About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Friday, May 18, 2012

Sesaat kau datang....

Assalamualaikum...

"Sesaat kau datang sesaat kau hilang...."
Samalah cam lagu tu... aku ngan Blog aku ni macam tu lah... time nak datang aku datang time nak blah aku blah.. tak jenguk sikit pun... puihh!!... apa la. nama je ak berblogg tompi tak reti!. kunun nak cari ramai followerssssss tapi update cam taik ayam.. sekejap je panas pas tu sejuk... pas tu terus hilang. huih huih huih.

Sekarang adalah masa untuk aku update benda yang aku tak update lagik. Well hilangnya ku bebaru ni kerana balik ke kampung yang dah kira2 setengah tahun gak la aku tinggalkan. (Last balik pun lepas raya pas tu g berjalan sampai ke Eropah tanpa sempat jengah kampung pastu terus tersangkut kat Sini sebab Abhi sibuk sangat X dpt cuti... boleh kan?!) So selepas mendapat kelulusan cuti yang memang "surprisingly" (sebab boleh lepas kan!! huhuuu) kami pun cabutlah... But then bukan lah terus terusan cabut jerk... disebabkan Kondisi Bhg masih belum memuaskan hati Abhi maka ia perlu menjalani bebrapa proses sebelum boleh kami gerakkan untuk bawa kami sampai ke Terengganu Darul Iman.
Tunggu punya tunggu pukul 12 lalu baru ler boleh start bergerak. Sampai KL singgah jap kat Tesco cari PAMOGA... pas tu singgah jap umah adik Mak Cik E, untuk jemput bekal yang Mak dah siap beli untuk bawak balik. ehehee... pas tu baru la meneruskan perjalan jarak jauh kami. hehehe seronok pulak rasa coz dah lama tak balik kan. Hari tu, hujan lebat mengiringgi perjalanan kami paling lebat masa di Karak. Lepas pada tu ok tak berapa lebat dah. Sampai kampung biasa je lah rutin nye. Cuma yang istimewa skit kali ni kami kena keluar rumah jam 00.05 tgh mlm untuk g buang sampah coz peti sejuk Mak ditimpa musibah. Adeh.. Kesian habis busuk satu peti sejuk lepas 5 hari pun bau tak hilang. Macam2 kami letak dalam peti tu untuk buang bau tapi tak berjaya jugak... memula Abhi letak Arang...pas tu aku letak air sabun... pas tu sembur febrez.. pas tu Mak letak limau... pas tu mak letak bunga pulak. Entahlah macamana keadaan peti tu le ni.

Sepanjang cuti tu kami ada gak la keluar g cari barang untuk persiapan sekiranya dipanggil untuk kerjakan Haji tahun ni. Insya'ALLAH, Aku doakan agar Mak berpeluang untuk ke Mekah tahun ni. Dari tahun lepas dia menunggu jemputan menjadi tetamu ALLAH di tanah suci Mekah. Semangat Mak masa g tengok-tengok barang tu. Tak beli banyak pun adalah satu dua barang yang tak dibeli lagi. Lepas tu g merayap sekejap ke Saleem Aziz textiles... cari kain wat baju untuk kenduri kendara yang dah semakin dekat tiba ni. Hehehe... Cantik gak kain yang aku beli tu. Siap snap gambar lagi tapi tak leh nak upload okeh sebab... nanti takut basi... kalau dah basi.. nanti tak suprisess... oke.

Itu je la yang dapat aku nak taip sekarang masa untuk mengundurkan diri so... mintak diri duluk ya...

Sekian
Wasalam

Are Ku r

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...