About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Wednesday, April 6, 2011

BW ... Luahan...




Hai blog... n others gak.... huhuhuu

Blog macam besa.. selepas seketika berjalan menyusuri blog-blog yang menimbun kat alam maya nie... aku terjumpa satu luahan... xtually luahan tu bukan lah tulisan tuan punya blog ia hasil nukilan orang lain..yang juga followers blogger tu kot...



Apa yang aku nak cerita is.. tentang kisah yang dipaparkan kepada dunia.. tentang rasa tidak puas hati dan mungkin tension barang kali... terhadap suaminya...



Dia dalam luahannya bercerita tentang si suami yang dikatakan pemalas (dlm ceritanya si suami masih bekerja cuma gaji agak kurang cuma cukup2 makan jer yang dikatakan malas ialah bila si suami tak nak berusaha untuk mencari perolehan yang lebih utk family mereka tu..and for record si pengadu juga bekerja dan memperolehi gaji yang lebih dari si suami)... kerana malas si suami maka ekonomi keluarga mereka terjejas... ditambah pula dengan keluarga mertua yang sentiasa bersandar pada si suami hingga si pengadu merasa tertekan... and at last kerana permasalahan itu si pengadu nie memberi kata 2 pada si suami supaya berubah atau jika tidak dia menuntut untuk berpisah...



Well blog apa yang aku nampak kat dalam cerita dia nie adalah dia cuba membuka kekurangan suaminya dalam keadaan marah. Mudah-mudahan tak ada yang kenal dengan si pengadu kerana kiranya dia dikenali mesti orang akan kenal ngan si suami... Aib si suami.. berdosa pulak si pengadu tu...



Pada aku blog mungkin si pengadu nie orang yang sentiasa senang.. dan tak sanggup nak bersusah walaupun dengan insan tercinta..(mereka kahwin atas dasar cinta..) aku pun macam pelik gak memula bukan ke ada pepatah yang kata cinta itu buta... tak kira apa akan ditempuh demi orang tercinta... tak kiralah dia kaya atau miskin... tapi kenapa dia menolak untuk bersusah? dah hilang ke rasa cinta si pengadu terhadap suaminya? kesian si anak-anak sekiranya apa yang diminta dimakbulkan ALLAH...



Dalam dunia nie ada ker manusia yang perfect?? cantik/lawa/hensem dah tu kaya/banyak duit/hidup senang tambah plak beriman/baik/pandai menjaga hati/pemurah dan semualah yang elok-elok... ada ker?? lagipun bukan ke kita kena terima dengan sepenuh hati insan bernama suami tu...



Cerita-cerita begini memang kadangkala perlu di ceritakan tapi jangan lah kepada semua orang, cukup sekadar bercerita dengan orang ustad/ustazah @ kaunselor yang boleh membantu mencari jalan penyelesaian. Bukan apa kalau bercerita dengan semua orang bimbang ada yang berniat jahat... syaitan kan suka kepada perkara-perkara yang boleh meranapkan iman mahluk ALLAH...



Ini sekadar pandangan aku saja.. bila aku buka semula laman tu aku tengok dia dapat 188 comment so ada satu darinya buat aku senyum.. Alhamdulillah ada insan yang mengingatkan dia tentang hukum dan memberi dia pandangan yang sangat bernas dalam mengatasi masalah dia...



Memang lumrah manusia tak pernah nak bersyukur dengan pemberian ALLAH.. bila dah kehilangannya baru kita akan rasa bersalah dan menyesal. Justeru kita hendaklah sentiasa beringat akan setiap kejadian mempunyai sebab tertentu.... jika diuji dengan kejadian begitu terimalah dan muhasabah diri... kita hanya manusia yang diberikan hak hidup sebagai khalifah dimuka bumi nie tidak lain untuk beriman kepada Nya Yang Maha Esa...



Semoga ALLAH ampunkan dosa aku dan suami juga kepada semua umat manusia yang membaca n3 ni... dan tak akan berlaku lagi perkara seperti ni... aku pun takut gak mana tau termengumpat yang jahat pasal Abhi plak huhuhuhu..... harap dijauhkan....


No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...