About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Sunday, September 25, 2011






Lagu nie bawa banyak makna pada aku dulu kini dan selamanya....
Lagu nie dulu... Adalah lagu pertama yang Abhi suruh sangat aku dengar... dia tuju lagu nie untuk aku la kiranya.... hehheee....
situasinya :
Dalam keta WEC 1250 someway kat Nilai - Semarak... depan Bank Simpanan Nasional.
Abhi on radio dan cari lagu nie... suh aku dengar sementara dia g bank... Layan.....

Lagu ni sekarang... Pada aku merupakan lagu harapan apa yang mampu aku katakan pada Abhi tentang apa yang aku inginkan sekarang adalah apa pun yang mendatang aku harap kisah kami akan tetap sama macam dulu... cinta kami kasih sayang kami dan dunia kami....

Aku suka saat lagu ni di lagukan oleh Abhi sendiri... memang bisa mengundang air mata.. sungguh aku terlalu ikhlas menyayanginya, menyintainya LILLAHI TAALA....

Abhi
Tahukah bahawa tiada sesiapa pun dapat menduga apa yang bakal jadi esok hari tapi... apapun yang mendatang A harap Abhi akan sentiasa setia di sisi menemani dan menyokong A untuk terus hidup dan beramal kepada Pencinta Abadi.... amin..

Wednesday, September 21, 2011

Ya ALLAH

Assalamualaikum blog....

Lagu nie aku dengar malam tadi.. Sungguh andai mampu inilah yang ingin aku katakan pada ALLAH... janganlah aku di duga lebih dari kemampuan dan kesanggupan ku... Janganlah lagi aku di uji dengan sesuatu yang tak mampu aku hadapi................
Pagi ni dengar radio Sinar FM.. DFK dtg sebagai tetamu..... pesan DFK
"Sekiranya dia dah bertaubat dan berjanji utk tidak mengulangi kesilapannya..... selepas dia bertaubat dan berjanji.... buka hati, terima semula dengan hati yang baik jangan cakap atau fikir yang bukan2 kerana semua itu akan jadi doa...... plss overhaul hati kita dan hati dia juga kena overhaul... keluarkan semua yang buruk ganti yang baru... baru kehidupan boleh bertukar kepada yang lebih baik...Insya'ALLAH"
Aku tunggu masa pengakuan sebenar macam tu.. bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa tapi macam DFK kata perlu ada pengakuan dan perjanjian demi untuk membina keyakinan dari pihak yang satu lagi.... Aku tahu aku terlalu banyak permintaan, tapi memandangkan apa yang menjadi teman sekarang aku jadi bimbang!... sungguh....! Aku tak mahu kerana kemajuan dan kecanggihan ada iman yang dibuang... Tetapkan iman kami Ya ALLAH............

Tuesday, September 20, 2011

Post oh.. Post....

Assalamualaikum....
Blog, lama nye ku tinggalkan kau sepi... Seminggu nie aku kira minggu untuk aku pulihkan semangat... cari semula apa yang pernah aku hilang.... walaupun kadang aku rasa apa yang aku kehilangan tak mungkin aku temukan tapi kerana dengan izin Pencipta aku masih mampu lagi tersenyum dibawah sinaran kasih dan sayang.
Aku sekarang lebih yakin sekiranya kita bersandar pada bahu seseorang, sukar untuk kita teka apakah kita mampu terus bersandar di situ... dan kita sememangnya tak tahu berapa lama dinding hati insan itu mampu menahan bebanan kita...
Tapi
Sekiranya kita bersandar pada Cinta ILAHI... Insya'ALLAH tak kira seberat mana pun bebanan kita dinding cinta itu tak mungkin tumbang... Berpaut pada Kasih sayang ALLAH akan sentiasa membuat kita yakin dan kenal siapa kita siapa DIA.....

Perjalanan ini aku rasakan bertambah baik semakin tenang... semangat semakin pulih walau kadang ada jugak derita menjenguk rasa... namun kerana yakin pada ketentuan ILAHI aku tahu aku tak akan kecewa...

Monday, September 12, 2011

Beribu Sesalan?....


Aku tak pernah menyesal.. apa pun yang dah terjadi tak pernah aku sesalkan... Ini bahagian aku.. aku terima seadanya.... Apa yang bakal terjadi pun tak akan aku sesalkan... Ini bahagian aku... Aku mahu bahagia itu kembali.... Apakah akan ada bahagia itu seperti dulu?... Aku pasrah, kerana aku tahu ada langkah yang perlu aku lakukan demi untuk mencari bahagia itu.... Mampukah "mereka" menerimanya?.. Ya ALLAH permudahkan jalan yang aku lalui ini, tetapkan iman ini sentiasa kepadaMU... aku mahu jadi manusia yang lebih baik, biarpun apa yang akan aku lakukan adalah perkara tak baik... DemiMU Ya ALLAH aku tak mahu bersifat kejam.... Izinkan aku membuat pahala-pahala besar sehingga ke akhir hayatku... Temukan aku dengan kebahagiaan abadi milikMU Ya ALLAH..... amin....

Friday, September 9, 2011

Padamu Ku Bersujud...

Assalamualaikum...
Blog..


Setelah berhari-hari menghabiskan masa bercuti... Melepaskan kerinduan untuk bersama yang tersayang, kini aku kembali ke arena nie... bakal melihat kembali ruang-ruang sepi yang menanti selama aku bercuti... Rumah yang penuh catatan duka sepanjang Ramadhan dulu kini kembali aku huni... arrrggghhh... betapa sukarnya menjenguk ke dalam bilik komputer tempat semuanya bermula... betapa sayu hati melihat ke bilik hujung tempat aku melepas perasaan... dan rasanya seperti tak mampu melangkah ke bilik depan... disana ada segala-galanya... janji dan sumpah, mungkir dan khianat... semuanya.... Aku pernah bahagia di sini... dan sebagai sejarah aku pernah kecewa di sini juga....


Aku tahu aku hanya manusia yang sering lupa diri...


Aku sering mencari di mana salah semua yang berlaku, sedangkan sepatutnya aku mengambil apa yang berlaku sebagai sempadan untuk mengenal ALLAH... (itu pesan Ustaz FK).


Apa yang teringin aku lakukan sekarang adalah keluarkan hati dari dada nie... kemudian rendam dengan cloroc pas tu cuci bersih2 sampai tak ada lagi kekotoran yang tinggal...


Aku tersentuh sangat masa tonton Halaqah sentuhan qalbu lalu... bukan isunya yang buat aku sedih tapi masa muhasabah diri tu... Bila dalam doanya disebut


"Ya ALLAH aku ampunkan dia yang berbuat salah padaku.... Muliakanlah dia Ya ALLAH...Aku cintakan dia.... "


Menitik juga air mataku...


Dan aku tak tahu sekiranya mampu untuk aku berdoa begitu. Aku tahu aku mesti ikhlas cuma kadang aku terpandang sesuatu yang membuat aku rasa sakit. Dan saat itu aku lupa tentang kemaafan yang ku berikan sebelumnya... Berdosakah aku?..


Ikut hati ingin sekali aku ke pondok2 pengajian... yang boleh aku belajar pengisian jiwa. untuk lebih kuat dan kental. untuk melupakan segala permasalahan dunia. dan lebih dekat dengan PenciptaKU.


Dan lagu ini aku ulang dan ulang.... Aku yang sering melupakan DIA yang sentiasa ada untukku.. Ampuniku Ya ALLAH......