About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Saturday, July 23, 2011

Bicara Kongsi?,,,,


Isteri : Abang ingat tak pada kawan saya Kathy...

Suami : Ingat yang putih-putih tu kan, suami dia pun kerja sama ngan u all kan.

Isteri : Hmmm...

Suami : Kenapa sayang tanya?

Isteri : Saja... tadi Zai cerita dengan saya, Kesian Kathy....

Suami : Kenapa nak kesian pulak?

Isteri : Yealah, kesian la, coz suami dia tu... dulu mungkin la sebab tak ade anak dia macam tak layan jer dengan si Kathy tu sekarang dah ada anak pun macam tu jugak... malah lagi teruk pulak...

Suami : Kenapa laki dia macam tu?

Isteri : Entah... dia memang macam tu kot... benggong!... abang tau dia siap flirting lagi dengan budak praktikal pulak tu.. ishkkk.... Kesian Kathy..

Suami : HHmmm... dugaan masing-masing biasalah tu...
Kalau betul nak kenapa tak buat elok-elok?

Isteri : Entah... tapi kalau abang macamana?

Suami : Aik.. kenapa abang pulak?

Isteri : Ala... tanya jer... kalau nanti satu hari abang jumpa dan suka seseorang, abang bagi tau saya tak?

Suami : Mana abang nak tahu.... entah... benda tak jadi mana nak tahu...

Isteri : Hmm Apapun kalau jadi abang kena bagi tahu saya... saya kena tahu... jangan rahsia... Apapun jawapan saya itu nombor 2. 1st abang kena bagi tahu saya... biar saya sedia...

Suami : Suami diberi kelebihan tu bersebab... Kenapa ALLAH kata lelaki boleh kawin sampai 4? semua ada sebab....

Isteri : Saya tak pernah tolak hukum poligami tu.. ikhlas, tapi apa yang pernah saya tgk selama nie... poligami lebih banyak susah dari senang... sepatutnya poligami menyenangkan... aman dan membahagiakan... itu tuntutan... ni tak ada suami yang guna kelebihan tu untuk saja tempah neraka... tak adil... nafkah kehulu kehilir tapi kawin kerana nafsu.... lepas tu yang susah... anak... isteri... keluarga...

Suami : Sebagai lelaki bohonglah kalau abang kata tak pernah terfikir untuk semua tu tapi abang tak layan perasaan tu....

Isteri : Manalah tahu... andai tersurat nanti, di masa abang mampu, dan berkehendak, bagi tau saya yea... janjilah...

Suami : Isshhkkk... yang kita bincang pasal ni kenapa? pasal kawan awak kita plak yang bincang pasal nie...

Isteri : hehehe... Okay la tu, mana tau nanti kalau kita betul-betul ada masalah macam tu, kita tak akan ada peluang untuk cakap pasal benda nie... percayalah cakap saya...

Suami : Awak nak ke benda nie jadi kat awak?

Isteri : isshhkk... Nauzubillah.... tapi selagi yang di namakan hidup kita tak tau apa yang dah tertulis untuk kita.... kita manusia tak tau apa perancangan Yang Maha Mengatur...

Suami : Yealah kita tak tahu apa akan jadi esok...

Isteri : Kalau lah boleh saya nak jadi macam Khatijah r.a. isteri Rasulullah... sepanjang perkahwinan dia dan Rasulullah, dia tak pernah dimadukan... hingga dia wafat

Suami : Tapi awak tahu siapa isteri kesayangan Rasulullah?

Isteri : Tau... Siti Aishah r.a. ..... tapi saya tak akan mampu jadi seperti Aishah (bila dimadukan) saya hanya akan mengundang dosa dan membawa abang ke neraka....
sebab itu saya perlu tahu dulu.. kalau hati abang berubah....

Well mungkin ada orang kata "saya" itu gila kerana membicarakan tentang semua ini dengan suaminya yang belum pernah menunjukan tanda-tanda berubah hati secara kasar... tapi dalam diri "saya" itu dia mencuba untuk menyampaikan kepada suaminya, betapa dia ingin hidup bersama tanpa dikongsi cintanya dengan sesiapa.... perkongsian pada "saya" itu hanya akan membuahkan permasalahan... kerana "saya" itu amat mengenali dirinya yang sangat ego dalam soal memiliki... rasanya "saya" itu telah melakukan sesuatu yang sangat baik, kerana sekurang-kurangnya dia memberi peluang kepada si suami untuk memilih... dan dia juga memberi pilihan untuk dirinya sendiri.... sekiranya suaminya orang budiman... dia pasti akan memenuhi harapan "saya" itu, memberi tahu sekiranya dia bersedia untuk membahagikan kasih dan sayangnya yang selama ini menjadi milik mutlak "saya" itu seorang.

Pandangan Areku pulak... memang tak dinafikan, Hak itu ada untuk kaum lelaki, tapi mampukah mereka membawa diri melepasi sekalian wanita yang diikat atas nama nikah itu untuk bersamanya ke syurga?.... well aku pernah terbaca ..

tentang kisah seorang lelaki yang setelah perhitungannya layak mendapat ganjaran syurga, namun selangkah dari pintu syurga dia ditahan oleh wanita yang merupakan amanahnya.... wanita itu mendapat hukum neraka, kerana dosa yang dilakukannya di dunia, tapi wanita itu telah sabitkan kesalahan itu kepada lelaki tadi, dan wanita itu mengheret lelaki itu bersama ke neraka....

Andai semua wanita yang dinikahi nanti tak akan menjadi beban atau penghalang dia untuk masuk syurga boleh saja kalau nak menikah... tapi awas jika tak satu pun mampu mengejar solehah itu.... Sesungguhnya wanita sangat mudah dan hampir dengan syurga tapi... golongan wanita adalah yang paling ramai... PALING RAMAI menjadi penghuni neraka..... Kalau aku sendiri bagaimana?.... aku tak pun tak boleh tolak hukum... tapi macam yang di nyanyikan ini.... apa yang ada dalam lagu tu macam tu lah aku buat masa nie... esok lusa aku tak tahu... okay lah blog... hari ni isu berat sikit tapi agak menarik... mungkin saja bisa buat orang sihat jadi sakit, tapi ini adalah salah satu dari kenyataan hidup.... yang perlu di lalui insan.... terima kasih buat suami isteri yang sudi kongsi dialog tu.... lain kali kongsi lagi yea....


No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...