About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Thursday, October 27, 2011

Movie Lagi

Assalamualaikum....
Selamat pagi semua... (cheh... sound macam ramai jerk)


Ok hari nie aku nak update movie yang baru aku tonton bersama-sama kekasih hatiku semalam.. cite pe? owwhh... cite pe lagi .. Bini-bini ku Gangster... Lu langsi Wa kawin lagi... apa punya tag line tak ada kena mengena lansung!...

Dalam cite tu bini dia punyalah baik... (instead of being a gangster n keluar masuk umah tanpa kebenaran dari suami).. tak boleh blah.... tapi kalau di tengok bebetul... ok pe klu bini boleh bergusti macam tu.. leh tolong cover suami kalau ada orang kacau kan... hehehe...

Well pada penilaian aku selaku pengkritik bebas... cite dia ok lah walaupun lawak-lawak dalam cite tu more untuk orang dewasa... yealah kan adengan pun banyak yang tak sesuai untuk bebudak... (^_' )

Jalan cerita menarik jugak lah.. cuma pada Abhi kat ending cite tu... masa Ayahanda Hasyim kena tarik telinga ngan bini dia tu dah macam menjatuhkan maruah Ayahanda2 yang ada di luar sana.... heeheheh tetiba dia emo kan... aku pun confius aku cakaplah kat dia "Ala... rilek r ... inikan movie... lawak plak tu... saja la wat scene bodoh kasi orang gelak..." hik hik hik...

Movie tu lah penutup untuk sehari yang bosan di rumah sempena Deepavali.... tak sangka aku berjaya mengharungi 1 hari yg bosan+tension+bengang+bodoh+ tak tentu arah + memacam lagi lah... hehehee.... tu seme separuh hari sekejap je lepas Maghrib ok balik hehehe biasalah tu kan ada hari b&@^#%$* dalam hidup... kih kih kih....

oh ya Hari ni merupakan hari akhir Abhi berkhidmat di syarikat A lepas ni Abhi akan bertukar mencuba arah dengan syarikat lain... semoga ALLAH akan sentiasa memberi Rahmat, Berkat dan Perlindungan buat suamiku yang tercinta... happy last day Sayang...

hhmmm Bila ingat semula Abhi dgn kerja tu dulu rasa sayu jer... semalam masa iron uniform tu pun aku rasa one kind... maklumlah selama kami mulakan hidup sebagai suami isteri itulah uniform yang aku iron selang 4 hari... sekarang semua akan berubah... setelah 6 tahun aku akan iron baju uniform lain... hhmmm yealah apa nak kata kan semua akan berubah cuma masa yang tentukan cepat atau lambatnya perubahan tu... so apa yang perlu kita sebagai manusia biasa buat ialah... BERSEDIA untuk menghadapi perubahan... tak kiralah apa yang berubah.... huhuuuuu

Ok lah tu jer yang nak dan boleh dikongsi setakat nie... lepas ni kalau ada lagi are ku ap det yea...


Annyo... utge!

Tuesday, October 25, 2011

Patut ke macam tu?

Salam...


Blog hari nie aku nak kongsikan perasaan tak enak nie...


well... patut ke kau buat macam tu? tak fikir ke perasaan dan keadaan orang lain?


janganlah kerana masalah yang datang dari diri kau sendiri kau nak susahkan orang lain... apa ingat orang tak de keje lain ke selain nak menjaga hati kau jerk... sedarlah sikit... sekurang-kurangnya ikut la petua macam orang tua kata


"masuk kandang kambing mengembek... masuk kandang lembu mengemoh..." (betul ker? what so ever!!! tgh panas nieh..)


mana tak panas aku paling tension kalau ada yang sampai call aku dan menangis... bosan la... kesian lah kat orang sama. kalau pun nak tunjuk power... agak-agak la de... jangan sampai gunung berapi meletus hangus nanti.... silap2 rentung tak tinggal apa dah... abu pun tarak... kih kih kih


lawak pun ada gak bila menaip kat sini meluah perasaan kih kih kih... yea lah kan selalu orang tension lepaskan kat fb tp haku wat len skit... mengamuk versi blog...


siapa?


Adalah manusia yang pada aku tak berhati perut... apa pun kena ikut arahan dia... semua yang dia nak kena buat... orang lain nye kehendak dan keinginan x payah ikut... pas tu memerintah seolah dia adalah pemimpin kuasa besar... tolonglah.... ada sebab kenapa kau tak dapat pangkat!!... kerana sikap kau akan jadi lebih teruk kalu kau ada pangkat!!! may be sapa tahu... Hanya ALLAH yang tahu sebab tu ALLAH dan atur dengan baik


Jangan lah kau fikir kau tuan punya kedai ni kau nak tunjuk kuasa!... weh kalau ikut haku tak mo tau aku duk sini tapi nak wat cam ne aku kena cari duit.. terpaksalah... walaupun duit aku habis kau toreh!... citttttt..... tikus betul... tikus kat KLIA pun tak teruk macam kau tau tak? (apa relevennya kisah dia ngan tikus?... entahlah bantai jer janji aku pueh hati.... )


wooo mata aku nak lolap plak nih....

ok lah tu... mengamuk versi blog dah abis... pas ni kalau aku dengar lagi cerita pasal kamu... isshhkkk ngamuk lagi lah kot haku ni... huhuuuuu....


annyoo


Friday, October 21, 2011

Update ker?

Assalamualaikum....




Rasa rindu nak update blog tapi tandus idea nak menulis... tentang apakah?... isu semasa?.. atau luahan rasa?.. hhmmm apa yea yang menarik untuk di suarakan?.. atau sekadar ayat-ayat basi yang dah selalu sangat di paparkan kat laman nie?.. well... (sambil senyum)


hhmmm... Semalam kami adik beradik g Alamanda Aku, Abhi, adik2, adik3, Ns, adik5, Ej & Bd yang datang agak lewat skit kerana kerja... Dah lama betul aku tak window shopping sesekali gitu seronok jugak..... tambah Abhi memang tengah dalam mood ceria.. habis semua orang kena usik... semua orang jadi tak kering gusi dibuatnya.. ada jer yang boleh dibuat lawak... memang ceria. Adik-adik jadi happy... hhhmmm aku tumpang happy tu.. dalam hati berdoa agar bahagia ini untuk selamanya... amin.


Tujuan asal adalah mencari barang-barang untuk hantaran si adik5 yang akan melansungkan pertunangannya hujung bulan November nanti... wah... tak lama lagi... Aku tumpang kegembiraan dia... sesungguhnya dia telah bersedia untuk diikat.. dan telah sedikit sebanyak bersiap untuk menjadi hak dan amanah Ej... teringat pada keindahan serupa beberapa tahun sudah... aku juga punya kesempatan yang sama... keluar mencari barang untuk persiapan majlis ... indah masa tu... maklum saja semua yang ada di hati hanya ada 1... khas dan eksklusif.. bahagia yang hanya ALLAH saja yang tahu..kenangan yang akan aku simpan baik-baik.


.......


Selesai mencari barang yang diperlukan kami ber"happy hour"... release tension sekejap kan bila dah reramai mcm tu memang seronok... malam baru kami keluar dari Alamanda... rugi rasa tak bawa kamera... memang dah agak lama aku mengidam amik gambar kat situ tapi setiap kali keluar ke sana sokmo lupa nak bawa kawan kecik tu hehehe.....


itu jer lah yang dapat aku update kat sini... well sebagai diari untuk aku buka semula nanti.. i guess... hehehe.....




Annyo blog


Wednesday, October 19, 2011

Seminggu sudeh....

Assalamualaikum...



Seminggu berlalu lagi... nampaknya memang ruang ini akan terisi bila tiba giliran selepas semiggu... sian blog aku ni dah la sunyi sepi tanpa kengkawan tuan punya pulak liat nak meng "update" kan isi...


Semalam dapat news dari adik-adik yang ada kat kl nun... adik2 n ns xcident... keta siap berpusing lagi habis la keta depan dan belakang... nasib baik... Alhamdulillah mereka 2 orang tak pape.. cuma bengkak di kepala jer.




Semalam gak aku terdengar lagu ni dan aku rasa tertarik ngan lagu nie... "tonight you belong to me"... kih kih kih... kenapa yea aku macam tersuka ngan lagu tu aku pun tak tahu tapi yang pasti aku suka. dan semalam gak aku layan lagi telemovie sesungguhnya... tapi hanya scene kat kolam renang tu jerk.... aku suka bila dengar Beto meluahkan perasaan dia tuh... kueng kueng kueng... ayat yang paling aku suka bila dia kata


"Saya sayangkan awak bila saya terpaksa lepaskan awak..."


hhhmmm... bisa mengundang air mata... dan jiwa aku terbang.... oopppsss.... jangan terbang jauh-jauh susah nak balik nanti... hehehe.... ok lah kot setakat ni jer yang mampu aku taipkan..




Oh ya... just nak share... my beloved cikgu (masa aku build up mydreamqaeid ni) akan berangkat ke Dublin hujung minggu ni untuk meneruskan tuntutan hidup sebagai seorang pelajar... sikit pesanan buat beliau...


Jadikan ia peluang dan ruang untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dan pelajaran untuk bekalan di masa hadapan. Jangan jadikan perkara kecil sebagai penghalang kejayaan. Hidup menuntut kita melalui semua yang tak pernah kita fikir untuk lalui.... inilah pelengkap perkataan HIDUP mu... Live a Life... feel it with full of ur heart... Ingat akan Yang Maha Esa.. Pemudah bagi setiap kesukaran.. Andai rasa ingin tersungkur dan rebah ingatlah ALLAH sentiasa ada untuk kita manusia... Jangan lupa diri kerana bila kita lupa diri kita akan melupakan DIA.... belajar dan hidup baik-baik....




Ok blog annyo.....

Tuesday, October 11, 2011

sepi tanpa kata....

Assalamualaikum....


Memang dah lama rasanya since my last post... kenapa yea?... saja macam tajuk tu... sepi tanpa kata... walaupun banyak yang nak di kongsikan tapi demi menjaga sensitiviti sendiri dan pihak tertentu ada perkara yang tak perlu di kongsi kat sini... aahahahaha... how's life?... gini lah... live a life as u can....

Sesekali teringat satu potongan ayat dalam lagu ...

"Tuhan menguji... tak kan berhenti...."

So selagi ada nyawa... kudrat dan usaha... dengan Rahmat dan Berkat pasti manusia akan di uji... setiap masa ujian dan kekangan datang dalam berbagai bentuk dan gambaran.

Pengalaman melahirkan insan yang punya akal untuk berfikir... punya kekuatan untuk melawan.... punya keberanian untuk menguasai.... punya keadilan untuk menentukan... punya kesabaran untuk merelakan... punya hati untuk menemukan.... punya harga diri untuk diterima dan menerima.... punya jiwa untuk menginsafi... dan punya masa untuk mengenal diri alam bumi dunia dan ILAHI....

Semua pun dengan Rahmat dan Berkat... kerana setiap apa yang datang... ia tak pernah datang sendiri... pasti ada pengiring... datangnya malam dengan diiringi siang... datangnya sakit bersama ubat... datangnya tangis dengan tawa.... datangnya benci bersama cinta.... datangnya miskin bersama kaya....

"Maha Suci ALLAH yang telah menciptakan semua berpasangan baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri mahupun dari apa yang mereka tidak ketahui.." surah Ya-Sin ayat 36.

Justeru selagi kita bernama manusia... hiduplah dengan cara sendiri asal tidak lari dari fitrah... hiduplah dengan sebaik mungkin kerana peluang hidup hanya sekali... tarik nafas sedalam mungkin dan hembus perlahan-lahan dan di sana akan ada ketenangan. senyum tawa ubat jiwa.. semampu mungkin gembirakan diri sendiri sebelum buat orang lain ketawa... ikhlaskan diri kerana dengan keihklasan kita akan aman...........

Ok blog...

Annyo.. (K i <3 u 4ebe) .....