About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Friday, June 7, 2013

Kenangan Hantar Afif...

Ummi tak lama masa hantar Afif, sebab Abhi ada janji dengan Kanda Afif & Ayah Bob nak ke downtown.. cari barang.. Ummi ikutkan saja.

Kami tunggu kawan Kanda di salah sebuah kedai yang ada disitu, Bila duduk menunggu di situ semua yang Ummi nampak dan dengar hanyalah Afif... Setiap budak kecil yang Ummi nampak ada disitu Ummi hanya terpandang Afif.. setiap budak kecik yang disitu bersuara... suaranya macam suara Afif... Rasa nak tengok sangat wajah anak Ummi yang banyak Ummi rakam di hp... Tapi, Ummi tak kuat nak tahan air mata. Bila terbayang pun mata dah rasa penuh.. apalagi kalau Ummi tenung kan..

Ummi tak nak Abhi nampak Ummi sedih, kebetulan Abhi jumpa kawan Kanda tu ambil masa yang lama, jadi Ummi yang memang jauh dari mood terus rasa mengantuk...

Perjumpaan mereka dicepatkan sebab Ummi mengantuk..Sebelum balik, Ummi minta Abhi belikan air 100plus di 7E berdekatan tempat kami duduk. Ummi pun follow Abhi sekali.... dalam perjalanan tu Abhi tanya Ummi..
 "Awak rindu Afif ker?"
"Tak lah.." - jawap Ummi sambil sorok rasa di hati. Ummi kena kuat!!
"Eleh.. yea ke tu?... tak laga pipi dengan dia... cuba dia ada.." Usikan Abhi betul-betul buat hati Ummi patah!.. terus dekat situ jugak Ummi tersedu sedan... tak ubah macam budak kecik... Sampai Abhi sendiri minta Ummi berhenti menangis sebab risau orang sekeliling salah faham. Itulah, kenapa nak tanya soalan yang sendiri dah tahu jawapan..
Jenuh nak alihkan ingatan Ummi pada Afif.. sebab masa Ummi nangis dan terbayang muka Afif, Ummi jadi bertambah sedih.. Adehh... macamana Ummi nak buat ni yea? Baru tadi Ummi tinggalkan Afif pada Ibu Afif, Ummi dah gila bayang!!..
Ummi tahan sedih Ummi, kesat air mata supaya Ayah Bob, Mama Zati n Kanda Afif tak nampak Ummi nangis. Lepas Abhi belikan Ummi air, Abhi pujuk Ummi.. "Tak pe nanti kita ambil adik lagi yea.." Ummi happy sangat sebenarnya dengan ayat Abhi tu cuma, Ummi rasa tambah sayu bila Abhi pujuk Ummi... Ummi rasa sedih Ummi jadi bertambah. Hari hujan... awan turut sama sedih dengan Ummi Nak.. huhuhuuuu..

Dalam perjalanan balik tu, Abhi cakap dengan Ummi, "Sebab ni lah kenapa Abang tak nak ambil Afif dulu.. Abang tahu awak tu macamana..." - Well macam Ummi cakap sebelum ni, Abhi tahu perasaan dan emosi Ummi macamana. tak kisahlah asalkan Ummi tahu kasih Ummi tumpah pada insan kecil yang sangat pandai buat orang lain jatuh hati pada dia. Tiba-tiba Ummi jadi lupa wajah anak Ummi... rasa macam lamanya tak tengok Afif, sampai lupa rupanya macamana.......

Sampai di rumah Ummi terus cuci kaki dan landing... di katil yang semalam Afif ada diatasnya... di sisi yang semalam Afif ada di tengahnya... aduh... Sepasang baju Afif Ummi simpan bawah bantal buat tangkal rindu. Ummi rasa sebak tapi tak nak nangis dah.. Ummi takut Abhi marah, nanti Abhi tak nak ambil Afif lagi. Ummi paksa mata untuk lena. Abhi duduk di sebelah Ummi.. dia nak layan tv. Tapi sempat cakap pada Ummi... "Nanti kita ambil Afif lagi yea... Abang pun rindu dengan dia.." dan Ummi dengar dia tahan sebak masa dia cakap.. Ummi tak jawap apa-apa terus-terusan pejam mata.. tapi si air mata berjaya menyusup keluar.. biarlah yang penting Ummi tak bangun dan menangis.. menangis dalam tidur tak apa.. Abhi tak dengar.. hheeeee.....

Bermula esoknya... Ummi sentiasa 'chat' dengan Ibu Afif @ auntie Afif yang sorang tu untuk tahu hows my Baby... boleh kata selang 2 hari Ummi akan terima gambar Afif.. menambahkan rindu yang dah sedia rimbun di hati...

Apa yang Ummi buat untuk kuatkan hati Ummi?.. Ummi kira next day untuk kita jumpa. Macam Abhi cakap... set satu tarikh untuk ambil Afif. Dan Ummi tunggu hari itu... setiap hari... Sampai hari ni...
Hari ni, malam ni kita akan jumpa, Ummi akan jemput Afif malam ni. Semoga ALLAH perkenankan hajat Ummi dan Abhi untuk ambil Afif malam ni...aminn....