About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Wednesday, January 30, 2013

Rindu dengan Awan...

Assalamualaikum...

Setahun sudah berlalu untuk aku kenang sebuah memori indah..pengalaman pertama seumpamanya.. well pengalaman yang tak pernah aku sangka akan jadi kenyataan sebenarnya. Itulah rezeki, ALLAH bagi dan aku adalah antara mahluknya yang menerima hadiah itu... Alhamdulillah. Terima Kasih ALLAH untuk rezeki indah itu.

Dan sekarang setahun sudah berlalu... dan aku rasa aku mula merindui awan... Awan yang tinggi diatas sana, hehehee... entah bila lagi punya peluang dan rezeki untuk menyusuri awan.

Doa aku semoga masih ada rezeki untuk aku menyusuri awan lagi. amin...


Tuesday, January 29, 2013

Perasaan ITU!!

ouchh!!....
Ngilu rasa hati tiap kali perasaan itu datang...

Status fb hari ni : "Which one do U prefer... Be frank or being caught... to be honest i hate both feeling too"
Motif                : Nak share pada mereka... aku TAHU apa yang pada mereka aku TAK TAHU!!
Kesan              : Entah.. hanya perlu tunggu dan lihat!
Harapan           : Walau jauh mana pun korang lari dan sembunyi... Kuasa ALLAH tak siapa yang tahu. Sebab biar sebesar zarah pun kalau ALLAH izinkan ia akan jadi sebesar gajah untuk aku lihat/nampak... So ingat itu...

Teaser : Pokok kuat kerana akarnya... kuatnya sesuatu hubungan itu pula adalah kerana kejujuran dan ketelusan dalam menjaga hubungan tersebut. Jujur itu perkara paling asas untuk membentuk hubungan. Andai tiada ketelusan dan kejujuran... maka musnah lah hubungan itu.
Itu pandangan aku, apa yang aku nampak, pandangan korunk, and penilaian korunk... mesti ada kelainan kerana setiap kita manusia ni darah je sama merah... tapi dalam ketulan darah tu rasa lenlain. may be akunye darah skung ni kalau di hisap oleh "the Cullen's & Volturi" mesti rasa masam dan pahit... pasal hempedu ada leaking sket, tu yang jiwa tak stabil tuh, hahahaa.... masa-masa macam ni memang teringin sesangat jumpa si "Edward" dan minta dia bawak g bungee jumping dari atas "Angel Fall - Venezuela"... hurrmmm... mesti best bila boleh tinggalkan fikiran dan perasaan kat atas sedang kita menuju ke bawah!!...
Mengarut... memang mengarut... tapi kalau tak mengarut orang tak faham apa yang kita rasa... kalau kita mengarut kita mampu gambarkan dengan baik bagaimana rasa kita... kan.. kan.. kan..


Are Ku : Tandus...

Sekian,

Are Ku r...

Wednesday, January 16, 2013

Rindu....

Rindu ker?..
Rasa macam rindu...
Tengok pun tahu memang tengah rindu...

First time bertemu..
Bila dah berpisah terus ada rindu...
Rindu nak ketawa...
Rindu nak menjerit...
Rindu nak terpegun dengan kejutan2...
Rindu nak tahan gelak sebab kau buat lawak..

Semua pun rindu lah...
Walau baru je kenal...
Rindu dah buat kita terikat...

Nanti ada rezeki...
Teringin jumpa lagi...
Teringin nak ketawa bersama...
Teringin nak tengok yang lain happy di sisi...
Teringin lah...

Walau risiko bertemu tu tinggi...
Walau banyak rintangan...
Walau mungkin ada kesalahan untuk kita jumpa...

Tapi...
Kerana rindu..
Yang datang bertamu...
Pasti satu hari nanti...
Pasti kita akan sekali lagi...
Bertemu.

Salam peluk gelak jerit dan senyum...
untukmu..

Sekian

Wassalam...

Are Ku r

Thursday, January 10, 2013

Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia...

Pernahkah kau merasa
Jarak antara kita
Kini semakin terasa
Setelah kau kenal dia
(Hargai siapa yang ada di sisi kita, kerana once dia berubah hati.. kita tak akan miliki insan yang sama lagi!)
Aku tiada percaya
Teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita
Yang tak ingin ku akhiri
(Memisahkan memang senang, tapi untuk kembali menguatkan ikatan yang terlerai... Usaha tak akan menjadi jika bertepuk sendiri)

Kau pergi tinggalkan ku
(Jalan akhir...)

Tak pernahkah kau sadari
Aku lah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janji mu yang telah kau ingkari
(Selagi mampu... sakitilah dia kerana setelah itu dia akan berdoa untuk bahagia...)

Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cinta ku
Aku pun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
(Selagi hidup pilihan sentiasa ada... selagi ALLAH beri peluang...)

Memang tak kan mudah
Bagi ku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
(Kenangan akan mengajar erti hidup yang sebenar-benarnya... Kenanglah untuk belajar... dan bukan untuk jatuh!)

Tak pernahkah kau sadari
Aku lah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janji mu yang telah kau ingkari

Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cinta ku
Aku pun ingin bahagia
(Walau tak bersama dia)
Walau tak bersama dia ....
Ooooo ... dia

Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cinta ku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(Insya'ALLAH... Walau tiada seorang pun insan yang menyayangimu... ALLAH sentiasa ada untukmu...)


*Lagu ni sentiasa menemani kebanyakan corong radio... justeru aku pun terteman sekali... Best!!........
terutama tang :
Tak pernahkah kau sadari
Aku lah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janji mu yang telah kau ingkari

Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cinta ku
Aku pun ingin bahagia
(Walau tak bersama dia)
Betul sangat... walau apa yang kita hajati tak tercapai sekurang-kurangnya kita bermohon pada ILAHI agar kita juga merasa nikmat bahagia... Tak kisahlah walau hidup sendiri... kadang-kadang bila seorang... tak ada siapa akan buat kita disakiti!!.. so tak adalah lagu-lagu macam ni... (eh tapi nanti tak best plak kan... tak pe.. biar orang lain je yang sakit kita tak yah rasa sakit macam tu... )

Thursday, January 3, 2013

Hilang...

Assalamualaikum

Sama macam aku yang hilang... sekejap timbul pas tu lama tenggelam... sunyi dari berkongsi... hanya bercerita menjadi pendita bersuara pada insan yang suka mendengar... walau ada kalanya dia yang terlebih bahasa... bercakap seolah tiada titik berhenti.

Dalam hati sekarang ada macam-macam... yang indah ada yang buruk ada yang wangi ada yang busuk pun ada... yang baik ada yang jahat pun ada juga... semua ada.

"Sesekali terasa nak jadi angin agar boleh ekori kau, dengar suara kau, oles lembut wajah kau, dengar setiap bicara kau... selalunya kau akan jujur bila kau tak bersuara depan aku.." - pujangga cinta mati.

Terasa seperti ada rahsia, apa ye?...

Separuh hati kuat menyatakan ada yang lain berlindung disebalik pohon hijau yang membukit... tapi hati yang separuh lagi kata hanya ada pokok mati... tak cukup air.. sebab sungai dah mengubah haluan tak lagi melalui jalan biasa.

Sekian

Are Ku r