About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Monday, March 5, 2012

Sampah...

Disebabkan masalah nak menaip tapi tak punya idea untuk menulis ni datang lagi maka aku dengan beraninya memberitahu apa yang bakal dibaca ini adalah penulisan tahap sampah yang memang sepatutnya dibuang.... kenapa?.. kerana apa yang aku taip tak ada lain melainkan dari merepek add on merapu well mungkin ada sikit dari kefahaman waras aku sebagai manusia dalam tulisan ni tapi kalau tetiba baca rasa tak logik tu maafkanlah kerana aku hanya menulis kerana rasa nak menulis bukan kerana ada idea yang bernas atau baik..... ok aku nak mulakan kat mana yea?... eerrmmm nak merepek pun susah coz nak fikir kat mana nak start and so on... aku mula kat sini la... Membina kepercayaan adalah satu perkara paling asas dalam sesebuah hubungan... Kepercayaan andai dikhianati... akan meninggalkan impak besar dan sangat menakutkan... tapi kenapa masih ada yang sudi nak berpegang kepada keindahan mengkhianati tu?... entahlah aku pun tak faham. Sebelum merasa kekuatan yang ada hilang dan pergi begitu sahaja adalah bagus kalau untuk perbaiki apa yang mampu... jika tak mampu perbaiki maka ubahlah kepada yang baru... mencari salah orang lain adalah senang kalau dibandingkan dari kita mencari salah kita sendiri... so sebagai manusia yang ada pedoman hidup... bantulah insan disekeliling anda untuk maklumkan dimana kesalahan dan kesilapan orang lain... dan sebagai insan yang cuba dibetulkan pula belajarlah untuk menerima segala yang disarankan, bukan untuk orang lain pun tak salah mencuba sesuatu yang baik kan.. Masa on9 FB tadi aku terbaca pos dari seorang kawan lama ni... post nya berbunyi gini "Aku maafkan kau dunia akhirat moga kau bahagia"... hhmmm aku pun teringin sangat nak ungkap ayat macam ni kepada seseorang... semoga ALLAH merahmati dia dan sentiasa menjaga dia dalam lindunganNYA... dia seorang yang hebat!!.. semoga ALLAH beri kesempatan untuk aku juga jadi hebat!!.... Aku akan ingat pd dia selagi ALLAH izinkan, sebagai lambang aku manusia biasa!!???... motif?.. tak de motif pun coz tak de kes yang di rekodkan kat mana2 mahkamah... Perjalanan hidup ni payah nak duga... nak yakin sangat tak boleh... tak percaya sangat pun tak boleh... Biarpun dah tertulis di Lufh Mahfuz namun kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk mengubahnya... Berpegang pada iman maka akan indahlah kesudahan hidup dan mati kita tapi jika berpegang pada hati dan perasaan semata2 maka punahlah...


Hidup ini ibarat sekolah... belajar yang tak ada hentinya... mengaji yang tak ada sudahnya... jadi belajarlah selagi diberi keizinan untuk belajar... kerana setiap hari dalam hidup kita adalah hari yang berbeza... mungkin pada kamu... kamu dah berubah menjadi yang terbaik untuk seseorang!.. namun sebaliknya ada antara apa yang kamu buat atau lakukan sebenarnya hanyalah sama seperti sebelumnya.. tak ada perubahan lansung... janganlah ia dijadikan tabiat kerana bila tabiat berubah ia akan menjadi tebiat?!!.... Karangan aku ni aku namakan sampah sempena kekusutan yang banyak dalam setiap huruf di skrin komputer ini... sekarang adalah masa untuk meletakan noktah terakhir... sehingga bertemu lagi diruangan yang akan diberitahu kelak... (berangan jadi pengacara) okeh... dah hilang gian menaip hahahhaa...




Annyo

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...