About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Friday, March 25, 2016

@86

Assalamualaikum....

Dan tiba-tiba Areku di sini....

Disamping insan-insan yang baru Areku kenali dan dekati..

Kami terkumpul di sini dengan Kaedah yang sama.... Cuma mungkin matlamat dan punca yang berbeza....
Areku di sini kerana dia....
Areku terima seadanya....  Kerana Areku tahu siapa Areku.... Areku ke sini untuk mencari titik kuat Areku untuk terus berdiri...

Yang lain.... Macam-macam story..
Nak Areku rungkai... Peribadi sendiri pun x terbela... X kan nk jaja cerita sahabat2 @86 pulak kannn... Ingat blog ni untuk story kisah orang?... Well ada yang bakal Areku kongsi kan cuma mungkin x seperti sebenarnya....

Manusia2 yang baru Areku kenalkan dalam hidup di sini memang istimewa... Kami d sini menjadi penjaga untuk mereka yg ada d depan mata. Sakit pening sakit hati semua kami kongsi sesama kami. Kadang buat Areku tersenyum... Hebatnya percaturan Yang Maha Kuasa... Macam-mana kurang pun kami di sini akan tetap ada yang akan memberi kami rasa kelebihan itu.... Sama macam Areku biar jauh Areku selalu rasa dekat kerana SayangNya ALLAH pada Areku.... Alhamdulillah. 

Di @86 Areku belajar semula berdikari.... Areku belajar semula memahami kehendak dan tuntutan hidup hakiki... Kemampuan sebenar Areku dalam mewarnai pelangi hidup Areku sendiri... Areku juga kenal dengan cita2 dan keazaman... Belajar bagaimana bersyukur dengan apa yang dikurniakan ILAHI....

Perjalanan kehidupan terasa berubah 360° hehehehe Semua berubah... Dan setakat masa ini... Areku masih mampu mengubahnya dengan rasa rela dan gembira. 

Itu je lah untuk masa ni...

Will b back... Insya'ALLAH