About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Thursday, April 28, 2011

KD Update : Tapi bukan cite Korea....

Blog,




Semalam aku berkesempatan tonton satu cerita melayu... welll walaupun tajuk under KD Update, tapi aku nak update tentang cite melayu sebenarnya.... sorry la kalau ia mencalarkan sedikit sebanyak nama KD tu, tapi since ia update tentang movie so...




hhhmmmm tension aku tak abih lagi mengenangkan cite yang aku tengok tu... cite tu macam tak abis... seolah-olah aku hanya menontot separuh jer... padahal aku tengok cite tu sampai nama naik....(tanda ending movie). Kenapa yea ada cita melayu macam tu? kesian rasa tengok movie-movie melayu sekarang nie....




Mesti nak tau kan cite apa yang aku tengok tu... tajuk nye Dilarang masuk .... Aku tak tahu kenapa.. adakah kerana aku tak tengok cite tu betul-betul (hhhmmm w'pun pada dasarnya aku beri tumpuan penuh kat flat skrin 37" tu dari mula hingga akhir) atau memang ceritanya begitu.. macam kebanyakan movie2 dari luar/hollywood yang sentiasa buat penonton berfikir apa kesudahan dan kenapa/mengapa scene tu jadi begitu..... wehh.... penat otak aku nak fikir what next should i write about this movie...


yang peliknya movie nie macam dapat perhatian sangat sebelum lahirnya ia di pawagam, tapi memandangkan jln cerita, cara olahan dan skrip yang sebegitu... mampukah ia dapat perhatian seperti sebelumnya????.... (confius!!)




Well rasanya tak gunalah kot cakap banyak, bukan boleh tukar jalan cerita yang pada aku tak masuk akal tu pun... tapi ada banyak yang aku tak pueh ati tengok cerita tu. Nah ni aku list down...




-Kenapa minah nama Juli (Isma Hanum Husein) tu, masuk hutan dengan sluar dan baju pendek!!! - kalau pun nak nampak cerita tu ala-ala hollywood pilihlah Angelina Jolie ke Michelle yeoh ker sapa ke... cukup tak berkenan ngan pakaian minah ni... sopanlah sikit kata nak masuk hutan tak kan nak pakai underware jer!!!...




-Apa sebenarnya motif diorang tu boleh stay lagi kat umah tu w'pun dah jumpa mayat reput???... ada logika ke kalau u olls jumpa benda2 macam tu yang semestinya berbau wangi satu rumah, pas tu boleh plak nak tidor kat dalam rumah yang sama!!!.... tahan ker?? tak leh terima lansung!!




-Jumpa duit, selepas jumpa mayat... and yet masih berani nak amik duit tu... itupun selepas bermalam kat rumah tu??!!! apa sebenarnya yang nak disampaikan oleh penulis nie?... aku tak faham...




-Dari mana pulak datangnya si doktor tu? betul2 orang ke hantu ke jelmaan ke apa ke???




-lepas Scene yang jumpa Doktor yg muncul tetiba tu... pompuan heroin tu alami betul2 ke seksaan tu atau hanya hayalan dia jer?




-Skrip yang dibualkan antara fatia ngan doktor tu... nape bunyi macam jiwang karat semacam jerk??? dah macam sesi mendeklamasikan sajak ke aku tengok... kelakar..kelakar...




-Masa nak abih tu, ada polis datang.... sapa yang dia jumpa?.. Ronnie tu je ker atau fatia tu sekali?




-Kalau jumpa si Fatia tu sekali kenapa scene last tu dia macam dah mati plak... dan ronnie boleh nampak hantu2 yang lain tu? (aku tahu tu hantu coz scene last tu semua jalan ke arah tanah yang ala-ala tempat mereka ditanam...)




-Cerita nia banyak atau terlalu banyak adegan yang yg terkejut2... seolah2 mencapai tahap keseraman yang amat sangat!! tapi bila da banyak ia membosankan....!!




-Apa kaitan doktor tu... bapak si Salwa yang kononya hilang... dan pompuan yang kena tembak... dan memacam lagi lah....




Isshhhhkkkk aku tak faham, dan akhir cita tu tak ada apa2 penerangan pun pasal doktor tu... pasal rumah tu.... semua macam tergantung.... yang ada cuma kata pasal pemerdagangan organ... jer apa tu?.. nampak macam crita ni utk membuka mata tentang masalah dan gejala pemerdagangan organ jer tapi... cita tu tak khusus! aku tak bley terima...




Well blog aku nak bagi tahu, masa tonton cita ni, tak ada antara kami yang diam terpaku.. semua bercakap... semua ada soalan... semua ada jer luahan perasaan... kalau takat tak pueh hati tu x yah cakaplah....


Apa yang aku rasa?... secara kesimpulannya aku rasa kecewa sesangat!!! nasib tiket wayang aku tu RM2.00/seorang (kami ada 4 orang!!) well apa agaknya perasaan mereka yang bayar Rm 10.00 utk filem yang sebegitu?? Kesian...


Aku bukanlah nak angkat sangat cite luar tapi sekurang-kurangnya bila aku tonton movie luar aku tahu hujung pangkal cite tu... peliknya movie luar nie jarang yang dapat status "Sampah"...




Blog,


Tetiba aku rasa macam pengkritik filem pulak, aku suka menonton sebab tu la bila ada filem yang aku tonton tak memuaskan hati dan minda aku, aku rasa benci sangat!!


Dah la blog, for those yang teringin leh la searching cite nie dan hayati... semoga u olls faham apa sebenarnya yang nak disampaikan... kot la aku ni yang tak pandai menterjemah makna disebalik skrip dan lakonan mereka2 yang ada dalam gambar tu.....




Lepas nie nak ce layan cite, merong mahawangsa plaks, tak tahu lah macamana pulak penyampaiannya, semoga best... coz aku dah bosan ngan cerita melayu yang hanya gah pada nama!!... lagi satu nama je cerita melayu tapi tak jumpa pun makna MELAYU dalam cerita2 tu....




Chal ka Blog....




Tuesday, April 26, 2011

BW Tak abis crite rupanya....

Hai blog,




Hiks..hiks...hiks... kasihan kerana aku baru tahu bahawasanya kisah yang di paparkan dulu oleh seorang teman yang mengaku takut bercinta tu... tak abis lagi rupanya... hehehe... kesian dia, tu la ce crita sampai abih bleh la aku trus wat kesimpulan jerk... ini tak suka sangat cite separuh-separuh.





Ada kisah kenapa takut bercinta rupanya patutlah...





Well apapun aku yakin dia belum temui jodohnya... kerana jika bertemu jodohnya dia akan diterima tak kira di mana kurang atau lebihnya...





Apapun aku harap dia akan bertemu dengan insan itu secepat mungkin baru dia akan rasa indah nya alam percintaan...



Blog aku pun ada kekurangan sendiri tapi Alhamdulillah Abhi jodohku telah menerima diri ini seadanya aku.. memang memula dulu rasa cam kesian kerana apa yang aku ada cuma kekurangan tapi ikhlas dia terima... Terima Kasih...




Wah.. dah macam malam sekalung kasih pulak... kah kah kah.. ni kisah sapa sebenarnya yang nak di paparkan nie? kisah aku ke kisah member aku tu?..





Hehehe,



Blog aku tak tahu la apa yang aku buat nie betul ke tak.. tapi aku bercadang xtually bukan bercadang je pun aku dah bagitau dah ngan member aku ni aku nak kenalkan dia ngan seorang dari member rapat Abhi, aku bukanlah nak suruh mereka tu bercinta tapi cukuplah kalau mereka boleh berkawan. hehehe member Abhi ni pun sama kategori jer ngan member aku ni...





Tunggu lah bila mereka dah berkawan nanti aku akan update ye blog.. hehehe.. ^_^





Okay blog, tu je lah buat masa nie, well masa nie aku tengah busy la kat umah tak sempat nak jengah blog pun, semua gara-gara tempahan untuk hantaran dari adik3 yang aku terima secara sukarela hehehee... nanti lah kalau dah siap aku upload gambar2 hantaran tu untuk tatapan hahaha... (igih popular jer!!.) Ok blog... nak stop...


Friday, April 22, 2011

Merajuk kah aku?...

Assalamualaikum,

Blog, nak tanya




merajuk kah aku? bila mana masa yang sepatutnya untuk aku dia beri pada orang lain...



merajuk kah aku? bila mana masa aku takut dia tak temankan...



merajuk kah aku? bila mana masa aku bimbang dia hanya kata tak apa-apa...



merajuk kah aku? bila mana masa aku mahu dia ada di sisi tapi dia entah kemana...



merajuk kah aku? bila mana masa aku begini dia tak sedari, dia tak endahkan...






arrrggghhhh... merajuk kah aku?... dan boleh ke kalau aku merajuk? layak ke kalau aku nak merajuk? sudikah dia memujuk andai tahu aku merajuk?....



Blog pujuk lah, hati aku tengah merajuk.. aku pujuk pun hati ku tak mahu... hati ku nak dia yang pujuk... Macamana nak kerja kalau hati ni tengah merajuk? dah dengar suara dia tapi itu bukan nada memujuk... Aku nak dia pujuk............ ; (

Wednesday, April 20, 2011

Hidup dan jalannya...






Hidup ini punya cerita sendiri


Bagaimana melaluinya terserah


pada tuan empunya diri





Ingin kesudahan baikkah


atau sebaliknya kah


terpulang


semua pada tuan punya diri





Aku


punya jalan hidup yang memang tak sama


dengan sesiapa


adapun kesamaan


cuma sedikit


selebihnya kisah kita memang tak sama





semenjak lahir


sedari kecil


kitaran hidup kita berbeza-beza


tidak ada yang sama


hingga menginjak dewasa





Kau


berpegalaman begitu


berkebolehan begini


semua berbeza dari orang lain





Yang sama cuma tempat hidup


yang bernama


DUNIA


yang sama cuma bila mati


kita akan ke alam


KUBUR


dan setelah itu


kita kan ke sana


berkumpul dan menanti penyudahan











Tuesday, April 19, 2011

My New Look....

Blog...

Lama da ta update kan... tengok wajah baru... cantik tak? suke tak? heheheh harap sangat ko suke blog... coz aku pun suka... terasa aman gitu... inilah salah satu pekdah yang aku dapat dari jalan-jalan ke blog2 yang ada di alam maya nie... terpesona ngan kecantikan dan isi2 yang ada... aku pun gali.. apa pun blog aku rasa bersih skit walau pun banyak widget... heheheee perasan sendri ... tapi biarlah lah kan janji bukan widget merepek2 aku rasa tak salah kan aku tayang segala macam widget yang boleh membawa ke arah dakwah...




Okay lah blog tu jer lah... not in the mood nak menulis nie... tunggu... next N3 aku update yea..

Friday, April 8, 2011

BW .... Cerita takut bercinta...




Hai blog...



Hari nie aku nak cerita lagi tentang satu kisah yang baru aku baca... dari seorang teman yang mengaku takut untuk bercinta kerana bimbang kecewa...



Teman aku nie tahun nie berumur 25thn... kalau aku dulu di waktu umur sepertinya... aku baru je bertunang ngan Abhi... hehehhee... tapi dia nie seriusly mengaku tak pernah bercinta dan takut bercinta kalau-kalau lelaki itu bukan jodohnya...



Well aku bagi tau ngan dia... pada pandangan aku kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya... kalau tak pernah nak berkawan macamana nak tahu cinta itu bagaimana.. hehehee... macam pakar cinta la pulok... tapi xtually memang betul apa.. kadang kita tak tahu berapa orang yang kita kena kenal sebelum menemui cinta sejati... aku sendiri jumpa ramai orang, "berkawan" ngan beberapa insan, bercinta (well ayat betulnya is mencuba2 cinta) dengan satu/dua teman... dan akhirnya hadir insan nie yang mana aku berkawan beberapa bulan pas tu bercinta beberapa bulan..(yang mana jumlah kedua-duanya kekira dalam masa setahun la).. pas tu bertunang setahun and then jadi teman hidup aku sampai la.. dan doa aku moga ia sampai bila-bila....



"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)



hhhmmm moga hati teman aku tu terbuka untuk berkenalan dan berkawan ngan insan bernama lelaki.. dan semoga dia menemui cinta sejatinya... hehehehe..

well blog sebenarnya zaman sekarang nie blog bukan macam dedulu... kalau dulu orang pompuan agak kureng berkenan skit nak membujang lelama coz tak larat nak kena gosip ngan mak cik sebelah rumah... sekarang kalau girls lambat kawin maka dia akan dianggap seorang yang ada kerjaya... dan semestinya berjaya...



Tapi blog mereka ni cuma lambat kawin bukan nya tak mo kawin kan... ishkk... kalau adalah yang tak mo berkahwin.... hadith kat bawah ni i tujukan untuk u olls....



Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".



Jangan buat pasal... so istighfar dan cepat2 lah pasang niat untuk berkahwin... jodoh mungkin kita boleh kata sebagai urusan ALLAH tapi apapun kita kan tetap kena berusaha dalam mencari jodoh...



Usaha kita dalam mencari jodoh perlulah bersandarkan kepada iman dan diiringi dengan doa yang berpanjangan. Berdoalah banyak-banyak dengan bersungguh-sungguh kerana mengharapkan rahmat daripada Allah agar insan yang kita pilih itu dijodohkan dengan kita.

(dipetik dari artikel: Jodoh itu ketentuan Tuhan)



Jadi sebagai konklusinya... semoga ada semangat baru buat sahabat aku yang sorang tu... dan sebagai pedoman buat yang lain.. untuk yang belum menemukan jodoh.. carilah... buat yang telah menemuinya.. jagailah ia...



Sekian Blog....

Senyum... kerana ia mungkin menemukan anda dengan jodoh...







Islam & Sejarah ...







Blog... nie nak aku kongsikan satu peristiwa... khas untuk yang tak tahu @ yang nak tahu tentang cite ni...




aku pinjamkan post melalui N3 dari satu blog yang pernah aku susuri.... untuk bacaan lenlain bleh click kat tajuk kat bawah nie ok....




Tragedi Mamali















Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong,Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air (Ini bermakna hampir sebulan lagi genap 24 tahun kejadian tersebut). Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.



Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.



Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.



Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.



Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.



Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.



Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.



Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.



Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.



Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur.” Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.



Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.



Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.



Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak.”



Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.



Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.



Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, genap 23 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah.



Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.



Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.



Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Mamali



Amin... Ya Rabbal Alamin.......

Apapun hanya ALLAH yang Maha Mengetahui segala sesuatu... Moga ALLAH ampunkan dosa Aku, Abhi dan seluruh keluarga dan umat islam.....







Wednesday, April 6, 2011

BW ... Luahan...




Hai blog... n others gak.... huhuhuu

Blog macam besa.. selepas seketika berjalan menyusuri blog-blog yang menimbun kat alam maya nie... aku terjumpa satu luahan... xtually luahan tu bukan lah tulisan tuan punya blog ia hasil nukilan orang lain..yang juga followers blogger tu kot...



Apa yang aku nak cerita is.. tentang kisah yang dipaparkan kepada dunia.. tentang rasa tidak puas hati dan mungkin tension barang kali... terhadap suaminya...



Dia dalam luahannya bercerita tentang si suami yang dikatakan pemalas (dlm ceritanya si suami masih bekerja cuma gaji agak kurang cuma cukup2 makan jer yang dikatakan malas ialah bila si suami tak nak berusaha untuk mencari perolehan yang lebih utk family mereka tu..and for record si pengadu juga bekerja dan memperolehi gaji yang lebih dari si suami)... kerana malas si suami maka ekonomi keluarga mereka terjejas... ditambah pula dengan keluarga mertua yang sentiasa bersandar pada si suami hingga si pengadu merasa tertekan... and at last kerana permasalahan itu si pengadu nie memberi kata 2 pada si suami supaya berubah atau jika tidak dia menuntut untuk berpisah...



Well blog apa yang aku nampak kat dalam cerita dia nie adalah dia cuba membuka kekurangan suaminya dalam keadaan marah. Mudah-mudahan tak ada yang kenal dengan si pengadu kerana kiranya dia dikenali mesti orang akan kenal ngan si suami... Aib si suami.. berdosa pulak si pengadu tu...



Pada aku blog mungkin si pengadu nie orang yang sentiasa senang.. dan tak sanggup nak bersusah walaupun dengan insan tercinta..(mereka kahwin atas dasar cinta..) aku pun macam pelik gak memula bukan ke ada pepatah yang kata cinta itu buta... tak kira apa akan ditempuh demi orang tercinta... tak kiralah dia kaya atau miskin... tapi kenapa dia menolak untuk bersusah? dah hilang ke rasa cinta si pengadu terhadap suaminya? kesian si anak-anak sekiranya apa yang diminta dimakbulkan ALLAH...



Dalam dunia nie ada ker manusia yang perfect?? cantik/lawa/hensem dah tu kaya/banyak duit/hidup senang tambah plak beriman/baik/pandai menjaga hati/pemurah dan semualah yang elok-elok... ada ker?? lagipun bukan ke kita kena terima dengan sepenuh hati insan bernama suami tu...



Cerita-cerita begini memang kadangkala perlu di ceritakan tapi jangan lah kepada semua orang, cukup sekadar bercerita dengan orang ustad/ustazah @ kaunselor yang boleh membantu mencari jalan penyelesaian. Bukan apa kalau bercerita dengan semua orang bimbang ada yang berniat jahat... syaitan kan suka kepada perkara-perkara yang boleh meranapkan iman mahluk ALLAH...



Ini sekadar pandangan aku saja.. bila aku buka semula laman tu aku tengok dia dapat 188 comment so ada satu darinya buat aku senyum.. Alhamdulillah ada insan yang mengingatkan dia tentang hukum dan memberi dia pandangan yang sangat bernas dalam mengatasi masalah dia...



Memang lumrah manusia tak pernah nak bersyukur dengan pemberian ALLAH.. bila dah kehilangannya baru kita akan rasa bersalah dan menyesal. Justeru kita hendaklah sentiasa beringat akan setiap kejadian mempunyai sebab tertentu.... jika diuji dengan kejadian begitu terimalah dan muhasabah diri... kita hanya manusia yang diberikan hak hidup sebagai khalifah dimuka bumi nie tidak lain untuk beriman kepada Nya Yang Maha Esa...



Semoga ALLAH ampunkan dosa aku dan suami juga kepada semua umat manusia yang membaca n3 ni... dan tak akan berlaku lagi perkara seperti ni... aku pun takut gak mana tau termengumpat yang jahat pasal Abhi plak huhuhuhu..... harap dijauhkan....


Tuesday, April 5, 2011

Hujung Minggu sudah...




My dearest Blog n others (if there is!!...huhuuhuhu....)



Hari nie aku nak update tentang kisah hujung minggu yang lepas... well agak menarik dan agak "milo fuze"!! huhuhu... semuanya bermula petang sabtu...

Hari jumaat tu ramai yang tanya tak balik kampung ke minggu nie... aku cakap tak coz nak mencuci pakaian yang dah seminggu aku longgokkan khas untuk dicuci pada hujung minggu.. so ok lah semua pun terima.. suddenly sabtu petang tu adik3 call ajak g tengok football match (N9 lwn Terengganu) wah... tentu-tentulah kena g tengok tambah best bila Abhi ada support team untuk sokong team Terengganu... mana taknya Ej datang dari jauh semata nak sokong Terengganu walaupun dia kata dia sokong N9...



Kami sampai agak lewat... dan dema yang dari kampung.... adik3, ns, adik4, um, adik5, ej, adik6, dju, sampai dulu dan purchase the ticket utk kami... wawawaaa... dah lama sangat rasanya tak masuk stadium nie... huhuhu, sampai jer game dah start huhuhuuu... tulah salah dema tu jugak dah nak gerak baru nak sound... ce sound awal-awal leh la sampai awai...



Nah ni antara koleksi yang berjaya dikumpul oleh my beloved Abhi sepanjang kami menonton kat sana....






N9 jersi kuning Trengganu jersi putih

(ikut warna bendera negeri memasing)










ni skor masa 1st half... semangat giler n9 masa nie...








huhuhu... nie la keputusan nya diakhir masa... kah kah kah seri la pulok









suasana masa semua orang nk balik..

ha.. kan dah jammed... apesal la suke ngat nk bersesak-sesak??!!










ha... amacam ramai tak? leh tak spot we all??hehehe



So sebelum keluar dari stadium tu disebabkan dah lama sangat tak masuk stadium tu kan so kami pun posing la... tapi dengan keciwanya... hasilnya....



well...well...well.... time ni la plak camera tu wat hal...

awat gambaq tu jd cam nie? ^_^



Abis je bola kami terus shoot balik kampung... hahaha.... lepak kat kedai makan punya lah lama sampai kul 2 kot baru sampai umah huhuhuhu.... kaki bersoko sungguh kami nie...



Hari ahad, pagi n tghari cam besa tak de pe yang menarik... tengah dok elok posing lepak-lepak entah datang dari mana si adik3 kluar ngan idea "jom g mandi jeram..." huhuhhu... dengan cuaca panas terik tu memang syok kalau dapat berendam dalam air yang sejuk... Abhi ok jer.. apalagi call adik5, Ej n adik6 yang baru je keluar rumah nak g jenjalan suruh patah balik nak g jeram... kami pilih g jeram tengkek.. peh... semangat...



bestttt mandi manda... nah ni pulak koleksi yang sempat Abhi snap masa kat sana...









lokasi ni agak jauh skit dari tempat parking tapi tak pe kan ada trak pejalan kaki tu..

best oo panorama hutan nie..














pics nie hasil kerja keras Abhi lepas panjat batu-batuan yang banyak kat area air terjun














nie lah air terjun yang jadi tempat kami berkubang petang tu..

best kan... pergghhh karen tu...






yang nie area kat bawah... oklah buat yang tak larat nak naik ke atas kan... hehehe








indahnya alam ciptaan ALLAH






gambar masa nak balik.... ke zaman dolu-dolu

agaknye macam nie la rupenye Jeram Tengkek ni 20-30 thn dulu kot!!??






otw balik... hehehee...



Tu je lah photo yang dapat aku kongsikan blog... hehehe...

Balik kat my story... malam tu pulak kami g asah bakat kat Karaoke... hehhehe... tp event yang tu tak de pikas... coz agak marabahaya... bukan apa demi menjaga senCTVT sesetengah pihak.. ok blog tu je lah utk N3 nie....



Hujung minggu yang tak kureng menariknya.... so senyummmmmmmmm =-)




Monday, April 4, 2011

Hidup punya aturan sendiri.....

Assalamualaikum....


Blog,

Aku baru jer menjelajah ke satu blog yang aku follow dari memula aku kenal ngan dunia blog nih... milik seorang cikgu mungkin - dari ayat dan bahasanya..



Dia punya kisah yang sama tapi tak serupa ngan aku blog... menanti rezeki....



Tapi dia berani... dalam blog dia tak kisah untuk berkongsi dengan kami... apa masalah siapa yang bermasalah dan memacam lagi...



Memula jumpa blog dia dulu aku jadi terpesona ngan keberaniannya... wah... bagus boleh berterus terang begitu... w'pun dia tak gunakan nama sebenarnya tapi... aku tetap kagum...



Di blognya dia berkongsi suka duka hidup dalam menanti penyeri... berkongsi segala macam usaha dan kaedah demi merealisasikan impian utk bergelar parent... berkongsi semua lah.... dan secara tak lansung ada perkara2 yang ditulisnya memang pernah aku lalui... dan tatkala aku membaca coretan dia sesekali aku akan merasa seperti disapa "dejavu"... Unik hidup nie... sejauh mana pun kita mencuba selagi belum tiba masanya... ia akan kekal serupa... hanya ALLAH yang Maha Mengetahui segala sesuatu... hhmmm... antara entri dia... ada satu tu dia bercerita tentang rasa jauh hati bilamana ada teman yang mendahului... memiliki permata... hingga mengalir air mata... seraya dipujuk oleh sang suami.... wah... aku tahu saat sebegitu... dulu aku selalu sangat melaluinya... bezanya aku jarang berkongsi sedih itu bersama Abhi... kenapa?... kerana dalam permasalahan kami yang satu ini Abhi sangat positif... kadang-kadang aku rasa dia terlebih positif sehingga aku tak dibenarkan utk merasa kecewa sama sekali... kenapa? kerana ia ada dalam rukun iman yang ke 6...



Bila aku baca kisah penulis berendam air mata dan sisuami menghampiri dan mengusap kepalanya memberi semangat seraya berkongsi air mata... hatiku terdetik... tengok, biarpun mereka sedih kerana hanya ada mereka berdua sahaja dalam keluarga itu tapi dalam masa sama sebenarnya mereka cukup bahagia... air mata pun boleh dikongsi berdua... andaikan mereka punya zuriat... mampukah mereka merona bahagia sebegitu?... tak siapa tahu kan... aku dulu pun macam tu... dan sesekali masih lagi punya perasaan macam tu... tiap kali ada insan sekeliling mendapat khabar bahagia... aku akan rasa kecik hati dan semua perasaan tu yang boleh membuat air mata keluar rumah!! nanum aku kuatkan semangat dan letak Abhi dihadapan aku... dia akan jadi benteng dari perasaan-perasaan tak penting tu... well setakat hari ini... Alhamdulillah... aku manage to avoid it... esok lusa... wallahualam...



Buat penulis (yang mungkin tak tahu aku ada menulis ini untuk dia...) dan buat diri aku sendiri..



Tak salah untuk kita aman seketika coz bukan apa, bila kita syik mencuba itu dan ini berusaha begitu dan begini... kita dalam posisi yang memang tak memungkinkan aman itu datang... tak salah jugak rasanya... kiranya kita berperasaan seolah-olah hanya ada kita dalam hidup ini... tak perlu yang lain... macam tu... tapi.. semua tak semudah ABC dan 123 tapi kiranya ada kemahuan disitu pasti ada jalan... aja..aja.. fighting!! Doa aku untuk semua insan yang terkurung dalam masalah sebegini.. moga kita dikurniakan suami hebat (sehebat Abhi mungkin..Masya'ALLAH...Insya'ALLAH) untuk sama-sama menebas laluan yang penuh belukar2 semalu yang tajam dan menyakitkan... untuk menjadi pelindung disaat manahan sakit ditusuk duri2 tajam... dan yang paling penting sebagai imam yang memimpin kehidupan kita dalam merentas dunia menuju ke syurga........ amin...











Friday, April 1, 2011

Segalanya Ku terima....

Assalamualaikum,




Blog nah aku jumpa ni tadi... nak tujukan buat Abhi...






Hold in your sorry...


As long as you here with me... still with me... stay with me


you'll see


anything came i'll never bother..




Sometimes it's hurt me a lot


As long as you here with me... still with me..stay with me


you'll see


nothing going to change my mind




Someone told me this and that


As long as you here with me... still with me... stay with me


you'll see


it won't touch my feeling




If say you forget


i'll be right here beside you


next to you


wont be far away


till death do us part




Youre my everything


till the end..




Moga Abhi tahu... bukan setakat yang tertulis jer banyak lagi... tapi biarlah aku simpan... dan aku pasti dia tahu apa yang aku nak dia tahu... so blog biarlah hanya kami yang tahu.. kerana ini kisah kami...




Annyo blog...