About Me

My photo
Dengan izin Yang Maha Pemilik, satu bahagian yang amat kecil dalam dunia ini, telah aku punyakan untuk aku penuhi dengan segala perintah dan arahan dalam satu perjanjian untuk memenuhi kehidupan sebagai seorang Insan. Punya ikatan darah yang sama dengan 6 insan yang istimewa hasil perjanjian cinta hidup mati pasangan ZUANA.Justeru aku namakan blog ini Impianku Qaeid / MyDream Qaeid.. Sebagai tanda sempadan ingatan bahawa suatu masa dulu Areku pernah mempunyai angan Dan cita-cita cinta untuk menemukan Qaeid... Apa yang ada disini kadang tak sama dengan sebenarnya namun percayalah jujur aku perlu bertempat demi untuk menempah tempat istimewa di Dunia yang akan datang. Selamat Membaca.Wassalam

Monday, June 4, 2012

dot dot dot

Pintu tu dah ditutup dengan agak kuat dan boleh tahan kasarnya, kenapa masih lagi kau nak buka walaupun dengan sangat perlahan. kau tahu kan cara kalau dia kata pintu tu dah ditutup jadi jangan hambakan diri sendiri dan jangan cuba nak malukan maruah yang tinggal ciput je lagi tu. simpan baik-baik kerana bila nanti kau jumpa dia pada pandangan dia tempat kau bukan lagi tinggi untuk dipuji tapi sangat rendah hingga layak dimaki. Hidup sebagai engkau harus kenal dan sedar diri, walau sungguh pada kau dia pembuka dan penutup tapi pada dia kau mungkin pernah berbuat onar yang sama dengan yang lain. sungguh kau sepatutnya hentikan semua yang kau fikir kau nak kongsikan dengan dia kerana dia bukan lagi orang yang sama yang kau kenal berbulan dahulu. tak ada apa yang boleh kau megahkan sekarang. tak ada lagi yang boleh kau jadikan kayu ukur untuk bezakan dia dengan engkau sekarang. layaknya walau bukan engkau yang memulakan dosa dan kotor tu,tapi kau ada disitu kau tahu bila datangnya kau ke situ dosa itu milik kau selamanya. kalau pun dapat kau suarakan maaf tapi dapatkah dimaafkan?.. dia bukan punyakan dosa sebesar yang kau punyai. semoga kau sentiasa ingat dan sedar diri..sedar lah sebelum ALLAH aturkan pembalasan untuk menyedarkan engkau!!

No comments:

Post a Comment

Tq for ur comment...
looking fwd to get back to you!
ka ja Smile...