About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Friday, May 4, 2012

Liga Ilmu

Assalamualaikum...

First of all, Alhamdulillah sebab tv dah seminggu ok. So barulah mula nak menerawang ke dalam dunia tv semula. Yang baru je aku berkesempatan tengok(rancangan baru la kan...yang lama steady jer) is Liga Ilmu a.k.a Imam Muda vs Ustazah Pilihan.
Satu tajuk akan diberi so mereka akan mendebatkannya secara ilmiah dakwah. Ok bagus gak rancangan tu. yang paling aku suka setakat ni ialah Imam Muda Fatah (bukan hanya sebab dia orang kampung are Ku) tapi kerana kejituan bahas dan  kelancaran bicaranya dalam mengupas satu-satu topik. Dia nampak sangat yakin dalam penyampaiannya. Hehehe.. Imam la katakan.. Alhamdulillah kan bagus kalau ramai lagi anak muda yang macam tu, confirm dunia ni jauh dari bala..

Semalam aku tengok tentang tajuk Kebebasan-Kekangan terhadap perempuan.

Part memula tu memang aku terlepas la sebab leka dok bz. dapat tgk part yang nak hujung-hujung. Masa bahas isu Poligami tu aku dengar gak la separuh. Ok aku suka apa yang disampaikan kerana tak lah berat sebelah. Sama rata. Maknanya tak la asyik menangkan kaum lelaki sahaja.. itu yang buat aku suka. Dan tiap kali Imam Muda nak bercakap pasal Poligami ni mereka akan mulakan dengan ayat
"Yealah kan ibu saya juga seorang wanita!!"
ha... sebab ayat itu lah sebarang hujah yang keluar tak la merendahkan kaum wanita! so are Ku sangat suke. hehehe... (senyum)

Jadi itu bab tv. tutup (switch off the power)


No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...