About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Monday, May 28, 2012

Selamat...

Assalamualaikum,

Hari ini sejarah pernah terukir 7 tahun dahulu. Sejarah dimana Akad Nikah dilafaskan. Menjadikan kita pasangan Halal dunia akhirat. Membina keluarga kecil milik kita hanya kita yang tahu payah dan jerihnya. Sakit dan pening sepanjang menjaga cinta dan kasih sayang supaya sentiasa dalam Redha dan Lindungan ILAHI. Bukan satu dua ujian dan dugaan yang kita tempuhi, bukan kecil api yang cuba membakar dan tak pula perlahan ombak yang cuba membadai ikatan suci yang dibina atas landasan cinta milik kita ini. Namun sehingga hari ini Alhamdulillah dan Insya'ALLAH berkat sefahaman dan Cinta kita berjaya memadam api yang marak, kita berjaya menongkah arus yang ganas, Namun seperti yang selalu kita percaya, Kita tak tahu apa yang ada pada hari esok, kita tak pasti apa yang datang dengan esok. Hanya doa dan harapan yang mampu kita titipkan demi mendapat restu ALLAH untuk mendatangkan hanya yang terbaik dalam hidup kita.

Selamat Hari ulang Tahun perkahwinan yang ke 7. Semoga cinta ini cinta mati. Semoga kasih sayang ini kasih sayang yang abadi. Semoga tabah dan sabar dalam menempuh Ujian ILAHI. Semoga dijauhkan dari tipu helah dan khianat Syaitan. Semoga ada khabar indah untuk tahun ke 7 ini. Insya'ALLAH...


No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...