About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Tuesday, September 20, 2011

Post oh.. Post....

Assalamualaikum....
Blog, lama nye ku tinggalkan kau sepi... Seminggu nie aku kira minggu untuk aku pulihkan semangat... cari semula apa yang pernah aku hilang.... walaupun kadang aku rasa apa yang aku kehilangan tak mungkin aku temukan tapi kerana dengan izin Pencipta aku masih mampu lagi tersenyum dibawah sinaran kasih dan sayang.
Aku sekarang lebih yakin sekiranya kita bersandar pada bahu seseorang, sukar untuk kita teka apakah kita mampu terus bersandar di situ... dan kita sememangnya tak tahu berapa lama dinding hati insan itu mampu menahan bebanan kita...
Tapi
Sekiranya kita bersandar pada Cinta ILAHI... Insya'ALLAH tak kira seberat mana pun bebanan kita dinding cinta itu tak mungkin tumbang... Berpaut pada Kasih sayang ALLAH akan sentiasa membuat kita yakin dan kenal siapa kita siapa DIA.....

Perjalanan ini aku rasakan bertambah baik semakin tenang... semangat semakin pulih walau kadang ada jugak derita menjenguk rasa... namun kerana yakin pada ketentuan ILAHI aku tahu aku tak akan kecewa...

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...