About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Wednesday, May 23, 2012

Dan Sesekali

Assalamualaikum...

Dan Sesekali terasa ada bahang pada wajah..
Ada bebayang pada pandangan..
Ada sebak menguasai keadaan..
Ada air memenuhi empangan..
Ada Sedih yang tak mampu dikongsikan..

Dan Sesekali bila rasa itu datang..
Tiada lagu yang dapat damaikan hati
Tiada kata yang dapat memujuk
Tiada tingkah yang dapat merawat
Tiada senyum yang dapat dibalas

Dan Sesekali
Rasa sakit di pangkal hati
Rasa pedih di hulu jiwa
Rasa payah di rongga
Rasa gusar menyelubungi raga

Aku tak mahu rasa itu datang lagi
Aku tak ingin rasa itu kembali
Aku tak nak kerana aku tak suka akan RASA itu...

Sekian
Wasalam
Are Ku r

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...