About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Saturday, December 10, 2011

Setiap Kali Kau Menolak

Buat aku teringat kisah dulu
Buat aku sedar akan diri sendiri
Buat aku mencari diri
Buat aku merasa sakit di hati

Setiap kali kau menolak
Aku jadi insan paling kerdil
Aku jadi insan paling jahil

Setiap kali kau menolak
Memberi aku kuasa membandingkan
Memberi aku semangat melemahkan
Memberi aku harapan kemusnahan

Setiap kali kau menolak
Aku tak lagi tahu apa yang harus aku perbaharui
Aku tak lagi mampu menyuarakan akan rasaku

Kerana

Kau bukan lagi seperti dulu
Kau bukan lagi insan itu
Kau bukan lagi kenangan itu
Kau bukan lagi sama.....







....... Nukilan parah dengan susah... kah kah kah... merepek + mengarut


2 comments:

  1. post ini untuk siapakah?
    mengapakah kedengaran lain macam kah?
    ada apa-apakah yang sedang berlakukah?
    jawablah kah...

    ReplyDelete
  2. Inikan Nukilan Parah... kah kah kah... Not 4 anyone loh... oh ya... kenal x ngan Luftialmasyur tu capo?... huk huk huk

    ReplyDelete

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...