About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Monday, May 27, 2013

Untuk Afif_Kenangan Hari Kelima

Dalam perjalanan pulang petang tu, Abhi bersuara, Dia mengadu dengan Ummi, dia tak puas lagi melayan Afif, dia tak puas lagi main dengan Afif, memang la masa di kampung Afif sibuk dilayan mereka-mereka yang lain sehingga peluang Abhi menjadi kurang. Kesian pulak Ummi dengar,

So, Abhi tanya kalau Ummi boleh cuti esok, dan Ummi ambil keputusan - tak apa lah demi Afif...

Kami ambil keputusan untuk jaga Afif untuk sehari lagi... Ummi kalau boleh nak jaga Afif selamanya.. tapi . . Ummi kena sedar diri... kena selalu ingatkan diri..
Abhi tak lepas peluang bermain denga Afif semahunya.. Lepas puas bermain Afif tidur, rutin biasa kita bangun sekitar 3 - 4 pagi untuk susu dan tukar lampin.

Pagi tu Ummi tersedar dengan regekan Afif, Ummi bangun masa tu dalam jam 530 pagi, Afif merengek, Ummi tengok lampin baru tukar.. kemudian, Ummi sorong teman baik Afif ke mulut comel Afif. tapi tak lama selepas tu, Afif merengek lagi. Ummi kira Afif lapar. Ummi suakan susu, dan Afif minum, kemudia lena kembali.
Dalam jam 8 Afif merengek lagi, Ummi cuba dodoi supaya Afif tidur semula, tapi Afif menangis. Ummi angkat Afif, sejurus lepas Afif sampai ke pangkuan Ummi, Afif muntah, banyak sekali... Ummi jadi panik, Abhi pun terkejut dan terus terbangun. Banyak sekali muntah Afif di katil Ummi. Segera Ummi bangun dan bawa Afif keluar dengan badan Ummi yang separuh menggigil... takutnya Ummi Nak... kenapa dengan Afif?.. kemudian Ummi notice badan Afif sedikit panas. Ummi tahu Afif tak sihat... Ragam Afif pun lain macam pagi tu.. semua tak kena dan asyik nak nangis je.. Ummi dan Abhi gilir-gilir pegang Afif. Ummi jadi sedih bila tengok Afif macam tu. Hilang senyum Afif..

Ummi call Tok Mak untuk minta petua apa yang patut Ummi buat bagi merawat demam Afif yang semakin panas. - Bayangkan panasnya bila Ummi letak cool fever, gel cool fever tu pun jadi panas!! Tok Mak kata jaram dengan air asam - which is Ummi dah cuba.. tapi masih belum berjaya kurangkan panas badan Afif. dan kemudian, Tok Ayah menyampuk minta Ummi hantarkan Afif ke Klinik.

Dan kemudia sedang kita tengah tunggu Abhi bersiap, Afif muntah sekali lagi, kali ni Afif siram Ummi pulak, sekali lagi Ummi rasa darah Ummi kering... kita ke Klinik selepas singgah ambil Kanda Afif di rumah Ayah Bob. Di klinik doktor yang rawat Afif kata suhu badan Afif memang sangat panas. dan doktor nak redakan panas dengan ubat melalui punggung Afif. Sian anak Ummi. Nangis bila ubat dah masuk sampai nak pakai lampin pun susah.. kena Abhi tarik perhatian Afif sambil Ummi pakaikan lampin Afif. Kesiannya Ummi tengok anak Ummi sakit macam tu. Selesai urusan di klinik, kita berpusing 1 nilai mencari apa yang patut, lepas tu pergi cari makan untuk Abhi Ummi dan Kanda Afif. Masa tengah tunggu makanan yang di 'order' siap Afif bangun dari tidur, demam Afif pun Alhamdulillah dah kebah. Afif dah senyum dan main seperti biasa. Lega hati Ummi Nak. Lega sangat.

On the way balik ke rumah, Afif lena lagi. mungkin kesan ubat tadi. tidur Afif dalam senyum, buat hati Ummi jatuh melepet ke jalan...

Sampai di rumah, Afif sedar dan main, kami gilir-gilir temankan Afif dan makan. Cukup time tibalah masa untuk Afif makan ubat antibiotik yang dibekalkan doktor. Ummi pegang Afif dan Abhi yang akan suapkan ubat. Ummi tak berani nak bagi Afif ubat sebab Ummi tak sampai hati nak paksa anak Ummi. Abhi pun jadi marah dengan Ummi.. dia kata .."La, awak ni kalau nak dia sihat kenalah paksa sikit!!" uitt... tapi Ummi tak sampai hati nak paksa Afif... Heeee.... Abhi suruh Ummi peluk tangan Afif supaya tak capai ubat yang Abhi akan suap. Ummi ikut je, sebab Ummi nak anak Ummi betul-betul sembuh. Itulah payah yang pertama Ummi rasa Nak... susah nye nak Ummi paksa anak Ummi makan ubat yang tak sedap tu... Ummi siap rasa lagi ubat tu.. kalau Ummi pun rasa tak sedap apa lagilah anak Ummi rasa kan... Kesian nya...

Lepas tu Afif banyak habiskan masa dengan tidur, sampai masa Ummi hantar Afif pun, Afif tidur. Lena sanagt.. kesian Ummi tengok Afif kena layan ubat tu. Tapi, sampai je kat Cheras, Afif jaga dan boleh main macam biasa, lega hati Ummi... tapi walang gelora nak berpisah dengan anak Ummi yang seorang ni, hanya ALLAH yang maha mengetahui. Ummi kuatkan hati. Sebab Ummi cakap dengan diri sendiri.. Nanti cuti Ummi akan jemput Afif lagi.

Dan Ummi tinggalkan Afif pada Ibu Afif... Ummi serah semua baju dan brg yang dibekalkan pada Ummi sebelum ni...
tapi, Ummi tak beritahu sesiapa, pada Ummi ada sepasang baju Afif yang Ummi tak cuci, Ummi simpan bawah bantal Ummi, buat penawar rindu Ummi... walau Ummi tahu bau Afif tak akan kekal lama kat situ, tapi Ummi tetap nekad nak simpan bawah bantal Ummi sebab Ummi tahu... Ummi akan rindu Afif...

Sunday, May 26, 2013

Untuk Afif_Kenangan Hari Keempat

Masa untuk Ummi sediakan susu dan tukar lampin, tak jauh berbeza dari malam-malam sebelum ni, walaupun masa ada dikampung adalah masa untuk Ummi tidur nyenyak tapi, kerana kasih yang tumpah untuk Afif. Tak susah pun untuk Ummi bangun dan ke dapur. Dah la Tok Ayah dan Tok Mak tidur kat luar juga.. tapi tak pe... apak-apak yang lain ada sebab ada ball.

Pagi tu Ummi tak sedar bila Afif jaga dari tidur, tapi Afif berpusing dan tepuk muka Ummi, macam mengejutkan Ummi pulak, Nape tak buat kat Abhi macam tu ye?.. Heheheeee... Tak pe sayang Ummi suka, Afif bangun, duduk atas Kanda yang tengah lena.. lepas tu kita ke dapur, tengok Tok Mak yang dah start sibuk. Rupanya dia dah siap tanak bubur untuk Afif.. Bukan main special lagi layanan yang anak Ummi dapat. Sebab semua orang pun jatuh hati dengan Afif.

Hari ni pun sama macam semalam, semua orang bergilir-gilir pegang Afif.. Sampaikan Mama Zati tukar profesion - jadi penjual ais krim, kerana Afif.

Afif anak Ummi,
Petang tu, kita bersiap untuk pulang.. dah sampai masa untuk balik ke sepang, dan kemungkinan Ummi kena hantar Afif balik ke pangkuan Ibu Afif hari ni.
Tok Mak orang yang paling sentap. Belum apa-apa dia dah nangis, dia jemput sekali air mata Mama Chik.. Ummi?!.. Ummi dah memang menangis dari awal tapi, hanya dalam hati. Bila semua dah siap dan masa untuk kita berlepas. Ummi salam semua orang, Semua nak cium Afif yang tengah lena. Sikit pun tak bergerak. Bila tiba turn Tok Mak cium Afif, yang dalam dukungan Ummi, Tok Mak menangis hiba hati Ummi Nak... masa tu Ummi sedar anak dalam dukungan Ummi sekarang, tak boleh jadi milik Ummi selamanya. Ummi kena sedar diri Ummi. Secara spontan Ummi jadi sedih sendiri. Air mata laju je melintasi pipi. tak cukup dengan tu, Ummi rasa tersedu-sedan juga kerana rasa sedih.. hakikat bahawa Ummi kena hantar Afif balik..

Rupanya dalam tak sedar Ummi perasan hati insan yang seorang ni.. Dia turut sama pilu dan sedih, tapi tak dizahirkan.. Kuatnya hati dia.. Itulah istimewanya dia... siapa?.. Abhi Afif lah siapa lagi...


To Be Continue

Saturday, May 25, 2013

Untuk Afif_Kenangan Hari Ketiga

Awal pagi Ummi seakan dah terbiasa pulak, sentiasa bersedia untuk bangun siapkan susu dan lampin Afif. Tidur Afif cantik sangat. Abhi masih kena kerja pagi tu, kesian pulak, masa ada Afif dia sibuk kena kerja. Lepas bersiap dan cium Afif, Abhi berangkat ke tempat kerja. Tinggal lagi kita berdua.

Masa bangun Ummi dapat rasa badan Afif sedikit panas, Ummi jadi bimbang sendiri, Afif anak Ummi demam?!.. Walaupun tak sihat anak Ummi tak buat perangai pun, tetap dengan senyum yang mampu buat Ummi gila bayang. Bila Afif tidur semula pagi tu Ummi ambil tuala dan letak di dahi Afif, kesian anak Ummi demam, Ummi call dan msg Abhi, kata Afif demam. Abhi jadi risau, tapi sebab sibuk dan takut kalau-kalau dia balik ke rumah, dia tak dapat nak ke office semula, so, Abhi tak balik tengok anak Ummi demam.

Alhamdulillah, lepas bangun tidur tu, Afif jadi sihat kembali, badan dah sejuk dan main macam biasa, Aktif seperti sedia kala. Barulah Ummi dapat bernafas dengan tenang. Rutin kita sama macam semalam, Makan, Minum susu, Main dan tidur... Ummi rasa seronok sangat bila Afif happy. sebab happy Afif boleh mendatangkan bahagia pada Ummi.

Petang tu masa Abhi balik, sama macam semalam, Afif tenung pintu, bila terkuak je nampak muka Abhi, terus Afif merangkak laju tuju ke pintu. Ummi nampak macam Afif kejar Abhi pulak, bezanya cuma Afif mengejar sambil merangkak dan bukan berdiri. Abhi la orang yang paling happy, bila dia balik dari kerja dan tengah penat-penat ada insan yang menunggu dia dengn senyuman manja.. confirm hilang penat dia seharian bekerja... Afif melonjak-lonjak minta Abhi dukung... Abhi pun dukung dan layan Afif semahunya... petang tu Abhi bawa kita balik kampung... semua pun berbungga dihati nak jumpa Afif.

Sampai di kampung. hari dah mula senja. Bila Abhi turun kereta dan bagi salam semua ke pintu untuk sambut Afif. Abah Alang suruh Ummi bawa Afif masuk ek rumah cepat sebab hari dh senja. Ummi bawa Afif naik kerumah. terus disambut Mama Chik. Dia sangat teruja dan bawa Afif dalam pelukannya.. Sungguh saat itu Ummi rasa Afif anak Ummi... Mama Chik bawa Afifmterus ke dapur untuk berjumpa dengan Tok Mak. Jangan terkejut ye 'Nak'! Tok Mak terlalu sedih bila tengok Afif.. Lama dia tunggu untuk punya cucu tapi kesian Tok Mak belom ada rezeki dia dan Tok Ayah untuk bercucu... Semua pakat pegang Afif lepas sorang-sorang... Mama Chik baw ke Babah Chik... datang pulak Mama Zati bawa Afif ke Ayah Bob.. lepas tu Mak Yang bawa ke Abah Lang... tak ketinggalan Kanda pun nak dukung Afif.. Tok Mal dan Tok Ayah tak payah cakaplah...

Lepas disusukan Afif mula tidur... mungkin bagi peluang untuk Abhi dan Ummi untuk makan dan berehat. Selesai makan kami bersantai sambil menonton... dan mata kami bukanlah kearah tv... tapi si comel yang buat semua hati bergolek-golek jatuh ke bawah.. Afif main sungguh-sungguh malam tu... ke kiri ke kanan... bahagia betul dpt tanah luas yea sayang.

Malam tu Afif tidur dengan senang... mungkin penat melayan kerenah mereka yang suka bermain dengan Afif kan...


To Be Continue

Friday, May 24, 2013

Untuk Afif_Kenangan Hari Kedua

Jam 4 pagi Ummi tersedar bila Afif mula merengek kecil.. lampin penuh.. dan mesti lapar susu. Tanpa paksa Ummi bangun untuk bancuh susu. Ngantuk memang ngantuk tapi demi ALLAH tak berat lansung rasanya saat kena bangun awal sebegitu hanya untuk bancuh susu untuk anak Ummi. Ummi pesan dengan Abhi.. jaga anak yea, sayang nak buatkan susu.. Abhi dalam kelat mata.. perlahan bawa Afif dalam pelukan dia. Ummi tahu Afif akan selamat disitu.. kerana itu juga tempat Ummi merasa paling selamat!.. Selepas tukarkan lampin, Ummi susukan Afif.. dan Afif lena semula. Hingga ke pagi.. Hari tu Abhi kena pergi kerja, Jadi Ummi bangun untuk rutin Ummi yang biasa. Kejut Abhi. Abhi bangun dan cium Afif. Bersiap dan berlepas ke tempat kerja. Ummi pulak tak tidor dah seperti hari-hari cuti sebelum ni,  terus ke depan mengemas rumah, dan lari-lari ke dapur untuk tanak bubur Afif dan tambah stock untuk air panas nanti senang nak bancuh susu. Semua yang Ummi buat hari itu semuanya sebab Afif. Disebabkan Afif tinggal seorang jadi Ummi tak berani tinggalkan Afif lama-lama, bimbang Afif terjaga dan merangkak sendiri.
Lepas settle apa yang patut.. Ummi sediakan stok susu untuk anak Ummi tu. Tak lama lepas tu Ummi dengar rengekan Afif, Ummi datang dekat, cuba untuk tidurkan Afif semula, tapi Afif terus angkat kepala dan senyum dengan mata bulat tu.. Aduh.. pagi lagi dah buat hati Ummi tergolek dengan senyuman Afif, Ummi bawa Afif keluar, depan tv. Ummi letak Afif dibawah dan Afif mula bermain... pusing satu kawasan. panjat kat sofa sini, lepas tu tolong kemas dekat kotak buku... bila Ummi tinggalkan Afif seorang Afif mula tunjuk protes tak mahu tinggal sendiri... jadinya Ummi akan dukung Afif dan bawa Afif kemana pun Ummi pergi. Yealah Ummi faham, mungkin sebab rumah asing pada Afif. Semua baik hari tu... Abhi msg dan chat dengan Ummi, tanya Afif,

Pagi tu, Ayah Bob datang dengan Mama Zati, Ummi yang minta mereka datang, untuk jumpa Afif.. Biar mereka nilai sendiri macamana Afif.. Sampai je mereka Afif sikit pun tak takut.. Bila Mama Zati dukung Afif senyum. Bila Ayah Bob agah Afif berkekek gelak.. terlepas lagi hati Ummi ke bawah.. Yang bestnya, bila Ayah Bob bercakap dengan suara yang agak kuat Afif jadi takut dan mula menangis.. mula tu Mama zati pujuk Afif Ok.. Bila Ayah Bob buat sekali lagi (Tak sengaja pun.. cuma suara Ayah Bob tu macam badan dia jugak..) Afif sekali lagi sedih... Tapi tak mahu dipujuk... Ummi ambil Afif dari Mama Zati bawa Afif dalam pelukan Ummi dan cakap "ok.. ok Ummi ada sini.. jahat Ayah Bob ni..." Afif pandai diam. melambung 'Nak' hati Ummi kala tu. Hari tu Ummi bagi Afif makan bubur, Ummi suapkan nestum, Ummi bagi susu, kita main sama-sama gelak dan gelak dan gelak.. bila mengantuk, Afif tidur, Ummi pun ikot sama, tidur disisi Afif... sangat best!! Ummi upload gambar dan aksi Afif dalam "wechat-group" Zuana. Disebabkan semua ada kat kampung masa tu, semua request minta Ummi bawa Afif balik. Nak "uli" Afif kata Tok Mak.

Lewat petang Abhi balik, bila ada bunyi kat pintu Afif terus pandang ke pintu.. gaya macam menunggu seseorang lagaknya.. heheheee... Ummi ingat lagi macamana muka Afif masa tu, Bila Abhi kuak pintu, dan Afif nampak wajah Abhi, Afif terus senyum, memang kenal dengan Abhi ya?!.. Berbunga hati Ummi masa tu. Tambah-tambah Abhi pulak mengagah Afif. Tak lekang senyum d bibir anak Ummi. Malam tu Ummi dapat pelepasan untuk tak payah memasak. Abhi decide nak keluar belikan makanan. Bila Abhi keluar je dari pintu Afif mula pandang x mo lepas... Bila Abhi hilang, Afif merangkak ke arah pintu.. Ummi tahu, mesti Afif nak ikot Abhi sekali. Ummi tahan Abhi dan kita follow Abhi ke kedai belakang untuk tapau makanan. Asal Abhi turun kereta, Afif mesti nak ikot sekali. Jelous nya Ummi 'Nak'... tapi tak pe, Sebab malam tu bila Afif nak tidur Afif akan cari Ummi untuk susu dan tidur. Tidur malam tu tak lagi susah, mungkin Afif dah biasa dengan rumah Ummi.


To Be Continue

Thursday, May 23, 2013

Untuk Afif_Kenangan Hari pertama.

Saat mula berjumpa lagi, Ummi dah jatuh hati dengan senyum Afif dan lesung di pipimu.. Itu menarik Ummi dekat dengan Afif..
Esoknya, Ummi beritahu pada Abhi... Niat Ummi nk jaga Afif.. tapi Abhi tolak.. Ummi tahu kenapa Abhi tolak ... Abhi kan lelaki yang dah masak benar dengan perangai dan emosi Ummi. Tapi tak tahu kenapa hati ni kuat sangat dengan keinginan untuk ambil Afif.  Untuk jaga Afif.. biar pun hanya sekejap...
Tak tahu kenapa esoknya.. Abhi tukar pendirian.. Aabhi bagi kebenaran, dengan syarat Ummi yang uruskan semuanya...so semua Ummi settlekan sendiri..
Malam itu.. malam sejarah... Ummi dan Abhi dtg ambil Afif..  Debar kat hati berlawan dengan lonjak riang. Bila Ummi peluk Afif.. Afif senyum.. hati Ummi jatuh lagi.. tergolek sampai tingkat bawah..
Kami bawa Afif bersama kami.. naik je kereta Abhi on a/c.. x lama lepas senyum Afif tertidur.. lena di tiup a/c... Ummi curi-curi cium Afif.. Sikit pun Afif x terganggu... masih lena..
Sampai je di rumah.. mata cantik itu terbuka luas... membuntang melilau lihat keadaan sekeliling... mungkin terasa hairan tempat asing... tapi gelisah Afif x lama... seketika tu Afif mula tersenyum.. dan mula mengenal ruang... letak je,  Afif mulakan ekplorasi tempat.. mula panjat dan geledah.. Ummi siapkan tempat untuk Afif sedang Afif dilayan Abhi... Seronoknya..kami tunggu 8 tahun untuk rasa sibuk yang begitu 'Nak'... Malam tu Afif agak susah untuk tidur... Ummi tahu, mesti sebab beralih tempat... Jenuh Abhi melayan Afif... Afif pulak tak mau Ummi yang layan... sepanjang masa nak Abhi dekat dengan Afif... Mujur Afif yang susahkan Abhi jadi Abhi hanya pasrah... ikot je Afif... Nak dukung dia dukung...Abhi cuba tidurkan Afif dalam samar bilik.. tapi Afif masih gelisah... pusing kiri dan kanan, gosok mata, tapi masih tak boleh tidur. Abhi buka lampu tapi terlalu terang untuk Afif lelapkan mata.. Akhirnya Abhi minta Ummi bawa lampu tidur dari bilik tengah.. Ummi ambil lampu  dan Ummi buatkan susu... bagi pada Afif dan setelah berusaha untuk lena akhirnya Afif tertidur juga... Ummi letak Afif ditengah-tengah antara Abhi dan Ummi.. Ummi letak bantal diatas dan bawah Afif... Dikiri Afif ada Ummi.. dan kanan ada Abhi... Ummi jadi seronok sendiri.. waahhh... begini rasanya bila ada si kecil antara kami.. Abhi senyum sambil peluk dan cium Afif. Ummi hanya pandang, dalam hati hanya ALLAH yang tahu..Kemudian Afif beralih tidur.. menghadap ke arah Ummi mengiring dan mendongak seperti memandang ke muka Ummi.. Hati Ummi jatuh lagi... bergolek ke bwah katil.. Terus terang Ummi cakap, mula saat itu, Ummi jadi lupa terus siapa Afif... Siapa Ummi... Sepenuh hati Ummi nobat Afif sebagai anak Ummi.. Malam tu, tidur Ummi jadi indah... Setiap kali berkalih Ummi akan buka mata dan dodoi anak Ummi yang sangat hensome tu, walaupun Afif tak sedar. Ummi pesan dengan Abhi ingat jangan lasak sebab ada anak.. Abhi terus jawap "Abang tahu la.. jangan risau". Abhi yang dulu lena, Ummi perhatikan kalian lena diulit mimpi... Abhi sedikit pun tak bergerak, kalau beralih tidur pun, Abhi akan buka mata tengok anak Ummi tidur lena.

To Be Continue