About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Wednesday, July 31, 2013

Our Iftar & Shopping??!! ... Shopping ker?

Hari ni nak Update tentang kenangan hujung minggu sudah...

Well tinggal lebih kurang 2 minggu lagi, Ramadhan akan melabuhkan tirainya.. So disebabkan untuk tahun ni kami Khairiz belum lagi berkesempatan untuk berbuka di KP so, Nuzul Quran yang lalu kami bertiga (of cause dengan Anankanda Afif) ambil peluang untuk berbuka di KP. Kalau nak di ikutkan Omak n Ayah memang akan ke KL malam tu tapi disebabkan nanti susah nak cari masa untuk berbuka d kampung so kami pun pulang lah.. lagipun Adik5 n EJ pun memang nak berbuka sama Omak n Ayah d rumah!!..

Kami gerak balik lepas berbuka... gerak awal dari yang lain since nak kemas rumah yang tengah pecah tu!!.. hehehee... Yang best nye Putera Afif tidur lena time tu.. tak "ngehek" lansung.. sempat la Ummi ngan Abhi berhempas pulas mengemas mana yang sempat hehehee...

Plan nye, kami berhajat untuk buat buka puasa untuk family, since belah Aabhi dah settle masa first weekend puasa ari tu so, kali ni turn my family la pulak.. Nak masak sendiri.. of cause la tak mungkin.. hehehee... so kami book satu tempat untuk berbuka hari sabtu tu.

Pagi tu kami gerak untuk cari kerepek dan yang sewaktu dengannya kat Tg. Sepat. Banyak gak la membeli n membelah kerepek.. Pada areku bukan untuk raya je kepek ni... untuk bebila pun coz it's Kepek!!

Bergerak dengan 3 kereta kami keluar rumah dalam kul 4 lebih ke kul 5 cam tu kot! (Dah tak ingat dah!!..) menuju ke Jln Hulu Kelang - Kami pilih restoran Istana Bambu.. atas banyak sebab, satunya ialah sebab Omak pernah mention nak repeat makan kat sini tapi, tak berkesempatan.. dan atas beberapa sebab sokongan yang lain kami pilih restoran ni untuk buka puasa of the year 2013.

Makanan Subhanallah memang sangat banyak kami orang ambil... (Sampai ada yang kena letak balik _ sbb kalau tak habis makan kena timbang dan bayar) hehehee... seronok memang seronok la.. tambah ada si kenit yang tak reti duduk diam, memula Aabhi malas nak ambik stroller tapi kerana tahap ke'aktif'an yang melebih Abhi pergi gak amik stroller dengan harapan lepas susu Afif leh tido. Tapi malangnya Putera Ummi ni tengok tukang kelek ramai terus tak mo tido. Tapi OK la pasal lepas sorang sorang lagi jadi pengasuh so, Ummi dapatlah makan n rehat kejap-kejap.

Selesai makan kami gerak ke Jalan TAR... serius ramai betul manusia, maklumlah lagi 2 minggu nak raya. Kononnya kami ni nak mencari baju raya sedondon kali ni. Jadinya itu yang ke jln TAR tu, tapi disebabkan bulan puasa, and siang tadi dah penat kesana kemari then makan plak bersungguh2 punya makan, jadinya malam tu memang stok asyik terbayang bantal lah.. dengan penat nya hanya ALLAH yang tahu. Dah la kat situ nak tengok jualan pun tak lalu sebab terlalu ramai manusia... jalan pun ala-ala main keretapi manusia... tak boleh putus punya... hahahaa. Putera memang sporting diam je ikut Ummi yang hilang akal dok bawak dia ketengah lautan manusia... dan panas... dan sempit... dan macam2 lagi. Nasib Ummi bawak kipas so dapatlah jugak Putera bernafas. Disebabkan keadaan sesak yang amat sangat makanya kami ambil keputusan untuk ke butik2 yang 'melampuh' kat sepanjang jln besar tu.. Masa tu dah pukul 1 lebih... Putera masih gagah tak mo tidur sebab tengok seme orang tak tidur lagi. Siap boleh main2 lagi.. Di usik Pak Langnya yang pakai 'wig' panjang macam hantu pun dia boleh melopong pas tu siap gelak lagi. Diajak bergambar nombor satu, suka na ngan camera.
Kesimpulan yang kami dapat hari tu : Tak akan jumpa baju apa pun yang berkenan bila cari dalam keadaan yang rindu bantal!!, Jadi pencarian hari tu di sudahi dengan sahur kat kedai sebelum pulang untuk cari yang dirindu sesangat masa tu - Bantal!!.
Putera Afif memang dah siap-siap lena dari KL lagi, tidur atas Ummi, lena sungguh biarpun Ummi angkat masa sampai tempat sahur, Afif tak bergerak pun. Menangis jauh sekali lah... Syukur Alhamdulillah..

Disebabkan pencarian sabtu malam membawa ke ahad subuh tu tak berhasil maka ahad tghari tu kami mulakan pencarian di nilai 1 pula... Setelah berhempas pulas yang membawa ke waktu berbuka (oh my kaki!!... berjalan sungguh cuti 2 hari tu kan!!) kami berjaya menemukan warna coklat/koko sedondon untuk semua orang... Heheheee... kesian Putera Afif kena la berpanas pulak dok ikot Ummi yang masa tu dah separuh nyawa akibat semput...

Malam tu lepak king @ Ayah Bob place. Sementara menunggu Abhi n Ayah Bob g hantar Kanda balik Poli.

Yang seronok dan rasa nak repeat! : Dapat jalan2 serata alam pagi sampai pagi semula dengan semua dan of cause le specially bersama Putera kesayangan Ummi Afif.

Yang tak berapa seronok dan X boleh nak d repeat len kali! : Cari baju raya.. or what so ever masa 'peak hour' - kena keluar at least sebelum (Apa-apa occasion, RAYA especially kena sebelum puasa!! - haaa ko amik!!) barulah dapat mencari dengan tenang dan boleh tengok banyak pilihan.

Itulah ceritanya... Biarpun penat tapi Alhamdulillah... Terima Kasih buat suami tercinta, kerana kasih yang melimpah ruah buat kami_ Zuana sekeluarga. Terima Kasih juga kerana sudi 'berkongsi' rezeki kurniaan ILAHI bersama kami. Semoga ALLAH merahmati dan mengurniakan lebih banyak dan lebih berkat lagi rezeki buat Aabhi. Terima Kasih buat Ayahanda & Bondaku Zuana kerana biarpun kepenatan sanggup jugak melayan kerenah Anakanda yang sibuk nak kesana dan kemari... (Sian Omak n Ayah sampai tido-tido dalam keta..) Terima Kasih buat sekalian Adinda's yang sudi bertandang ke teratak buruk Khairiz hanya untuk bersama-sama bergembira dan membahagiakan antara satu sama lain. Semoga ALLAH sentiasa peliharakan perasaan kasih sayang antara kita dan merapatkan lagi Ukhwah sesama kita dan menjauhkan kita dari perasaan dalaman yang boleh merosakan hubungan kita. Amin Ya Rabbal Alamin..


Sekian,

Wassalam
Are Ku r.