About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Tuesday, May 22, 2012

Tudung Bawal versi sulam Wana

Assalamualaikum...

Hari ni Wana bawak tudung bawal yang siap bersulam. Hehehe... Areku pinjam dalam 6 helai buat contoh untuk tunjuk pada kaum keluarga hehehe. Mana tahu ada yang berkenan nak buat tudung raya ke tudung kenduri ker kan...

Hari ni jugak dapat call dari kampung. Omak n Ayah bagi tahu cite sedey.. Cermin belakang Viva pecah. Maybe sebab panas yang melampau beberapa hari ni. adeh... hehehe sian Omak, takut dia bila kereta tu buat bunyi dan panas macam periuk nasi. Hehehe siap suruh Atok start lagi, tapi malangnye kereta tu ada security device yang hanya orang tertentu jerk yang boleh start. Hehehe sian Viva. tak pasal dah melopong plak kat belakang. Setakat ni Abhi masih belum tahu coz dia tengah dalam kursus. Tunggu lepas dia settle aku akan bagi tahu. Hehehe.

Hari ni jugak... dengan rasminya aku dapat tahu tentang seseorang yang dalam usaha untuk menamatkan perjanjian hidup bersama pasangannya. Adeh... bercampur baur perasaan aku. Kenapa aku masih lagi dibayangi kisah dia?. Kenapa aku jadi terdedah dengan kisah dia? Ya ALLAH kau lindungilah semua Pasangan Halal dalam dunia nie. Cerai perkara halal yang paling dibenci ALLAH tapi kenapa masih ada yang suka-suka nak nikah dan cerai. seolah2 macam main pondok2??!.. Well... kita tak tahu apa yang mereka jalani kan so tak boleh nak ulas lebih2. Harapan aku semoga hidup mereka lebih baik dari sebelum nya dan jadikan Kecintaan pada ALLAH mendahului segala-galanya. Semua insan inginkan cerai mati. cuma kerana "DUNIA" mereka rela memilih untuk khianati harapan dan tinggalkan impian bersama tu kat tengah2 jalan. Ya ALLAH temukan kami dengan cinta Abadi MilikMU.

Apapun hidup mesti diteruskan. Macamana besar pun dugaan dan cabaran yang ALLAH sediakan untuk kita, kalau kita sedar diri dan sentiasa berpaksi pada kebergantungan kepada ILAHI insya'ALLAH semua halangan dalam kehidupan akan dapat kita atasi. Dari ALLAH kita datang kepada ALLAH jualah kita akan kembali.

Sekian
Wasalam

Are Ku r


 

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...