About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Monday, May 9, 2011

Assalamualaikum,




Dear my blog, hari nie nak cerita tentang kisah hari-hari yang baru je berlalu... kisah hujung minggu aku di rumah...




Apa yang menarik ialah, minggu ni rumah aku jadi pilihan sekalian adinda-adinda ku untuk berkumpul, kecuali adik 2 kerana g bercuti ngan family suaminya...




Tak adalah peristiwa yang besar terjadi pun, berjalan?.. hhmmm uniknya kali ni kami hanya di rumah, macam tak caya 2 hari berlalu dan kami hanya stay kat rumah jer.... cuma malam sabtu tu keluar g downtown cheras saja menjalan-jalan diri...




Apa yang menariknya nak aku kongsikan ialah aku rasa gumbira tahap gaban bila tengok dema makan.... huhuhu... bukan lah kerana masakan tu sedap sangat tapi mungkin sebab dema tak pernah makan masakan macam tu, itu yang selera sangat tu... aku pulak yang jadi kenyang bila tengok adik-adik makan ngan berselera sekali. Aku masak apa? well hari sabtu tu aku masak tom yam campur, ikan sumbat dan gorang ikan masin bawang pedas... adik3 tak berapa suka ngan tom yam, tapi dia tambah sampai 3 kali... tu dia... penangan ikan masin bawang pedas... dan ikan goreng.... yang lain bertambah gak la tp 2 kali sorng je... esok nya as per request dr Abhi n adik4 aku masak ayam kicap limau, adik3 request lagi nak ikan sumbat tu... buat lagi tp version pedas sikit... dan untuk makan malam adik3 g beli ikan masin pulak dan suruh masak yang sama lagi... huhuhu... sama je lauk cuma main menu ada lain skit... sayur mayur tak de yea kebetulan ada tinggalan tom yam semalamnya tu... makan yang tu je lah...




Seronok gile dapat makan ngan berselera... bak kata Abhi rezeki ALLAH kongsi sama-sama. Nantilah ada masa dan rezeki esok-esok kita berkumpul lagi dan makan.... mesti best kan...




Adik5 diulit bahagia hujung minggu ni... bercahaya wajahnya... huhuhuhuu... sayang EJ........






No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...