About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam
Showing posts with label Blog Valey. Show all posts
Showing posts with label Blog Valey. Show all posts

Wednesday, April 15, 2015

Dear Blog

Hari ni ada orang mintak kat are ku, nak tengok blog areKu yang sunyi yang sepi dan kusam dan boring dan bla bla bla... nie.

Tapi are Ku x bagi...

Kenapa?

Sebab semua yang are Ku taip kat atas tu lah....

heeeeeee

Wednesday, December 19, 2012

Pesenan buat diri sendiri...

Assalamualaikum, (En3 ni dah lama aku karang pas tu stuck kat draft... sekarang baru dapat peluang untuk publish!)

Beberapa hari lepas, ada lah aku terbaca dalam fb kisah seorang isteri yang memohon keredhaan si suami, demi untuk syurga. Dan dengan suka-suka aku pun tanya lah pada En.Suami.. adakah dia redha ngan aku selama aku menjadi isterinya. Memula dia macam tak senang ngan soklan tetiba aku tu, dia tanya balik kenapa aku kena tanya macam tu.. so aku bg tau la dia apa yang aku dh baca tu... pas tu dia kata

"Selagi awak tak buat apa2 yang abang larang dibelakang abang.. abang sentiasa redha dengan awak!... " (well ayat dia tak la sediplomatik cenggitu! aku ubah la sikit2... nak wat sedap huuuhuuu..)
Ayat dia sedikit sebanyak buat aku terfikir begitu besar hak suami pada si isteri sebab ayat sebegitu tak laku kalau yang suarakan adalah perempuan. huhuhuuu.... kerana isteri tak akan terjejas pahalanya bilamana suami melakukan kesalahan.. tapi suami akan terlibat sama kalau isteri yang buat dosa.


Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Tiada yang indah

Tiada yang indah bagi ibu bapa selain mendapat anak yang soleh dan solehah dan yang mendoakan kebahagiaannya so, Jadilah anak yang soleh dan solehah.

Tiada yang indah bagi guru selain melihat kejayaan anak muridnya dan ilmu yang diajar dimanfaatkan oleh anak muridnya jadi Usahalah sehingga berjaya.

Tiada yang indah bagi pejuang selain meraih kemenangan dan gugur syahid Jadilah syuhada' fisabilillah

Tiada yang indah bagi kekasih selain kasihnya tidak dikhianati dan kesetiaan dari pasangannya Hindari diri dari mengkhianati so jadilah kekasih yang setia

Tiada yang indah bagi suami / isteri selain mendapat suami / isteri yang soleh dan solehah serta hidup bahagia maka akan Wujudkanlah keluarga bahag
ia

Tiada yang indah bagi kawan selain mempunyai kawan yang bersama saat susah dan senang dalam merempuh ranjau perjuangan maka Jadilah kawan yang baik

Tiada yang indah bagi pelajar selain memperolehi kejayaan dan mendapat ilmu yang berkat justeru itu Carilah ilmu yang berkat


Ingatlah

Andai tercapai apa yang diingini bersyukurlah pada Illahi kerana semua nikmat daripadaNya. Kita tiada kuasa untuk mengadakannya cuma kita perlu berusaha hingga berjaya.
Dan andai tidak berjaya janganlah berputus asa. Usaha semula selagi daya dan jangan menyalahkanNya. Cuma kita lihat diri kita mungkin ada yang tak kena. Yang pasti tuntutan Yang Esa itu yang utama.

UDT = Usaha Doa Tawakal...

Semoga ALLAH merahmati dan menyayangi aku, suamiku, kedua-dua ibu bapa & mertuaku, adik-beradikku, teman-temanku serta seluruh ahli keluarga dan umat islam seantero dunia...









Monday, June 4, 2012

dot dot dot

Pintu tu dah ditutup dengan agak kuat dan boleh tahan kasarnya, kenapa masih lagi kau nak buka walaupun dengan sangat perlahan. kau tahu kan cara kalau dia kata pintu tu dah ditutup jadi jangan hambakan diri sendiri dan jangan cuba nak malukan maruah yang tinggal ciput je lagi tu. simpan baik-baik kerana bila nanti kau jumpa dia pada pandangan dia tempat kau bukan lagi tinggi untuk dipuji tapi sangat rendah hingga layak dimaki. Hidup sebagai engkau harus kenal dan sedar diri, walau sungguh pada kau dia pembuka dan penutup tapi pada dia kau mungkin pernah berbuat onar yang sama dengan yang lain. sungguh kau sepatutnya hentikan semua yang kau fikir kau nak kongsikan dengan dia kerana dia bukan lagi orang yang sama yang kau kenal berbulan dahulu. tak ada apa yang boleh kau megahkan sekarang. tak ada lagi yang boleh kau jadikan kayu ukur untuk bezakan dia dengan engkau sekarang. layaknya walau bukan engkau yang memulakan dosa dan kotor tu,tapi kau ada disitu kau tahu bila datangnya kau ke situ dosa itu milik kau selamanya. kalau pun dapat kau suarakan maaf tapi dapatkah dimaafkan?.. dia bukan punyakan dosa sebesar yang kau punyai. semoga kau sentiasa ingat dan sedar diri..sedar lah sebelum ALLAH aturkan pembalasan untuk menyedarkan engkau!!

Wednesday, May 2, 2012

Masih Lekat dan Melekat?

Assalamualaikum....

Hish!... susah sungguh, memang tahap gam UHU nih... makin nak di buang makin lekat... makin nak di jauh makin dekat....
Adoi!..
Mengalah pada sesuatu yang tak munasabah. Malas PK pasal yang tak mendatangkan faedah. Well aku tahu aku mungkin tak mampu buang kamu secara tiba-tiba ok... so tak apa aku akan bagi masa... Biar teman baik ku yang bernama masa itu buang kamu jauh-jauh.... huuiiii.... apa yang aku tahu aku pun tak bisa buat TAK peduli kerana... aarrggghhh!!!?? Kerana aku juga turut sama GILA!! hahahaha... betul tu aku pun gila sama macam kamu!... Tolong r... Berhenti di sini... STOP.
Dah letih la aku ni... kamu tak letih ker?.. Lari dari realiti... sembunyi dari reaksi... Sungguh kata kamu
"Tak salah kalau kite cuba berlari kan.. selagi ada orang sudi bersama kite... Tak ada paksaan dalam diri kita, ok kan..."
Tak Ok!!... Kerana kita akan berlari dari tsunami... Mana sempat nak sembunyi... Air datang dari semua sudut... dan ganasnya ombak itu akan sedut kita ke tengah lautan belerang yang akan membakar kita jadi arang!! (Aku suka ayat ni... jap baca lagi sekali....Kerana kita akan berlari dari tsunami... Mana sempat nak sembunyi... Air datang dari semua sudut... dan ganasnya ombak itu akan sedut kita ke tengah lautan belerang yang akan membakar kita jadi arang!!... wah memang aku suka...) - perasan sendiri...
Semestinya setiap apa yang berlaku tu punya hikmah dan alasan tersendiri... Aku tahu dan sedar kamu juga begitu. Terima kasih kerana buat aku tersenyum!.. aku tak akan lupa itu. itu ayat aku paling ikhlas untuk kamu. aku rasa lagu ni sesuai untuk kamu...
"Aku maafkan kamu... tak perlu kita bertemu cukup kau tahu... yang aku maafkan kamu... Tolong teruskan hidup jangan sebut namaku..."
'Apa relevannya lagu tu?.. aku tak tahu... yang aku tahu... ia relevan dengan aku' - pulak!!

*****

Kisah lain plak ...
Semalam masa jalan2 kt Tesco terserempak ngan member serumah dan se"company" Abhi dulu, well memang dah lama kami tak jumpa... Anak dia pun dah besar dah... dah pandai bercakap. Seronok gila aku menyakat dia... ambik barang2 dia, dan buat dia marah... semua barang dia claim dia punya!!... aduh!.. teruja jiwa dan raga tatkala melayan karenahnya. Sebelum tu bertemu dulu ngan "permata jiwaku"... 2 jam duk berkepit. memang buat aku rasa indah dan bahagia. Kali ni dia tambah cantik, indah jer memandang, ditambah dengan manja dan keletahnya buat aku teringin punya anak sendiri. Tapi kerana belum sampai rezeki tu aku pasrah... aku berserah... dan menyerah.... Cukuplah mereka2 tu buat sementara ni. Dengan izin ALLAH aku bertambah kuat dari hari ke hari ( Dalam soal anak la!) Memang Ujian akan diberi buat mereka yang mampu menghadapinya, dan serasanya aku mampu bertahan dalam soal itu.
Ada aku terbaca kisah teman yang senasib (Belum punya zuriat) perasaan mereka di kelar dengan sindiran. Kesian... Sebenarnya orang yang tak mengalami tak akan pernah tahu apa yang di alami oleh kami2 ni. Ada kalangan mereka pula tahu bagaimana rasanya tapi sengaja buat tak tahu. Semoga ALLAH kuatkan semangat kami. Dan beri kami peluang biarpun sekali... untuk merasai indah bergelar Ummi, Ibu, Mak, Mama, Mummy atau Bonda.

Sekian
Wasalam

Are Ku r

Wednesday, April 25, 2012

Assalamualaikum...

Well inilah hasil nye blog dengsn lagu skali wah... baru rasa sesuai ngan dedaunan yang berguguran tu kan... so harapnya pas ni ada la yang sudi n suka nak jengah blog sepi ni... hehehehe skung tak sepi lagi yeak... dah ada halwa telinga.  dah la... oh ya N3 emosi terpaksa aku padam demi menjaga senCTVT sesetengah ahli undangan negeri dan juga dun ... apa aku merepek ni... okeh happy je yang kita kena buat so bilaorg lain tgk ke-happy-an kita tu mereka akan turut merasa HAPPY!!!

wasallam

Monday, December 5, 2011

Dilema Sahabat

Blog,


Hari ni pagi ni aku teringin sungguh untuk menulis... tapi aku tak tahu samada patut atau tak aku menulis tentang yang bersarang di kepala sekarang nie...

well, Aku cuma nak meluahkan ke-confius-an yang melanda aku semenjak dua menjak nie.

Kisahnya begini,

Teman aku yang seorang nie macam tengah angau, itu baik sangat baik tapi yang jadi pelik pada aku bila orang yang satu lagi tu... pada aku bukan la orangnya!!... ala... macamana aku nak terangkan dalam masa sama aku nak melindungi??... aku sendiri tak faham macamana aku nak luahkan, terus terang aku suka kalau ada cinta itu buat dia cuma biarlah pada insan yang betul, boleh tak aku kata macam tu?...

Dari wajahnya aku dapat lihat sinar tiap kali dia bercerita tentang itu... ada sinar bahagia di wajahnya... aduhhh.... kesian dia, dia pun sering mengaku kalau dia tak mahu ada perasaan begitu untuk insan itu... tapi yealah kalau dah kena berzikir untuk lupakannya.... bagaimana yea?... Entah lah cuma pada aku dia seakan dah jatuh cinta... tapi..... kenapa.... hisshh.... susahnya hati aku ni blog... dan aku tak tahu macamana nak tolong dia... aku tahu dia pun tak minta untuk berperasaan begitu kepada insan itu... dia selalu kata... "*&^^&* ingat saya nak ke perasaan macam ni?..." aku tahu keadaan dia... suka pada seseorang tak patut... adoiii... seryes... aku tak boleh tengok dia... asal terpandang wajah dia aku tahu dia dalam dilema... kesian dia.. aduhh... kepada ALLAH aku selalu memohon supaya jauhkan dia dari apa yang dia alami sekarang.. well kalau kena orangnya mungkin aku adalah insan yang paling gembira!!...

Huurrmm mungkin inilah ujian buat dia... Percaturan yang tak boleh nak dibeli. Biar berapa pun harganya yang mampu hanya melalui dan berserah agar dapat membuat yang terbaik... Demi ALLAH, siapalah manusia yang hidup tanpa ujian, waima kebahagiaan sekalipun merupakan ujian buat mereka yang berfikir....

Wallahualam....

Thursday, December 1, 2011

U kuasa dua

Pelik tapi benar...

Kali towk mena-mena kitak mbak dirik sunyik jak... leput mewk nunggu ktk tapi smpe kinek towq sik ada apa darik ktk... nang mena ktk towk eh... sik da hal lah kamewk pun sik juak ngharap ngan kitak pas apa yang kitk mdh ari ya tewq.. bisik sigek prasaan ngan kitak tp sik boh madah lah... coz kitak towk bukan sesapa pun nak... mun ada pun nya sik kan boleh mbak kita towq ke ciney-ciney bah... tetap macam ya juak kita towq... da... laju gik nak ku bungkus hati nok kitak mpun towk n tikam mewq jauh-jauh tengah laut ya.. biar sik nampak gik.. hisshh... p mewq masih gik maok nangga apa yang kitak padah bah... nang mena nak lupuskan kitak towq p sik dapat terus bah.. kelak gago gik mncarik kitak... apa sebena nok dipdh mewq ya sik mewq faham koh... bia jak bah... sik boh porek gilak bah!!!.... iissshhhkkk nak mewq mbak tetak sik do owg ngan... sik hal lah... blah la blah.....

Thursday, August 4, 2011

What will happen if.....

Assalamualaikum....

What would happen if....




  • what if we do not got through............... will we still hold on each other?


  • what if we lost faith....................will we continuously believe?


  • what if we are no longer able to smile.............will we find that mirth?


  • what if "that feel" is nevermore with us..............will we sorely the love?


  • what if unable to fulfill our covenant.................will we continue to sworn?


  • what if we are no longer able to fill each desires.......will we continuosly seeking each other?


  • what if we are slothful to treat whim........... will we be glad?


  • what if our story is just at the end................ will we dare to continue?


  • what if there is much more what if in our future..... can we ever satisfied??


Is only open the heart and accept, shall not give a pleasure.... think and reef the best way to get out from this dumb situation.



If there are heart that had sacrificed, let's just assume that a grace of sacrifice is to be much more happier in the future..........



** apa la yang aku merepek nie..... adoi aiiii......



**p/s : note berdarah nie aku amik kat laman sesawang yang baru aku lewati tadi... motif? aku tak jumpa apa-apa untuk dijadikan motif so tak yah tanya... saja tak de pe nak letak kat wall ni pagi nih so aku taiplah benda2 nie hehehehe. rajin tak haku?....





Tuesday, April 26, 2011

BW Tak abis crite rupanya....

Hai blog,




Hiks..hiks...hiks... kasihan kerana aku baru tahu bahawasanya kisah yang di paparkan dulu oleh seorang teman yang mengaku takut bercinta tu... tak abis lagi rupanya... hehehe... kesian dia, tu la ce crita sampai abih bleh la aku trus wat kesimpulan jerk... ini tak suka sangat cite separuh-separuh.





Ada kisah kenapa takut bercinta rupanya patutlah...





Well apapun aku yakin dia belum temui jodohnya... kerana jika bertemu jodohnya dia akan diterima tak kira di mana kurang atau lebihnya...





Apapun aku harap dia akan bertemu dengan insan itu secepat mungkin baru dia akan rasa indah nya alam percintaan...



Blog aku pun ada kekurangan sendiri tapi Alhamdulillah Abhi jodohku telah menerima diri ini seadanya aku.. memang memula dulu rasa cam kesian kerana apa yang aku ada cuma kekurangan tapi ikhlas dia terima... Terima Kasih...




Wah.. dah macam malam sekalung kasih pulak... kah kah kah.. ni kisah sapa sebenarnya yang nak di paparkan nie? kisah aku ke kisah member aku tu?..





Hehehe,



Blog aku tak tahu la apa yang aku buat nie betul ke tak.. tapi aku bercadang xtually bukan bercadang je pun aku dah bagitau dah ngan member aku ni aku nak kenalkan dia ngan seorang dari member rapat Abhi, aku bukanlah nak suruh mereka tu bercinta tapi cukuplah kalau mereka boleh berkawan. hehehe member Abhi ni pun sama kategori jer ngan member aku ni...





Tunggu lah bila mereka dah berkawan nanti aku akan update ye blog.. hehehe.. ^_^





Okay blog, tu je lah buat masa nie, well masa nie aku tengah busy la kat umah tak sempat nak jengah blog pun, semua gara-gara tempahan untuk hantaran dari adik3 yang aku terima secara sukarela hehehee... nanti lah kalau dah siap aku upload gambar2 hantaran tu untuk tatapan hahaha... (igih popular jer!!.) Ok blog... nak stop...


Friday, April 8, 2011

BW .... Cerita takut bercinta...




Hai blog...



Hari nie aku nak cerita lagi tentang satu kisah yang baru aku baca... dari seorang teman yang mengaku takut untuk bercinta kerana bimbang kecewa...



Teman aku nie tahun nie berumur 25thn... kalau aku dulu di waktu umur sepertinya... aku baru je bertunang ngan Abhi... hehehhee... tapi dia nie seriusly mengaku tak pernah bercinta dan takut bercinta kalau-kalau lelaki itu bukan jodohnya...



Well aku bagi tau ngan dia... pada pandangan aku kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya... kalau tak pernah nak berkawan macamana nak tahu cinta itu bagaimana.. hehehee... macam pakar cinta la pulok... tapi xtually memang betul apa.. kadang kita tak tahu berapa orang yang kita kena kenal sebelum menemui cinta sejati... aku sendiri jumpa ramai orang, "berkawan" ngan beberapa insan, bercinta (well ayat betulnya is mencuba2 cinta) dengan satu/dua teman... dan akhirnya hadir insan nie yang mana aku berkawan beberapa bulan pas tu bercinta beberapa bulan..(yang mana jumlah kedua-duanya kekira dalam masa setahun la).. pas tu bertunang setahun and then jadi teman hidup aku sampai la.. dan doa aku moga ia sampai bila-bila....



"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)



hhhmmm moga hati teman aku tu terbuka untuk berkenalan dan berkawan ngan insan bernama lelaki.. dan semoga dia menemui cinta sejatinya... hehehehe..

well blog sebenarnya zaman sekarang nie blog bukan macam dedulu... kalau dulu orang pompuan agak kureng berkenan skit nak membujang lelama coz tak larat nak kena gosip ngan mak cik sebelah rumah... sekarang kalau girls lambat kawin maka dia akan dianggap seorang yang ada kerjaya... dan semestinya berjaya...



Tapi blog mereka ni cuma lambat kawin bukan nya tak mo kawin kan... ishkk... kalau adalah yang tak mo berkahwin.... hadith kat bawah ni i tujukan untuk u olls....



Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".



Jangan buat pasal... so istighfar dan cepat2 lah pasang niat untuk berkahwin... jodoh mungkin kita boleh kata sebagai urusan ALLAH tapi apapun kita kan tetap kena berusaha dalam mencari jodoh...



Usaha kita dalam mencari jodoh perlulah bersandarkan kepada iman dan diiringi dengan doa yang berpanjangan. Berdoalah banyak-banyak dengan bersungguh-sungguh kerana mengharapkan rahmat daripada Allah agar insan yang kita pilih itu dijodohkan dengan kita.

(dipetik dari artikel: Jodoh itu ketentuan Tuhan)



Jadi sebagai konklusinya... semoga ada semangat baru buat sahabat aku yang sorang tu... dan sebagai pedoman buat yang lain.. untuk yang belum menemukan jodoh.. carilah... buat yang telah menemuinya.. jagailah ia...



Sekian Blog....

Senyum... kerana ia mungkin menemukan anda dengan jodoh...







Wednesday, April 6, 2011

BW ... Luahan...




Hai blog... n others gak.... huhuhuu

Blog macam besa.. selepas seketika berjalan menyusuri blog-blog yang menimbun kat alam maya nie... aku terjumpa satu luahan... xtually luahan tu bukan lah tulisan tuan punya blog ia hasil nukilan orang lain..yang juga followers blogger tu kot...



Apa yang aku nak cerita is.. tentang kisah yang dipaparkan kepada dunia.. tentang rasa tidak puas hati dan mungkin tension barang kali... terhadap suaminya...



Dia dalam luahannya bercerita tentang si suami yang dikatakan pemalas (dlm ceritanya si suami masih bekerja cuma gaji agak kurang cuma cukup2 makan jer yang dikatakan malas ialah bila si suami tak nak berusaha untuk mencari perolehan yang lebih utk family mereka tu..and for record si pengadu juga bekerja dan memperolehi gaji yang lebih dari si suami)... kerana malas si suami maka ekonomi keluarga mereka terjejas... ditambah pula dengan keluarga mertua yang sentiasa bersandar pada si suami hingga si pengadu merasa tertekan... and at last kerana permasalahan itu si pengadu nie memberi kata 2 pada si suami supaya berubah atau jika tidak dia menuntut untuk berpisah...



Well blog apa yang aku nampak kat dalam cerita dia nie adalah dia cuba membuka kekurangan suaminya dalam keadaan marah. Mudah-mudahan tak ada yang kenal dengan si pengadu kerana kiranya dia dikenali mesti orang akan kenal ngan si suami... Aib si suami.. berdosa pulak si pengadu tu...



Pada aku blog mungkin si pengadu nie orang yang sentiasa senang.. dan tak sanggup nak bersusah walaupun dengan insan tercinta..(mereka kahwin atas dasar cinta..) aku pun macam pelik gak memula bukan ke ada pepatah yang kata cinta itu buta... tak kira apa akan ditempuh demi orang tercinta... tak kiralah dia kaya atau miskin... tapi kenapa dia menolak untuk bersusah? dah hilang ke rasa cinta si pengadu terhadap suaminya? kesian si anak-anak sekiranya apa yang diminta dimakbulkan ALLAH...



Dalam dunia nie ada ker manusia yang perfect?? cantik/lawa/hensem dah tu kaya/banyak duit/hidup senang tambah plak beriman/baik/pandai menjaga hati/pemurah dan semualah yang elok-elok... ada ker?? lagipun bukan ke kita kena terima dengan sepenuh hati insan bernama suami tu...



Cerita-cerita begini memang kadangkala perlu di ceritakan tapi jangan lah kepada semua orang, cukup sekadar bercerita dengan orang ustad/ustazah @ kaunselor yang boleh membantu mencari jalan penyelesaian. Bukan apa kalau bercerita dengan semua orang bimbang ada yang berniat jahat... syaitan kan suka kepada perkara-perkara yang boleh meranapkan iman mahluk ALLAH...



Ini sekadar pandangan aku saja.. bila aku buka semula laman tu aku tengok dia dapat 188 comment so ada satu darinya buat aku senyum.. Alhamdulillah ada insan yang mengingatkan dia tentang hukum dan memberi dia pandangan yang sangat bernas dalam mengatasi masalah dia...



Memang lumrah manusia tak pernah nak bersyukur dengan pemberian ALLAH.. bila dah kehilangannya baru kita akan rasa bersalah dan menyesal. Justeru kita hendaklah sentiasa beringat akan setiap kejadian mempunyai sebab tertentu.... jika diuji dengan kejadian begitu terimalah dan muhasabah diri... kita hanya manusia yang diberikan hak hidup sebagai khalifah dimuka bumi nie tidak lain untuk beriman kepada Nya Yang Maha Esa...



Semoga ALLAH ampunkan dosa aku dan suami juga kepada semua umat manusia yang membaca n3 ni... dan tak akan berlaku lagi perkara seperti ni... aku pun takut gak mana tau termengumpat yang jahat pasal Abhi plak huhuhuhu..... harap dijauhkan....