About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Wednesday, May 30, 2012

Serius... kata kau??!!

Lama jugak gagang tu kat telinga ni, ucap kau tak ada lain
"please I serius ni... boleh tak kalau U serius sikit...." bunyi macam merayu mujur aku tak layu...
"Nak serius macamana yea? I serius la ni..." tolak
"U kata U selesa dengan I, so tak boleh ker kalau U serius sikit. Kita bukan main-main..." Sekali lagi macam merayu ... dan aku masih...
"U dah la tu... kita bukan kenal pun.." menolak
"Sapa kata I tak kenal U?.. I kenal lah selalu tengok" Opss aku pulak yang sentap. 'selalu tengok?'
"Tengok kat mana? masa bila?" tone down
"Adalah buat apa nak cakap... I tau sendiri sudah..." pandai pancing!!
"Ala... jangan lah macam tu bagi tau la...." merayu?? - adalah sikit
"Tak pe la tak yah tahu lah itu semua adalah...rahsia..." pancing lagi...
"ala...ala... ala... cakap lah please..." merayu. service bertukar tangan. - dalam hati kau mesti ada bunga masa ni kan tadi kau yang kena merayu sekarang aku pulak merayu dengan kau.
"jangan lah buat macam tu... bahaya..." ok aku kena berhenti sebelum puntung jadi unggun.
"Tak busy ke hari ni, tak de orang kacau pulak..." usaha tangga jaya - ubah tajuk bicara.
"Tak de la, eh U bila kita boleh jumpa?.. U tak sudi ke jumpa dengan I?" Adoi.. boleh tak tolong jangan kecikkan suara sampai tahap macam tu?
"tak pe la macam ni pun ok..." tolak lagi
"I ok jer U la jom lah jumpa... sekali jer, memula memang U rasa takut tapi lepas tu ok..." tak guna pancing dah... try pakai jala pulak...
"Nape?.. U nak ke tak nak?... U bagi tahu I, U nak kan tapi U takut dalam nak... betul tak?" besar jala tu...
"Tak pe la... macam I cakap dulu 60/40" tolak tapi ada cover
"Ala U ni I tahu sekarang ni dah tinggal 80/20 dah kan?.. betul tak 80 nak 20 lagi takut tapi nak?" tebak... tebak jangan tak tebak
"Hahahaha....." Gelak - dapat ke nak elak diri?
"Entahlah biarlah masa yang menentukannya..." lari lagi
"Bukan apa pun jumpa je... sekejap pun jadilah..." melobi lagi nampak...
dan sampai ke sudah kau tak dapat kata putus dari aku yang memang jujur tak ada kata putus tu.
ada ayat kau yang aku ingat sangat... bila kau kata....
"Tak Salah berlari selagi ada orang sudi bersama kita..." kau ingat tak kau pernah paculkan ayat tu dari bibir comel muka cute kau tu?.. ingat tak?.
aku ingat sangat sebab masa tu aku agak terkesan ngan ayat tu. bawa seribu makna yang bermaksud kosong!...

Assalamualaikum...

Sekian
Wasalam

Are Ku r

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...