About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam
Showing posts with label Me n Family. Show all posts
Showing posts with label Me n Family. Show all posts

Wednesday, July 31, 2013

Our Iftar & Shopping??!! ... Shopping ker?

Hari ni nak Update tentang kenangan hujung minggu sudah...

Well tinggal lebih kurang 2 minggu lagi, Ramadhan akan melabuhkan tirainya.. So disebabkan untuk tahun ni kami Khairiz belum lagi berkesempatan untuk berbuka di KP so, Nuzul Quran yang lalu kami bertiga (of cause dengan Anankanda Afif) ambil peluang untuk berbuka di KP. Kalau nak di ikutkan Omak n Ayah memang akan ke KL malam tu tapi disebabkan nanti susah nak cari masa untuk berbuka d kampung so kami pun pulang lah.. lagipun Adik5 n EJ pun memang nak berbuka sama Omak n Ayah d rumah!!..

Kami gerak balik lepas berbuka... gerak awal dari yang lain since nak kemas rumah yang tengah pecah tu!!.. hehehee... Yang best nye Putera Afif tidur lena time tu.. tak "ngehek" lansung.. sempat la Ummi ngan Abhi berhempas pulas mengemas mana yang sempat hehehee...

Plan nye, kami berhajat untuk buat buka puasa untuk family, since belah Aabhi dah settle masa first weekend puasa ari tu so, kali ni turn my family la pulak.. Nak masak sendiri.. of cause la tak mungkin.. hehehee... so kami book satu tempat untuk berbuka hari sabtu tu.

Pagi tu kami gerak untuk cari kerepek dan yang sewaktu dengannya kat Tg. Sepat. Banyak gak la membeli n membelah kerepek.. Pada areku bukan untuk raya je kepek ni... untuk bebila pun coz it's Kepek!!

Bergerak dengan 3 kereta kami keluar rumah dalam kul 4 lebih ke kul 5 cam tu kot! (Dah tak ingat dah!!..) menuju ke Jln Hulu Kelang - Kami pilih restoran Istana Bambu.. atas banyak sebab, satunya ialah sebab Omak pernah mention nak repeat makan kat sini tapi, tak berkesempatan.. dan atas beberapa sebab sokongan yang lain kami pilih restoran ni untuk buka puasa of the year 2013.

Makanan Subhanallah memang sangat banyak kami orang ambil... (Sampai ada yang kena letak balik _ sbb kalau tak habis makan kena timbang dan bayar) hehehee... seronok memang seronok la.. tambah ada si kenit yang tak reti duduk diam, memula Aabhi malas nak ambik stroller tapi kerana tahap ke'aktif'an yang melebih Abhi pergi gak amik stroller dengan harapan lepas susu Afif leh tido. Tapi malangnya Putera Ummi ni tengok tukang kelek ramai terus tak mo tido. Tapi OK la pasal lepas sorang sorang lagi jadi pengasuh so, Ummi dapatlah makan n rehat kejap-kejap.

Selesai makan kami gerak ke Jalan TAR... serius ramai betul manusia, maklumlah lagi 2 minggu nak raya. Kononnya kami ni nak mencari baju raya sedondon kali ni. Jadinya itu yang ke jln TAR tu, tapi disebabkan bulan puasa, and siang tadi dah penat kesana kemari then makan plak bersungguh2 punya makan, jadinya malam tu memang stok asyik terbayang bantal lah.. dengan penat nya hanya ALLAH yang tahu. Dah la kat situ nak tengok jualan pun tak lalu sebab terlalu ramai manusia... jalan pun ala-ala main keretapi manusia... tak boleh putus punya... hahahaa. Putera memang sporting diam je ikut Ummi yang hilang akal dok bawak dia ketengah lautan manusia... dan panas... dan sempit... dan macam2 lagi. Nasib Ummi bawak kipas so dapatlah jugak Putera bernafas. Disebabkan keadaan sesak yang amat sangat makanya kami ambil keputusan untuk ke butik2 yang 'melampuh' kat sepanjang jln besar tu.. Masa tu dah pukul 1 lebih... Putera masih gagah tak mo tidur sebab tengok seme orang tak tidur lagi. Siap boleh main2 lagi.. Di usik Pak Langnya yang pakai 'wig' panjang macam hantu pun dia boleh melopong pas tu siap gelak lagi. Diajak bergambar nombor satu, suka na ngan camera.
Kesimpulan yang kami dapat hari tu : Tak akan jumpa baju apa pun yang berkenan bila cari dalam keadaan yang rindu bantal!!, Jadi pencarian hari tu di sudahi dengan sahur kat kedai sebelum pulang untuk cari yang dirindu sesangat masa tu - Bantal!!.
Putera Afif memang dah siap-siap lena dari KL lagi, tidur atas Ummi, lena sungguh biarpun Ummi angkat masa sampai tempat sahur, Afif tak bergerak pun. Menangis jauh sekali lah... Syukur Alhamdulillah..

Disebabkan pencarian sabtu malam membawa ke ahad subuh tu tak berhasil maka ahad tghari tu kami mulakan pencarian di nilai 1 pula... Setelah berhempas pulas yang membawa ke waktu berbuka (oh my kaki!!... berjalan sungguh cuti 2 hari tu kan!!) kami berjaya menemukan warna coklat/koko sedondon untuk semua orang... Heheheee... kesian Putera Afif kena la berpanas pulak dok ikot Ummi yang masa tu dah separuh nyawa akibat semput...

Malam tu lepak king @ Ayah Bob place. Sementara menunggu Abhi n Ayah Bob g hantar Kanda balik Poli.

Yang seronok dan rasa nak repeat! : Dapat jalan2 serata alam pagi sampai pagi semula dengan semua dan of cause le specially bersama Putera kesayangan Ummi Afif.

Yang tak berapa seronok dan X boleh nak d repeat len kali! : Cari baju raya.. or what so ever masa 'peak hour' - kena keluar at least sebelum (Apa-apa occasion, RAYA especially kena sebelum puasa!! - haaa ko amik!!) barulah dapat mencari dengan tenang dan boleh tengok banyak pilihan.

Itulah ceritanya... Biarpun penat tapi Alhamdulillah... Terima Kasih buat suami tercinta, kerana kasih yang melimpah ruah buat kami_ Zuana sekeluarga. Terima Kasih juga kerana sudi 'berkongsi' rezeki kurniaan ILAHI bersama kami. Semoga ALLAH merahmati dan mengurniakan lebih banyak dan lebih berkat lagi rezeki buat Aabhi. Terima Kasih buat Ayahanda & Bondaku Zuana kerana biarpun kepenatan sanggup jugak melayan kerenah Anakanda yang sibuk nak kesana dan kemari... (Sian Omak n Ayah sampai tido-tido dalam keta..) Terima Kasih buat sekalian Adinda's yang sudi bertandang ke teratak buruk Khairiz hanya untuk bersama-sama bergembira dan membahagiakan antara satu sama lain. Semoga ALLAH sentiasa peliharakan perasaan kasih sayang antara kita dan merapatkan lagi Ukhwah sesama kita dan menjauhkan kita dari perasaan dalaman yang boleh merosakan hubungan kita. Amin Ya Rabbal Alamin..


Sekian,

Wassalam
Are Ku r.

Wednesday, January 16, 2013

Rindu....

Rindu ker?..
Rasa macam rindu...
Tengok pun tahu memang tengah rindu...

First time bertemu..
Bila dah berpisah terus ada rindu...
Rindu nak ketawa...
Rindu nak menjerit...
Rindu nak terpegun dengan kejutan2...
Rindu nak tahan gelak sebab kau buat lawak..

Semua pun rindu lah...
Walau baru je kenal...
Rindu dah buat kita terikat...

Nanti ada rezeki...
Teringin jumpa lagi...
Teringin nak ketawa bersama...
Teringin nak tengok yang lain happy di sisi...
Teringin lah...

Walau risiko bertemu tu tinggi...
Walau banyak rintangan...
Walau mungkin ada kesalahan untuk kita jumpa...

Tapi...
Kerana rindu..
Yang datang bertamu...
Pasti satu hari nanti...
Pasti kita akan sekali lagi...
Bertemu.

Salam peluk gelak jerit dan senyum...
untukmu..

Sekian

Wassalam...

Are Ku r

Thursday, September 6, 2012

Sedih lagi....

Assalamualaikum...

Dan pagi ini dikhabarkan kepada kami semua... Adik2 kehilangan untuk kesekian kalinya.
Kali ni ada suara hampa dari semua orang, dan yang paling aku terkejut bila Abhi pun macam sentap gile bila dapat berita tu... hhuurrmmm mungkin belum punya rezeki. ALLAH lebih tahu apa yang Dirancang untuk kita kan... siapa lah kita untuk menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Semoga Adik2 tabah dan sentiasa Istighfar atas apa yang berlaku. Kita hanya mampu merancang tapi Perancangan DIA adalah lebih baik.
Biar macamana berat kami rasa dia yang menanggung lagi berat. Tapi ingat janji ALLAH diberi ujian sesuai dengan kemampuan masing2... Mungkin tabahnya Adik2 lebih dari segi ini... Semoga ALLAH sentiasa melindunginya dan tetapkan imannya sentiasa....

p/s : Macam dah terngiang2 gelaran itu di suarakan secara nyata!!... Astagrfirullah...

Sekian

Wasalam

Are Ku r

Friday, July 6, 2012

Me Adik n "Umang Aiihhh....."

Assalamualaikum...

Petang semalam Adik5 datang umah.
Balik tu singgahlah kejap kat kedai
Sementara menunggu giliran nak bayar tu..

Adik5 memang dah perasan
seorang kanak2 cumel genit je.. memiliki rambur ala-ala johan / hafiz
tapi dia simpan dalam hati

Tiba yang aku ni...
(masa tu tah macamana terpandang dia- yang ada dibelakang)
dengan ekspresi wajah
"Umangggg Aiiihhhhh....!!!!"
tapi takat tu je la coz bapak budak tu ada kat situ
lepas bayar aku tengok si Adik5 cepat-cepat jalan ke kereta
Aku pun confius apasal minah nie laju semacam

Bila ditanya rupanya dia simpan gelak
dalam kereta terhambur gelak berdekah-dekah kami 2 beradik
5 minit x gerak2 lagi sebab gelak punya pasal...

Adik5 kata
Bukan kelakar tengok budak tu..
Tapi tengok aku'nye ekspresi muka
Memang tak boleh blah...

Kih Kih Kih... Sampai rumah

***

Malam tu time g jemput Abhi balik keje
Sekali lagi terkekeh-kekeh 2 beradik 
pasal teringat insident tu.

adeh...
Sian budak tu.
Tapi betul Dik,
Ikhlas,
Kami tak gelakkan keistimewaan adik tu..
Kami gelak kerana keterujaan aku jer...

Hahahahaa!!!

Sekian.
Wasalam

Are Ku r

Tuesday, June 26, 2012

Sakit Itu Rahmat ALLAH....

Assalamualaikum...

Dah nak abih dah setengah tahun 2012... Well, yang pastinya hari ni aku nak kongsi perihal sakit... kalau nak di hitung tang beberapa bulan yang lepas memang ahli family Zuana ni, lepas sorang-sorang kena memacam jenis sakit...
Aku lak memang la jenis payah gak nak kena demam... demam memain tu selalu lah kan (hhehehe mampuih kok tau dek boss!!) heheheeee tapi kali ni start sabtu minggu lepas, masa tu baru sampai dari kampung...aku ni boleh menggigil kesejukan tapi badan macam baru keluar oven halogen... ( Yang baru sekali Pakai tuh!!...) Abhi pun terkejut rasa suhu badan yang mendadak naik macam tu sekali, langkah keselamatan yang di buat makan ubat pas tu terus mabuk dan lena sampai pagi. Pagi ahad tu Abhi keje pagi, dia bangun dan siap sendiri (tak de minum pagi sebb chef tak larat bangun!) Seharian ahad tu aku bangun dan tidor... bangun balik pas tu tidor balik... sampai lah time Abhi balik kije... Masa Abhi balik tu rasa segar skit walaupun masih panas.... Esok nya Isnin aku boleh bangun macam biasa... G keje macam biasa... cuma sakit kepala la sikit kan... Malam nya... demam semula badan jadi panas dan berapi gitu... tapi sabar lagi  makan ubat beli jer... Selasa pun macam tu jugak pagi ok tapi malam tu, demam datang lagi...So melihat keadaan yang tak stabil begitu buat Abhi paksa aku untuk g ke Klinik. Bila dah jumpa doktor, dia suruh aku datang semula next morning untuk ambik darah... Alhamdulillah ujian darah tak de masalah cuma mungkin demam virus jer... virus apa? virus cinta kot!! huhuuhuu.. dan aku begitu selama seminggu!!... seminggu oke... !! Akhirnya next sabtu tu... badan aku di naiki tanda2 merah.... dan inilah kesimpulan kenapa aku demam lama ari tu... Sah lah dah berjangkit demam campak Adik2 dan Adik5... huhuhuuuu.... kisahnya.. Tapi yealah kan apapun Alhamdulillah kerana aku sakit, sebab masa sakit kita akan sedar diri... baru tahu langit tinggi rendah yea?!... Alhamdulillah kerana ALLAH sayangkan aku dan beri aku sakit ni untuk muhasabah diri. Biarlah kita diingatkan atau diuji dengan kesakitan daripada kita diuji atau diingatkan dengan kesenangan dan kelapangan... coz kalau diberi ganjanran takut lupa diri terussss...!!! hehehee... Rentetan nya semua dah rasa demam tahun ni... Adik2 pas tu Adik5, Adik3pas tu Adik ku yang paling kacak a.k.a Adik6 (Atas permintaan dia sendiri aku gelar dia cenggitu!!) then Adik4 dan Aku... huhuuhu rekod kan! Macam tu la kami... nampak tak sehati nye macam tu?.. Walaupun sakit masing2 tanggung.... kami tetap rasa apa yang lain rasa... heheheee....
Oke lah tu je yang nak share tentang aku mereka dan sakit.... Untuk Adik4 yang belum berapa nak sembuh tu... sabar oke... tak lupa jugak buat adik5 yang sakit jemari tu.... sabar jugak oke... aku ni masih boleh di kategorikan dalam golongan oke gak lah cuma batuk n selsema baru je tengah ketuk pintu nak masuk... kih kih kih... apalagi silalah masuk jangan malu-malu nanti aku makan ubat so u olls leh balik ke tempat asal balik yeah...
Tu je la yea...

Sekian
Wasalam

Are Ku r

Monday, May 21, 2012

Assalamualaikum...

Saat ni sedang merehatkan diri setelah agak kalut menyediakan apa yang patut untuk tetamu yang datang... Penat memang penat tapi puas hati bila tetamu balik dalam senyuman.

(Dihari esoknya)
Pagi lagi dah hantar Adik5 balik KL naik ERL. Kejap lagi Adik6 pulak akan bertolak ke PD. Balik rumah petang nanti confirm rasa sunyi dan sepi coz tak ada orang. Abhi pulak keje petang pukul 12 baru pulang. Mujur ada tuan telebisen menemani. Apa yang menarik sepanjang hujung minggu yang baru je berlalu?.. Well kebanyakannya hanyalah perkara biasa jerk - Di dapur all the time coz nak masak utk tetamu!. Adapun yang sedikit berbeza is, ke terminal KLIA dan serang Body Shop outlet sampai 2 kali... kerana diorang buat sale (10%-70% plus another 10% for members n staff) bukan bershopping pun tengah bulan kot, cuma Adik5 dan EJ beli beberapa barang sebagai hantaran, Alhamdulillah dapatlah beli satu dari hantaran tu. Ok jugak lah Discount yang diberi.
EJ dan Mamanya bertolak balik ke Kuantan dalam pukul 630 gitu. Lewat jugak la sebab EJ masih mengantuk disebabkan bola. Kalau tak kerana kerja hari ni, mesti lagi lewat dema balik. Cerita pasal bola. Abhi balik keje sebelum tu dalam kul 5. Pas tu borak2 dan tidur dalam pukul 12mlm, pukul 230pg bangun dan pukul 7pg terus g keje. Semua gara-gara bola. dan semalam balik keje pukul 8mlm dah ngantuk sangat terus tidur sampai pagi ni.

ok lah tu je nak update. dah tak tahu nak update apa lagi. Hujung minggu akan datang ni pulak Mak n Ayah akan datang ke rumah. So, tunggu la apa cerita pulak nanti. Hehehe.

Sekian
Wasalam

Are Ku r

Thursday, December 1, 2011

Hujung Minggu Yang baru berlalu...

Sekrang aku nak update tentang sejarah yang tercipta sepanjang hujung minggu yang memang panjang bagi aku bebaru nie... sejarahnya... dimana adik5 dah selamat bertunang dengan Ej. Siapa sangaka cinta hulur laksa kini dah dibawa ke satu peringkat lagi.... hehehe...

Selamat bertunang buat mereka... jaga ikatan ni baik-baik hingga ke jinjang pelamin. Dugaan kalau bertunang ni memang tak boleh nak cakap... agak memenatkan (pada aku la kan..hehehe) harap mereka dapat menempuhinya dengan bijak... heheheh.... Yang bestnya, ujian buat mereka datang sebelum sempat Ej sampai ke Kuantan lagi... hik hik hik Adik5 tercabar dengan seseorang yang dibawa Ej otw balik hari tu... kih kih kih lawak pun ada bila tengok adik5 marah... tak padan dengan contact lens hahahaha.... "tapi terus terang cakap memang adik5 cantik sangat bila make up!!" - pinjam ayat seseorang huhuuu.... Bagi adik3 dan Ns plak majlis tu adalah sebagai tanda majlis menyambut menantu... welcome to the family Ns yang sangat rajin... hik hik hik...

Majlis nya so-so coz mungkin sebab tetamu jemputan tak ramai... rasa skit lapang lah kami yang bekerja nie... harap-harap lepas ni ada peluang untuk buat kenduri besar pulak... insya'ALLAH.

Malam selepas kenduri kami dok borak2 sampai kul 2.30 pagi... seronok plak bila sesekali dapat peluang berkumpul dan beramah mesra macam tu... harap masa akan datang akan ada peluang untuk buat macam tu lagi.

Well... itulah hari sabtu dan standart seperti selalu hari ahad dan isnin yang kebetulan cuti umum adalah hari mengemas dan berkemas... hik hik hik letih litak satu family dihayun berkemas dari pagi hingga ke malam. Tapi hasilnya Alhamdulillah semua settle bila kami semua berangkat pulang... tinggal yang nak susun dalam almari je... dah abis 4 hari cuti.

Tapi kisah hujung minggu kami tak habis kat situ jer... hehehe dengan kuasa pada diri memasing.. kami ambil keputusan untuk tambah lagi satu hari cuti... hehehe... so hari selasa tu kami gunakan sebagai hari jalan-jalan... kami ke ***** untuk sesaja melepak adik beradik... kecuali adik2 yang dah mula kerja hari selasa tu.. Memula kami ke kedai Big E cari seluar huk huk huk... pas tu terus cari pusat snooker... kah kah kah.... boleh gitu?.. kami 3 orang perempuan dengan baju muslimah lengkap bertudung boleh masuk pusat snooker... yang lawaknya aku orang paling depan sekali yang masuk ke situ... dan apalagi langkah aku mati bila tetiba jadi tumpuan kah kah kah... mesti diorang ingat aku salah masuk kot hehehe... dan yang pelik bin ajaibnya kami tiga pun join main sekali... hehehehe Ns yang paling berbakat sekali... aku dan Adik5 sesaja cuba jerk hehehee... ^_~ selesai 2 game kami 3 keluar g karoke box... melalak 3 orang kat situ... nyanyi 3 lagu sorang... hik hik hik memang tak ada pekerjaan memasing... kami tinggalkan ***** kira-kira jam 2030... haaaa.... ambik kau nak keluar sangat kan... hihihiiii tapi tak pe kami enjoy... itu je lah aktiviti kami adik beradik... hehehehe...

So tutup cerita.... itu la pengalaman kami hujung minggu sudah... sekarang ni masa untuk kerja dan cari duit bebanyak so nanti dapat outing lagi...

Well terbuku dihati ada rasa rindu... kenapa yea?!!!

Thursday, November 24, 2011

Untuk tatapan 4 hari akan datang

Hari ni hari akhir untuk aku kerja sebelum cuti 4 hari...

Heheehe... berdebar jugak tunggu hari kenduri tu, biarpun bukan aku yang punya majlis... tapi selaku tuan rumah berdebar gak lah kan menanti hari tu...hehehehe... Hari ni ada sikit bosan dan sunyi... maklum Abhi belum sampai lagi... dan ada yang suka-suka wat sunyi pulak selepas buat bising 2 minggu nie... owhh baru 2 minggu rupanya rasa macam dah 2 tahun pulak... kah kah kah.... suka-suka yea... adoi yai....

Apapun kalau berkesempatan aku nak minta maaf coz aku tahu ada yang makan hati... heheheh (^_~) nakal.. !! tapi tak pe la ia hanya sekadar ucapan je pun lagipun bukan ada apa yang berubah dan di ubah kerana tak ada yang mengubah!.. apa nie? adehh....wat pening kepala mak mbong jerk...!!

Hahahaha... sekarang memang musim menulis something yang sangat memeningkan lah, aku pun tak tahu kenapa, ada idea yang mencurah-curah tapi sayangnya aku tak tahu nak menulis macamana... adoi...bahasa pun ada kurang... maaflah kepada pem-follow yang sudi baca blog ni tapi aku yang tukang update ni asyik dok merepek jer... oh ya ada satu nama, sebagai followers aku... tapi aku tak kenal... heheheh serius teringin nak kenal kerana dia (kalau bukan family members r kan..) adalah orang yang aku tak kenal lagi huhuhuuuu....

Aku ni kenapa yea? tapi tak kira la aku nak jugak taip ni.... aku rindu!!! kah kah kah... hari ni... balik dari opis baru leh nak lepaskan rindu untuk dia... lama dia hilang dari mata aku... ni kali yang pertama lepas raya... well rindu ni buat aku tak tentu hala... kah kah kah... rindu sangat gamaknya....

Dah la kot untuk hari ni dan untuk 4 hari yang akan datang.. lepas 4 hari baru aku leh update balik blog aku yang sunyi nie... oh ya tadi aku termiss call ke nombor seseorang... hik hik hik.... tak sengaja sebab no. dia lebih kureng no. En. Boss Manager... hehehehe... harap dia tak marah... sorry yea bonel, tak sengaja... kuang kuang kuang...

Friday, October 21, 2011

Update ker?

Assalamualaikum....




Rasa rindu nak update blog tapi tandus idea nak menulis... tentang apakah?... isu semasa?.. atau luahan rasa?.. hhmmm apa yea yang menarik untuk di suarakan?.. atau sekadar ayat-ayat basi yang dah selalu sangat di paparkan kat laman nie?.. well... (sambil senyum)


hhmmm... Semalam kami adik beradik g Alamanda Aku, Abhi, adik2, adik3, Ns, adik5, Ej & Bd yang datang agak lewat skit kerana kerja... Dah lama betul aku tak window shopping sesekali gitu seronok jugak..... tambah Abhi memang tengah dalam mood ceria.. habis semua orang kena usik... semua orang jadi tak kering gusi dibuatnya.. ada jer yang boleh dibuat lawak... memang ceria. Adik-adik jadi happy... hhhmmm aku tumpang happy tu.. dalam hati berdoa agar bahagia ini untuk selamanya... amin.


Tujuan asal adalah mencari barang-barang untuk hantaran si adik5 yang akan melansungkan pertunangannya hujung bulan November nanti... wah... tak lama lagi... Aku tumpang kegembiraan dia... sesungguhnya dia telah bersedia untuk diikat.. dan telah sedikit sebanyak bersiap untuk menjadi hak dan amanah Ej... teringat pada keindahan serupa beberapa tahun sudah... aku juga punya kesempatan yang sama... keluar mencari barang untuk persiapan majlis ... indah masa tu... maklum saja semua yang ada di hati hanya ada 1... khas dan eksklusif.. bahagia yang hanya ALLAH saja yang tahu..kenangan yang akan aku simpan baik-baik.


.......


Selesai mencari barang yang diperlukan kami ber"happy hour"... release tension sekejap kan bila dah reramai mcm tu memang seronok... malam baru kami keluar dari Alamanda... rugi rasa tak bawa kamera... memang dah agak lama aku mengidam amik gambar kat situ tapi setiap kali keluar ke sana sokmo lupa nak bawa kawan kecik tu hehehe.....


itu jer lah yang dapat aku update kat sini... well sebagai diari untuk aku buka semula nanti.. i guess... hehehe.....




Annyo blog


Wednesday, October 19, 2011

Seminggu sudeh....

Assalamualaikum...



Seminggu berlalu lagi... nampaknya memang ruang ini akan terisi bila tiba giliran selepas semiggu... sian blog aku ni dah la sunyi sepi tanpa kengkawan tuan punya pulak liat nak meng "update" kan isi...


Semalam dapat news dari adik-adik yang ada kat kl nun... adik2 n ns xcident... keta siap berpusing lagi habis la keta depan dan belakang... nasib baik... Alhamdulillah mereka 2 orang tak pape.. cuma bengkak di kepala jer.




Semalam gak aku terdengar lagu ni dan aku rasa tertarik ngan lagu nie... "tonight you belong to me"... kih kih kih... kenapa yea aku macam tersuka ngan lagu tu aku pun tak tahu tapi yang pasti aku suka. dan semalam gak aku layan lagi telemovie sesungguhnya... tapi hanya scene kat kolam renang tu jerk.... aku suka bila dengar Beto meluahkan perasaan dia tuh... kueng kueng kueng... ayat yang paling aku suka bila dia kata


"Saya sayangkan awak bila saya terpaksa lepaskan awak..."


hhhmmm... bisa mengundang air mata... dan jiwa aku terbang.... oopppsss.... jangan terbang jauh-jauh susah nak balik nanti... hehehe.... ok lah kot setakat ni jer yang mampu aku taipkan..




Oh ya... just nak share... my beloved cikgu (masa aku build up mydreamqaeid ni) akan berangkat ke Dublin hujung minggu ni untuk meneruskan tuntutan hidup sebagai seorang pelajar... sikit pesanan buat beliau...


Jadikan ia peluang dan ruang untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dan pelajaran untuk bekalan di masa hadapan. Jangan jadikan perkara kecil sebagai penghalang kejayaan. Hidup menuntut kita melalui semua yang tak pernah kita fikir untuk lalui.... inilah pelengkap perkataan HIDUP mu... Live a Life... feel it with full of ur heart... Ingat akan Yang Maha Esa.. Pemudah bagi setiap kesukaran.. Andai rasa ingin tersungkur dan rebah ingatlah ALLAH sentiasa ada untuk kita manusia... Jangan lupa diri kerana bila kita lupa diri kita akan melupakan DIA.... belajar dan hidup baik-baik....




Ok blog annyo.....

Monday, May 9, 2011

Assalamualaikum,




Dear my blog, hari nie nak cerita tentang kisah hari-hari yang baru je berlalu... kisah hujung minggu aku di rumah...




Apa yang menarik ialah, minggu ni rumah aku jadi pilihan sekalian adinda-adinda ku untuk berkumpul, kecuali adik 2 kerana g bercuti ngan family suaminya...




Tak adalah peristiwa yang besar terjadi pun, berjalan?.. hhmmm uniknya kali ni kami hanya di rumah, macam tak caya 2 hari berlalu dan kami hanya stay kat rumah jer.... cuma malam sabtu tu keluar g downtown cheras saja menjalan-jalan diri...




Apa yang menariknya nak aku kongsikan ialah aku rasa gumbira tahap gaban bila tengok dema makan.... huhuhu... bukan lah kerana masakan tu sedap sangat tapi mungkin sebab dema tak pernah makan masakan macam tu, itu yang selera sangat tu... aku pulak yang jadi kenyang bila tengok adik-adik makan ngan berselera sekali. Aku masak apa? well hari sabtu tu aku masak tom yam campur, ikan sumbat dan gorang ikan masin bawang pedas... adik3 tak berapa suka ngan tom yam, tapi dia tambah sampai 3 kali... tu dia... penangan ikan masin bawang pedas... dan ikan goreng.... yang lain bertambah gak la tp 2 kali sorng je... esok nya as per request dr Abhi n adik4 aku masak ayam kicap limau, adik3 request lagi nak ikan sumbat tu... buat lagi tp version pedas sikit... dan untuk makan malam adik3 g beli ikan masin pulak dan suruh masak yang sama lagi... huhuhu... sama je lauk cuma main menu ada lain skit... sayur mayur tak de yea kebetulan ada tinggalan tom yam semalamnya tu... makan yang tu je lah...




Seronok gile dapat makan ngan berselera... bak kata Abhi rezeki ALLAH kongsi sama-sama. Nantilah ada masa dan rezeki esok-esok kita berkumpul lagi dan makan.... mesti best kan...




Adik5 diulit bahagia hujung minggu ni... bercahaya wajahnya... huhuhuhuu... sayang EJ........






Tuesday, April 5, 2011

Hujung Minggu sudah...




My dearest Blog n others (if there is!!...huhuuhuhu....)



Hari nie aku nak update tentang kisah hujung minggu yang lepas... well agak menarik dan agak "milo fuze"!! huhuhu... semuanya bermula petang sabtu...

Hari jumaat tu ramai yang tanya tak balik kampung ke minggu nie... aku cakap tak coz nak mencuci pakaian yang dah seminggu aku longgokkan khas untuk dicuci pada hujung minggu.. so ok lah semua pun terima.. suddenly sabtu petang tu adik3 call ajak g tengok football match (N9 lwn Terengganu) wah... tentu-tentulah kena g tengok tambah best bila Abhi ada support team untuk sokong team Terengganu... mana taknya Ej datang dari jauh semata nak sokong Terengganu walaupun dia kata dia sokong N9...



Kami sampai agak lewat... dan dema yang dari kampung.... adik3, ns, adik4, um, adik5, ej, adik6, dju, sampai dulu dan purchase the ticket utk kami... wawawaaa... dah lama sangat rasanya tak masuk stadium nie... huhuhu, sampai jer game dah start huhuhuuu... tulah salah dema tu jugak dah nak gerak baru nak sound... ce sound awal-awal leh la sampai awai...



Nah ni antara koleksi yang berjaya dikumpul oleh my beloved Abhi sepanjang kami menonton kat sana....






N9 jersi kuning Trengganu jersi putih

(ikut warna bendera negeri memasing)










ni skor masa 1st half... semangat giler n9 masa nie...








huhuhu... nie la keputusan nya diakhir masa... kah kah kah seri la pulok









suasana masa semua orang nk balik..

ha.. kan dah jammed... apesal la suke ngat nk bersesak-sesak??!!










ha... amacam ramai tak? leh tak spot we all??hehehe



So sebelum keluar dari stadium tu disebabkan dah lama sangat tak masuk stadium tu kan so kami pun posing la... tapi dengan keciwanya... hasilnya....



well...well...well.... time ni la plak camera tu wat hal...

awat gambaq tu jd cam nie? ^_^



Abis je bola kami terus shoot balik kampung... hahaha.... lepak kat kedai makan punya lah lama sampai kul 2 kot baru sampai umah huhuhuhu.... kaki bersoko sungguh kami nie...



Hari ahad, pagi n tghari cam besa tak de pe yang menarik... tengah dok elok posing lepak-lepak entah datang dari mana si adik3 kluar ngan idea "jom g mandi jeram..." huhuhhu... dengan cuaca panas terik tu memang syok kalau dapat berendam dalam air yang sejuk... Abhi ok jer.. apalagi call adik5, Ej n adik6 yang baru je keluar rumah nak g jenjalan suruh patah balik nak g jeram... kami pilih g jeram tengkek.. peh... semangat...



bestttt mandi manda... nah ni pulak koleksi yang sempat Abhi snap masa kat sana...









lokasi ni agak jauh skit dari tempat parking tapi tak pe kan ada trak pejalan kaki tu..

best oo panorama hutan nie..














pics nie hasil kerja keras Abhi lepas panjat batu-batuan yang banyak kat area air terjun














nie lah air terjun yang jadi tempat kami berkubang petang tu..

best kan... pergghhh karen tu...






yang nie area kat bawah... oklah buat yang tak larat nak naik ke atas kan... hehehe








indahnya alam ciptaan ALLAH






gambar masa nak balik.... ke zaman dolu-dolu

agaknye macam nie la rupenye Jeram Tengkek ni 20-30 thn dulu kot!!??






otw balik... hehehee...



Tu je lah photo yang dapat aku kongsikan blog... hehehe...

Balik kat my story... malam tu pulak kami g asah bakat kat Karaoke... hehhehe... tp event yang tu tak de pikas... coz agak marabahaya... bukan apa demi menjaga senCTVT sesetengah pihak.. ok blog tu je lah utk N3 nie....



Hujung minggu yang tak kureng menariknya.... so senyummmmmmmmm =-)




Monday, March 28, 2011

Holiday.....




Hai Blog....



Lama kan aku tinggalkan kau... hehhee... nak wat macamana aku g bercuti ngan the whole family aku blog... seronok gila... walaupun kali ni da masuk kali ketiga aku g langkawi... tapi macam first time plak mungkin sebab kali ni istimewa sikit.... dengan family aku kan... sebab tu la kot...



hhhmmm apa aku nak update pun aku tak tahu... macam banyak nak cerita cuma tak jumpa apa ayat yang sesuai untuk aku mulakan penceritaan nie... well i guess kena tunggu dulu kot... tunggu sampai aku ada ide untuk menulis... nanti aku come back ngan crita sepanjang musim indah percutian kami yea blog.....



tungggguuuuuuu...... sambil senyum...

Sunday, March 13, 2011

Last week @ this time....




Last week at this time aku wat pe yea? entahlah aku pun tak berapa nak ingat tapi hari nie at this time aku nak crita sebuah kisah yang aku simpan seminggu lamanya... kisah adik5 di risik... wah.... kelam kabut hari tu aku masih ingat lagi... heheheh dia goreng taugeh... lupa nak campur tauhu... bila dah siap senduk dalam piring baru dia ingat... alamak lupa letak tauhu nya.... kami gelak jerk... memang tak tentu perasaan gamaknya... aku n dia kena aktif sikit coz kena ganti keje adik2 yang mendapat mandat berehad...gara-gara dalam pantang... nasib ada tenaga tambahan dari kazen yang juga chef hari tu huhuhuu.....

Bila tengok dia aku teringat masa aku dulu... macam tu la jugak cuma yang bezanya masa aku dulu hanya mak n abah yang datang... adik2 mak ayah n adik beradik... dan bila tiba giliran adik5 nie dengan mak cik-mak cik n pak cik-pak cik dia sekali turun...ha tu dia....

Alhamdulillah, selain lauk taugeh yang lupa nak letak tauhu tu... tak de apa yang kureng... semua in order.... semua berjalan lancar.... maklumlah ini yang ketiga... insya'ALLAH yang terakhir utk kami adik beradik menerima rombongan merisik... yang lain kena g merisik pulak... hhahahaa... hhhmm rombongan sampai dalam jam 12 lebih... walaupun kalau ikut janjinya dalam 1230 ke pukul 1... hehehe mesti EJ dah tak sabar nak sampai... n settlekan cepat... perbincangan pun bermula... semua ada kat depan... Ayah Mak Atok Abhi Adik3 n BD suami adik2, cuma adik4 yang tak boleh serta kat depan kerana masalah peribadi... pastu boleh plak bagi alasan nak teman EJ kat dapur... huhuhu...memacam... apa yang menarik sesi merisik kali nie diserikan lagi dengan acara menyarung cincin tanya ke jari adik5, well kami dulu tak rasa plak disarungkan cincin masa merisik... tapi yang ni unik sikit... hhhmmm seram sejuk adik5 menghulur jemari halus utk disarungkan cincin...

Selesai bincang dan dapat kata sepakat, kami hulurkan dulang makan... dan dengan aman mereka makan selesai makan mereka meminta diri utk pulang... berakhir la sesi merisik part3 ... well majlis nye?... hhmm kalau ikut pada persetujuan mereka nak marasai zaman bertunangan dahulu.... dan insya'ALLAH majlis nye akan diadakan pada bulan november nanti... well aku akan sibuk nampaknya... ni tak cite tentang adik3 lagi... hhmmm semoga semuanya akan berjalan lancar...

Bila semua dah selesai aku n adik5 meneruskan pekerjaan kami kat dapur... hhehehehe... jari dia dah ada cincin... tapi nasib baik tak berat nak angkat tangan... huhuhuu...

Okaylah Blog tu je...



Sampai aku update lagi...



Na Khanda...



dia dapat cincin so sebagai tanda suka .... SENYUM...

Wednesday, February 9, 2011

Kisah nyee....



Hmm blog aku baru jer dapat rehat hari nie semalam lansung aku tak de masa utk menaip walaupun banyak benda aku nak cerita ngan kau blog... heheheee... maklum lah semalam first day keje lepas kira2 5 hari cuti deyyy....
skung nie aku rasa keluarga aku nie tengah dilanda musim sedih kot blog... yealah semua yang jadi lately nie memang mengundang kesedihan... well.... ALLAH dah tentukan jalan terbaik kan so kami terima jer... demi meneruskan kehidupan...
Adik2 alami kehilangan... bukan dia saja yang kehilangan... kami yang lain pun merasainya... moga ada semangat dalam diri yang boleh membuat dia bertahan.. sering kali aku jadikan diri dan nasib aku sebagai contoh supaya dia tak rasa patah hati....Aku dapat rasakan semua orang pun macam hilang harapan, maklumlah ini lah yang mereka tunggu sejak sekian lama.. aku? entah lah aku mohon gak agar aku juga punya peluang dan ruang untuk merasai saat indah dan dimanjakan bila "membawa seseorang bersamaku" tapi setakat ni aku pun belum pasti... yang pasti ALLAH tak pernah kejam dengan mahlukNya... aku sabar semua ni ujian dariNya nak melihat bagaimana aku... Abhi... dan seisi family menerima keadaan ini.. Aku Pasrah... Adik2 pernah kata mak berharap sangat dgn yang ini... hhhmmm kesian semua orang... dah macam ada peluang tapi tak pulak kesampaian..... sedih kan blog, memang aku kata sedih lately ni memang menyedihkan tau.... hhhmmm kenapa yea blog? nie tak masuk lagi cerita pasal manusia yang sentiasa menyesakan pemikiran dan kehidupan kami yang memang kengkadang sesak!! Dush... rasa cam nak terbalik pun ada bila teringat tentang tu... maaflah blog aku tak mampu nak bercerita tentang itu... biarlah ia jadi rahsia aku dan sesiapa di keliling aku yang sedia tahu... aku tak nak ia jadi fitnah... apapun memang aku blom tergamak nak bercerita ttg itu lagi... biarlah beliau begitu selagi beliau mampu.. ALLAH punya kuasa yang maha besar dan luas... kalau beliau rasa teringin cium bau syurga... pandai2lah beliau bertaubat... mohon ampun dan maaf kepada yang di aniaya!...
Hujung minggu yang sudah blog aku cuti lama... tapi nak wat macamana kan the last day of my cuti aku bley kata seharian duk lam keta....
hhhmmm start jam 330pg hingga ke 1230pg berikutnya... heheheheh sesekali fikir balik rasa kelakar pun ada gak.. dgn badan penat otak penat perggghhhhh....semua dalam satu...
Apapun terima kasih sangat2 buat Abhi yang sentiasa sedia berkorban demi untuk aku dan family.... Aku sayang dia blog....
Ok lah cukuplah pengakuan aku yang satu tu, well kalau tak bagitau pun semua pun maklum.... ^_^

Senyumlah ketika sedang diuji!....

Tuesday, January 4, 2011

My First Post in New Year..2011



Hmmm hari nie dah empat hari berlalu untuk tahun 2011... see.... so fast.... semalam adik 6 kecayangan ku g melapor diri ikuti PLKN hhmmmm... sedih gak rasa tapi tak sesedih mak... sian mak... selama ni adik 6 adalah orang yang setia menemani mak skung mak tinggal ngan adik 5 jer nasib si manis tu ada kalau tak jenuh kami risau kat mak...
Pagi nie first day keje untuk tahun 2011 nie biasa jerk belum jumpa yang Xtra ordinary lagik... tak tau la esok lusa ker kan kan kan... so tunggu tahun ni lama lagi... (tapi sekejap sebenarnya)..
entah aku tandus idea nie.. tapi nak menaip gak may be ari tu sepanjang tempoh beberapa hari aku tak menaip so rasa gian nak menaip... ok lah nanti aku fikir apa lagi nak update.... and i'll get back to you my lovely snoweeeee blog.....
ggggrrrrrrrrrr............

sejuknya...... tapi walau pun macam tu....
senyumlah......

Tuesday, November 23, 2010

Post baru.....

Assalamualaikum,
Ini adalah post terbaru setelah agak lama (3 hari) aku tinggalkan blog nie.... bukan apa banyak sangat acara hujung minggu yang aku kena ikuti, terbaru acara "mengacau" yang diakhiri dengan episod adik 5 "dikacau" oleh makhluk dari alam jiran.....
hhhmmmmmm hujung minggu yang menarik tak kurang juga surprise nye... Terngiang-ngiang pesan Abhi "Ingat-ingat yea, baca ayat Kursi banyak2 dan tiup kat dada, kalau nampak apa-apa jangan tegur buat tak tau jer..."
hehehehe... Terima Kasih buat Abhi yang sentiasa ada disisi mengingatkan apa yang aku sering lupa. Seketika aku rasa takut tapi berani kerana ada Abhi.
Berakhir hujung minggu hari Isnin (semalam) aku dapat tengok senyuman manis adik 5, suaranya pun dah ada kembali, setelah seharian seram suram dan sunyi pada hari ahad tu.
Terulang semula kisah malam minggu tu..... naik saja ke rumah aku tengok adik 5 mengigil ketakutan disisinya adik 2 dan adik 6 rapat memberi semangat. sebetulnya aku tak tahu menahu pun apa sebenarnya yang berlaku setelah di fahamkan oleh adik 2 tahulah aku rupanya adik 5 ku yang genit ni telah nampak entiti yang berasal dari alam jiran. basah matanya, sungguh dia takut, adik 4 merapati memeluk adik 5 dan memberi sedikit sebanyak ayat2 yang mampu buat adik 5 lega. tapi belum ada kurangnya. datang pula adik 3 (dalam kami ber6 dia adalah yang paling berani - mungkin mewarisi keberanian ayah) juga dalam reaksi dan posisi yang sama memeluk erat adiknya meniup semangat dan keberanian barangkali. Abhi hanya memandang mungkin menilai dari sudut pandangannya apa yang dilalui adik 5, Ej teman adik 5 yang juga bakal ahli keluarga kami tak bersuara, mungkin gundah melihar air mata adik 5 nak dipujuk sepertimana abang2 yang lain dia tak mampu, agama dan adat masih dihadapan. Sesekali dia rapat memberi kata semangat untuk si kekasih, kesian Ej, tujuannya datang untuk bertemu buah hati yang ceria tapi yang dilihat hanya air mata.....
Sedikit kisah mereka, entah apa tapi menariknya kisah mereka ialah, bercinta dengan sms dan hanya berjumpa bila Ej datang ke rumah mak dan ayah di kampung. mereka tak pernah berjumpa di tempat lain melainkan di kampung. Bila berjauhan mereka akan hanya berSMS atau kadang-kadang berbual di phone, mungkin kerana jarak mereka selesa begitu.
Kembali ke malam minggu itu.... Adik 4 call dan mengesa ayah balik ke rumah dengan segera. bimbang tengok aik perempuannya ketakutan begitu. Ayah sampai dan terus kehadapan rumah menemui adik dan adik2 yang lain, aku di dapur bersama mak, dari mak kami berpakat merahsiakan perkara adik 5 bukan apa takut mak pun terikut takut, kerana mak sangat kami kenali dengan lemah semangatnya....
Aku tak tengok apa yang ayah buat untuk pulihkan semangat adik 5 kerana aku bersama mak sepanjang masa menyoal itu dan ini supaya apa yang berlaku tak disedari. Tapi kata adik 2 ku, sampai satu tahap adik 5 tak boleh berdiri dia rebah tapi sempat di tahan adik 3. tapi sesudah itu dia beransur pulih, cuma masih ada rasa takut tapi tak lagi sesedih sebelumnya. Malam itu dia lansung tak boleh tidur mujurlah adik2 lelakiku menahan mata bergurau senda (memang menjadi aktiviti tetap tiap kali balik kampung).. sedikit sebanyak adik 5 rasa sentiasa ada orang bersamanya. Pagi ahad dia seperti orang lain muka pusat bercakap pun tak nak, dia diam membisu cuma duduk dan termenung sesekali dia oles senyum di bibir bila aku buat lawak... pagi tu jugak mak tahu apa masalah sebenar malam itu. kesian mak, tapi kami buat untuk kebaikan mak juga. kami kan sayang kat mak.
hhhmmmm pengalaman baru untuk satu hujung minggu yang penuh dengan perasaan yang bebagai-bagai.....

ok nanti aku tulis lagi...
salam,..... dan senyumlah walaupun dalam ketakutan.........