About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Sunday, May 1, 2011

Imam Muda Musim ke 2...




Blog,

Hari ni aku nak kongsi satu kisah, pagi tadi.. aku tetiba jadi emosi bila tengok Imam Muda kat astro.. aku tak tahu kenapa... air mata macam hujan, tak mampu di tahan, sebak jiwa dan raga aku blog...

Sedih dan syahdu sehinggakan adik5 kluar statement.. "dah-dah jangan tengok...!" mungkin dia juga terusik melihat aku tiba-tiba bersedih dan menangis...

Well sedih sangat, Kenapa aku boleh ter "emosi" sangat?

hhhmmm kisah yang dipaparkan dalam episode yang aku tengok tu sangat menyentuh...

Tema minggu ni ialah, kelahiran.... jadi sebagai tugasan 10 orang bakal Imam Muda nie dikehendaki pergi ke PUSRAWI untuk azankan dan iqamatkan bayi... entah macamana, tetiba mereka dapat berita tentang penemuan mayat seorang bayi dalam longkang...(dibuang), so Mudhir telah menukarkan tugasan mereka, so tak jadi ke Pusrawi mereka akan ke KEWAJA untuk menemui dan menyelami permasalahan yang berlaku kepada penghuni di sana.



Abih kat situ... ada lah satu scene yang aku sangat tak boleh tahan untuk terus memandang ke kaca tv.... dalam scene tu, sepasang suami isteri yang telah berkahwin selama 10thn dan masih belum dikurniakan anak datang untuk mengambil salah seorang bayi yang dilahirkan oleh warga KEWAJA tu, memula macam happy je aku tengok bila pasangan tu Xcited sangat nak amik anak dari situ, tapi bila tengok saat-saat si ibu menyerahkan anaknya yang kecil molek tu ke tangan orang lain untuk di jaga dan di besarkan... dengan tak semena-mena air mata aku turun... ishkk... aku tak mampu tengok aku bawak air mata aku kedapur, walaupun hati ni meruntun sangat nak tengok... nak tengok tapi kerana sedih aku tak boleh g keluar, bila dah ok sikit baru aku ke depan.... dengan sisa air mata... aku teruskan juga tonton Imam Muda sampai abih... huhuhu... pagi lagi aku dah tersentuh...



Besar Kuasa Mu Ya ALLAH, aku bersyukur punya rasa sebegini, ini rahmat Mu Ya ALLAH... aku terima, walaupun bukan aku orang itu, yang diberi kesempatan tersenyum menerima amanah dari Mu... aku akan tetap sabar, menunggu menanti hingga nanti akan datang suatu hari dimana aku akan menadah tangan bersujud syukur berterima kasih padaMu kerana memberi aku pula rezeki dan juga amanah bernama ANAK dalam kehidupan singkatku ini untuk aku dan Abhi letak kan harapan dan cita-cita kepada dia nanti untuk membela agama, menjaga dunianya, dan berusaha untuk akhiratnya..... Moga aku diberi kesempatan. Amin....



Baiklah itu saja yang aku nak kongsikan, tak sangka masih terkesan sedih dan sayu itu... arrrggghhh nipisnya emosi nieh... sabar...sabar... (sambil tahan nafas untuk tahan empangan yang dah mula bocor dari mula menulis N3 nie.....)

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...