About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Monday, April 30, 2012

Bersedia

Assalamualaikum...

Pada bila-bila masa kita harus bersedia...
Apa pun yang akan datang kita harus bersedia...
Baik buruk yang bakal berlaku kita harus bersedia...

Bersedia dari masa kita ingat... sehingga saat kita lupa.
dan kita harus bersedia.
Andai ada hujung indah... kita harus bersedia
untuk menikmati dan mensyukurinya
Andai ada pahit diakhirnya... kita harus bersedia
untuk menerima dan meredhainya
Andai mungkin kita menemukan... kita harus bersedia
untuk mengamati dan menjalaninya
Andai mungkin kita kehilangan... kita harus bersedia
untuk merelakan dan menggantikan

Andai kita bersedia
Sekurang-kurangnya ada semangat yang dibawa
Sekurang-kurangnya ada tekad di jiwa
Sekurang-kurangnya ada azam yang membara
Sekurang-kurangnya ada impian yang dicipta
Sekurang-kurangnya ada harapan yang dibina
Sekurang-kurangnya ada kemahuan meneruskan kehidupan yang tersisa
Sekurang-kurangnya...

Bilamana kita tak bersedia (Mungkinnya kita leka)
Pasti ada kejutan melanda
Pasti ada sakit di jiwa
Pasti ada parah di luka
Pasti ada dendam di dada
Pasti ada kesan di rasa
Pasti ada kelat di suara
Pasti ada.....

Bersediakah kita?!
Sukarnya meramal apa ada pada hari esok...
Gesanya bagai angin datang dengan tiba-tiba...

Sekian,
Wasallam

Are Ku r

Thursday, April 26, 2012

Deleted MEanZ

Assalamualaikum.

Khabarnya hari ni sangat baik!.
Pagi ni dimulakan dengan suasana yang sangat tenang, aman dan SANGAT cukup kasih dan sayang!! hehehe... Alhamdulillah- terima kasih ALLAH atas segala kurniaan buat aku. Sampai opis, keadaan bertukar skit... walaupun kerja agak ketat, tapi semua dah oke semula sehinggalah aku ada peluang nak merapu kat sini.. kueng kueng kueng  
Cuba tengok sekilas pada tajuk tu.. Hik hik hik, so kena tulis pasal tajuk je la yeak?... kalau tak kang orang cakap aku ni cakap tak serupa bikin plak kan. hehehehe.
Baiklah MEanZ, apa itu MEanZ? kalau perasan dulu ada box widget kat wall aku ni. Aku namakan dia "GoodBye MEanZ" widget tu untuk play lagu2 terpilih yang aku upload untuk blog aku, tapi sekarang dah tak de aku dah remove widget tu. Kenapa? Saja je nak remove sebab dah ada widget lagu Mohabbatein yang sangat bersesuaian ngan tema blog aku. :-)
Boleh?
Bolehkan je la mak cik yeah!!
Kenapa aku pilih nama cenggitu? Setiap sesuatu atas muka bumi ni ada sebab dan alasannya yang tersendiri. walaupun sebutir pasir punya sebab dan alasan kenapa ia diciptakan. Begitu juga MEanZ. ia sebenarnya makna (spelling betulnya Means) tapi kerana nak best aku jadikan spelling dia different skit. tambah Z kat belakang tu. (Kretiv nye pasal kan nak wat canggana?). Apa yang ada dalam tu dulu ada maknanya. dan sekarang aku betul2 ucap selamat tinggal buat MEanZ. Kerana pada aku dah tak ada apa yang nak aku kenang lagi, dah cukup la sejarah singkat yang pernah wat aku melayang satu masa dulu. Sejarah yang tak mungkin berulang (Insya'ALLAH). Aku tahu semangat aku ni bukan la sekuat tembok Berlin yang tak sempat aku kunjungi masa kat bumi eropah dulu. tapi sekurang2-nya berkat apa yang aku ada hari ni aku akan kuat dan tetapkan hati dan iman aku... hehehee..
Dalam MEanZ ada lagu Ombak Rindu... dan Lara Lagi dan Kisah Hati...
Ombak Rindu sebab masa tu memang tengah best lagu tu. Kisah Hati sebab masa memang kisah tentang hati. okeh. Yang tahu tahulah yang tak tahu tak tahulah. macam tu je aku nak wat. Kisah aku dan MEanZ hujung2 tu tak berapa best pasalnya banyak sangat rahasia. Terpadam sudah "GoodBye MEanZ" lagu2 pun aku padam sekali yang mana tinggal dalam phone, lappy, dtop & ipod tu aku biar je la sesekali dengar balik lagu tu layan jugak kan. Mana tahu ada rindu datang plak kan huhuhuu hanya nama widget tu yang aku DELETE dan aku delete bersama apa yang ada padanya.

Oke la aku tinggalkan ia di sini. Semoga ia betul2 tanggal dan tak ikot aku kememana dah. Cukuplah
Penutup bagi MEanZ Sudah Cukup Sudah (Nirwana)

Nirwana Band – Sudah Cukup Sudah (Lirik)

Inikah caramu membalas cintakuKau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Teganya kau menari diatas tangisankuKau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

Telah berulangkali ku coba mengalahTernyata sabarku tak berarti untukmu

Baiklah dah abis dah tulisan aku nie.

Kepada yang sudi membaca Terima Kasih yea. buat Mr k4k1k4r0k yang baru jadi followers terima kasih. baca jer okeh tak yah nak komen memacam sangat la yeak. faham bagus tak faham bumin!! hahaha

Sekian
Are-Ku r

Wednesday, April 25, 2012

Assalamualaikum...

Well inilah hasil nye blog dengsn lagu skali wah... baru rasa sesuai ngan dedaunan yang berguguran tu kan... so harapnya pas ni ada la yang sudi n suka nak jengah blog sepi ni... hehehehe skung tak sepi lagi yeak... dah ada halwa telinga.  dah la... oh ya N3 emosi terpaksa aku padam demi menjaga senCTVT sesetengah ahli undangan negeri dan juga dun ... apa aku merepek ni... okeh happy je yang kita kena buat so bilaorg lain tgk ke-happy-an kita tu mereka akan turut merasa HAPPY!!!

wasallam

Tuesday, April 24, 2012

Belajar....

Assalamualaikum,

Hari ni sebagai pembukaan aku nak bercerita tentang BELAJAR.
Kenapa yeah?!... Kerana bersempena dengan keluarnya Memo dari pihak HR tentang Program untuk sambung Eksekutif Diploma, terbuka kepada semua warga kerja yang dah confirm dan dah keje lebih dari 3 tahun dan keputusan KPI untuk 3 tahun berturut2 lebih dari 80%. Huurrmmm kalau ikut syarat yang di senaraikan tu memang aku ni dah layak sangat dah, tapi mungkin sebab sebelum ni aku pernah menolak (lepas dapat offer utk ikuti pengajian terpaksa tarik diri sebab nak balik Kuala Lumpur) huhuhu so sebab tu lah kot aku tak dapat dah peluang tu tahun lepas (Tiap2 tahun cuba.. boleh tahan tebal muka aku nieh kan?) Tapi yea lah, tahun lepas ramai gilos yang cuba masa diorang buat ujian penempatan tu. Tahun nie adakah aku akan mencuba lagi?.. Haa.. tu yang kita tak tahu tu.. bukan apa aku pun tak boleh nak fikir samada nak cuba lagi atau tak kan. Kang kalau tak cuba tak tahu plak nasib, kot lah boleh dapat pas tu dalam hati fikir pulak kot la dapat kang terikat lah kaki dan tangan selama 1 tahun bermula June... macam payah jugak coz tahun nie kenduri berjadual jer dah 3, dan yang paling motan (bak kata orang N9) adalah majlis penutup tu nanti. Maklum saja Terengganu akan ambil tempat sebagai penutup so tentu tentu cuti yang agak panjang kena ambil, sebab kalau ikut perancangan Abhi nak terus shoot ke Kuala untuk balik kampung terus. Ada gak la hajat nak bawa Ayah n Omak untuk join, tapi bergantung kepada keadaan. Semua tu buat aku berfikir panjang... nak cuba ke tak?.. so aku hold dulu benda tu sebab otak sendat nak fikir bebanyak.

Sebenarnya BELAJAR itu perlu, aku pun sebagai manusia tak berenti2 belajar, setiap hari ada je benda baru yang aku belajar. tak kisah lah tentang pelajaran apa tapi yang penting belajar. Cara hidup kita tak sama setiap orang. Cara pengendalian hidup kita pun berbeza. So, untuk yang tak faham apa itu dan ini kenalah belajar. Samalah kalau kita nak kenal seseorang, Sebelum kita dapat kenal dia dengan lebih dekat, kita kena belajar untuk faham sifat dan sikapnya. Ada orang hanya ikut tata cara dia jer tanpa peduli tentang cara orang lain. Orang macam tu yang kadang senang je nak BERmasalah dengan orang lain. Kalau macam kat pejabat aku ni adalah orang yang macam tu, fikir apa yang dia buat betul selalu dan cara atau cakap orang lain salah. Pas tu selalu cakap ikut sedap mulut tanpa peduli apa yang orang sekeliling rasa. Well sebenarnya tak de penyakit yang tak boleh di ubati, so penyakit tak faham orang ni pun ada jalan penyelesaiannya... macamana?!... ha itu lah kena BELAJAR, kalau malu belajar dari yang lebih muda, minta lah bantuan mereka yang seusia atau lebih matang. Pada aku hal berkaitan "Orang" ni hanya boleh dibaiki dengan "Orang" juga. Banyakkan bergaul dan meneliti cara orang lain, dan belajar dari situ macamana nak sesuaikan diri. Bukan apa kesian lah pada kengkawan yang selalu makan hati dan terasa ngan ayat yang kononnya nak bergurau tapi orang lain rasa tersindir. Ikhlaskan diri dan BELAJAR boleh jer kot!.. Even masa kita kecik2 dulu pun mak ayah selalu ajar begitu begini tatacara hidup dan bercakap dengan orang kan.

Ishk... apa yang aku dah merepek yeak?.. huk huk huk ini pandangan peribadi aku jer. tak tahulah kalau orang lain, mungkin ada cara lain yang lebih berkesan kot. Terpulang lah kepada masing2 dalam menemukan segala sesuatu. Belajar pada aku sampai bebila pun memang tak pernah habis. dari kecik sampai ke tua semedang ada benda yang kita kena dan harus belajar. hehehee... zaman bila dah bergerak kita pun kena ikut bergerak sama kalau tak jauh kita terpinggir di tinggalkan di belakang.

Okeh nak berenti dah, Esok dalam hati ada gak hajat nak menaip, tapi esok aku rasa nak kongsi soal emosi. siapa yang emosi... pasal apa yang nak emosi sangat?.. itu pun kalau aku ada kerajinan dan kelapangan aku akan taipkan. jadi aku "tow" keyboard aku ketepi dulu buat seketika sehingga datang semula gian menaip tu.

Selesai

Wasalam,
Are Ku r....

Monday, April 23, 2012

MDQ new look

Cantik? Tak Cantik?...

Well x kisah la kan janji aku suka tengok aku nye blog.. (angkat bakul sendri... sama macam nek lift, kena gak tekan sendri)... kueng kueng kueng.

Ini adalah wajah baru, sejak aku ada blog ni ini perubahan yang ke 3 secara rasminya aku menukar "look" blog aku. Tak terasa pun kalau ada yang cakap tak cantik, yang penting aku yang selalu dok on ni akan gembira tiap kali aku melawat ke sini. Weh!! ada member kata klu rajin ngat berblog nie nape tak komersilkan so nanti leh dapat income. ceritanya aku pun tak faham la kan pasal tu so aku dengarkan je lah lagi pun aku bukan penulis tegar yang rajin nak berblog selalu, coz asal ada busy skit blog ni aku biarkan aje sunyi. hehehehe. okeh tu je aku nak share. hehehee... tulisan aku dah boleh di "upload" ke FB la.. hehehe sukeeee!!!
Nanti leh aku upload sendiri!! hahahah (perasan lagi)

Wassalam.

Entry minggu nie...

Assalamualaikum,

Pertama sekali hari ni bila log in MDQ ada perubahan pada front page untuk blog.. menarik coz aku suka!!
Sesaja untuk hari pertama dalam minggu nie aku ada banyak nak kongsi cuma rasa cam tak cukup tangan nak menaip semua yang nak aku kongsikan... Tapi.. serius aku suka blog nye setting baru nie. Cumanya Font aku je yang tak banyak pilihan... tak pe pas ni aku cari yang banyak pilihan font sebab aku suka bila tulisan aku jadi cakar ayam... hahahaha....
Setelah kira-kira 23 hari aku pulang ke tanah air aku masih belum berpeluang nak tonton Running Man (macam yang hari2 aku buat kat Schipol dulu) coz tv kesayangan yang aku jaga dengan baik tetiba skung pandai nak rosak (tak bley On) tension tak yah cakap la sebab kena bayar percuma kat Astro!! Masa sebelum pergi dulu aku ada call Astro untuk terminate sekejap akunye akaun tu tapi... malangnya diorang cakap tak boleh, (kaut keuntungan dengan cara macam tu!!! hahahaha sendiri mau jawap lah nanti!). So secara totalnya masuk 4 bulan la aku bayar Astro w'pun aku tak tengok!.. Kesian kat Abhi yang balik keje penat2 nak tengok ball tak dapat. hehehehe....
Hujung minggu kira ok la pasal ada teman, adik-adik datang meriuhkan suasana, kalau tak... hey bapak punya bosan. Skung ni aku jadi pendengar setia THR huhuhuu... oklah aku suka gak r dengar THR kalau aku balik kampung terengganu. Yang paling aku suka bila Abang Nas yang bertugas hahahaa... kenapa?.. adalah sejarahnya kih kih kih
Adoi... rindu doeh nak tengok Monday Couple...
Sekarang ni Zuana family akan mula sibuk semula, Maklum ada rancangan untuk adakan majlis untuk 2 orang serentak. wah.. dari sekarang dah kena mula cari design untuk hantaran hehehe kali ni lagi banyak plak tu Seorang 7 dulang sorang lagi 9 dulang. Tapi tak pe aku dah minta kerjasama semua orang untuk turun padang bila aku dah mula operasi nanti..
Well takat ni jer yang aku rasa aku boleh taip untuk tatapan semua yang baca! kih kih kih macam ramai la kunun.

Sekian,
Are-Ku

Wednesday, April 18, 2012

Sunyi dan Terbiar

Salam...

Sepertimana yang aku tajukkan di atas seperti itulah blog aku yang memang terang-terangan terbiar sunyi tanpa sepalit tulisan pun. Bukan lah sengaja aku nak biarkan ia sepi sendiri tapi kerana kekangan masa aku terpaksa akur. Hehehe... masalah nya aku masih belum dapat selesakan diri setelah pulang ke tanah air nie. Semua seem to be soo busy and handless... hehehe apa lah kan. Niat di hati aku nak tukar theme blog ni oke kepada yang sudi tunggu yea. Nanti akan ada perubahan untuk MDQ Insya'ALLAH.

Sekian, Wassalam.