About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Thursday, December 1, 2011

Hujung Minggu Yang baru berlalu...

Sekrang aku nak update tentang sejarah yang tercipta sepanjang hujung minggu yang memang panjang bagi aku bebaru nie... sejarahnya... dimana adik5 dah selamat bertunang dengan Ej. Siapa sangaka cinta hulur laksa kini dah dibawa ke satu peringkat lagi.... hehehe...

Selamat bertunang buat mereka... jaga ikatan ni baik-baik hingga ke jinjang pelamin. Dugaan kalau bertunang ni memang tak boleh nak cakap... agak memenatkan (pada aku la kan..hehehe) harap mereka dapat menempuhinya dengan bijak... heheheh.... Yang bestnya, ujian buat mereka datang sebelum sempat Ej sampai ke Kuantan lagi... hik hik hik Adik5 tercabar dengan seseorang yang dibawa Ej otw balik hari tu... kih kih kih lawak pun ada bila tengok adik5 marah... tak padan dengan contact lens hahahaha.... "tapi terus terang cakap memang adik5 cantik sangat bila make up!!" - pinjam ayat seseorang huhuuu.... Bagi adik3 dan Ns plak majlis tu adalah sebagai tanda majlis menyambut menantu... welcome to the family Ns yang sangat rajin... hik hik hik...

Majlis nya so-so coz mungkin sebab tetamu jemputan tak ramai... rasa skit lapang lah kami yang bekerja nie... harap-harap lepas ni ada peluang untuk buat kenduri besar pulak... insya'ALLAH.

Malam selepas kenduri kami dok borak2 sampai kul 2.30 pagi... seronok plak bila sesekali dapat peluang berkumpul dan beramah mesra macam tu... harap masa akan datang akan ada peluang untuk buat macam tu lagi.

Well... itulah hari sabtu dan standart seperti selalu hari ahad dan isnin yang kebetulan cuti umum adalah hari mengemas dan berkemas... hik hik hik letih litak satu family dihayun berkemas dari pagi hingga ke malam. Tapi hasilnya Alhamdulillah semua settle bila kami semua berangkat pulang... tinggal yang nak susun dalam almari je... dah abis 4 hari cuti.

Tapi kisah hujung minggu kami tak habis kat situ jer... hehehe dengan kuasa pada diri memasing.. kami ambil keputusan untuk tambah lagi satu hari cuti... hehehe... so hari selasa tu kami gunakan sebagai hari jalan-jalan... kami ke ***** untuk sesaja melepak adik beradik... kecuali adik2 yang dah mula kerja hari selasa tu.. Memula kami ke kedai Big E cari seluar huk huk huk... pas tu terus cari pusat snooker... kah kah kah.... boleh gitu?.. kami 3 orang perempuan dengan baju muslimah lengkap bertudung boleh masuk pusat snooker... yang lawaknya aku orang paling depan sekali yang masuk ke situ... dan apalagi langkah aku mati bila tetiba jadi tumpuan kah kah kah... mesti diorang ingat aku salah masuk kot hehehe... dan yang pelik bin ajaibnya kami tiga pun join main sekali... hehehehe Ns yang paling berbakat sekali... aku dan Adik5 sesaja cuba jerk hehehee... ^_~ selesai 2 game kami 3 keluar g karoke box... melalak 3 orang kat situ... nyanyi 3 lagu sorang... hik hik hik memang tak ada pekerjaan memasing... kami tinggalkan ***** kira-kira jam 2030... haaaa.... ambik kau nak keluar sangat kan... hihihiiii tapi tak pe kami enjoy... itu je lah aktiviti kami adik beradik... hehehehe...

So tutup cerita.... itu la pengalaman kami hujung minggu sudah... sekarang ni masa untuk kerja dan cari duit bebanyak so nanti dapat outing lagi...

Well terbuku dihati ada rasa rindu... kenapa yea?!!!

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...