About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Tuesday, May 8, 2012

Tolonglah...

Assalamualaikum.

Entah la memang ada golongan orang BENGGONG macam ni kot atas muka bumi ni. Golongan yang suka sangat nak mencari salah silap orang lain sedang tak sedar salah sendiri. Golongan yang suka nak cari masalah dan gaduh dengan orang lain. Konon diri dah cukup sempurna tapi hakikatnya lebih bermasalah dan lebih menyakitkan hati. Mungkin pada dia, dia betul semua... adoi.. Cik kak! sila lah cermin peribadi sikit... tak ada gunannya kalau suka-suka cari musuh ni. tak ada kebaikan pun. Nanti satu hari pasti kamu kan malu sendiri. Walaupun kamu bukan dari jenis yang tahu malu!.. (maknanya jenis TAK tahu malu la tu)

Hey.. entahlah aku yang tak ada kena mengena ni pun sabit sekali. Bukan apa rasa sakit hati pun ada tau.. Rupanya ada orang yang macam tu dalam dunia nie. Mungkin betul dia tak cukup kasih sayang kot!!...

Kenapalah nak bermusuh dan berburuk sangka terhadap orang lain?.. Islam melarang kita bersangka buruk kerana sikap tu boleh memusnahkan ukhwah yang ada. Kalau pun tak suka dengan seseorang tu simpan lah hanya yang baik dalam hati tak perlu la nak buruk-burukkan atau hebahkan cerita buruk pada orang lain. Buat apa nak heboh-heboh memaki hamun yang hanya akan mendatangkan dosa?!... Adoi... Tak faham aku.. Manusia Manusia...

Sekian
Wasalam

Are Ku r... 

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...