About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Thursday, July 28, 2011

Are-Ku

Assalamualaikum,

Apa yang nak aku taip hari ni blog adalah apa yang aku rasa hari nie...



Tadi aku terserempak dengan teman membawa anak kecilnya... berbunga hati melihat senyumannya... aku hulur tangan dia sambut lalu bawa ke pipi kanannya... wah sangat comel dan aku suka... berbual sikit-sikit dan dia melihat aku dengan pandangan indah matanya... wah bagusnya tapi dia belum boleh dibawa berbual sidia hanya banyak senyum dan senyum wah... bestnya... selepas tu dia berlalu.. aku teruskan perjalanan dalam hati menguntum senyum wah... aku tak pulak rasa frust macam selalu... senyum tu masih dibibir dan terbawa ke hati... aku tak lagi mengeluh... wah... baiknya hati aku pagi nie... atau mood aku yang terover bersih?... atau ada keberkatan subuh yang aku kerjakan 4 rakaat pagi nie? ...( hehehee dah hujung rakaat kedua aku tak tahan bersin dan atas sebab yang tak boleh dielakkan ia membatalkan solat... tu yang kena solat semula tu... so jadilah 4 rakaat huhuhuhuu)... atau aku sememangnya sudah mula belajar untuk tabah?... dan dah mampu menelan semua yang menyentuh tentang hal anak? aku pun tak tahu tapi pagi nie inilah yang aku rasa... sampai saat aku menaip ni pun aku masih mampu senyum lagi.. wah.. dasyat kan... hehehee.. semoga rasa sebegini akan terus-terusan bersama aku pada hari-hari mendatang... yes!! aja aja fighting!!




well pengalaman 6 tahun bukanlah masa yang singkat, bermacam yang aku tempuh.. suka duka semua ada... mungkin juga kerana aku tahu tiada masalah dari segi fizikal atau perubatan yang menghalang kami dari mendapat zuriat, cuma masanya belum tiba, belum ada kebenaran dari Yang Maha Esa untuk kami.. tapi Insya'ALLAH kami tak akan berhenti di sini dan hanya menunggu... usaha tetap ada, cuma mungkin agak lebihkan dari segi rohani.. hehehee.. apapun yang penting tanpa doa usaha tak akan kemana-mana.... Dan aku tahu aku tak keseorangan aku masih ada Abhi yang sentiasa dibelakang menyokong dan menemani aku sepanjang perjalanan sepi tanpa hadirnya cahaya mata... Insya'ALLAH berkat doa insan-insan yang menyayangi aku disekeliling aku... pasti satu hari nanti permohonan aku akan mendapat keizinan ILAHI untuk membentuk peribadi seorang khalifah menjadi soleh dan solehah....




Hmm tak lama lagi blog akan tiba bulan penuh berkat bulan keampunan. Misi kali nie kalau boleh aku nak la puasa penuh... tak mau miss posa kali nie... tapi ialah kalau dah dinamakan sebagai perempuan tak dapat nak lari dari kenyataan yang satu tu.. ishkk... lainlah kalau.... Insya'ALLAH mana tahu ada hadiah indah dari ILAHI untuk aku dan Abhi tahun nie... sapa tahu?... doa-doakanlah yea.... amin..

Monday, July 25, 2011

Ek Life Ki Kahani

Assalamualaikum



Well kita memang tak boleh nak harapkan orang akan faham dan boleh terima setiap apa yang kita buat atau kata...


Kengkadang terfikir, bukankah dah di suarakan tentang kehendak dan kemahuan, phir bi... masih belum ada tanda faham apa yang diinginkan... terpaksalah mendiamkan diri.. kyiu ki agar cakap semula perkara yang sama, pasti tak boleh diterima... agle chahati khon he? bila tak tau nak buat apa...just chup chap chale jaha se... dur rehena dari masalah ni.. persoalan ni.. kekacauan ni.. tapi? kitne dur?...


Apapun itulah salah satu cabaran yang perlu dihadapi... Bukan semua orang mampu faham tentang perasaan kita.. ada yang tak ambil kisah pun apa yang sedang kita harungi... tak mahu pun tahu bagaimana sesaknya meranduk resah menongkah kecewa... tapi saat diperlukan, akan humko hamisha vaha uske liye..


Simpan rajuk dan sedih.. berlagak seolah-olah tak ada kekecewaan tak ada keperitan tak ada apa-apa yang menganggu... stand still... as if u're concrete statue... can't be blown by the wind.... hahahaaaa.... boleh ker? boleh sangat tapi hati kena kering... semua kena langgar.. tak payah ambil pusing... yang dah sakit kalau di fikir akan bertambah pedih... Ini soal hati, bukan macam luka kat jari yang boleh dirawat dengan "detol" atau "antiseptik" yang ini hanya boleh dirawat dengan kaedah rawatan jiwa... pengisian yang betul akan memudahkan luka hati sembuh... rohani yang dijaga sentiasa bersih akan memudahkan pengisian yang betul untuk memenuhi ruang jiwa...




Kesimpulan: Merasa kecewa itu perlu untuk pengalaman yang akan membawa ke arah dewasa dalam hidup....


Apapun yang mampu mematangkan minda dan jiwa perlu ditempuhi demi untuk memenuhkan pengisian hidup.... Pengisian yang betul hanya boleh diterima oleh rohani yang betul beserta niat dan kaedah YANG BETUL...




Annyo blog....


Saturday, July 23, 2011

Bicara Kongsi?,,,,


Isteri : Abang ingat tak pada kawan saya Kathy...

Suami : Ingat yang putih-putih tu kan, suami dia pun kerja sama ngan u all kan.

Isteri : Hmmm...

Suami : Kenapa sayang tanya?

Isteri : Saja... tadi Zai cerita dengan saya, Kesian Kathy....

Suami : Kenapa nak kesian pulak?

Isteri : Yealah, kesian la, coz suami dia tu... dulu mungkin la sebab tak ade anak dia macam tak layan jer dengan si Kathy tu sekarang dah ada anak pun macam tu jugak... malah lagi teruk pulak...

Suami : Kenapa laki dia macam tu?

Isteri : Entah... dia memang macam tu kot... benggong!... abang tau dia siap flirting lagi dengan budak praktikal pulak tu.. ishkkk.... Kesian Kathy..

Suami : HHmmm... dugaan masing-masing biasalah tu...
Kalau betul nak kenapa tak buat elok-elok?

Isteri : Entah... tapi kalau abang macamana?

Suami : Aik.. kenapa abang pulak?

Isteri : Ala... tanya jer... kalau nanti satu hari abang jumpa dan suka seseorang, abang bagi tau saya tak?

Suami : Mana abang nak tahu.... entah... benda tak jadi mana nak tahu...

Isteri : Hmm Apapun kalau jadi abang kena bagi tahu saya... saya kena tahu... jangan rahsia... Apapun jawapan saya itu nombor 2. 1st abang kena bagi tahu saya... biar saya sedia...

Suami : Suami diberi kelebihan tu bersebab... Kenapa ALLAH kata lelaki boleh kawin sampai 4? semua ada sebab....

Isteri : Saya tak pernah tolak hukum poligami tu.. ikhlas, tapi apa yang pernah saya tgk selama nie... poligami lebih banyak susah dari senang... sepatutnya poligami menyenangkan... aman dan membahagiakan... itu tuntutan... ni tak ada suami yang guna kelebihan tu untuk saja tempah neraka... tak adil... nafkah kehulu kehilir tapi kawin kerana nafsu.... lepas tu yang susah... anak... isteri... keluarga...

Suami : Sebagai lelaki bohonglah kalau abang kata tak pernah terfikir untuk semua tu tapi abang tak layan perasaan tu....

Isteri : Manalah tahu... andai tersurat nanti, di masa abang mampu, dan berkehendak, bagi tau saya yea... janjilah...

Suami : Isshhkkk... yang kita bincang pasal ni kenapa? pasal kawan awak kita plak yang bincang pasal nie...

Isteri : hehehe... Okay la tu, mana tau nanti kalau kita betul-betul ada masalah macam tu, kita tak akan ada peluang untuk cakap pasal benda nie... percayalah cakap saya...

Suami : Awak nak ke benda nie jadi kat awak?

Isteri : isshhkk... Nauzubillah.... tapi selagi yang di namakan hidup kita tak tau apa yang dah tertulis untuk kita.... kita manusia tak tau apa perancangan Yang Maha Mengatur...

Suami : Yealah kita tak tahu apa akan jadi esok...

Isteri : Kalau lah boleh saya nak jadi macam Khatijah r.a. isteri Rasulullah... sepanjang perkahwinan dia dan Rasulullah, dia tak pernah dimadukan... hingga dia wafat

Suami : Tapi awak tahu siapa isteri kesayangan Rasulullah?

Isteri : Tau... Siti Aishah r.a. ..... tapi saya tak akan mampu jadi seperti Aishah (bila dimadukan) saya hanya akan mengundang dosa dan membawa abang ke neraka....
sebab itu saya perlu tahu dulu.. kalau hati abang berubah....

Well mungkin ada orang kata "saya" itu gila kerana membicarakan tentang semua ini dengan suaminya yang belum pernah menunjukan tanda-tanda berubah hati secara kasar... tapi dalam diri "saya" itu dia mencuba untuk menyampaikan kepada suaminya, betapa dia ingin hidup bersama tanpa dikongsi cintanya dengan sesiapa.... perkongsian pada "saya" itu hanya akan membuahkan permasalahan... kerana "saya" itu amat mengenali dirinya yang sangat ego dalam soal memiliki... rasanya "saya" itu telah melakukan sesuatu yang sangat baik, kerana sekurang-kurangnya dia memberi peluang kepada si suami untuk memilih... dan dia juga memberi pilihan untuk dirinya sendiri.... sekiranya suaminya orang budiman... dia pasti akan memenuhi harapan "saya" itu, memberi tahu sekiranya dia bersedia untuk membahagikan kasih dan sayangnya yang selama ini menjadi milik mutlak "saya" itu seorang.

Pandangan Areku pulak... memang tak dinafikan, Hak itu ada untuk kaum lelaki, tapi mampukah mereka membawa diri melepasi sekalian wanita yang diikat atas nama nikah itu untuk bersamanya ke syurga?.... well aku pernah terbaca ..

tentang kisah seorang lelaki yang setelah perhitungannya layak mendapat ganjaran syurga, namun selangkah dari pintu syurga dia ditahan oleh wanita yang merupakan amanahnya.... wanita itu mendapat hukum neraka, kerana dosa yang dilakukannya di dunia, tapi wanita itu telah sabitkan kesalahan itu kepada lelaki tadi, dan wanita itu mengheret lelaki itu bersama ke neraka....

Andai semua wanita yang dinikahi nanti tak akan menjadi beban atau penghalang dia untuk masuk syurga boleh saja kalau nak menikah... tapi awas jika tak satu pun mampu mengejar solehah itu.... Sesungguhnya wanita sangat mudah dan hampir dengan syurga tapi... golongan wanita adalah yang paling ramai... PALING RAMAI menjadi penghuni neraka..... Kalau aku sendiri bagaimana?.... aku tak pun tak boleh tolak hukum... tapi macam yang di nyanyikan ini.... apa yang ada dalam lagu tu macam tu lah aku buat masa nie... esok lusa aku tak tahu... okay lah blog... hari ni isu berat sikit tapi agak menarik... mungkin saja bisa buat orang sihat jadi sakit, tapi ini adalah salah satu dari kenyataan hidup.... yang perlu di lalui insan.... terima kasih buat suami isteri yang sudi kongsi dialog tu.... lain kali kongsi lagi yea....


Wednesday, July 20, 2011

Harga Diriku....


Saat ni aku nak kongsikan blog,
satu lagi lagu yang sering menjadi pilihan Abhi,
setiap kali kami ke karaoke...
Aku jadi suka lagu nie tambah-tambah bila Abhi yang nyanyikan..
Hehehehe... i loikeee... ^_^

Tajuk lagu ni Harga diriku oleh Wali Band..
aku suka sangat... jom dengar...







Liriknya macam nie.... sila abaikan font kecik tu oke..

Didirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
seikhlas ini yang aku cari ada dalam dirimu
Didirimu aku ketakutan
kau biarkan ku kau tinggalkan ku
sesungguhnya satu doa yang aku pinta supaya ini tak terjadi
bila kamu tak lagi dengan ku
ku tak tahu apa tuk jalani hidupku
biarpun hanya seketika.. aku tak mampu meneruskan
bila memang kau pergi dariku
ku tak ada lagi di dunia ini
semoga aku tak merasai kehilanganmu..

mengertikah kau siang malamku
kau tangis tawaku
kau semua hidupku
biarpun datang waktu sukar aku pasrah disisimu.. tegar bersamamu
pandang aku pandanglah hatiku
ku aku tak mampu melangkah tanpa mu
aku harap kau tahu itu...

bila kamu tak lagi dengan ku
ku tak tahu apa tuk jalani hidupku
bila memang kau pergi dariku
jangan pergi sebelum aku berhenti bernafas..
ku tak ada lagi di dunia ini
bukan ku tak punya harga diri
tapi dirimu begitu bererti
tiada gantimu.. kau satu dalam hidupku
kaulah nafasku engkau harga diriku
mengerti aku .....
bila kamu tak lagi dengan ku
ku tak tahu apa tuk jalani hidupku
bila memang kau pergi dariku
ku tak ada lagi di dunia ini
didirimu aku menemukan...
segala yang aku cari dalam diriku aku menemuinya dalam dirimu
betapa kau terlalu berharga dalam hidupku...

stop....

Thursday, July 14, 2011

KEHILANGAN

Lamanya aku tak update kau blog,

sian ko kan... heheheheeee


Pagi nie aku turn on the radio...

aku dengar lagu ni...

Aku hanyut dalam lagu ni seketika....

dan aku keep on playing the same tune...

habis aku repeat semula....

habis lagi aku repeat lagi....

beberapa kali....

satu part aku rasa terpaku.... tang part,


kU mERasA TeLAh KehILAngan

CinTAmU YanG TelAh HiLAng


Argghhhh.....

Aku tahu lirik tu terlalu... keterlaluan untuk aku puja..

Aku masih tak kehilangan lagi...

Demi harapan aku masih tak kehilangan

Aku masih punya masa....


SejUJurnYA Ku TaK BiSA

HiDUp TaNPa ADA KAmu Aku GIlA......


memangnya begitu,

aku tahu aku tak bisa "hidup" tanpa KAMU...

aku akan gila bila tiada KAMU.....

*ia bermaksud ...

hidup = tanpa ceria/makna/harapan


DI saAT KAdaNg KaU dan AkU

TerPISaHkan OlEh RuANg daN WakTu


Biarpun segalanya nampak macam biasa

di luar sedar

ada sesuatu yang sedang

bergerak ditengah antara kita....

Ia semakin menjauhkan kita....

"JARAK"


SeANdaiNYa aKu BiSa

MeNguLang KeMBali Lagi

CiNTa KitA


....tak kan ku sia-siakan....

peluang dan ruang yang diberi untuk

aku lebih dekat dan mengenaliMU....


TAK KAN KU SIA-SIAKAN KAMU LAGI....


kehilangan - firman