About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam
Showing posts with label Sesaja. Show all posts
Showing posts with label Sesaja. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Lamanya sunyi..........

Assalamualaikum.

Dan,
Setelah sebulan aku tinggalkan
Dan,
Kini aku kembali menjengah kawasan jajahan yang aku peruntukan untuk aku meluahkan apa yang aku rasa aku nak luahkan... chewahh....

Dan,
Lama sungguh aku ketepikan MDQ. kesian plak, bukan tak ada benda nak di update cerita yang nak dikongsikan pun tak kurang banyak nye, tapi... kerana perkataan "tapi" itulah aku tersangkut tak dapat nak update pape tuh....hahaha...

Oke la lepas ni akan cuba dirajinkan diri untuk menaip dan yang sewaktu dengannya. hehehee...

Thursday, June 21, 2012

Rindu ker?!..

Assalamualaikum...

Rindu ker bila asyik nak mendengar suara seseorang tu?... Rindu ker bila asyik terkenang saat dan masa bersamanya?... Rindu ker macam tu?.. Aku pernah dengar dari seseorang
"Rindu tak semestinya Cinta atau Sayang!!"
Betul ker? Rindu memang banyak jenis rindu... dengan kengkawan sekerja pun kalau dah lama tak jumpa akan ada rindu nak pandang muka dia atau rindu nak dengar celoteh dia... tu pun rindu jugak kan... Betul ker?.. Aku pun tak tahu motif sebenar pertanyaan demi pertanyaan... maybe sebab aku sendiri tak punya jawapan dan masih mencari apa jawapan yang sesuai untuk aku lengkapkan soal jawap tu. 
Sedari pagi tadi sesak di fikiran nama seseorang.. Rindunya nak berbual mesra dengan dia... rindunya nak dengar suara dia bercakap dalam senyum. Tapi yealah kan siapalah kita nak menentukan masa seseorang.. Kalaupun kita punya sepanjang tahun untuk hanya berbual kosong... namun kita tak boleh samakan masa kita dengan insan lain... kerana setiap insan punya gaya masa yang berbeza. Mungkin akan ada hari yang sama seperti satu hari dulu... dimana kita boleh berbual... tersenyum dan ketawa bersama... akan Aku tunggu hari dan masa itu. Dengan sabarnya.
Kadang terlintas difikiran, sedang kita bergelumang dalam rindu pada sidia, apakah disana juga ada rindu buat kita?.. Tentu bangga dan membanggakan bila ada yang utarakan hajat dan niat untuk jumpa kita kerana rindu kan?.. mesti teringat2 kat kepala betul ke dia rindu?.. pantaskah aku dirindukan?.. bla bla bla....
Ok lah itu je yang nak aku kongsikan.... Ingat tak aku pernah post ayat ni tak lama dulu... dan ayat ni juga aku msg ke talian peribadi somebody....
" Want to talk to somebody but that somebody is busy! huhuhuuu"
Tak lama lepas aku post... dan text msg tu aku dapat miss call... untuk mengubat miss di hati... kueng kueng kueng... itu je lah dah abih dah....

Sekian
Wasalam

Are Ku r

Thursday, May 3, 2012

Soalan untuk hari ini

Assalamualaikum...

Hari ni Are Ku hanya nak post satu soalan.. Nak minta jawapan dari yang sudi nak menjawap.. buat yang tak sudi nak menjawap tu. wat tak tahu je lah yea, pasal tak ada kena mengena dengan sesapa pun hanya suka-suka nak bertanya.

"Boleh hidup ker kalau hari-hari bertengkar / bergaduh dan bermasam muka?"

Jawapan anda boleh lah di berikan pada box comment di bawah.
Oke.. macam dah terdengar soalan balas dari sana...
"kenapa soklan cenggini yang di ajukan?"
Jawapannya : Kerana aku naik heran kenapa ada orang yang suka2 cari gaduh ngan orang dan suka nak memalingkan muka (tanda macam menyampah!!) kat orang lain... yang tak pernah pun carik gaduh ngan dia... kueng kueng kueng ... harap jawapan tu boleh di terima awam yea..

Monday, April 23, 2012

MDQ new look

Cantik? Tak Cantik?...

Well x kisah la kan janji aku suka tengok aku nye blog.. (angkat bakul sendri... sama macam nek lift, kena gak tekan sendri)... kueng kueng kueng.

Ini adalah wajah baru, sejak aku ada blog ni ini perubahan yang ke 3 secara rasminya aku menukar "look" blog aku. Tak terasa pun kalau ada yang cakap tak cantik, yang penting aku yang selalu dok on ni akan gembira tiap kali aku melawat ke sini. Weh!! ada member kata klu rajin ngat berblog nie nape tak komersilkan so nanti leh dapat income. ceritanya aku pun tak faham la kan pasal tu so aku dengarkan je lah lagi pun aku bukan penulis tegar yang rajin nak berblog selalu, coz asal ada busy skit blog ni aku biarkan aje sunyi. hehehehe. okeh tu je aku nak share. hehehee... tulisan aku dah boleh di "upload" ke FB la.. hehehe sukeeee!!!
Nanti leh aku upload sendiri!! hahahah (perasan lagi)

Wassalam.

Monday, March 5, 2012

Sampah...

Disebabkan masalah nak menaip tapi tak punya idea untuk menulis ni datang lagi maka aku dengan beraninya memberitahu apa yang bakal dibaca ini adalah penulisan tahap sampah yang memang sepatutnya dibuang.... kenapa?.. kerana apa yang aku taip tak ada lain melainkan dari merepek add on merapu well mungkin ada sikit dari kefahaman waras aku sebagai manusia dalam tulisan ni tapi kalau tetiba baca rasa tak logik tu maafkanlah kerana aku hanya menulis kerana rasa nak menulis bukan kerana ada idea yang bernas atau baik..... ok aku nak mulakan kat mana yea?... eerrmmm nak merepek pun susah coz nak fikir kat mana nak start and so on... aku mula kat sini la... Membina kepercayaan adalah satu perkara paling asas dalam sesebuah hubungan... Kepercayaan andai dikhianati... akan meninggalkan impak besar dan sangat menakutkan... tapi kenapa masih ada yang sudi nak berpegang kepada keindahan mengkhianati tu?... entahlah aku pun tak faham. Sebelum merasa kekuatan yang ada hilang dan pergi begitu sahaja adalah bagus kalau untuk perbaiki apa yang mampu... jika tak mampu perbaiki maka ubahlah kepada yang baru... mencari salah orang lain adalah senang kalau dibandingkan dari kita mencari salah kita sendiri... so sebagai manusia yang ada pedoman hidup... bantulah insan disekeliling anda untuk maklumkan dimana kesalahan dan kesilapan orang lain... dan sebagai insan yang cuba dibetulkan pula belajarlah untuk menerima segala yang disarankan, bukan untuk orang lain pun tak salah mencuba sesuatu yang baik kan.. Masa on9 FB tadi aku terbaca pos dari seorang kawan lama ni... post nya berbunyi gini "Aku maafkan kau dunia akhirat moga kau bahagia"... hhmmm aku pun teringin sangat nak ungkap ayat macam ni kepada seseorang... semoga ALLAH merahmati dia dan sentiasa menjaga dia dalam lindunganNYA... dia seorang yang hebat!!.. semoga ALLAH beri kesempatan untuk aku juga jadi hebat!!.... Aku akan ingat pd dia selagi ALLAH izinkan, sebagai lambang aku manusia biasa!!???... motif?.. tak de motif pun coz tak de kes yang di rekodkan kat mana2 mahkamah... Perjalanan hidup ni payah nak duga... nak yakin sangat tak boleh... tak percaya sangat pun tak boleh... Biarpun dah tertulis di Lufh Mahfuz namun kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk mengubahnya... Berpegang pada iman maka akan indahlah kesudahan hidup dan mati kita tapi jika berpegang pada hati dan perasaan semata2 maka punahlah...


Hidup ini ibarat sekolah... belajar yang tak ada hentinya... mengaji yang tak ada sudahnya... jadi belajarlah selagi diberi keizinan untuk belajar... kerana setiap hari dalam hidup kita adalah hari yang berbeza... mungkin pada kamu... kamu dah berubah menjadi yang terbaik untuk seseorang!.. namun sebaliknya ada antara apa yang kamu buat atau lakukan sebenarnya hanyalah sama seperti sebelumnya.. tak ada perubahan lansung... janganlah ia dijadikan tabiat kerana bila tabiat berubah ia akan menjadi tebiat?!!.... Karangan aku ni aku namakan sampah sempena kekusutan yang banyak dalam setiap huruf di skrin komputer ini... sekarang adalah masa untuk meletakan noktah terakhir... sehingga bertemu lagi diruangan yang akan diberitahu kelak... (berangan jadi pengacara) okeh... dah hilang gian menaip hahahhaa...




Annyo

Thursday, January 26, 2012

Assalamualaikum...
Sekarang... jam dah kul 0035 sebab dah lama tak menulis di ruangan aku ni... aku sendiri jadi malas nak update.. hehehe... sebab tu lah aku namakan MDQ ni sebagai blog sunyi... hahahha... apa nak tulis ni? arrggghhh...
Ok, buat masa sekarang ni aku tengah dengar lagu.. Ombak Rindu...
Rindu?... memang sentiasa ada rindu tu.. rindu pada masa2 indah suatu masa dulu... dulu pada saat2 istimewa dan teragung dulu-dulu.... hhuurrmmm... harap aku tak jauh ketinggalan dari masa-masa itu... aku nak ia berulang... supaya semua parut luka akan hilang... Rindu jugak pada insan yang sudi menjadi peneman sepanjang jalan duka... Rindu pada penyumbang semangat... apa ni?!... well nampak sangat tak tahu nak update apha kan?....
sekarang plak lagu kehilangan... aku harap bukan aku yang kehilangan!...aku harap sangat lagu ni hanya sekadar lagu pada aku... aku tak nak ia ada kaitan lansung dengan aku!... Sejujurnya ku tak bisa hidup tanpa ada kamu aku gila.... seandainya kamu bisa mengulang kembali lagi cinta kita takkan ku sia sia kan kamu lagi!...Faham akan maksud lagu tu?.. aku harap aku tak akan pernah sia siakan sesiapa supaya aku tak perlu nak nyanyikan lagu ni... hehehe... serius... aku dah jauh merepek...ok next song...


Tuesday, January 10, 2012

Dan Seketika Ini

k.Menjalar ke seluruh genap ruang rasa
Keanehan perasaan
m.Tembok dan benteng ego
k.Membuat memahami siapa
Menyedarkan mimpi lama
m. Nyata senang begitu
Nyata suka cara itu
k. Akan simpan sampai kapan pun
Kerana soal hati dan perasaan tercarik
m.dek tusukan tajam cakaran
k.Menghasilkan luka dalam
dan kepedihan
m. Biarkan
k. Mencari diri sedang ia ada di sini bersama
terlalu kecewa
m. Dengan rangkaian peristiwa tak dijemput
olahan dan rancangan
k.Sering saja
m. Buat seperti mainan yang murah
Hati dan hari yang senang diganti
m. Tapi lupa akan ada hari esok
k. Merawat duka pemberian
m. Meski jauh caranya....

Thursday, December 1, 2011

Jiwaku.... Kacau Relax Tenang

Disaat aku merasa jiwaku kacau
aku ingin kau rawat hatiku...
aku ingin dia datang menghampiri
memujuk rawanku

Dikala aku relax
Aku ingin baca post terbaru
aku ingin senyum dan ketawa macam dulu
aku nak dia sentiasa disisi menemani aku

Dimasa aku tenang
aku mahu tenung matanya
aku ingin lihat wajahmu
aku nak semuanya!!

Dan
Disaat dikala dimasa
aku BOSAN ....inilah hasil penulisan aku....
warrrgggghhhh.....!!!!
ad : tolonglah make "bising" super loud to my life like b4!! plsssss

Tuesday, November 22, 2011

Bahasa buatan

Kita akan suka kalau dapat buat orang lain gembira ok....
mcm tu eh... ok... so sapa yang kita nak gembirakan memula sekali?
U nak kita start kat mana dulu?
macam nak lumba lari pulak... hehehe x payah la nak start2 takut tak jumpa garis penamat, nanti pitam pulak dek berlari...
tak salah kalau kita cuba berlari kan... selagi ada orang sudi bersama kita... tak ada paksaan dalam diri kita, ok kan?!...
amboi macam lain macam jerk maknanya tu... dalam sangat tu...takut saya dengar...
adehh... dia terpulang pada inteprestasi masing-masing... bagaimana kita memahami suasana tu.. sama ada kita mengawal atau dikawal...hahahah panjang kan?...hahahah


*****
jahat kan saya ni?...hahaha saya jahat!...
sapa kata awak jahat? U sekarang dah try untuk kawal suasana yang selama ni mengawal u...U buat apa yang hati u nak dan perlukan, dan u berhak dapatkannya sekarang ok....
amboi... macam tahu jer apa masalah orang!!... yang ni macam doktor pulak... hhhmmm bagusnya ... oh ya nape buat statement macam tu? tapi... apapun orang buat kat saya... saya tak boleh nak balas dendam la... hehehe
Hidup tak ada masalah macam gulai tak cukup santan tau..heheheh tak pe lah, kalau ada apa2 just share dengan saya... i ok jer, dan satu lagi, cara nak balas tak penting yang penting kesannya....
hhhuuurrrmmm tak apalah saya tak nak balas dendam pun...


*****
bila boleh jumpa?
eh tak apa la....maluu arrr
lah... u malu ngan saya ker?
yealah
hehehe... ok jer, saya no problem.. tapi tak salah kot kalau saya just nak share?
share?.... share apa yea? tapi kenapa saya?
entah la... tapi serius.... saya selesa dengan u awak...u ok ker?
tak tau nak cakap macamana... huhuhu boleh tak saya tidur sambil fikir ahahaha?!...thanks coz make me smile...
ok good nite princess...
princess ker??!!....


*****
okay lah saya mengaku saya memang dah ada girlfriend...
baguslah macam tu... mengaku... memang u kena mengaku...
habis kita ni apa?....
kita?...
yealah kita....
hehehe... kita teman....
teman tapi mesra.... kan kita teman dan mesra kan?...
mungkin....
atau... skandal?..
ha!!.... Ya ALLAH saya tak suka word tu... skandal???!!!... no!
yealah... kita memang "itu" pun apa?!!....

*****
#yang susah adalah memahami yang perlu adalah mengenali yang penting adalah menyedari .... memulakan bukan bererti untuk menamatkan, tapi setiap penamat perlu kepada permulaan... cinta bukan untuk dipermainkan tapi cinta memainkan peran penting dalam kehidupan... berharap dengan angin hanya akan mendapat debu... yang mengubah hati adalah sendiri...#

(apa yang nak disampaikan kadang tak sama dengan penyampaian... apa yang dimaksudkan kadang berbeza dari makna... apa yang difahami kadang jauh dari erti.... apa pun cukuplah apa yang dah cukup... ayat2 mengarut hahahah untuk tatapan kah kah kah....**berjuang nak jadi penulis hebat membahas kan bahasa yang kadang sendiri pun tak faham... areku pun jadi binggung... sebab tak tahu yang mana harus aku pelajari untuk terus faham!...cessss....)

Wednesday, September 21, 2011

Ya ALLAH

Assalamualaikum blog....

Lagu nie aku dengar malam tadi.. Sungguh andai mampu inilah yang ingin aku katakan pada ALLAH... janganlah aku di duga lebih dari kemampuan dan kesanggupan ku... Janganlah lagi aku di uji dengan sesuatu yang tak mampu aku hadapi................
Pagi ni dengar radio Sinar FM.. DFK dtg sebagai tetamu..... pesan DFK
"Sekiranya dia dah bertaubat dan berjanji utk tidak mengulangi kesilapannya..... selepas dia bertaubat dan berjanji.... buka hati, terima semula dengan hati yang baik jangan cakap atau fikir yang bukan2 kerana semua itu akan jadi doa...... plss overhaul hati kita dan hati dia juga kena overhaul... keluarkan semua yang buruk ganti yang baru... baru kehidupan boleh bertukar kepada yang lebih baik...Insya'ALLAH"
Aku tunggu masa pengakuan sebenar macam tu.. bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa tapi macam DFK kata perlu ada pengakuan dan perjanjian demi untuk membina keyakinan dari pihak yang satu lagi.... Aku tahu aku terlalu banyak permintaan, tapi memandangkan apa yang menjadi teman sekarang aku jadi bimbang!... sungguh....! Aku tak mahu kerana kemajuan dan kecanggihan ada iman yang dibuang... Tetapkan iman kami Ya ALLAH............

Saturday, August 6, 2011

Aku Tekat dan Azam


Aku tahu, pasti ramai yang binggung.....
Pasti banyak hati yang pedih.....
Pasti banyak jiwa yang akan terasa....
Pasti ada yang akan merana.....
Pasti ada yang akan memandang hina.....
Pasti ada yang sedih dan sayu......
Pasti ada yang tertanya-tanya.....
Itu aku Pasti.....
Tapi apa yang dapat aku lakukan?....
Berserah?
Aku bukan orangnya.....yang akan tunduk mengalah sebelum berjuang.....
Akur?
Aku bukan orangnya.... yang sanggup mengorbankan apa aku ada untuk orang lain...

Aku manusia yang punya hati yang sangat kecil
Izinkan aku simpan hati ku yang kecil ini....
Maaf kerana
jika terpaksa......
Akan berubah segalanya....
Akan bermula semua yang baru....
Akan ... Akan ... Akan ..... Akan ......


Wednesday, June 8, 2011

Merapu

Blog aku baru lepas BW...

Heehe... macam ni lah aku dah penat baca blog orang rasa nak menaip plak tapi sejujurnya aku bukan ada isu pun tapi dek kerana nak tahap keinginan menaip memuncak so aku kena gak r menaip walaupun tak ada isu khas... hehehee... kesian blog aku ada isu baru nak menaip... yealah blog dari aku merapu bagus aku diam kan.... tapi hari ni tak mo diamlah aku nak menaip gak.. dan sememangnya aku tahu bukan ramai pun yang nak baca blog lesu aku nie... well...well...well..


Bebaru ni ada kawan baik aku kongsi idea utk mencantikkan blog aku nie... dia kata leh wat theme sendiri punya... pas tu leh letak gambar sendiri kat blog header tu... aku pun sedikit teruja.. wah bagus jugak... tapi..... tapi..... tapi... berapa banyak tapi da.... tapi aku tak pernah pun letak gambar aku sendiri atau sesapa yang berkaitan ngan aku secara terus terang dalam blog nie... huhuhu kenapa yea? tang tu tok sah tanya aku pun tak de jawapan... memang dari dulu aku mula tanpa ada pengenalan siapa sebenarnya aku... kuang kuang kuang... lagipun kalau aku isi gambar aku pun bukan buley apa.... cukuplah pesbuk tu je yang penuh gambar2 haku... kat sini tak yah la kan... huhuhuhu..... kat sini cuma sekadar ruang untuk aku menaip segala yang aku rasa aku nak taip...buleh?!...


Esok aku akan start bercuti yeay...yeahhhh!! tapi sebenarnya banyak gak kerja aku yang masih pending untuk majlis adik3 yang akan berlansung lusa.... coklat tak gubah lagi... quran... sireh junjung dan buah-buahan... tapi tak pe malam ni kalau aku rajin aku akan buat coklat dulu memandangkan sireh tak ada kat aku so aku kena tunggu esok masa kat kampung then baru leh buat... Bila ada majlis macam nie rasa seronok coz akan bertambah lagi ahli dalam keluarga mas-masa begini akan menambah ikatan kekeluargaan yang sedia ada... wah.. memang seronok. ini adalah kali pertama dimana kami akan bertandang... sebelum ni masa aku dan adik2 orang yang bertandang ke rumah kan...hehehee...


Tadi sempat buat check list barang yang perlu ada ngan adik5... ada lah 1 2 barang yang kena beli untuk buat gubahan coklat dan sireh junjung... whaaa.... nampaknye esok sebelum balik kampung kenalah menyinggah kesana kemari untuk memenuhi tuntutan... chewah... kemain yea ayat...


okaylah blog, sebenarnya skung nie time boss x do, so bley la aku melaramkan diri... hehehee... bila dia tak de memang rasa sedikit aman.. kenapa yeak? ala... besalah tu lumrah tanya la kat sapa pun memang jawapannye sama.Okay lah tak mo la ngumpat boss lagi. skung aku nak cite dah lama aku tak update KD kan... sebetulnya dah lama aku tak tengok KD pun.... rasa rindu tu ada gak nak tonton wajah2 kacak dan cumel tapi so far masih belum berkesempatan lagi tunggu lah ada masa nanti aku tengok lah okes...


Dah la blog aku nak g solat nie... nanti kang kalau rajin aku tambah lagi kalau tak biarlah begini yea....


Annyo blog

Tuesday, April 19, 2011

My New Look....

Blog...

Lama da ta update kan... tengok wajah baru... cantik tak? suke tak? heheheh harap sangat ko suke blog... coz aku pun suka... terasa aman gitu... inilah salah satu pekdah yang aku dapat dari jalan-jalan ke blog2 yang ada di alam maya nie... terpesona ngan kecantikan dan isi2 yang ada... aku pun gali.. apa pun blog aku rasa bersih skit walau pun banyak widget... heheheee perasan sendri ... tapi biarlah lah kan janji bukan widget merepek2 aku rasa tak salah kan aku tayang segala macam widget yang boleh membawa ke arah dakwah...




Okay lah blog tu jer lah... not in the mood nak menulis nie... tunggu... next N3 aku update yea..

Tuesday, March 8, 2011

My New Look


wah... Annyo Blog...

hehehe... ada kelainan tak blog? hehehe... comel kan hahaha... na domo domo domo domo chua hei... hiks....

tu je blog... enjoy ur new look... JKS is everywhere!!

done... and smileeeeeeeeeeee

Friday, February 18, 2011

Kapal Terbang Lalu





Hello my snowee blog....

Hmm apa yang aku nak kongsikan hari ni sebenarnya tak lah menarik sangat pun...

cuma

mungkin sebab aku bosan tgk kapal dari viewing area nie..

kat mana?

hehehehe... kiranya aku bagi tahu mesti ada tembelang yang akan pecah kan blog..

so i better keep it.

Blog masa di surau seketika tadi, ada member yang sudi nak lepas button kat aku...

aku senyum jerk... aku kata doalah moga ada ruang and peluang utk aku nie sama rasa bahagia..

past button apa? hehehehe button cuti bersalin...

hehehe terharu gak bila ada kawan-kawan yang beri keprihatinan kepada aku yang bernasib begini..

Blog..

Kalau betul aku ada rezeki.. aku janji akan jd yang terbaik blog.. memang itu janji aku

apa yang diperlukan untuk aku jadi sebagai seorang Ibu yang baik akan aku lakukan blog...

ikhlas...

Aku bukan apa blog, Kesian kat Abhi... Semoga dia sabar menempuh semua ujian nie bersama aku..

Ingat tak blog sebelum nie aku ada kata yang aku senang macam nie... tapi terus terang blog senang

macamana pun aku tetap rasa susahnya blog.. kemana pergi semua orang akan tanya soalan yang sama blog macamana nak jawap yea? aku ada jumpa satu blog yang sentiasa bersama bercerita tentang susah senang menanti satu rahmat.. satu rezeki.. bernama anak..

kengakadang bila baca aku jadi kuat... at least.."aku tak sendirian"

tetapi kengkadang tu aku rasa sedih bila mengenangkan ada juga insan yang bergelumang dalam rasa sedih dan mengharap macam aku...

Tapi tulah kan... mana tau berkat doa semua orang yang ada di sisi.... kat rumah kat kampung kat tempat keje.. kat mana-mana ....

aku ada rezeki.. kan kan kan..Insya'ALLAH...

kan tak ada yang mustahil di dunia nie...

Cepat lah hari tu datang kan....
hhmm... chen ka ma'nyo..
nape tajuk len luahan len ni blog?
hahahaha.... kesian kat aku blog nape la masa taip tajuk td tak fikir tajuk yang lebih rapat ngan apa yang nak aku sampaikan? pelik tul, nampak sangat tak de bakat kan hehee.. well blog jangan marah aku yeak... saya kan baru belajar kah kah kah....




Ok blog... Cal Ka..



nampak tak? aku tengah

SENYUM

dalam harapan

Wednesday, February 16, 2011

Rindu ker?...



Salam me ishq blog.... hhmmm mesti dah bisa di tebak... ayat yang mula itu asalnya dari manakan.... yealah.. before know about saranghae.. aku lebih dulu mengenali ishq hai tumhara!...
hhhmmm difference is... putih dan hitam... hehehehee yea ker? actually aku kenal yang dikatakan hitam tu tak la hitam mana pun... its more to sweet.
Well blog aku saja nak bercerita, agaknya bila dah terlalu banyak menonton Kdrama ada masa aku kerinduan utk terbang bersama bait-bait indah lagu hindi, hujung minggu yang sudah aku berpeluang tonton Dil to pagal hai... hhmm sesekali tengok rasa teruja plak.. macam tak pernah tengok plak.. lagu... kalau filem tu tak yah cakap la semua lagunya mantooooppp gitu.. tapi yang paling aku suka... Jap barish hotie hai.. suke sangat lagu tu.. blog tadi aku tgk plak dhadkhan... oh ya bulan february kan patutlah seme cita cinta yang popular diorang pasang... esok aku tak tahu cite pe... tapi kalau cita best aku layan jerk..hhhmmmm bukan apa dah lama kot kalau cite baru memang la aku tak berapa nak tahu coz dah lama tak ambil tahu kih kih kih... tapi aku tahu pasal don2 pasal srk datang ke m'sia wat pengambaran.. datang ke melaka... patut2 la promosikan melaka tu...
Blog... masa dulu-dulu time aku gila layan hindi... ramai gak hero yang aku suka... ini list aku buat :
1- SRK - of cause!. heheheh aku minat dia sblm dia popular pun...
2- Shahid
3- Aftab
4- Anil Kapoor
5- well entah ada lagi kot tapi tak ingat plak skung...
sorry lah blog tak boleh fikir plak coz tengah layan choti-choti ratein...(Tum Bin) hhhmmm aku suka lagu ni..
ok kalau bab lagu tak yah la suh aku wat list... takut tak tido plak aku malam ni kang dek nak me 'list' kan lagu2 tu... banyak doew...
Well blog aku nak bagi tau ni... aku akan bermula ngan satu tulisan baru... "funwriteFic" ... well aku dapat nama tu hasil idea dari cita You're beautiful...(FanFic .k.a Fan Fiction) so aku plak "Fun to write the Fiction"
hhmmm... saja-saja... aku nak berangan dan menulis apa jerk yang aku terfikir... kan best macm tu blog... ha skung aku tengah dengar satu lagi dari lagu yang aku suka... Dhai akshar prem ke... hhhmmm i like it...

Aku akan mulakan "FWFic" aku seberapa segera.. memang aku dah berhajat nak wat macam tu dari dulu blog tapi aku macam malas tapi skung aku tahu... aku boleh mintak tolong ngan member aku yang bernama rajin untuk selalu ada ngan aku... sehingga aku berjaya ngan "FWFic" aku nie... wish me luck ok blog...

^_^ senyum lah dengan semangat yang menyala-nyala tu....

Thursday, December 30, 2010

Hujung Minggu


Hmmm... tak salah lagi coz dah tulis tajuk macam tu mesti ada yang berkaitan hujung minggu yang nak aku comotkan dalam blog aku yang agak pelik rupenya nie... bukan apa tak punya masa lagi untuk menukar itu dan ini, maklumlah aku boleh dikatakan manusia paling busy untuk 2 minggu nie.. hahahaaa... cheh.... macam poyo jerk kan, bukan nye bussiness woman yang sentiasa kena pay attention kat bursa saham tengok saham naik ke turun.... keje pun makan gaji banyak bunyi... hehehehehehe... apa aku merepek nie?
okay lah back to cerita hujung minggu yang sudah... well hari jumaat lagi kami dah gerak balik kampung... ada proposal yang perlu abhi bentangkan... hehehehe... apa? biarlah rahsia tapi yang aku rasa cam tak percaya is penerimaan mereka.. waaa... tak disangka-sangka tul... terima kasih buat semua yang hadir dan memberi persetujuan tu... hhmmm aku rasa bila da start ada aktiviti nanti buley lah aku masukkan dalam blog aku tapi.... buat masa nie biarlah macam rahsia2 sikit kan.... beat skit.... hahahahaaa.....
peh tu... hari ahad yang sudah Abhi ajak aku g stadium bukit jalil hahahhaaa.... tengok Malaysia lawan Indonesia..... masa nie je la kalau nak tengok aku betul2 tengok permainan bernama bola sepak klu tak .... tak de nya... bila abhi buka rancangan bola aku lari cari pc... hahahahaaa....
tapi betul tetiba aku rasa macam ramai sangat kenkawan... semua kat sekitar tempat duduk aku kat stadium ti macam kenal jerk... tiap kali gol siap "give 5" ngan abhi dan adik-adik aku lagi... oh ya kami g ber6... aku Abhi adik3 adik5 n temannya dan adik6.....
Yang paling seronok dalam jerit kuat-kuat dalam itu stadium... wa... release tension wooo....
Ok la that it for now...
sebetulnya idea tandus..... coz banyak sangat nonton korean drama... hahahaha addict da...

ok senyumlah... coz Malaysia dah menang.... hheheheh siap dapat cuti lagi kan...hehehehe

Friday, December 24, 2010

New Look


Here come my new theme.... macam pelik kan tapi inilah hakikat nye... dasar tak reti nak buat meet and match! itu pasal jadik cam ni rupe blog aku,
Well apapun ini hanya sekadar percubaan coz da tengah lewat sangat semalam cik gu aku pun nak tidor tu pasal men pick jerk apa yang aku rasa boleh blah... tak pe aku dah note down seme yang diajar so in future ( of Couse time Cuti ) leh la aku membega blog ni.... bak kata cik gu comel aku tu.... leh make up skit kasi cantik... hehehehe
mesti dia pun tumpang pening tengok blog aku yang lansung tak 'sincronize' warna dan rupenya haahahahahaa........
tapi tak pe at lease dalam umoq macam nie pun aku masih mahu belajar tak kiralah lewat ke awal ke janji aku tahu buat...... Ok lah aku akan terus berusaha untuk menjadikan blog aku nie cantik dan menawan setiap mata yang tersinggah untuk membacanya.... ha.... ada misi rupenya... w'pun tak mahu dikenali secara peribadi gitu... tapi kalau blog nieh... memang aku harap ia jadi diva's (chewahhh...) dikenali seantero dunia...
Hahahaa... that it 4 now.

Senyumlah biarpun blog nie tak cantik!....

Tuesday, December 21, 2010

Belajar lagi....



Haaa..ingat tak lagu ni, buah cempedak di luar pagar ambil galah tolong jolokan... saya budak (budak ker?) baru belajar... saya tak reti tolonglah ajar....(tu dah tukar sikit untuk membolehkan ia diterima pakai untuk situasi ni)
YYaaaaa.... tengok dah ada kemajuan sikit kan Blog sunyi nie... hehehehehe Thanks a Lot 4 my Lovely cousin yang sudi ajar how to do this and that.... really appreciated it...
cuma hanya theme jer yang tak jadi2 nak tukar... bukan apa kena nuntut depan muka kot... coz thru chatting tak mendatangkan kesan... hehehehe looking fwd to meet "my lovely cousin" to set up a new theme 4 my quiet blog... hehehehee...(versi New Zealand) ahaksss....
ok enjoy dengar lagu2 tu... w'pun tak menepati cita rasa tapi itulah yang sedang berlagu di hatiku saat aku crate mp3 tu tau... so jgn marah yea....

ok da.. untuk kali nie...
Senyumlah walaupun lagu tu tak best!....

Friday, December 10, 2010

Lamanya Rehat




Aku nie malas ke atau ......? entah aku pun tak de jawapan... hehehe adik 2 tengah track blog nie.. heheheh -__- aku tak tau dia jumpa tak... in fact aku pun tak tau macam ne nak ajar dia untuk buka blog nie... memula ini hanya untuk aku tapi macam yealah kata blog di internet kan... klu tak nak org len tengok baguih tulis dalam diari dan sorok bawah katil confirm tak de yang tahu....
Lama sungguh since last post, tak layak sungguh ada followers.... klu ada yang buka hari2 mesti kutuk gila bak.... coz lama tak update... busy sangat kott.... ne ada masa tgk lappy... jeling pun tak sempat... hujung minggu ramai yang queue guna.... adik 5 adik 6 beratur....
Berapa hari jerk lagi nak tinggalkan tahun 2010... wah tak sangka masa begitu laju meninggalkan kita kan.... aku macam biasa... azam? dan ia bukan lagi azam buat aku... tahun 2011... tak de lagi azam.... dan rasanya aku akan kekal tanpa azam tahun depan hahahahahaa.... well who knows?...
waaaaaa.... what happen to my lovely eyes? belom pape lagi ia bagai sedang dijahit!!! ngantuk sangat la pulak...
that it for now... will be back soon or later.....

create a SMILE even though ur sleepy......