Blog...
Lamanya aku tinggalkan kau hehehee... sendirian tak bertuan huhuuuhu... sekarang nie aku busy la blog memacam keje aku kena buat... hhmmm orang penting la kunun!...
Blog...
This weekend ada kenduri besar lagi dalam family aku... adik3 akan tamatkan zaman bujang pulak... hehehee... so macam aku cakap sebelum nie lah kan, aku adalah orang yang bertanggungjawap dalam soal hantaran. Bukan la teror mana pun cuma adalah skit kreativiti aku tambah plak ngan idea2 bernas En. Abhi yang sentiasa meletops.... well nanti la sikit hari lagi, bila hantaran tu da diserahkan kepada yang hak, akan aku kongsikan di sini buat tatapan kalian cheewah.... bunyi cam gempak la kunun...
well blog, bila cerita pasal perkahwinan kan aku nak share la, aku sendiri ngan En. Abhi dah berkongsi hidup selama 6 tahun... macam-macam suka duka perit bahagia kecewa indah manis pahit masam payau semualah... semua dah kami lalui... perjalanan kami ke sini bukan lah jalan senang... kerana kami percaya kami adalah antara pasangan yang mendapat kasih sayang ALLAH.. sentiasa diberi ujian, dan Alhamdulillah setakat ini kami masih mampu mengharungi semua ujian ALLAH...
"dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan" - Surah Al-Anbiyaa' 35
"ALLAH tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya" - Surah Al-Baqarah 286
dan ujian akan selalu mengingatkan kita, tentang asal usul diri... Aku redha dengan segala ujian dan ketentuan ALLAH. Apa yang kami ada apa yang kami belum punya apa yang kami tak ada... semuanya aku terima. Moga ALLAH tambahkan erat kasih sayang dan cinta dalam hubungan kami, semoga ALLAH sentiasa kasihkan kami dan sentiasa kasihankan kami.
Sebenarnya dalam perkahwinan ini aku hanya harapkan agar cinta kami padu dan kekal hingga ke akhir hayat biarpun ia tak sehebat cinta Rasulullah dan Siti Khadijah ataupun cinta Nabi Sulaiman dan ratu Balqis.....
Aku tak pernah nak membeza tentang kelebihan dan kesenangan orang lain dengan apa yang aku kata kurang pada aku... kerana sesungguhnya aku tahu ALLAH punya perancangan yang lebih baik untuk aku... mungkin dengan memberi segala kepayahan dan dugaan, mana tau dosa aku sedikit sebanyak diampunkan NYA... kita tak tahu... biarlah aku sakit sekarang, dan semoga nanti DISANA aku tak lagi rasa kesakitan.... Aku mahu bahagia DISANA...
Okaylah blog lama nye menceceh kan.. huhuhuu... sampai sini dulu, hingga aku update ko lagi blog... annyo...