About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Tuesday, November 23, 2010

Post baru.....

Assalamualaikum,
Ini adalah post terbaru setelah agak lama (3 hari) aku tinggalkan blog nie.... bukan apa banyak sangat acara hujung minggu yang aku kena ikuti, terbaru acara "mengacau" yang diakhiri dengan episod adik 5 "dikacau" oleh makhluk dari alam jiran.....
hhhmmmmmm hujung minggu yang menarik tak kurang juga surprise nye... Terngiang-ngiang pesan Abhi "Ingat-ingat yea, baca ayat Kursi banyak2 dan tiup kat dada, kalau nampak apa-apa jangan tegur buat tak tau jer..."
hehehehe... Terima Kasih buat Abhi yang sentiasa ada disisi mengingatkan apa yang aku sering lupa. Seketika aku rasa takut tapi berani kerana ada Abhi.
Berakhir hujung minggu hari Isnin (semalam) aku dapat tengok senyuman manis adik 5, suaranya pun dah ada kembali, setelah seharian seram suram dan sunyi pada hari ahad tu.
Terulang semula kisah malam minggu tu..... naik saja ke rumah aku tengok adik 5 mengigil ketakutan disisinya adik 2 dan adik 6 rapat memberi semangat. sebetulnya aku tak tahu menahu pun apa sebenarnya yang berlaku setelah di fahamkan oleh adik 2 tahulah aku rupanya adik 5 ku yang genit ni telah nampak entiti yang berasal dari alam jiran. basah matanya, sungguh dia takut, adik 4 merapati memeluk adik 5 dan memberi sedikit sebanyak ayat2 yang mampu buat adik 5 lega. tapi belum ada kurangnya. datang pula adik 3 (dalam kami ber6 dia adalah yang paling berani - mungkin mewarisi keberanian ayah) juga dalam reaksi dan posisi yang sama memeluk erat adiknya meniup semangat dan keberanian barangkali. Abhi hanya memandang mungkin menilai dari sudut pandangannya apa yang dilalui adik 5, Ej teman adik 5 yang juga bakal ahli keluarga kami tak bersuara, mungkin gundah melihar air mata adik 5 nak dipujuk sepertimana abang2 yang lain dia tak mampu, agama dan adat masih dihadapan. Sesekali dia rapat memberi kata semangat untuk si kekasih, kesian Ej, tujuannya datang untuk bertemu buah hati yang ceria tapi yang dilihat hanya air mata.....
Sedikit kisah mereka, entah apa tapi menariknya kisah mereka ialah, bercinta dengan sms dan hanya berjumpa bila Ej datang ke rumah mak dan ayah di kampung. mereka tak pernah berjumpa di tempat lain melainkan di kampung. Bila berjauhan mereka akan hanya berSMS atau kadang-kadang berbual di phone, mungkin kerana jarak mereka selesa begitu.
Kembali ke malam minggu itu.... Adik 4 call dan mengesa ayah balik ke rumah dengan segera. bimbang tengok aik perempuannya ketakutan begitu. Ayah sampai dan terus kehadapan rumah menemui adik dan adik2 yang lain, aku di dapur bersama mak, dari mak kami berpakat merahsiakan perkara adik 5 bukan apa takut mak pun terikut takut, kerana mak sangat kami kenali dengan lemah semangatnya....
Aku tak tengok apa yang ayah buat untuk pulihkan semangat adik 5 kerana aku bersama mak sepanjang masa menyoal itu dan ini supaya apa yang berlaku tak disedari. Tapi kata adik 2 ku, sampai satu tahap adik 5 tak boleh berdiri dia rebah tapi sempat di tahan adik 3. tapi sesudah itu dia beransur pulih, cuma masih ada rasa takut tapi tak lagi sesedih sebelumnya. Malam itu dia lansung tak boleh tidur mujurlah adik2 lelakiku menahan mata bergurau senda (memang menjadi aktiviti tetap tiap kali balik kampung).. sedikit sebanyak adik 5 rasa sentiasa ada orang bersamanya. Pagi ahad dia seperti orang lain muka pusat bercakap pun tak nak, dia diam membisu cuma duduk dan termenung sesekali dia oles senyum di bibir bila aku buat lawak... pagi tu jugak mak tahu apa masalah sebenar malam itu. kesian mak, tapi kami buat untuk kebaikan mak juga. kami kan sayang kat mak.
hhhmmmm pengalaman baru untuk satu hujung minggu yang penuh dengan perasaan yang bebagai-bagai.....

ok nanti aku tulis lagi...
salam,..... dan senyumlah walaupun dalam ketakutan.........

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...