About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Monday, August 22, 2011

Nukilan Hati

Assalamualaikum



Blog, Hari ni aku mulakan semula kerja-kerja pejabat yang seminggu aku tinggalkan... seminggu bersamaan lebih kurang 10 hari...


10 hari yang pada aku bersamaan dengan 10 tahun.... pengalaman dugaan dan cabaran yang memang tak pernah aku terfikir akan aku lalui dalam hanya 10 hari... kesannya aku rasa mampu bertahan sehingga 100 tahun....


Apa yang aku tak rasa sepanjang tempoh 10 hari tu?... marah kecewa sedih hampa putus asa gembira bahagia teruja rasa nak hidup lama rasa bagai nak mati... semua ada... tak ada perasaan yang terkecuali....


Namun apapun aku senyumkan juga bibir ini... aku lorek kan juga ucap syukur ke hadrat ILAHI.. dengan limpah kurnianya aku melalui 10 hari dengan berbagai rasa di hati.


Aku tahu apa yang baik itu datang dari ALLAH dan ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu yang terjadi dan ALLAH Maha Merancang... dan perancanganNYA adalah yang terbaik untuk mahluk NYA tak terkecuali are ku.....


Ada satu ketika aku hanya menyerahkan diri pada takdir... terpulang pada apa yang akan terjadi.. tak akan aku ambil pusing lagi... tak mahu aku menyeksa diri sendiri.


Tapi di satu ketika yang lain pula aku seakan bersemangat memohon diberikan yang terbaik sahaja dalam hidup...tak akan mengalah begitu saja aku akan berusaha hingga ke titisan darah yang terakhir...


Hidup memberi aku berbagai nama....


ada yang kata aku seorang yang sangat kuat


ada yang kata aku seorang yang lemah semangat


ada yang kata aku cenggeng


ada yang kata aku batu


ada yang kata aku mudah putus asa


ada yang kata aku seorang pejuang....


Dalam 10 hari yang lalu ada satu ayat yang memang aku akan ingat.... ayat yang aku jadikan niat.. Niat jihad......


Walaupun tak semulia jihad Rasul2 dan Nabi2... tapi aku tahu niat jihad aku suci, mungkin kerana itu aku beroleh kemudahan serba sedikit dalam kongkongan permasalahan ini.


"Sesungguhnya ALLAH akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat, maka itulah orang yang dipelihara ALLAH daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam dan itulah orang yang tergoda fitnah"


Aku nak jadi seperti emas... yang selepas diuji dengan api akan menjadi bertambah beharga dan mahal. Aku nak jadi insan yang kenal diri... siapa aku dari mana aku datang kemana aku akan kembali... aku ingin kenal diri kenal dengan pencipta kenal dengan ilmu dunia dan ilmu selepas dunia (semestinya)......


Sekarang aku hanya perlu melalui hari-hari mendatang dengan doa dan usaha... aku tahu aku tak bersendirian kerana ada mereka dibelakangku....


Abhi a.k.a Suamiku yang tercinta


Mak dan ayahku yang tersayang


Ibu mertuaku yang dikasihi


Adik2 kandungku dan pasangan


Abang2 iparku dan pasangan


serta seorang dua teman yang aku rasakan sangat rapat denganku selama 10 hari ini berlalu...


Percayalah kerana kepercayaan, doa dan harapan kalian aku akan terus melangkah menangguk arus deras kehidupan demi untuk sampai ke muara kasih yang akan menemukan kembali bahagia dan ceria bersama-sama kemesraan dan keintiman bersatu dalam iman, takwa, doa dan LILLAHI TAALA.....

"Dan sepenuhnya urusanku ini, ku serah pasrahkan bulat-bulat kepada ALLAH, sebab ia Maha Memperhatikan semua urusan hambaNYA " surah Al mukmin ayat 44

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...