About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Thursday, May 26, 2011

Internet oh internet




Blog,

Hari ni aku nak berkongsi tentang tajuk aku taip kat atas tu... internet... kenapa? kerana aku rasa sekarang semua orang tahu dan faham apa itu internet...

semua orang pernah guna internet.... well baca blog aku ni pun guna internet...



Teknologi sekarang nie bukan main lagi kan... semua boleh dapat... kawan2 yang dah berpuluh-puluh tahun tak jumpa pun boleh contact lagi... well semua tu memang bagus blog, tapi aku sentiasa ingatkan diri aku apa pun yang aku buat... berborak ngan kawan lama ke kawan baru ke aku akan pastikan kekasih hati aku tak terasa...


Yealah kadang mungkin pada aku biasa jer... tapi pada dia aku tak tahu... aku elak dari borak lebih-lebih bukan apa kalau aku pun aku tak suka la nak baca perbualan yang lebih2 Xspecially bila masuk bab yang mengenang kisah dedulu yang mampu buat aku terasa.... Aku simple je blog kalau aku tak suka aku sendiri pun tak akan buat... senang..


Situasi kita berbeza-beza mungkin pada pandangan aku... berbual di FB, Twitt, Tagged semua tu hanya sekadar suka-suka tapi aku tak tahu pandangan Abhi plak macamana mungkin dia tak suka aku bergaul walau hanya dalam alam maya.... coz kalau aku pun aku tak suka....


Jumpa? well cukuplah sekadar bertanya khabar dlm ruangan maya je kot... tak payahlah sampai nak jumpa bagai... kalau kaum sejenis mungkin boleh diterima lagi tapi kalau oposite sorry.... aku tak suka sesangat... bukan apa sejarah mungkin berulang atau kalau tak pernah ada sejarah pun mungkin akan membina sejarah.... payah tu.... kerana dah banyak pasal kesusahan yang disebabkan oleh internet telah aku baca.... jumpa pas tu fall in love bagai... hhhmmmm tak boleh... dari pada tersangkut ngan penyakit yang tak ada ubatnya nie baik tak payah jumpa langsung anggaplah dunia perkenalan tu hanya di alam siber... cukup!




Aku tak nak kerana internet Abhi terluka dan terasa... coz aku pun tak nak macam tu..... cukup lah dengan apa yang ada di depan mata sekarang... tak payahlah susah2 menambah beban yang ada.. ok blog......




release.....

Monday, May 9, 2011

Assalamualaikum,




Dear my blog, hari nie nak cerita tentang kisah hari-hari yang baru je berlalu... kisah hujung minggu aku di rumah...




Apa yang menarik ialah, minggu ni rumah aku jadi pilihan sekalian adinda-adinda ku untuk berkumpul, kecuali adik 2 kerana g bercuti ngan family suaminya...




Tak adalah peristiwa yang besar terjadi pun, berjalan?.. hhmmm uniknya kali ni kami hanya di rumah, macam tak caya 2 hari berlalu dan kami hanya stay kat rumah jer.... cuma malam sabtu tu keluar g downtown cheras saja menjalan-jalan diri...




Apa yang menariknya nak aku kongsikan ialah aku rasa gumbira tahap gaban bila tengok dema makan.... huhuhu... bukan lah kerana masakan tu sedap sangat tapi mungkin sebab dema tak pernah makan masakan macam tu, itu yang selera sangat tu... aku pulak yang jadi kenyang bila tengok adik-adik makan ngan berselera sekali. Aku masak apa? well hari sabtu tu aku masak tom yam campur, ikan sumbat dan gorang ikan masin bawang pedas... adik3 tak berapa suka ngan tom yam, tapi dia tambah sampai 3 kali... tu dia... penangan ikan masin bawang pedas... dan ikan goreng.... yang lain bertambah gak la tp 2 kali sorng je... esok nya as per request dr Abhi n adik4 aku masak ayam kicap limau, adik3 request lagi nak ikan sumbat tu... buat lagi tp version pedas sikit... dan untuk makan malam adik3 g beli ikan masin pulak dan suruh masak yang sama lagi... huhuhu... sama je lauk cuma main menu ada lain skit... sayur mayur tak de yea kebetulan ada tinggalan tom yam semalamnya tu... makan yang tu je lah...




Seronok gile dapat makan ngan berselera... bak kata Abhi rezeki ALLAH kongsi sama-sama. Nantilah ada masa dan rezeki esok-esok kita berkumpul lagi dan makan.... mesti best kan...




Adik5 diulit bahagia hujung minggu ni... bercahaya wajahnya... huhuhuhuu... sayang EJ........






Sunday, May 1, 2011

Imam Muda Musim ke 2...




Blog,

Hari ni aku nak kongsi satu kisah, pagi tadi.. aku tetiba jadi emosi bila tengok Imam Muda kat astro.. aku tak tahu kenapa... air mata macam hujan, tak mampu di tahan, sebak jiwa dan raga aku blog...

Sedih dan syahdu sehinggakan adik5 kluar statement.. "dah-dah jangan tengok...!" mungkin dia juga terusik melihat aku tiba-tiba bersedih dan menangis...

Well sedih sangat, Kenapa aku boleh ter "emosi" sangat?

hhhmmm kisah yang dipaparkan dalam episode yang aku tengok tu sangat menyentuh...

Tema minggu ni ialah, kelahiran.... jadi sebagai tugasan 10 orang bakal Imam Muda nie dikehendaki pergi ke PUSRAWI untuk azankan dan iqamatkan bayi... entah macamana, tetiba mereka dapat berita tentang penemuan mayat seorang bayi dalam longkang...(dibuang), so Mudhir telah menukarkan tugasan mereka, so tak jadi ke Pusrawi mereka akan ke KEWAJA untuk menemui dan menyelami permasalahan yang berlaku kepada penghuni di sana.



Abih kat situ... ada lah satu scene yang aku sangat tak boleh tahan untuk terus memandang ke kaca tv.... dalam scene tu, sepasang suami isteri yang telah berkahwin selama 10thn dan masih belum dikurniakan anak datang untuk mengambil salah seorang bayi yang dilahirkan oleh warga KEWAJA tu, memula macam happy je aku tengok bila pasangan tu Xcited sangat nak amik anak dari situ, tapi bila tengok saat-saat si ibu menyerahkan anaknya yang kecil molek tu ke tangan orang lain untuk di jaga dan di besarkan... dengan tak semena-mena air mata aku turun... ishkk... aku tak mampu tengok aku bawak air mata aku kedapur, walaupun hati ni meruntun sangat nak tengok... nak tengok tapi kerana sedih aku tak boleh g keluar, bila dah ok sikit baru aku ke depan.... dengan sisa air mata... aku teruskan juga tonton Imam Muda sampai abih... huhuhu... pagi lagi aku dah tersentuh...



Besar Kuasa Mu Ya ALLAH, aku bersyukur punya rasa sebegini, ini rahmat Mu Ya ALLAH... aku terima, walaupun bukan aku orang itu, yang diberi kesempatan tersenyum menerima amanah dari Mu... aku akan tetap sabar, menunggu menanti hingga nanti akan datang suatu hari dimana aku akan menadah tangan bersujud syukur berterima kasih padaMu kerana memberi aku pula rezeki dan juga amanah bernama ANAK dalam kehidupan singkatku ini untuk aku dan Abhi letak kan harapan dan cita-cita kepada dia nanti untuk membela agama, menjaga dunianya, dan berusaha untuk akhiratnya..... Moga aku diberi kesempatan. Amin....



Baiklah itu saja yang aku nak kongsikan, tak sangka masih terkesan sedih dan sayu itu... arrrggghhh nipisnya emosi nieh... sabar...sabar... (sambil tahan nafas untuk tahan empangan yang dah mula bocor dari mula menulis N3 nie.....)