About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Tuesday, April 24, 2012

Belajar....

Assalamualaikum,

Hari ni sebagai pembukaan aku nak bercerita tentang BELAJAR.
Kenapa yeah?!... Kerana bersempena dengan keluarnya Memo dari pihak HR tentang Program untuk sambung Eksekutif Diploma, terbuka kepada semua warga kerja yang dah confirm dan dah keje lebih dari 3 tahun dan keputusan KPI untuk 3 tahun berturut2 lebih dari 80%. Huurrmmm kalau ikut syarat yang di senaraikan tu memang aku ni dah layak sangat dah, tapi mungkin sebab sebelum ni aku pernah menolak (lepas dapat offer utk ikuti pengajian terpaksa tarik diri sebab nak balik Kuala Lumpur) huhuhu so sebab tu lah kot aku tak dapat dah peluang tu tahun lepas (Tiap2 tahun cuba.. boleh tahan tebal muka aku nieh kan?) Tapi yea lah, tahun lepas ramai gilos yang cuba masa diorang buat ujian penempatan tu. Tahun nie adakah aku akan mencuba lagi?.. Haa.. tu yang kita tak tahu tu.. bukan apa aku pun tak boleh nak fikir samada nak cuba lagi atau tak kan. Kang kalau tak cuba tak tahu plak nasib, kot lah boleh dapat pas tu dalam hati fikir pulak kot la dapat kang terikat lah kaki dan tangan selama 1 tahun bermula June... macam payah jugak coz tahun nie kenduri berjadual jer dah 3, dan yang paling motan (bak kata orang N9) adalah majlis penutup tu nanti. Maklum saja Terengganu akan ambil tempat sebagai penutup so tentu tentu cuti yang agak panjang kena ambil, sebab kalau ikut perancangan Abhi nak terus shoot ke Kuala untuk balik kampung terus. Ada gak la hajat nak bawa Ayah n Omak untuk join, tapi bergantung kepada keadaan. Semua tu buat aku berfikir panjang... nak cuba ke tak?.. so aku hold dulu benda tu sebab otak sendat nak fikir bebanyak.

Sebenarnya BELAJAR itu perlu, aku pun sebagai manusia tak berenti2 belajar, setiap hari ada je benda baru yang aku belajar. tak kisah lah tentang pelajaran apa tapi yang penting belajar. Cara hidup kita tak sama setiap orang. Cara pengendalian hidup kita pun berbeza. So, untuk yang tak faham apa itu dan ini kenalah belajar. Samalah kalau kita nak kenal seseorang, Sebelum kita dapat kenal dia dengan lebih dekat, kita kena belajar untuk faham sifat dan sikapnya. Ada orang hanya ikut tata cara dia jer tanpa peduli tentang cara orang lain. Orang macam tu yang kadang senang je nak BERmasalah dengan orang lain. Kalau macam kat pejabat aku ni adalah orang yang macam tu, fikir apa yang dia buat betul selalu dan cara atau cakap orang lain salah. Pas tu selalu cakap ikut sedap mulut tanpa peduli apa yang orang sekeliling rasa. Well sebenarnya tak de penyakit yang tak boleh di ubati, so penyakit tak faham orang ni pun ada jalan penyelesaiannya... macamana?!... ha itu lah kena BELAJAR, kalau malu belajar dari yang lebih muda, minta lah bantuan mereka yang seusia atau lebih matang. Pada aku hal berkaitan "Orang" ni hanya boleh dibaiki dengan "Orang" juga. Banyakkan bergaul dan meneliti cara orang lain, dan belajar dari situ macamana nak sesuaikan diri. Bukan apa kesian lah pada kengkawan yang selalu makan hati dan terasa ngan ayat yang kononnya nak bergurau tapi orang lain rasa tersindir. Ikhlaskan diri dan BELAJAR boleh jer kot!.. Even masa kita kecik2 dulu pun mak ayah selalu ajar begitu begini tatacara hidup dan bercakap dengan orang kan.

Ishk... apa yang aku dah merepek yeak?.. huk huk huk ini pandangan peribadi aku jer. tak tahulah kalau orang lain, mungkin ada cara lain yang lebih berkesan kot. Terpulang lah kepada masing2 dalam menemukan segala sesuatu. Belajar pada aku sampai bebila pun memang tak pernah habis. dari kecik sampai ke tua semedang ada benda yang kita kena dan harus belajar. hehehee... zaman bila dah bergerak kita pun kena ikut bergerak sama kalau tak jauh kita terpinggir di tinggalkan di belakang.

Okeh nak berenti dah, Esok dalam hati ada gak hajat nak menaip, tapi esok aku rasa nak kongsi soal emosi. siapa yang emosi... pasal apa yang nak emosi sangat?.. itu pun kalau aku ada kerajinan dan kelapangan aku akan taipkan. jadi aku "tow" keyboard aku ketepi dulu buat seketika sehingga datang semula gian menaip tu.

Selesai

Wasalam,
Are Ku r....

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...