About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Thursday, June 21, 2012

Rindu ker?!..

Assalamualaikum...

Rindu ker bila asyik nak mendengar suara seseorang tu?... Rindu ker bila asyik terkenang saat dan masa bersamanya?... Rindu ker macam tu?.. Aku pernah dengar dari seseorang
"Rindu tak semestinya Cinta atau Sayang!!"
Betul ker? Rindu memang banyak jenis rindu... dengan kengkawan sekerja pun kalau dah lama tak jumpa akan ada rindu nak pandang muka dia atau rindu nak dengar celoteh dia... tu pun rindu jugak kan... Betul ker?.. Aku pun tak tahu motif sebenar pertanyaan demi pertanyaan... maybe sebab aku sendiri tak punya jawapan dan masih mencari apa jawapan yang sesuai untuk aku lengkapkan soal jawap tu. 
Sedari pagi tadi sesak di fikiran nama seseorang.. Rindunya nak berbual mesra dengan dia... rindunya nak dengar suara dia bercakap dalam senyum. Tapi yealah kan siapalah kita nak menentukan masa seseorang.. Kalaupun kita punya sepanjang tahun untuk hanya berbual kosong... namun kita tak boleh samakan masa kita dengan insan lain... kerana setiap insan punya gaya masa yang berbeza. Mungkin akan ada hari yang sama seperti satu hari dulu... dimana kita boleh berbual... tersenyum dan ketawa bersama... akan Aku tunggu hari dan masa itu. Dengan sabarnya.
Kadang terlintas difikiran, sedang kita bergelumang dalam rindu pada sidia, apakah disana juga ada rindu buat kita?.. Tentu bangga dan membanggakan bila ada yang utarakan hajat dan niat untuk jumpa kita kerana rindu kan?.. mesti teringat2 kat kepala betul ke dia rindu?.. pantaskah aku dirindukan?.. bla bla bla....
Ok lah itu je yang nak aku kongsikan.... Ingat tak aku pernah post ayat ni tak lama dulu... dan ayat ni juga aku msg ke talian peribadi somebody....
" Want to talk to somebody but that somebody is busy! huhuhuuu"
Tak lama lepas aku post... dan text msg tu aku dapat miss call... untuk mengubat miss di hati... kueng kueng kueng... itu je lah dah abih dah....

Sekian
Wasalam

Are Ku r

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...