About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Thursday, April 28, 2011

KD Update : Tapi bukan cite Korea....

Blog,




Semalam aku berkesempatan tonton satu cerita melayu... welll walaupun tajuk under KD Update, tapi aku nak update tentang cite melayu sebenarnya.... sorry la kalau ia mencalarkan sedikit sebanyak nama KD tu, tapi since ia update tentang movie so...




hhhmmmm tension aku tak abih lagi mengenangkan cite yang aku tengok tu... cite tu macam tak abis... seolah-olah aku hanya menontot separuh jer... padahal aku tengok cite tu sampai nama naik....(tanda ending movie). Kenapa yea ada cita melayu macam tu? kesian rasa tengok movie-movie melayu sekarang nie....




Mesti nak tau kan cite apa yang aku tengok tu... tajuk nye Dilarang masuk .... Aku tak tahu kenapa.. adakah kerana aku tak tengok cite tu betul-betul (hhhmmm w'pun pada dasarnya aku beri tumpuan penuh kat flat skrin 37" tu dari mula hingga akhir) atau memang ceritanya begitu.. macam kebanyakan movie2 dari luar/hollywood yang sentiasa buat penonton berfikir apa kesudahan dan kenapa/mengapa scene tu jadi begitu..... wehh.... penat otak aku nak fikir what next should i write about this movie...


yang peliknya movie nie macam dapat perhatian sangat sebelum lahirnya ia di pawagam, tapi memandangkan jln cerita, cara olahan dan skrip yang sebegitu... mampukah ia dapat perhatian seperti sebelumnya????.... (confius!!)




Well rasanya tak gunalah kot cakap banyak, bukan boleh tukar jalan cerita yang pada aku tak masuk akal tu pun... tapi ada banyak yang aku tak pueh ati tengok cerita tu. Nah ni aku list down...




-Kenapa minah nama Juli (Isma Hanum Husein) tu, masuk hutan dengan sluar dan baju pendek!!! - kalau pun nak nampak cerita tu ala-ala hollywood pilihlah Angelina Jolie ke Michelle yeoh ker sapa ke... cukup tak berkenan ngan pakaian minah ni... sopanlah sikit kata nak masuk hutan tak kan nak pakai underware jer!!!...




-Apa sebenarnya motif diorang tu boleh stay lagi kat umah tu w'pun dah jumpa mayat reput???... ada logika ke kalau u olls jumpa benda2 macam tu yang semestinya berbau wangi satu rumah, pas tu boleh plak nak tidor kat dalam rumah yang sama!!!.... tahan ker?? tak leh terima lansung!!




-Jumpa duit, selepas jumpa mayat... and yet masih berani nak amik duit tu... itupun selepas bermalam kat rumah tu??!!! apa sebenarnya yang nak disampaikan oleh penulis nie?... aku tak faham...




-Dari mana pulak datangnya si doktor tu? betul2 orang ke hantu ke jelmaan ke apa ke???




-lepas Scene yang jumpa Doktor yg muncul tetiba tu... pompuan heroin tu alami betul2 ke seksaan tu atau hanya hayalan dia jer?




-Skrip yang dibualkan antara fatia ngan doktor tu... nape bunyi macam jiwang karat semacam jerk??? dah macam sesi mendeklamasikan sajak ke aku tengok... kelakar..kelakar...




-Masa nak abih tu, ada polis datang.... sapa yang dia jumpa?.. Ronnie tu je ker atau fatia tu sekali?




-Kalau jumpa si Fatia tu sekali kenapa scene last tu dia macam dah mati plak... dan ronnie boleh nampak hantu2 yang lain tu? (aku tahu tu hantu coz scene last tu semua jalan ke arah tanah yang ala-ala tempat mereka ditanam...)




-Cerita nia banyak atau terlalu banyak adegan yang yg terkejut2... seolah2 mencapai tahap keseraman yang amat sangat!! tapi bila da banyak ia membosankan....!!




-Apa kaitan doktor tu... bapak si Salwa yang kononya hilang... dan pompuan yang kena tembak... dan memacam lagi lah....




Isshhhhkkkk aku tak faham, dan akhir cita tu tak ada apa2 penerangan pun pasal doktor tu... pasal rumah tu.... semua macam tergantung.... yang ada cuma kata pasal pemerdagangan organ... jer apa tu?.. nampak macam crita ni utk membuka mata tentang masalah dan gejala pemerdagangan organ jer tapi... cita tu tak khusus! aku tak bley terima...




Well blog aku nak bagi tahu, masa tonton cita ni, tak ada antara kami yang diam terpaku.. semua bercakap... semua ada soalan... semua ada jer luahan perasaan... kalau takat tak pueh hati tu x yah cakaplah....


Apa yang aku rasa?... secara kesimpulannya aku rasa kecewa sesangat!!! nasib tiket wayang aku tu RM2.00/seorang (kami ada 4 orang!!) well apa agaknya perasaan mereka yang bayar Rm 10.00 utk filem yang sebegitu?? Kesian...


Aku bukanlah nak angkat sangat cite luar tapi sekurang-kurangnya bila aku tonton movie luar aku tahu hujung pangkal cite tu... peliknya movie luar nie jarang yang dapat status "Sampah"...




Blog,


Tetiba aku rasa macam pengkritik filem pulak, aku suka menonton sebab tu la bila ada filem yang aku tonton tak memuaskan hati dan minda aku, aku rasa benci sangat!!


Dah la blog, for those yang teringin leh la searching cite nie dan hayati... semoga u olls faham apa sebenarnya yang nak disampaikan... kot la aku ni yang tak pandai menterjemah makna disebalik skrip dan lakonan mereka2 yang ada dalam gambar tu.....




Lepas nie nak ce layan cite, merong mahawangsa plaks, tak tahu lah macamana pulak penyampaiannya, semoga best... coz aku dah bosan ngan cerita melayu yang hanya gah pada nama!!... lagi satu nama je cerita melayu tapi tak jumpa pun makna MELAYU dalam cerita2 tu....




Chal ka Blog....




No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...