About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Thursday, November 10, 2011

Aku tak Pernah KEHILANGAN dirimu?...

Andai khilaf datang dariku
Aku dengar maaf itu darimu
Jika terkasar bahasamu terhadapku
Bersungguh kau menangi kembali senyumku
Bila tiada kau dengar tutur kata dariku
Segera kau suarakan seolah rindu pada suaraku
Tatkala ada kerunsingan dan kemurungan padaku
Kaulah insan yang menjadi penguat semangatku
Disaat ada api amarah mendekatiku
Kaulah selimut salji membalutiku
Dikala aku perlukan kamu
Kau sentiasa berikan yang terbaik untukku
Pada masa aku sesat dan hilang
Kau hadir memimpin aku ke jalan kebenaran
Masa aku jatuh tersungkur
Kau teguh dibelakang menyokong aku bangun semula

Kau lakukan itu dengan ikhlas hatimu
Kerana cintamu besar buat aku
itu aku tahu...


Disaat aku suarakan kesepian
Kau bilang itu cuma perasaan
Dikala aku inginkan belaian kasih sayang
Kau kata kau punya banyak perkara lain yang perlu difikirkan
Masa aku membisu kata
Kau kata aku mengikut hati marahku
Bila masa aku melakukan kesilapan
Kau bisu dan ada kalanya terus-terusan menyalahkan aku
Pada saat kau tinggikan nada suaramu
Aku tak lagi dengar maaf darimu
Bila aku termenung sendiri merawat hati
Kau hanya diam memerhati
Ketika amarah mendahului diriku
Kau selimutkan aku dengan bara marahmu
Dimasa aku hilang dan tak keruan
Kau tenang hanya memandang
Bila aku minta kau manjakan aku
Kau bilang aku masih kebudak-budakkan
Bila aku bercakap tentang kenangan
Kau kata aku masih menyalahkanmu
Tatkala aku suarakan rasa
Kau kata syaitan sedang menghasutku
Kadang aku suarakan kebimbangan
Kau mengeluh keras membuat aku terkedu
Disaat aku tak sengaja
Kau kata aku mencari salahmu

Sebab semua alasan itu aku berusaha sendiri untuk tidak jatuh....
Kerana aku tahu sukar untuk aku bangun sendiri....

Apa yang aku pernah ada dulu tak lagi bersamaku...
Benarlah katamu
dan sesungguhnya
Aku tak sanggup buat kau menabung benci dan tak kisah terhadapku...
Tapi aku juga tak mampu menabung perasaan untuk melepaskanmu...
Justeru aku serahkan pada takdirMU ILAHI

Selagi daya aku akan bersikap sepertimana yang aku mampu
Setelah ini aku tahu apa akan kau katakan padaku...
Aku seorang yang tak tahu diuntung setelah diberi peluang....
Aku seorang yang tak boleh berhenti dari menyalahkan
Sedang aku cuma suarakan apa yang aku rasa...
Sedang aku cuma lakukan apa yang selalu aku lakukan dulu...
Bersuara bila ada rasa tak kena
Bicara bila ada yang perlukan kepastian
Berbincang kiranya ada yang perlu keputusan
Aku pasti kau tahu dan masih ingat caraku...

Kenangan dulu akan aku bawa sampai mati
Perasaan ini akan aku simpan dihati
Doa itu akan selalu aku pohon dari ILAHI
Aku tak pernah berharap kau ubah segalanya
Cukuplah sekadar menyakinkan aku

BAHAWA

Aku tak pernah KEHILANGAN dirimu yang dulu.....

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...