About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Wednesday, September 21, 2011

Ya ALLAH

Assalamualaikum blog....

Lagu nie aku dengar malam tadi.. Sungguh andai mampu inilah yang ingin aku katakan pada ALLAH... janganlah aku di duga lebih dari kemampuan dan kesanggupan ku... Janganlah lagi aku di uji dengan sesuatu yang tak mampu aku hadapi................
Pagi ni dengar radio Sinar FM.. DFK dtg sebagai tetamu..... pesan DFK
"Sekiranya dia dah bertaubat dan berjanji utk tidak mengulangi kesilapannya..... selepas dia bertaubat dan berjanji.... buka hati, terima semula dengan hati yang baik jangan cakap atau fikir yang bukan2 kerana semua itu akan jadi doa...... plss overhaul hati kita dan hati dia juga kena overhaul... keluarkan semua yang buruk ganti yang baru... baru kehidupan boleh bertukar kepada yang lebih baik...Insya'ALLAH"
Aku tunggu masa pengakuan sebenar macam tu.. bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa tapi macam DFK kata perlu ada pengakuan dan perjanjian demi untuk membina keyakinan dari pihak yang satu lagi.... Aku tahu aku terlalu banyak permintaan, tapi memandangkan apa yang menjadi teman sekarang aku jadi bimbang!... sungguh....! Aku tak mahu kerana kemajuan dan kecanggihan ada iman yang dibuang... Tetapkan iman kami Ya ALLAH............

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...