ayat tu. bawa seribu makna yang bermaksud kosong!...

Assalamualaikum...

Sekian
Wasalam

Are Ku r

Monday, May 28, 2012

Selamat...

Assalamualaikum,

Hari ini sejarah pernah terukir 7 tahun dahulu. Sejarah dimana Akad Nikah dilafaskan. Menjadikan kita pasangan Halal dunia akhirat. Membina keluarga kecil milik kita hanya kita yang tahu payah dan jerihnya. Sakit dan pening sepanjang menjaga cinta dan kasih sayang supaya sentiasa dalam Redha dan Lindungan ILAHI. Bukan satu dua ujian dan dugaan yang kita tempuhi, bukan kecil api yang cuba membakar dan tak pula perlahan ombak yang cuba membadai ikatan suci yang dibina atas landasan cinta milik kita ini. Namun sehingga hari ini Alhamdulillah dan Insya'ALLAH berkat sefahaman dan Cinta kita berjaya memadam api yang marak, kita berjaya menongkah arus yang ganas, Namun seperti yang selalu kita percaya, Kita tak tahu apa yang ada pada hari esok, kita tak pasti apa yang datang dengan esok. Hanya doa dan harapan yang mampu kita titipkan demi mendapat restu ALLAH untuk mendatangkan hanya yang terbaik dalam hidup kita.

Selamat Hari ulang Tahun perkahwinan yang ke 7. Semoga cinta ini cinta mati. Semoga kasih sayang ini kasih sayang yang abadi. Semoga tabah dan sabar dalam menempuh Ujian ILAHI. Semoga dijauhkan dari tipu helah dan khianat Syaitan. Semoga ada khabar indah untuk tahun ke 7 ini. Insya'ALLAH...


Friday, May 25, 2012

Apakah sebabnya

Hati terasa
Seperti ada yang disembunyikan
Hati terasa
Seperti ada yang dirahsiakan
Hati terasa
Seperti ada yang tak kena
Hati terasa
Seperti ada apa-apa

Apakah sebabnya?
Mengapa rasa ini begini?
Apakah sebabnya?
Mengapa dijerut rasa semacam ini?
Apakah sebabnya?
Mengapa masih merasakannya?
Apakah sebabnya?
..............

Assalamualaikum

Bila hati tak pernah ingat pada ILAHI, tentu sekali ALLAH akan lupakan hati itu.
Bila diri tak pernah tahu asal dan paksi, tentu menyimpang pembawakan alami.

Itu pasti kerana janji.
Bukan sekadar janji diatas kertas, tapi janji berikat darah,
Emosi bungkam
Nilai diketepikan demi hanya untuk mencari damai
Yang tak kunjung ditemui.

Permasalahan diri
Pergolakan hati
Pembebasan jiwa
Penderitaan raga

Semua ada jalan untuk pulih asal engkau tahu memilih....

Percayalah

Sekian
Are Ku r

Wednesday, May 23, 2012

Dan Sesekali

Assalamualaikum...

Dan Sesekali terasa ada bahang pada wajah..
Ada bebayang pada pandangan..
Ada sebak menguasai keadaan..
Ada air memenuhi empangan..
Ada Sedih yang tak mampu dikongsikan..

Dan Sesekali bila rasa itu datang..
Tiada lagu yang dapat damaikan hati
Tiada kata yang dapat memujuk
Tiada tingkah yang dapat merawat
Tiada senyum yang dapat dibalas

Dan Sesekali
Rasa sakit di pangkal hati
Rasa pedih di hulu jiwa
Rasa payah di rongga
Rasa gusar menyelubungi raga

Aku tak mahu rasa itu datang lagi
Aku tak ingin rasa itu kembali
Aku tak nak kerana aku tak suka akan RASA itu...

Sekian
Wasalam
Are Ku r

Tuesday, May 22, 2012

Tudung Bawal versi sulam Wana

Assalamualaikum...

Hari ni Wana bawak tudung bawal yang siap bersulam. Hehehe... Areku pinjam dalam 6 helai buat contoh untuk tunjuk pada kaum keluarga hehehe. Mana tahu ada yang berkenan nak buat tudung raya ke tudung kenduri ker kan...

Hari ni jugak dapat call dari kampung. Omak n Ayah bagi tahu cite sedey.. Cermin belakang Viva pecah. Maybe sebab panas yang melampau beberapa hari ni. adeh... hehehe sian Omak, takut dia bila kereta tu buat bunyi dan panas macam periuk nasi. Hehehe siap suruh Atok start lagi, tapi malangnye kereta tu ada security device yang hanya orang tertentu jerk yang boleh start. Hehehe sian Viva. tak pasal dah melopong plak kat belakang. Setakat ni Abhi masih belum tahu coz dia tengah dalam kursus. Tunggu lepas dia settle aku akan bagi tahu. Hehehe.

Hari ni jugak... dengan rasminya aku dapat tahu tentang seseorang yang dalam usaha untuk menamatkan perjanjian hidup bersama pasangannya. Adeh... bercampur baur perasaan aku. Kenapa aku masih lagi dibayangi kisah dia?. Kenapa aku jadi terdedah dengan kisah dia? Ya ALLAH kau lindungilah semua Pasangan Halal dalam dunia nie. Cerai perkara halal yang paling dibenci ALLAH tapi kenapa masih ada yang suka-suka nak nikah dan cerai. seolah2 macam main pondok2??!.. Well... kita tak tahu apa yang mereka jalani kan so tak boleh nak ulas lebih2. Harapan aku semoga hidup mereka lebih baik dari sebelum nya dan jadikan Kecintaan pada ALLAH mendahului segala-galanya. Semua insan inginkan cerai mati. cuma kerana "DUNIA" mereka rela memilih untuk khianati harapan dan tinggalkan impian bersama tu kat tengah2 jalan. Ya ALLAH temukan kami dengan cinta Abadi MilikMU.

Apapun hidup mesti diteruskan. Macamana besar pun dugaan dan cabaran yang ALLAH sediakan untuk kita, kalau kita sedar diri dan sentiasa berpaksi pada kebergantungan kepada ILAHI insya'ALLAH semua halangan dalam kehidupan akan dapat kita atasi. Dari ALLAH kita datang kepada ALLAH jualah kita akan kembali.

Sekian
Wasalam

Are Ku r


 

Monday, May 21, 2012

Assalamualaikum...

Saat ni sedang merehatkan diri setelah agak kalut menyediakan apa yang patut untuk tetamu yang datang... Penat memang penat tapi puas hati bila tetamu balik dalam senyuman.

(Dihari esoknya)
Pagi lagi dah hantar Adik5 balik KL naik ERL. Kejap lagi Adik6 pulak akan bertolak ke PD. Balik rumah petang nanti confirm rasa sunyi dan sepi coz tak ada orang. Abhi pulak keje petang pukul 12 baru pulang. Mujur ada tuan telebisen menemani. Apa yang menarik sepanjang hujung minggu yang baru je berlalu?.. Well kebanyakannya hanyalah perkara biasa jerk - Di dapur all the time coz nak masak utk tetamu!. Adapun yang sedikit berbeza is, ke terminal KLIA dan serang Body Shop outlet sampai 2 kali... kerana diorang buat sale (10%-70% plus another 10% for members n staff) bukan bershopping pun tengah bulan kot, cuma Adik5 dan EJ beli beberapa barang sebagai hantaran, Alhamdulillah dapatlah beli satu dari hantaran tu. Ok jugak lah Discount yang diberi.
EJ dan Mamanya bertolak balik ke Kuantan dalam pukul 630 gitu. Lewat jugak la sebab EJ masih mengantuk disebabkan bola. Kalau tak kerana kerja hari ni, mesti lagi lewat dema balik. Cerita pasal bola. Abhi balik keje sebelum tu dalam kul 5. Pas tu borak2 dan tidur dalam pukul 12mlm, pukul 230pg bangun dan pukul 7pg terus g keje. Semua gara-gara bola. dan semalam balik keje pukul 8mlm dah ngantuk sangat terus tidur sampai pagi ni.

ok lah tu je nak update. dah tak tahu nak update apa lagi. Hujung minggu akan datang ni pulak Mak n Ayah akan datang ke rumah. So, tunggu la apa cerita pulak nanti. Hehehe.

Sekian
Wasalam

Are Ku r

Friday, May 18, 2012

Sesaat kau datang....

Assalamualaikum...

"Sesaat kau datang sesaat kau hilang...."
Samalah cam lagu tu... aku ngan Blog aku ni macam tu lah... time nak datang aku datang time nak blah aku blah.. tak jenguk sikit pun... puihh!!... apa la. nama je ak berblogg tompi tak reti!. kunun nak cari ramai followerssssss tapi update cam taik ayam.. sekejap je panas pas tu sejuk... pas tu terus hilang. huih huih huih.

Sekarang adalah masa untuk aku update benda yang aku tak update lagik. Well hilangnya ku bebaru ni kerana balik ke kampung yang dah kira2 setengah tahun gak la aku tinggalkan. (Last balik pun lepas raya pas tu g berjalan sampai ke Eropah tanpa sempat jengah kampung pastu terus tersangkut kat Sini sebab Abhi sibuk sangat X dpt cuti... boleh kan?!) So selepas mendapat kelulusan cuti yang memang "surprisingly" (sebab boleh lepas kan!! huhuuu) kami pun cabutlah... But then bukan lah terus terusan cabut jerk... disebabkan Kondisi Bhg masih belum memuaskan hati Abhi maka ia perlu menjalani bebrapa proses sebelum boleh kami gerakkan untuk bawa kami sampai ke Terengganu Darul Iman.
Tunggu punya tunggu pukul 12 lalu baru ler boleh start bergerak. Sampai KL singgah jap kat Tesco cari PAMOGA... pas tu singgah jap umah adik Mak Cik E, untuk jemput bekal yang Mak dah siap beli untuk bawak balik. ehehee... pas tu baru la meneruskan perjalan jarak jauh kami. hehehe seronok pulak rasa coz dah lama tak balik kan. Hari tu, hujan lebat mengiringgi perjalanan kami paling lebat masa di Karak. Lepas pada tu ok tak berapa lebat dah. Sampai kampung biasa je lah rutin nye. Cuma yang istimewa skit kali ni kami kena keluar rumah jam 00.05 tgh mlm untuk g buang sampah coz peti sejuk Mak ditimpa musibah. Adeh.. Kesian habis busuk satu peti sejuk lepas 5 hari pun bau tak hilang. Macam2 kami letak dalam peti tu untuk buang bau tapi tak berjaya jugak... memula Abhi letak Arang...pas tu aku letak air sabun... pas tu sembur febrez.. pas tu Mak letak limau... pas tu mak letak bunga pulak. Entahlah macamana keadaan peti tu le ni.

Sepanjang cuti tu kami ada gak la keluar g cari barang untuk persiapan sekiranya dipanggil untuk kerjakan Haji tahun ni. Insya'ALLAH, Aku doakan agar Mak berpeluang untuk ke Mekah tahun ni. Dari tahun lepas dia menunggu jemputan menjadi tetamu ALLAH di tanah suci Mekah. Semangat Mak masa g tengok-tengok barang tu. Tak beli banyak pun adalah satu dua barang yang tak dibeli lagi. Lepas tu g merayap sekejap ke Saleem Aziz textiles... cari kain wat baju untuk kenduri kendara yang dah semakin dekat tiba ni. Hehehe... Cantik gak kain yang aku beli tu. Siap snap gambar lagi tapi tak leh nak upload okeh sebab... nanti takut basi... kalau dah basi.. nanti tak suprisess... oke.

Itu je la yang dapat aku nak taip sekarang masa untuk mengundurkan diri so... mintak diri duluk ya...

Sekian
Wasalam

Are Ku r

Tuesday, May 8, 2012

Tolonglah...

Assalamualaikum.

Entah la memang ada golongan orang BENGGONG macam ni kot atas muka bumi ni. Golongan yang suka sangat nak mencari salah silap orang lain sedang tak sedar salah sendiri. Golongan yang suka nak cari masalah dan gaduh dengan orang lain. Konon diri dah cukup sempurna tapi hakikatnya lebih bermasalah dan lebih menyakitkan hati. Mungkin pada dia, dia betul semua... adoi.. Cik kak! sila lah cermin peribadi sikit... tak ada gunannya kalau suka-suka cari musuh ni. tak ada kebaikan pun. Nanti satu hari pasti kamu kan malu sendiri. Walaupun kamu bukan dari jenis yang tahu malu!.. (maknanya jenis TAK tahu malu la tu)

Hey.. entahlah aku yang tak ada kena mengena ni pun sabit sekali. Bukan apa rasa sakit hati pun ada tau.. Rupanya ada orang yang macam tu dalam dunia nie. Mungkin betul dia tak cukup kasih sayang kot!!...

Kenapalah nak bermusuh dan berburuk sangka terhadap orang lain?.. Islam melarang kita bersangka buruk kerana sikap tu boleh memusnahkan ukhwah yang ada. Kalau pun tak suka dengan seseorang tu simpan lah hanya yang baik dalam hati tak perlu la nak buruk-burukkan atau hebahkan cerita buruk pada orang lain. Buat apa nak heboh-heboh memaki hamun yang hanya akan mendatangkan dosa?!... Adoi... Tak faham aku.. Manusia Manusia...

Sekian
Wasalam

Are Ku r... 

Friday, May 4, 2012

Liga Ilmu

Assalamualaikum...

First of all, Alhamdulillah sebab tv dah seminggu ok. So barulah mula nak menerawang ke dalam dunia tv semula. Yang baru je aku berkesempatan tengok(rancangan baru la kan...yang lama steady jer) is Liga Ilmu a.k.a Imam Muda vs Ustazah Pilihan.
Satu tajuk akan diberi so mereka akan mendebatkannya secara ilmiah dakwah. Ok bagus gak rancangan tu. yang paling aku suka setakat ni ialah Imam Muda Fatah (bukan hanya sebab dia orang kampung are Ku) tapi kerana kejituan bahas dan  kelancaran bicaranya dalam mengupas satu-satu topik. Dia nampak sangat yakin dalam penyampaiannya. Hehehe.. Imam la katakan.. Alhamdulillah kan bagus kalau ramai lagi anak muda yang macam tu, confirm dunia ni jauh dari bala..

Semalam aku tengok tentang tajuk Kebebasan-Kekangan terhadap perempuan.

Part memula tu memang aku terlepas la sebab leka dok bz. dapat tgk part yang nak hujung-hujung. Masa bahas isu Poligami tu aku dengar gak la separuh. Ok aku suka apa yang disampaikan kerana tak lah berat sebelah. Sama rata. Maknanya tak la asyik menangkan kaum lelaki sahaja.. itu yang buat aku suka. Dan tiap kali Imam Muda nak bercakap pasal Poligami ni mereka akan mulakan dengan ayat
"Yealah kan ibu saya juga seorang wanita!!"
ha... sebab ayat itu lah sebarang hujah yang keluar tak la merendahkan kaum wanita! so are Ku sangat suke. hehehe... (senyum)

Jadi itu bab tv. tutup (switch off the power)


Thursday, May 3, 2012

Jumpa Lagi?!!

Assalamualaikum...

Hehehehe...(sengih-sengih sendiri dulu...)
La.. kisahnya, macamana pulak boleh jumpa lagi ni?..
Skrip :
"Tak sangka dapat jumpa balik... tapi yealah dah jadi hak orang dah..."
Hehehehe... (sengih-sengih sendiri lagi..)
Macam itulah sepertimana yang DikehendakiNYA... ALLAH mengatur semua yang terjadi di muka bumi ni dengan sebaik-baiknya. Semua dengan sebab dan alasan yang hanya ALLAH mengetahuinya.

Are Ku ok jer.. tak salah kan sekadar bertegur sapa sebagai kenalan.. Asal tahu batasan dan kenal diri juga peranan!...
Harapnye Ok jugak lah dengan niat yang sama, tak ada penambahan perisa ok..

Dah la sampai ni je nak kongsi... Nanti cerita ceriti lagi yeak...

Sekian
Wasalam

Are Ku r

Soalan untuk hari ini

Assalamualaikum...

Hari ni Are Ku hanya nak post satu soalan.. Nak minta jawapan dari yang sudi nak menjawap.. buat yang tak sudi nak menjawap tu. wat tak tahu je lah yea, pasal tak ada kena mengena dengan sesapa pun hanya suka-suka nak bertanya.

"Boleh hidup ker kalau hari-hari bertengkar / bergaduh dan bermasam muka?"

Jawapan anda boleh lah di berikan pada box comment di bawah.
Oke.. macam dah terdengar soalan balas dari sana...
"kenapa soklan cenggini yang di ajukan?"
Jawapannya : Kerana aku naik heran kenapa ada orang yang suka2 cari gaduh ngan orang dan suka nak memalingkan muka (tanda macam menyampah!!) kat orang lain... yang tak pernah pun carik gaduh ngan dia... kueng kueng kueng ... harap jawapan tu boleh di terima awam yea..

Wednesday, May 2, 2012

Ada aku kesah... (on Behalf Wana)

Assalamualaikum....
(penulisan ini dikarang bagi pihak Wana)- pandai-pandai aku je pun tapi base on apa dia sampaikan...

Awak..
Tak kesah lah wak....
Awak nak gaduh ke nak bermusuh ker...
Ikot suka awak lah...
Kat daerah kecik kita ni bukan hanya ada kita berdua jer...
Ramai lagi ada...
Dan SEMUA orang tahu awak tu macamana jenis mahluk dan spesisnye...!!
Tak payah cerita...
Tak payah bagitahu...
Mereka semua ada pengalaman peribadi dan sendiri dengan awak tu...

Payah juga sebenarnya jadi orang macam awak...
Payah sebab kena susah-susah cari MUSUH...
Payah sebab kena susah-susah cari GADUH...
Tak faham macamana awak boleh hidup dengan sejuk di daerah yang awak sendiri bakar...

Apa masalah awak yea?..
Betul ke tak cukup kasih sayang?!...
Janganlah sebab peribadi... Awak letak semua orang sebagai pesalah masalah sendiri...

Peringatan dari awak tadi saya dah baca,
Memang saya terasa...
Tetiba saya fikir... macamana Orang GILA boleh kerja?!!
Lepas tu saya renung semula... owhh awak buat2 GILA...
Kerana awak nak orang pandang awak sebagai orang yang tahu buat kerja...
Padahal apa yang awak kerjakan tak pernah ikhlas...

Apalah yang kita dapat kalau kebaikan kita yang tak seberapa kita JAJA?
Manalah untungnya kalau kekurangan orang kita CERCA?

Percaya pada ALLAH...
Pasti awak lebih arif...
Apa yang di izin ALLAH
Apa yang di benci ALLAH
Tentu awak lebih faham...
Apa yang di tuntut Rasul...
Apa yang di amal Rasul...

Dah la tak guna sebenarnya bercakap dengan dinding... kerana hanya paku yang boleh mendengar!!
Okeh...

Ayat Haku:
Weh.. apakah gunanya Khao hantar semua orang surat yang berbau gula perang tuh?.. ha Ku Taulah khao kebal tanpa kawan.. tompi, fikirlah agama kita tak suka pecah belah nieh.... Ong len makan ha tie ngan Khao ada khao amik kesah?.. tp bila khao yg terasa hati habis seme kena machine gun busuk khao... X aci la beb! Jangan sampai kena serang sudeh...

Semoga semua kita selamat Dunia Akhirat..

Sekian
Wasalam

Are Ku r

Masih Lekat dan Melekat?

Assalamualaikum....

Hish!... susah sungguh, memang tahap gam UHU nih... makin nak di buang makin lekat... makin nak di jauh makin dekat....
Adoi!..
Mengalah pada sesuatu yang tak munasabah. Malas PK pasal yang tak mendatangkan faedah. Well aku tahu aku mungkin tak mampu buang kamu secara tiba-tiba ok... so tak apa aku akan bagi masa... Biar teman baik ku yang bernama masa itu buang kamu jauh-jauh.... huuiiii.... apa yang aku tahu aku pun tak bisa buat TAK peduli kerana... aarrggghhh!!!?? Kerana aku juga turut sama GILA!! hahahaha... betul tu aku pun gila sama macam kamu!... Tolong r... Berhenti di sini... STOP.
Dah letih la aku ni... kamu tak letih ker?.. Lari dari realiti... sembunyi dari reaksi... Sungguh kata kamu
"Tak salah kalau kite cuba berlari kan.. selagi ada orang sudi bersama kite... Tak ada paksaan dalam diri kita, ok kan..."
Tak Ok!!... Kerana kita akan berlari dari tsunami... Mana sempat nak sembunyi... Air datang dari semua sudut... dan ganasnya ombak itu akan sedut kita ke tengah lautan belerang yang akan membakar kita jadi arang!! (Aku suka ayat ni... jap baca lagi sekali....Kerana kita akan berlari dari tsunami... Mana sempat nak sembunyi... Air datang dari semua sudut... dan ganasnya ombak itu akan sedut kita ke tengah lautan belerang yang akan membakar kita jadi arang!!... wah memang aku suka...) - perasan sendiri...
Semestinya setiap apa yang berlaku tu punya hikmah dan alasan tersendiri... Aku tahu dan sedar kamu juga begitu. Terima kasih kerana buat aku tersenyum!.. aku tak akan lupa itu. itu ayat aku paling ikhlas untuk kamu. aku rasa lagu ni sesuai untuk kamu...
"Aku maafkan kamu... tak perlu kita bertemu cukup kau tahu... yang aku maafkan kamu... Tolong teruskan hidup jangan sebut namaku..."
'Apa relevannya lagu tu?.. aku tak tahu... yang aku tahu... ia relevan dengan aku' - pulak!!

*****

Kisah lain plak ...
Semalam masa jalan2 kt Tesco terserempak ngan member serumah dan se"company" Abhi dulu, well memang dah lama kami tak jumpa... Anak dia pun dah besar dah... dah pandai bercakap. Seronok gila aku menyakat dia... ambik barang2 dia, dan buat dia marah... semua barang dia claim dia punya!!... aduh!.. teruja jiwa dan raga tatkala melayan karenahnya. Sebelum tu bertemu dulu ngan "permata jiwaku"... 2 jam duk berkepit. memang buat aku rasa indah dan bahagia. Kali ni dia tambah cantik, indah jer memandang, ditambah dengan manja dan keletahnya buat aku teringin punya anak sendiri. Tapi kerana belum sampai rezeki tu aku pasrah... aku berserah... dan menyerah.... Cukuplah mereka2 tu buat sementara ni. Dengan izin ALLAH aku bertambah kuat dari hari ke hari ( Dalam soal anak la!) Memang Ujian akan diberi buat mereka yang mampu menghadapinya, dan serasanya aku mampu bertahan dalam soal itu.
Ada aku terbaca kisah teman yang senasib (Belum punya zuriat) perasaan mereka di kelar dengan sindiran. Kesian... Sebenarnya orang yang tak mengalami tak akan pernah tahu apa yang di alami oleh kami2 ni. Ada kalangan mereka pula tahu bagaimana rasanya tapi sengaja buat tak tahu. Semoga ALLAH kuatkan semangat kami. Dan beri kami peluang biarpun sekali... untuk merasai indah bergelar Ummi, Ibu, Mak, Mama, Mummy atau Bonda.

Sekian
Wasalam

Are Ku r